Chapter 64

Romance Completed 77490

ROYAL HALL

Dahlia menyambut jambangan bunga yang dihulur oleh penyambut tetamu itu. Dia memandang wajah suaminya disebelah dengan muka penuh tanda tanya. Mereka sekarang sedang jadi pengantin pula ke?

"What?" Soal Adrique sambil mengemaskan tangan isterinya yang memeluk lengannya.

"What's this?"

"Flower." Dahlia mengurut pelipis sebentar mendengarkan jawapan lelaki itu. Dia pun tahu yang dipegangnya itu ialah bunga tapi bukan soalan itu yang ditanya.

Adrique yang melihat isterinya itu lantas tersenyum kecil. Dia bukannya bodoh sangat tidak faham dengan persoalan Dahlia. Bibir dirapatkan ke telinga wanita itu.

"You will know later my rose." Kepala Dahlia yang dilitupi separuh oleh veil itu digosok-gosok manja. Cantik gadis ini. Persis bidadari Syurga. Dia pula bidadara, kan?

Adrique menoleh ke kanan. Kepala diangguk sekali pada si penyambut tetamu yang sedang menjaga pintu tanda mereka berdua sudah bersedia.

"Ready my rose?" Dahlia mengangguk. Kedudukannya dirapatkan ke suaminya. Dengan berada rapat dengan lelaki itu, dia akan berasa lebih berkeyakinan.

Dua daun pintu dewan diraja itu dibuka oleh dua orang penyambut tetamu. Matanya terbuntang luas menyaksikan kemeriahan dan kemewahan isi Royal Hall itu setelah pintu dibuka sepenuhnya.

Jadi, inilah kejutan yang diberikan Princess Alice? Majlis resepsi perkahwinannya dengan Adrique?

Kakinya yang disarungkan kasut tumit tinggi melangkah beriringan Adrique diatas karpet kuning masuk ke dalam dewan. Ketibaan mereka diiringi dengan lagu 'Perfect' versi violin bersama tepukan gemuruh tetamu-tetamu kehormat.

Gaun kembang yang dipakainya bersama veil dikepala dibiarkan berseret cantik dikarpet. Bibirnya tidak pernah mati dek senyuman.

Sampai saja pada pelamin, mereka berdua berpaling ke belakang. Satu tundukan hormat diberikan kepada para tetamu yang menghadiri ke majlis mereka pada malam itu.

Berkelip-kelip manik pada gaun emasnya apabila dipancarkan dengan lampu-lampu hiasan pelamin itu ditambah lagi dengan lampu dewan. Tengok sebelah mata saja sudah boleh dikatakan gaun itu cukup mahal.

Adrique membawa isterinya ke sofa pelamin. Tema resepsi mereka ialah seratus peratus bertemakan diraja. Ini semua inspirasi daripada Princess Alice.

Gadis itu telah rancang segalanya sewaktu Adrique bersama Dahlia sedang bercuti di kepulauan Maladewa. Bagi baju pula telah direka pada 2 bulan lepas. Memang sungguh teratur plan wanita itu tanpa dipecahkan rahsianya. Adrique pun juga baru tahu pada hari terakhir dia berada di Maldives.

"Abang, ini majlis persandingan kita ke?" Tanya Dahlia inginkan kepastian tanpa berpaling ke arah Adrique.

"Yes." Pelbagai perasaan yang melewati dirinya waktu ini. Gembira, sedih, teruja, semua dia rasa. Selepas ini, dia mahu dakap Princess Alice kuat-kuat ingin berterima kasih pada gadis itu kerana telah menjayakan impiannya selama ini.

Terlalu banyak Allah mengurniakan nikmat padanya. Suami baik, kacak, terlebih kaya. Lelaki yang bakal mentadbir sebuah negara pula itu. Kemudian, dapat pula kakak ipar yang terlebih ramah dan penyayang. Dan sekarang, isi yang makin membesar pula di dalam rahimnya. Alhamdulillah.

Jurugambar dan wartawan tidak henti-henti merakam detik-detik manis mereka untuk dijadikan kenangan dan dipamerkan ke seluruh rakyat Hirland bagi mengongsikan kegembiraan ini.

Potong kek setinggi 6 tingkat, makan beradab, semuanya sudah. Sekarang, tibanya masa untuk beramah-mesra bersama tetamu-tetamu yang hadir.

"Sayang, pergilah dulu jumpa sesiapa. Abang nak pergi jumpa kawan sekejap." Dahlia mengangguk. Bayang kakak iparnya dicari sehingga ketemu.

Baru saja dia ingin melangkah ke arah gadis itu, dia telah dikerumuni oleh beberapa orang wartawan. Dia terpaku disitu.

"Princess Rose, boleh kami bertanyakan beberapa soalan pada Princess Rose?" Air liur ditelan kesat. Sudah dia bilang, tanpa Adrique, dirinya tiada keyakinan. Matanya meliar mencari suaminya.

Kelihatan lelaki itu sedang berbual dengan 3 orang jejaka muda selang 2 meja dari tempatnya berdiri.

"Princess Rose?"

"Err..bo.boleh." Dirasakan hari itu hormon adrenalinanya berfungsi lebih sedikit dari kebiasaan. Jantungnya berdetak laju. Tengah bersiaran langsung ke ini?

"Apakah keperibadian Prince Rique yang Princess Rose dapat perhati sejak beberapa bulan bersama dengan Prince Rique?" Tanya salah seorang wartawan yang bertugas di majlis persandingan diraja.

Nafas diambil dalam. Mata hitam Dahlia merenung wajah kacak Prince Adrique yang sedang bergelak ketawa bersama rakan putera itu. Dia menarik senyum. Keperibadian? Banyak.

"Prince Rique ialah seorang yang manja, garang, romantik dan nakal. Dia akan menjadi manja selepas balik dari kerja. Garang apabila kita endahkan apa yang dia pesan. Romantik saat mengungkapkan bicara. Dan dia sangat nakal. Dialah yang suka mengusik orang. Kalau tidak saya dan Princess Alice yang kena, pengawal peribadi mangsanya. Hari-hari kami sekeluarga ceria disebabkan kenakalan Prince Rique." Luah Dahlia mengizinkan semua orang tahu mengenai satu-satunya putera Hirland tanpa mengalihkan langsung pandangan matanya.

"Bagaimana pula dengan King Dahmod? Prince Rique kurang bergurau dengan King Dahmod?"

"Kurang bergurau itu mungkin ya kerana King Dahmod agak tegas dan Prince Rique pun ikut tegas tapi dalam tegas King Dahmod, naluri seorang bapa tetap tersemat pada diri ayahanda. Marah tanda sayang."

"Sungguh bertuah ya Prince Rique kerana dapat permaisuri hidup yang baik hati dan cantik ini. Rakyat Hirland juga ingin tahu dimana tempat pertama Princess Rose berjumpa dengan Prince Rique." Dahlia tersenyum lagi.

Fikirannya mengimbau kembali kenangan lama. Pasar malam. Ya, pasar malam itulah tempat terlakarnya sebuah memori paling manis yang tidak bisa dilupakan.

"It's a secret. Minta lalu." Dia bersama gaun kembang labuh ke lantai menyelit di antara para wartawan lalu melangkah menghampiri Princess Alice.

"Kanda..thank you so much!" Tubuh Princess Alice dipeluk dari belakang. Mata yang sudah sarat itu dipejam lalu laju saja air matanya turun ke pipi. Dia berasa begitu terharu.

Princess Alice yang masih berbual santai dengan Aida agak tersentak menerima pelukan daripada seseorang itu. Dia lantas berpaling.

"Eh Rose! Kenapa ini?" Dia melepaskan pelukan itu. Wajah Dahlia yang sudah basah dengan air mata ditatap.

"Terima kasih untuk kejutan ini, kanda. Terima kasih sangat-sangat. Tak sangka pula lepas berbulan-bulan nikah boleh bersanding." Ucap Dahlia penuh keikhlasan.

"You're welcome, my dear. Ini hadiah kanda buat Rose, Rique dan tak lupa juga untuk si kecil dekat dalam itu." Princess Alice menyapu air mata gadis itu dengan jarinya.

"Terima kasih sekali lagi kanda." Alice mengangguk.

"My pleasure." Dirasakan hadiah ini tidaklah besar sebagaimana pengorbanan wanita cantik itu kepada keluarganya. Disebabkan Dahlia, King Dahmod telah berubah kembali ke sifat asalnya. Adrique pun sudah dapat memaafkan King Dahmod. Ya Allah, berkatilah hidup Princess Rose Dahlia.

"Rose?" Dahlia menoleh ke tepi memandang gerangan yang memanggil dirinya. Ternyata King Dahmod bersama Adrique datang ke arahnya.

"Ayahanda.." Senyuman yang paling manis diukirkan buat lelaki itu. Tanpa sempat berkata apa-apa tubuhnya lantas dipeluk King Dahmod.

"Terima kasih untuk segalanya Rose. Ayahanda minta maaf kerana dah banyak kali sakiti Rose selama ini and now, you deserve it Princess Rose Dahlia. Ayahanda restui hubungan Rose dan Rique."

"Terima kasih ayahanda." King Dahmod merungkaikan pelukan. Anak lelakinya pula ditarik mendekatinya.

"Rique, jaga isteri Rique baik-baik. Tatang bagai minyak yang penuh. Jangan pernah sia-siakan permaisuri hati Rique seperti mana yang ayahanda pernah buat pada bonda dahulu. Rique kena ingat pengorbanan Rique untuk dapatkan Rose dahulu begitu susah. Jangan pernah sia-siakan pengorbanan Rique itu." Pesanan King Dahmod begitu mendalam maknanya dan itu menandakan bahawa lelaki itu telah benar-benar berubah.

"Baik ayahanda." Adrique mencapai sebelah tangan isterinya. Mereka berdua berdiri tegak dihadapan ayahanda.

Satu tundukan hormat diberikan buat King Dahmod. Begitu lama mereka membongkok tubuh menghormati ketua negara tersebut. Perbuatan mereka itu membuatkan semua mata yang memandang juga turut melakukan sedemikian.

King Dahmod tersenyum. Satu dewan menunduk hormat padanya. Dada yang selama ini dirasakan begitu berat dan sesak, sekarang sudah lapang tanpa sebarang amarah. Kehadiran Rose Dahlia ke dalam keluarganya memberi erti segalanya.

.......................

"Ibu nak makan apa-apa lagi tak?" Soal Dahlia kepada Puan Zahirah yang mengambil tempat disebelahnya manakala Aida disebelah kirinya. Adrique pula sedang melayan tetamu yang beransur pulang.

"Ibu dah kenyang. Banyak sangat ibu makan tadi sampai rasanya tak larat nak berjalan." Dia tergelak kecil. Ada-ada saja ibunya ini.

"Nanti Lia suruh Daren tempahkan bilik hotel untuk ibu ya? Kesian pula tengok ibu tak larat nak balik rumah." Laju Puan Zahirah menggeleng.

"Ish apa pula kamu ini Lia! Tak payah nak menyusahkan suami kamu itulah." Cemberut wajahnya tanda tidak suka dengan cadangan bernas anak tunggalnya itu.

"Apa pula menyusahkan? Mana adalah ibu."

"Tak payah tak payah!" Dahlia mencebik bibir.

"Makngah, Aida dan Lia, Adam minta diri dulu ya?" Tiga orang wanita itu serentak berpaling apabila nama mereka diseru.

"Dah nak balik ke along?"

"Haah dah nak balik makngah sebab esok flight along pukul 8 pagi." Puan Zahirah mengangguk-angguk mengerti sementara Dahlia hanya diam menikus dikerusi. Dia sudah tahu mengenai sepupunya itu ingin mengikat tali pertunangan dengannya beberapa bulan lepas dicerita oleh Puan Zahirah sendiri. Tidaklah pula dia sangka bahawa Adam menaruh hati pada dia.

"Erm..Lia, congrats. Abang Adam nak minta maaf kalau Abang Adam ada silap dengan Lia." Dia tidak tahu mengapa situasi ini begitu kekok. Dia langsung berdiri.

"Terima kasih dan Lia pun nak minta maaf juga atas kesilapan yang Lia pernah buat pada abang. Lia harap Abang Adam tak pernah taruh dendam pada Lia mahupun pada Daren." Lelaki itu tersenyum sambil menggeleng. Baginya, orang yang yang suka menaruh dendam ialah orang yang tidak matang dan dia ialah seorang yang matang.

"Tidak akan." Lega rasa hati apabila lelaki itu berkata seperti itu. Dia jika boleh tidak mahulah mencipta musuh di antara keluarga.

"Kalau macam itu, Adam balik dulu. Assalamualaikum. Jumpa tahun depan pula." Adam mencium tangan ibu saudaranya yang turut berdiri disamping Dahlia.

"Waalaikumsalam." Salam lelaki itu disambut oleh ketiga-tiga wanita yang berdiri disitu.

"Patah betul hati Adam, kan?" Ujar Aida sambil melihat bayangan Adam tidak lepas.

"Kalau macam itu, kau pergilah dekat dia. Aku tak nak. Aku dah ada suami. Kau yang belum ada suami lagi." Dia menayangkan wajah toya pada sahabatnya.

"Hotak kaulah! Badrul kau nak suruh aku humban ke mana?" Tidak sedar pula yang dia sudah terlepas kata.

Dahlia pura-pura mengerutkan kening.

"Badrul? Kenapa dengan Badrul? Kau dengan dia bukan ke dah tak ada apa-apa?" Aida tergamam. Bibirnya diketap. Aduh! Mulutnya tidak pernah bekerjasama.

"Err..ak--"

"Sayang, Natalie wants to see you." Aida perlahan menghembuskan nafas lega. Mujur Prince Adrique datang tepat pada waktunya.

Dahlia mengalihkan pandangannya pada seorang gadis seksi yang berada disamping suaminya.

"We meet again, Princess Rose Dahlia." Princess Natalie menghulurkan tangannya ingin berjabat tangan dengan sepupu barunya.

"Yes, we meet again Princess Natalie Henderson." Dahlia menerima dengan senang hati huluran tangan daripada gadis itu.

"Beruntung sangat you sebab dapat hati sepupu I yang terlebih handsome ini. Boleh share pada I tips untuk dapat lelaki handsome?" Adrique mencubit lengan sepupunya sehingga berkerut-kerut wajah manis Natalie menahan rasa sengatan.

"Bukan ke you dah ada boyfriend ke Nat?" Inilah sifat lelaki itu yang paling dia tidak suka. Garang sungguh!

"Orang main-main sajalah!" Dihantar jelingan tajam buat Prince Adrique.

Dahlia mengukirkan senyuman kecil. Rapat sungguh hubungan suaminya dengan Natalie.

"Abang..janganlah cubit dia. Nat, nanti I share pada you ya? Jangan lupa pm." Dia mengenyitkan sebelah mata pada Natalie.

Natalie tersenyum. Sporting ni! Boleh buat geng.

"Alright my new cousin!" Matanya juga dikenyitkan sebagai balasan.

Adrique menggelengkan kepala. Jangan dibuat geng masuk air dekat sini sudahlah. Nanti habis musnah majlis persandingannya. Dia sudah fasih dengan perangai sepupunya yang satu ini. Bab-bab kepala senget beri kepada Natalie Henderson lah.

Sementara Puan Zahirah bersama Aida hanya menjadi pemerhati kepada tiga orang itu. Mahu ikut campur, mereka tidak mengerti apa yang mereka bertiga itu bualkan.

"Cik Aida," Namanya yang dipanggil itu lantas membuatkan Aida berpaling. Bukan dia saja malah semua.

"Ya Bad?" Agak kaget juga melihat Badrul yang tiba-tiba datang bersemuka dengannya. Biasanya lelaki itu akan malu jika depan orang ramai tambah-tambah lagi di hadapan Prince Adrique.

Badrul menghirup nafas dalam mengumpul sedikit kekuatan.

"Saya nak buat satu permintaan pada Cik Aida boleh? Satu saja." Aida memandang semua orang sebelum dia mengangguk ragu-ragu. Kenapa dia rasa berdebar sangat ini? Kau nak minta apa pula ini Badrul?

Kelihatan lelaki itu mula duduk melutut satu kaki di hadapannya. Dia sudah kalut seribu.

"Eh Bad! Kenapa pula ini? Bangun." Arahannya tidak dipedulikan Badrul. Lelaki itu mengambil sesuatu dari dalam poket blazer nya. Sesuatu yang menyebabkan jantung Aida makin berdegup kencang. Oh no!

"Cik Aida..from the sincerity of my heart, will you marry me my sunshine?" Lamaran Badrul bersama sebentuk cincin di hadapan khalayak ramai itu membuatkan Aida benar-benar ingin pitam.

"Aww you're so sweet Badrul. You are my sunshine, my only sunshine. You make me happ--" Nyanyian Natalie terhenti saat lengannya sengaja dilanggar oleh siku Adrique.

"Shut up you!" Adrique menekankan nada suaranya agar tidak terbunyi kuat. Sudahlah sumbang, ada hati ingin menyanyi pula.

"Fuck you." Natalie hanya menggerakkan bibirnya menyumpah si sepupu sambil menjeling lelaki itu dengan ekor mata.

Aida menggigit hujung bibirnya. Dilihat wajah Dahlia dan Puan Zahirah. Kedua-dua wanita itu mengangguk kepala. Dia melepaskan keluhan kecil. Wajah Badrul kembali ditatap.

"Awak janji yang awak akan jaga saya selamanya? Awak janji akan beri kehidupan bahagia buat saya?" Biarpun dia sudah tahu, dia ingin juga lelaki itu untuk berjanji.

"Bersaksikan semua orang di dalam dewan ini termasuk King Dahmod, Princess Alice, Prince Rique dan Princess Rose, saya berjanji."

"Kalau awak mungkir janji?" Saja dia ingin menguji Badrul.

"Saya sedia untuk terima hukuman daripada King Dahmod dan Prince Rique." Aida senyum geli hati. Dia sedang mendera mental Badrul ke ini?

Cincin bertakhtakan berlian di dalam kotak baldu merah itu diambilnya kemudian disarungkan pada jari manis kanan.

"I will." Kedengaran tepukan gemuruh daripada tetamu yang belum pulang mula memenuhi ruangan dewan. Badrul berdiri semula.

"Thank you." Aida mengangguk bersama senyuman manis dibibir.

Adrique menghampiri pengawal peribadinya. Bahu Badrul dipeluk erat.

"You did it Derul!" Rambut Badrul yang telah kemas itu diserabutkan oleh Adrique.

Dahlia tersenyum bahagia melihat mereka. Bahu ibunya juga dipeluk sambil kepalanya disandarkan ke kepala Puan Zahirah. Tangannya yang sebelah lagi bermain-main dikawasan perut.

"Prince Rique?" Adrique menumpukan matanya pada rakan karib Dahlia.

"Yes?"

"Nampaknya 'one day' itu dah sampai." Keningnya bertaut tidak mengerti.

"Hah?" Aida tersengih penuh makna. Keningnya dijungkit-jungkitkan. Hasratnya yang dahulu lagi perlulah dipenuhi.

"Swafoto?"

"Oh ya, sekarang dah boleh tapi with my wife lah. Jom sayang?" Adrique menghulurkan tangannya pada Dahlia dan disambut baik oleh gadis itu.

"Nak juga!" Natalie yang tiada kena mengena itu turut mahu sertai.

"Sibuk sajalah." Adrique dan Natalie sama-sama melawan panahan mata. Dahlia mengeluh kasar. Ada saja yang mereka berdua ingin gaduhkan. Dia menolak pipi suaminya agar berpaling padanya.

"Kalau gaduh lagi, Lia balik. Nak gaduh lagi?" Adrique menggeleng. Pipi isterinya dikucup sekilas lalu dibawa isterinya ke pelamin semula untuk bergambar disana.

"Mari ayahanda, kanda?" Sopan Dahlia mengajak King Dahmod dan Princess Alice yang dari tadi hanya menjadi pemerhati kawasan.

Kedua-duanya mengangguk kemudian semua mengikut pasangan pengantin baru itu ke pelamin.

Jurugambar yang diupah sudah berada diposisinya bersiap untuk merekod kenangan manis ini.

Snap!

Snap!

'Every human being has a story behind it and their stories are never the same.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience