Chapter 20

Romance Completed 77490

Dahlia menghidangkan lauk terakhir itu diatas meja makan. Setelah itu dia mengisi pula 5 pinggan kosong dengan nasi putih.

"Terima kasih Cik Rose." Ucap Badrul bersama Wan pada Dahlia yang telah mencedukkan nasi untuk mereka berdua.

"Sama-sama. Kalau nak tambah lagi, silakan. Jangan malu-malu. Buat macam rumah sendiri." Bicara Dahlia dengan senyuman manis dibibir.

Malam itu, agak sedikit meriah makan malam dirumahnya akibat dari rancangan Prince Adrique yang ingin menikmati makan malam disitu.

Dahlia mengambil tempat disebelah ibunya manakala Prince Adrique duduk dikepala meja.

Mata Dahlia menjeling anak raja itu yang sedang menjamu selera. Sungguh berselera lelaki itu makan.

"Daren, saya minta maaf sangat-sangat kalau makanan ini semua tak mengikut selera awak. Setakat ini, makanan kampung ini saja yang kami mampu hidangkan." Dia berasa begitu rendah diri apabila berdampingan dengan lelaki ternama itu.

"Kalau tak sedap, I memang takkan sentuh makanan ini semua. Lagi-lagi air tangan ibu, menambah dua tiga pinggan I nanti. Kan ibu kan?" Adrique menjungkit-jungkitkan keningnya pada Puan Zahirah sambil tersengih.

Wanita itu hanya dapat tersenyum geli hati melihat kenakalan putera itu manakala Badrul dan Wan saling pandang sama sendiri. Itulah pertama kali mereka berdua melihat keakraban Prince Adrique bersama orang luar.

Habis saja santapan malam, Adrique bersama 2 orang pengawal peribadinya mula mengundur diri terlebih dahulu memandangkan malam pun sudah semakin tua.

Dahlia menghantar mereka bertiga sehingga ke kereta.

"Sayang.." Lembut saja Adrique memanggil gadisnya.

"Hm?" Dahlia mengangkat kedua-dua belah keningnya. Kelihatan Prince Adrique seperti mengambil sesuatu didalam poket blazer yang dipakainya.

Kotak baldu merah hati dikeluarkan lalu dibuka dan diambil isinya. Dicapai jari manis kanan Dahlia kemudian disarung sebentuk cincin yang terlakar nama 'Daren' diatasnya. Kucupan singgah pada kekura tangan gadis itu.

"This ring is from Moscow. I order khusus untuk you so please jaga baik-baik. Hilang, I'll shoot you pakai bazooka." Dahlia mengangguk.

"And promise me that this is the last time awak beli benda-benda mahal macam ini untuk saya."

"Okay okay I promise. I gotta go. Take care. Love you, my rose." Adrique mencium sekilas dahi Dahlia sebelum meloloskan diri ke dalam perut kereta.

....................

Untuk kesekian kalinya, Adrique memonteng waktu kerja semata-mata ingin ketemu buah hatinya.

"Petang ini saya kena pergi ke tempat photoshoot untuk uruskan model sebab itu hari ni awal sikit saya keluar lunch. Sorry ganggu masa kerja awak." Adrique menggelengkan kepalanya tanda itu bukan salah Dahlia.

"No, it's okay. I yang ajak you, bukannya you yang ajak I. Lagipun I bukan ada kerja sangat pun dekat office." Bohongnya sedangkan bertimbun fail yang perlu diperiksa diatas meja kerjanya.

"Oh..okay then." Mereka berdua kembali menyambung makan apabila sudah tiada topik yang ingin dibukakan.

....................

Satu langkah kakinya ke dalam Roses Holdings sudah berjaya membuatkan ramai yang gerun. Yang berhampiran mula tunduk hormat padanya.

Apabila pintu lif terbuka, tanpa segan-silu dia memasukinya lalu terus ke tingkat 18 di mana terletaknya ruangan pemilik syarikat itu.

"Adrique ada?" Soalnya yang kemas berbaju kemeja bersama blazer ditubuh yang sudah sedikit bongkok itu. Di belakang pula terdapat 3 orang lelaki bertubuh tegap yang masing-masing mempamerkan wajah ketat.

"Ampun Tuanku..Prince Rique tiada dalam ruangan. Katanya nak keluar jumpa kawan lama." King Dahmod mengerutkan keningnya.

"Jumpa kawan dalam waktu pejabat?" Takut-takut setiusaha pada pemilik Roses Holdings itu mengangguk.

"Selalu ke dia keluar waktu pejabat macam ini?" Setiusaha itu mengangguk lagi. King Dahmod mengetap bibirnya. Sejak bila anaknya menjadi tidak profesional sebegini?

"Bawakan pada saya data kewangan syarikat ini sekarang!" Tidak jerkah tetapi tegas dia memerintah setiusaha yang bernama Vellyana itu.

"Baik King Dahmod." Vellyana menunduk hormat sekali lagi sewaktu raja itu ingin memasuki bilik pengurus besar.

Satu hembusan nafas lega dilepaskan. Tadi hampur tercabut saja jantungnya melihat King Dahmod yang rajin turun padang pada hari itu.

Si anak dah terbiasa, si bapa jangan dibuat main! Tak kena buat, dipecat dia tidak kesah sangat tapi dibuang negara. Matilanak!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience