Prolog

Romance Completed 77490

5 Februari 2016.

Kaca mata hitam ditanggalkan kemudian disangkut dikolar kemeja putihnya. Dia duduk melutut diatas karpet kuning kecil yang telah disediakan pengawal peribadinya.

"Assalamualaikum bonda. Rique datang ni. Rique datang bawa bunga kesukaan bonda, bunga mawar." Tangan dihulurkan meminta bunga pada pengawal yang setia berdiri dibelakangnya.

Sekuntum bunga mawar putih yang melambangkan kesucian itu diletakkan diatas timbunan tanah setelah itu dengan perlahan bibirnya mengucup kepala batu nisan.

Apabila dirinya berada disamping 'tempat tinggal' bondanya, dia berasa begitu aman dan tenteram. Ingin saja dia menetap disitu buat selamanya tetapi dia tahu, ke mana saja dia pergi pasti tempat itu merbahaya bagi dirinya termasuk tempat tanah perkuburan ini.

"Prince..kita dah kesuntukan masa." Keluhan kecil terlepas dari bibir. Jam dipergelangan tangan kiri dipandang sekilas. Berbaki 28 minit lagi sebelum majlis meet and greet dia bersama rakyat diadakan.

Anggukan kecil diberikan. Dia lantas berdiri namun mata masih pada timbunan tanah.

"Bonda, Rique pergi dulu. Segala pesanan bonda, Rique selalu gamkan dalam kepala. Apa-apa pun, bonda tetap ibu yang terbaik untuk Rique. Assalamualaikum." Dia sangat berharap agar Malaikat Munkar dan Nakir tidak terlalu menyeksa bondanya kerana wanita itu ialah ratu hatinya sampai bila-bila.

Pintu kaca dibuka Badrul iaitu pengawal peribadinya. Atas permintaan dirinya, sebuah rumah kaca kecil ber tinted gelap telah dibina untuk menempatkan kubur bondanya supaya terhindar dari sinaran matahari dan hujan. Demi ratu hatinya, dia sanggup lakukan apa saja.

Kaki menghala ke pintu pagar sebelum ada benda hitam mendarat didepan kakinya atas tanah. Langkahnya terhenti. Dia membongkok dan mencapai benda itu.

Serentak itu, haruman bunga mawar menusuk terus ke dalam rongga hidungnya.

'Wanginya..' Dia seakan khayal mencium bau itu.

"Prince Rique?" Panggilan Badrul membuatkan dia tersentak. Langsung dia menjauhkan selendang itu dari hidungnya. Ditoleh ke belakang memandang Badrul.

"What?"

"Maaf Prince Rique, kenapa Prince Rique  berhenti dan.." Pandangan Badrul jatuh pada sesuatu hitam yang dipegang Prince Adrique.

"..selendang siapa itu?" Adrique menggeleng tidak pasti.

"Nak saya buang?" Dia menggeleng lagi.

"It's okay. Let me keep it." Sebuah tundukan hormat diberikan Badrul pada Prince Adrique bagi menghormati keputusan anak raja itu.

Perjalanan mereka diteruskan hingga ke kereta. Seperti biasa, pintu dibuka Badrul buat Prince Adrique dan kemudian ditutup. Tempatnya dibahagian pemandu diambil segera kerana mereka benar-benar sudah lewat.

Sewaktu Adrique ingin melipat selendang itu, matanya terpandang pada jahitan berwarna putih dihujungnya.

'Rose..' Senyuman halus terukir dibibir.

....................

Sesudah bacaan yassin, rumput-rumput nakal yang tumbuh diatas kubur itu dicabut satu-persatu kemudian dibuang ke tepi. Dipandang sayu nama yang terukir cantik dibatu nisan itu.

"Assalamualaikum walid. Walid apa khabar? Dah lama Lia tak datang jenguk walid. Walid jangan merajuk ya nanti cepat tua." Dia tergelak kecil dengan lawaknya sebelum perlahan-lahan air mata menuruni pipi. Langit yang mendung hari itu seperti mengetahui saja isi hatinya.

"Walid..Lia rindu walid. Ibu pun rindu walid. Walid sihat saja kan 'disana'?" Sebanyak mana pun soalan yang ditanya, tidak mungkin akan dibalas.

"Hari ni ibu tak dapat datang sebab terlalu sibuk dengan warung kita. Ibu cakap insyaAllah esok ibu nak datang melawat walid. Mesti walid tak sabar kan nak jumpa ibu?" Senyuman kecil terukir dibibir apabila kenangan dulu terlintas dikepala dimana Puan Zahirah bersama Encik Razali sedang bergurau-senda ditepi sungai.

Kenangan itulah kali terakhir mereka sekeluarga bersama sebelum walidnya menutup mata buat selama-lamanya kerana kanser otak.

Sedang dia jauh termenung, tiba-tiba deringan telefon berbunyi. Airmata dilap lalu dia menyeluk poket seluar mengambil telefonnya. Setelah nama pemanggil dilihat, panggilan itu segera diangkat.

"Hm kenapa?"

"Kau dekat mana sekarang ini?" Soal si pemanggil.

"Dekat kubur. Melawat walid."

"Encik Saiful suruh datang office sekarang!"

"Kenapa pula? Hari ini kan cuti." Kepala yang tidak gatal digaru. Nak apa pula majikannya itu?

"Jangan banyak tanya. Kau nak ke bos kau mengaum?"

"Tapi--"

"Sekarang Dahlia!"

Tutt..

Panggilan terus dimatikan gerangan sana. Berkerut kening Dahlia memikirkan apa yang telah berlaku ditempat kerjanya.

"Walid, Lia pergi dulu ya? Ada masa, kita jumpa lagi. Assalamualaikum walid." Tanpa banyak bicara, dia lantas bergegas menuju ke pagar utama perkuburan itu.

Disebabkan angin yang bertiup agak kencang telah membuatkan selendang hitamnya yang hanya dililit begitu saja dikepala terbang ke udara tanpa dirinya sedar.

Langkah kaki dilajukan hingga ke rumah. Tanah perkuburan itu hanya dalam kampungnya saja jadi jika diikutkan jarak perkuburan itu ke rumahnya hanya setengah kilometer.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience