Chapter 60

Romance Completed 77490

Maldives

Maladewa atau lebih dikenali sebagai Maldives adalah sebuah negara kepulauan yang terletak di Samudera Hindia dan tepat berada di sebelah barat India. Maldives merupakan negara dengan luas wilayah terkecil di Benua Asia ini.

Majoriti penduduk Maladewa ialah penduduk beragama Islam dan Agama Islam juga merupakan agama rasmi negara yang memiliki nama lengkap Republik Maladewa ini. Bahasa yang digunakan penduduk setempat adalah Divehi.

Tiga etnik utama di negara ini iaitu etnik India Selatan, etnik Arab dan etnik Sinhalese. Nama Maldives berasal dari bahasa Sanskerta iaitu Mala (untaian atau kalung) Dvipa (pulau) atau jika disambungkan menjadi 'Untaian Pulau-pulau'.

Dahlia mengangguk-angguk tanda faham dengan latar belakang Maldives tempat dia berada sekarang ini.

Dia membelek-belek gambar yang terpampar di internet. Memang banyak tempat yang menarik dan cantik di pulau ini termasuklah tempat..bibirnya melakarkan senyuman penuh makna.

"Abang!" Dia yang sedang berbaring diatas sofa menghadap ke laut memanggil Adrique. Malas mahu mencari lelaki itu. Biar Adrique datang sendirilah mencarinya.

"Abang di sini saja. Tak perlu menjerit." Wajah segera dipusing ke kiri. Dia tersengih saat memandang wajah suaminya. Rupanya lelaki itu ada saja disofa sebelahnya sedari tadi.

"Laa abang dekat sini rupanya." Dia bangkit dari sofa lalu menempel pada sofa yang di duduki Prince Adrique pula.

Kepala direbahkan diatas lengan sasa jejaka tampan itu. Satu kucupan singgah pada ubun-ubunnya.

"Honey.." Meleret saja suaranya memanggil Adrique dengan panggilan manja.

Manakala Adrique pula sudah mengerti makna disebalik itu. Dia sudah masak dengan perangai isterinya.

"Hm?" Walaupun dia menyahut tetapi matanya tidak lepas dari menyaksikan pemandangan yang menakjubkan di langit. Matahari yang semakin ingin terbenam menyebabkan langit bertukar warna kemerah-merahan.

"Malam ini kita pergi ke Restoran Ithaa nak tak? Tempat dia lawa sangat abang. Restoran itu dekat bawah aquarium." Dahlia sedikit mendongak ingin melihat muka suaminya.

Adrique menurunkan kepalanya menatap wajah si isteri. Dia memusingkan tubuh ke kanan menghadap Dahlia. Pinggang gadis itu dipeluk kemas bimbang jika jatuh ke lantai kerana sofa itu hanya baki sedikit saja ruang kosong sebelum wanita itu ikut berbaring tadi.

"Makan dekat villa ini saja tak boleh ke? Baru sweet sikit honeymoon kita kali ini." Dahlia laju menggelengkan kepala.

"Mana boleh abang. Rugilah kita datang sini tapi duduk saja dalam villa terapung ini. Kita kena juga berjalan untuk luaskan ilmu pengetahuan. Bukan selalu kita boleh datang sini kecualilah kalau kita menetap dekat sini sampai bila-bila." Adrique mendengar bicara isterinya sambil jarinya menyelitkan rambut Dahlia di belakang telinga. Kemudian pipi tembam gadis itu pula dielus dengan jari telunjuk. Mata violetnya menatap lembut ke dalam anak mata hitam itu dengan penuh cinta.

"Mana boleh menetap dekat sini sampai bila-bila sayang. Nanti pokailah abang nak kena bayar villa besar ini. Bayangkanlah, RH21 ribu darab dengan sampai bila-bila itu. Berapa agaknya jumlah dia? Abang rasa kalkulator pun pening nak kira." Dahlia mencebik bibir.

"Eleh pokai konon. Tak ada maknanya abang nak pokai. Setiap saat duit masuk dalam bank. Tang mananya miskin itu?" Lelaki itu lantas menjarakkan wajahnya dari wajah Dahlia akibat terkejut.

"Mana sayang tahu?"

"Ayahanda ada bagitahu hari itu. Ayahanda pesan kalau nak apa-apa, minta saja pada abang. Jangan minta yang murah, minta yang mahal terus sebab duit abang masuk setiap masa. Dekat siapa lagi nak habiskan duit jika bukan pada keluarga sendiri." Benarlah apa yang dikatakan gadis itu.

Duitnya boleh dikatakan masuk setiap saat kerana dia banyak melabur saham di syarikat-syarikat terkemuka. Dia ialah pemegang saham kedua tertinggi di seluruh syarikat yang dilaburkan. Tidak kira lagi dengan hasil Roses Holdings di Hirland dan di Moskow.

"Ayahanda tipu sayang saja itu. Mana logik duit masuk setiap saat." Dia menafikan perkara yang sudah sahih.

Dahlia memutarkan bebola matanya. Dia memusingkan tubuh menghadap langit. Angin laut yang menyapa ke muka terasa begitu menenangkan.

"Kalau orang lain memang tak logik tapi kalau abang bukan setakat logik, fakta. Abang tak payah nak tipulah, Lia tahu. Buktinya, tengoklah kereta abang dekat istana itu. Berderet bawah garaj. Kereta bukan jenama biasa-biasa. Jenama yang orang tak mampu pakai." Adrique tersenyum kecil. Dia kembali mendekatkan wajahnya pada gadis itu.

"My rose..walaupun duit abang masuk setiap saat tapi abang tak pernah lupa untuk kongsikan apa yang abang ada pada sayang. Buktinya, setiap saat itu jugalah duit sayang masuk dalam bank." Muka itu lantas ditoleh pada wajah sang suami.

"Betul ke?" Soalnya inginkan kepastian. Dia juga tidak pasti berapa baki dalam banknya sekarang kerana sejak bersama Adrique, dia langsung tidak pergi ke bank untuk keluarkan wang. Semua keinginannya dibayar oleh lelaki itu.

Adrique mengangguk. Dia mula naik ke atas badan isterinya lalu wajah cantik tanpa cela itu direnung tidak puas. Wanita itu pula menaikkan tangan memeluk lehernya.

"My rose..I don't know why, abang tak pernah penat untuk cintakan sayang walaupun sayang hanya cintakan abang cuma separuh hati." Dahlia mengerutkan keningnya. Bila masa dia cakap yang dia cintakan Adrique hanya separuh hati?

"Abang cakap Lia cuma cintakan abang separuh hati? Habis itu, dua parut ini bukan pengorbanan Lia untuk mendapatkan cinta abang?" Bajunya ditarik hingga ke dada. Satu parut pada perut dan satu lagi pada pinggang.

Adrique menunduk melihat parut itu. Jarinya mengusap-usap dua parut yang jelas kelihatan itu walaupun sudah berbulan-bulan. Matanya berair mengingatkan kejadian lepas. Adanya parut ini kerana dia.

Dia mengangkat wajah menatap kembali muka isterinya.

"I'm sorry my rose. Kalau tak disebabkan abang, parut ini takkan muncul. Terima kasih kerana sanggup berkorban untuk abang." Dahlia menekup kedua-dua belah pipi suaminya.

"Abang, Lia sanggup buat apa saja untuk raih perhatian dan cinta abang. Lia tak sanggup untuk berjauhan dengan abang. Tolong, jangan tinggalkan Lia macam dulu lagi ya?" Sebagai jawapan untuk wanita itu, bibir Adrique meragut bibir isterinya.

Hari ini, langit yang merah, air laut yang jernih dan angin pula sepoi-sepoi bahasa telah menyaksikan keikhlasan dan kesucian cinta mereka setelah berjaya menempuh pelbagai halangan dunia.

'Terima kasih Ya Allah kerana telah menyatukan kami bersama selepas pelbagai ujian yang Engkau berikan kepada kami.'

......................

Pasangan itu keluar dari restoran yang dibina dibawah aquarium itu. Disebabkan permintaan isterinya, Adrique wajib tunaikan untuk makan direstoran itu dan macam biasalah, berpinggan-pinggan Dahlia makan.

"Sayang, abang nak pergi toilet sekejap. Sayang tunggu disini ya?" Dahlia mengangguk. Dia mengambil tempat disebuah bangku sambil menunggu suaminya.

Mata meliar di kawasan itu. Walaupun malam, kawasan kepulauan kecil ini sentiasa dipenuhi orang dengan payung-payung khemah yang menjual pelbagai makanan dan cenderahati ditepi jalan. Seperti pasar malam saja.

Sibuk sedang memerhati gerak-geri orang ramai, tiba-tiba matanya terpandang pada sebuah kedai runcit yang mempunyai penyaman udara. Harap-haraplah kedai itu ada menjual sesuatu yang diinginkan beberapa hari ini.

Dia kemudian melangkah ke arah kedai itu. Masuk saja ke dalam, dia terus ke kaunter.

"Yes miss? What can I help you?" Juru kaunter itu langsung tak lokek dek senyuman.

"Erm..can I get a pregnancy test?"

"Yeah sure. Wait a second." Dahlia melepaskan keluhan lega. Mujur ada jual disini.

Dia mahu mencuba nasib sama ada dia mengandung atau tidak kerana sudah beberapa bulan dia tidak datang haid dan selera makannya juga makin kuat.

Selama ini bukan dia tidak perasaan tetapi dia biarkan saja dulu kerana dia langsung tidak menerima simptom seperti mual-mual atau hilang selera makan sama ibu mengandung yang lain.

Kotak yang mengandungi alat uji kehamilan itu diletakkan ke dalam plastik kemudian diserahkan padanya. Dia menukarkan barang itu dengan sejumlah wang kemudian dia mengatur langkah keluar dari kedai itu selepas mengucapkan terima kasih.

Bangku tadi dituju semula. Kelihatan Adrique sudah ada disitu sambil menekan-nekan sesuatu diskrin telefon mungkin mahu menghubunginya.

"Honey.." Belakang tubuh suaminya dipeluk erat. Wangian yang dipakai lelaki itu menusuk lembut ke rongga hidungnya. Dia sukakan bauan Adrique. Maskulin saja baunya.

"Sayang pergi mana? Risau abang tadi tengok-tengok sayang tak ada dekat sini. Kalau nak pergi mana-mana, tunggu abang dulu." Adrique menarik gadis itu supaya berdiri di hadapannya.

"Lia pergi kedai runcit depan sana saja. Teringin nak makan coklat bar." Dia menggeleng. Arahan yang diberikan tidak pernah didengari. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Lepas ini dia mahu tambat tangan gadis ini di pokok kelapa baru tak merayap ikut suka hati.

"Degil betul budak ini!" Pipi Dahlia ditarik geram sehingga berkerut muka wanita itu.

"Sakitlah!" Dahlia menampar lengan suaminya. Mentang-mentang sekarang pipi dia sudah naik, suka-suka saja Adrique menariknya.

Adrique melepaskan tawa halus. Kalau Dahlia sudah garang, memang akan mengalahkan singa betina sedang mengandung.

"Jom?" Tangan isterinya dicapai.

"Ke mana?"

"I wanna show you something. Something really special." Dia menarik tangan Dahlia sehingga ke pinggir pantai. Dilihat reaksi wajah gadis itu. Seperti yang dijangka, Dahlia akan terpukau melihatnya.

"Cantiknya.." Warna air pantai yang mengalir di flat shoes yang dipakainya sungguh cantik. Air itu berwarna seakan neon biru elektrik.

" This is The Sea of Stars. Pada waktu malam air pantai akan berubah warna. So beautiful right?" Bahu Dahlia dipeluk kemas sambil menyaksikan fenomena semula jadi yang sungguh ajaib didepan mata.

Fenomena luar biasa ini berlaku adalah kerana pantai dan ombak mempunyai zarah-zarah berwarna neon biru dan kerlipan luar biasa itu disebabkan oleh tindak balas kimia semula jadi iaitu 'bioluminescence'.

Ia terjadi apabila mikroorganisma di dalam air terganggu oleh oksigen sekaligus fenomena ini menjadikan laut pulau kecil ini salah satu landskap terindah yang pernah wujud di alam ini.

Senyuman Dahlia sudah sampai ke telinga. Janganlah, kalau dah dia suka datang ke sini, memang setiap masa dia akan ajak Adrique untuk ke Maldives.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience