Chapter 36

Romance Completed 77490

Bathrobe disarung pada tubuh lalu talinya diikat di pinggang. Dia keluar dari bilik air bersama rambut basah yang terjuntai di dahi.

Ketibaannya di Hirland kelmarin hanya beberapa orang anak buahnya saja yang mengetahuinya tidak termasuk pengawal peribadi King Dahmod.

Untuk kesekian kalinya dimaklumkan bahawa pengawal peribadinya dan pengawal peribadi ayahandanya adalah berasingan.

Dia tidak berapa gemarkan orang-orang King Dahmod kerana mereka sentiasa melaporkan segala kegiatannya kepada ketua negara kesultanan kecil itu.

Punggung dilabuhkan dibirai katil. Telefon miliknya yang berada diatas meja lampu dicapai. Walaupun dia sibuk kejarkan sekuntum mawar putih tetapi sayangnya pada seorang gadis dalam istana itu tetap tidak boleh dihapuskan.

Nombor kakaknya didail sehingga diangkat gerangan sana.

"Kanda.."

"Ya sayang? Rique dekat mana itu?"

"Dalam hati kanda."

"Rique ini..mengada saja dia." Dia tergelak kecil tahu kakaknya sedang malu.

"Kanda sihat?"

"Sihat Alhamdulillah. Kenapa Rique call?"

"Nak call kakak sendiri pun dah tak boleh ke? Hm..kecil hati Rique."

"Hahaha bukanlah.."

"Rique call sebab Rique rindu nak dengar suara kanda."

"Kalau macam tu, balik Hirland cepat-cepat. Kanda pun rindukan adik kanda yang seorang ini."

"Habis saja kerja Rique, Rique balik and I will hug you tight."

"Dah tua tapi perangai masih budak. Ingat sikit, umur you itu dah 26 tahun."

"Yeah yeah I knew it. Don't remind me again."

"Rique.."

"Ya kanda?"

"Erm..apa pendapat Rique kalau kanda sambung jurusan kanda diluar negara?"

"It's great! Kanda memang minat kan fashion designer? So, no problem with that. I think it's a good idea. Lagipun, kalau kanda duduk saja dalam istana tu, nothing to do. Better you sambung bidang yang you minat tu. Nanti, bolehlah kanda design kan baju kahwin Rique."

"Thank you Rique sebab support kanda. Pasal baju kahwin tu Rique jangan risau, kanda akan design baju yang paling gempak punya untuk adik kesayangan kanda ini."

"Hahaha thank you my lovely sister. Tak apalah kanda, Rique nak pakai baju dulu. Anything just call me okay?"

"Okay then. See you later."

"Yeah."

Setelah menamatkan panggilan, telefon diletakkan kembali di tempat tadi. Dia berjalan ke almari pakaian. Hari ini dia mahu berpakaian santai saja kerana dia tiada ingin ke mana.

....................

Tuala kecil yang digunakan untuk mengelap rambut yang basah itu disangkut diatas rak penyidai. Hari ini adalah hari gembiranya kerana sepupu kesayangan sudah selamat tiba di tanah air setelah beberapa minggu berada di negara orang.

Pagi ini Adam berkata dalam panggilan bahawa lelaki itu akan datang ke rumahnya. Jadi dia harus bersiap segera sebelum Adam sampai.

"Lia.." Dahlia berpaling ke belakang setelah mendengar namanya dipanggil lembut oleh Puan Zahirah.

"Ya ibu?" Kelihatan wanita itu sedang memegang sepasang baju kurung berwarna kelabu muda.

"Pakai baju ini cepat. Adam dah nak sampai tu. Si Aida kawan kamu itu dah ada dekat ruang tamu." Berkerut seribu dahinya. Ada 2 perkara yang dia tidak mengerti.

Pertama, mengapa baju itu yang perlu dipakainya? Kedua, mengapa rakannya itu sibuk nak berkunjung ke rumah dia waktu-waktu begini?

"Heh! Termenung pula. Ibu suruh pakai baju ini, bukannya berangan. Dah, cepat!" Dahlia menyambut huluran ibunya seusai itu Puan Zahirah mengatur langkah keluar dari bilik anaknya.

Walaupun berasa sedikit aneh, dia pakaikan jua baju itu demi permintaan ibu tercinta. Bangku meja solek diduduknya.

Wajahnya perlu di solek agar tampak segar dan bukannya seperti orang yang baru bangun tidur.

Tok tok tok!

Pintu diketuk bagaikan ingin tercabut saja pintu bilik itu. Dahlia menggeleng. Bukannya dia tidak kenal siapa gerangan yang mengetuk itu.

"Masuklah!" Dipanggil gerangan itu untuk masuk. Siapa lagi jika bukan Aida yang muncul disebalik pintu itu kan?

"Kau memang saja nak perobohkan pintu keramat aku kan perempuan?" Gadis di pintu itu tersengih menampakkan barisan gigi putih atas dan bawahnya.

"Nak apa kau tersengih-sengih macam lintah tak cukup darah itu?" Aida melabuhkan punggung diatas katil milik rakannya.

"Aku nak bagitahu ini, ada seorang kawan kau dari Malaysia katanya nak jumpa kau. Dia tengah tunggu dekat belakang rumah. Katanya kali ini last dia datang Hirland and after this, no more." Ujar Aida sambil memerhati Dahlia yang sedang bersolek ringkas.

"Kawan aku dari Malaysia? Tak pernah-pernah aku berkawan dengan orang Malaysia. Ini muncul dari mana pula ini?" Jemuh Dahlia berfikir siapakah si dia yang katanya datang dari Malaysia itu.

"Entah, mungkin satu universiti kita dulu yang kau terlepas pandang?" Dia mengangguk-angguk boleh terima kebarangkalian Aida.

"Hm mungkin juga. Jomlah temankan aku pergi jumpa dia?" Aida mempamerkan muka toya. Apa-apa pun mesti wajah tak bersalahnya juga yang diheret sekali.

"Alaa jomlah..malam nanti aku belanja burger keju dekat hujung jalan sana nak?" Dia pandang ke atas buat-buat berfikir dengan tawaran gadis jelita itu.

"Erm.."

"Nak tak?" Dengan penuh sabar Dahlia menanti jawapan rakannya.

"Erm.." Begitu lama menunggu balasan Aida.

"Ada yang nak kena telan kasut saiz 7 aku nampaknya ini." Aida mula menarik sengih saja mahu bikin Dahlia tertunggu-tunggu.

"Ya ya aku teman! Jomlah cik adik manis?" Dialah orang pertama melangkah keluar dari bilik Dahlia dan seterusnya gadis itu sendiri.

Langkah mereka berdua adalah sama iaitu ke kawasan belakang rumah yang terdapat beberapa buah pasu bunga mawar putih dan bangku dilengkapi meja.

Dulu arwah walidnya sentiasa lepak dibangku itu bersama Puan Zahirah sambil menikmati secawan teh panas dan kuih-muih buatan ibunya pada waktu petang.

Sekarang semua itu sudah berakhir. Masa tidak dapat berputar kembali kerana kenangan adalah kenangan.

"Mana dia?" Dahlia tercari-cari figura yang ingin ketemu dengannya itu tetapi satu batang hidung pun tak nampak. Apa cerita?

"Ada." Dia berpaling ke belakang untuk memandang rakannya dan serentak itu mulutnya ditekup menggunakan kain.

Dia menggelepar minta dilepaskan namun perbuatan itu hanyalah sia-sia kerana diendahkan oleh 2 orang lelaki yang berpakaian serba hitam itu berserta topeng dimuka.

Satu batang tubuh yang amat dikenalinya sedang berdiri lebih kurang 2 meter darinya sambil berpeluk tubuh manakala dibibir itu tercalitnya senyuman sinis.

Terkedu dirinya. Mengapa baru saat ini gadis bertudung litup itu mahu menunjukkan belangnya? Mengapa tidak dulu?

Dia dibawa masuk ke dalam sebuah van putih melalui pintu pagar kecil belakang rumah lalu kenderaan empat roda itu dipecut meninggalkan perkarangan rumahnya.

Setitik air matanya tumpah ke pipi.

'Tergamak kau Aida buat aku macam ini.' Bicaranya hanya mampu di dalam hati. Rupanya kebaikan gadis yang bernama Aida itu cuma ingin mengaburi matanya saja sedangkan diri gadis itu dipenuhi dengan kelicikan.

Apa motif Aida lakukan sebegini padanya? Adakah kerana dendam? Tetapi dendam disebabkan apa?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience