Chapter 38

Romance Completed 77490

Suasana di dalam rumah separuh kayu dan separuh batu itu mula kelam-kabut apabila baru tersedar bahawa salah seorang penghuni rumah itu hilang tanpa jejak.

Air mata seorang ibu membanjiri lantai kayu rumah tersebut. Aida menggaru-garu kepalanya buntu memikirkan apa teknik untuk memujuk wanita itu. Ini semua anak raja itu punya pasallah! Tengok, siapa yang kena uruskan ini? Aku nak tuntut hak aku nanti.

"Makngah, makngah tak boleh terus menangis macam ini nanti kesihatan makngah terganggu. Cukup 24 jam, along akan buat laporan polis. Makngah jangan risau." Adam sebagai anak saudara rapat kepada Puan Zahirah cuba untuk menenangkan wanita itu.

"Yang hilang itu anak dara makngah. Macam mana makngah tak risau?" Helaian tisu terakhir di dalam kotak diambil lalu dikesat air mata yang tidak henti-henti mengalir.

"Tak perlu buat report, Adam. Makcik, saya rasa Dahlia pergi jaga kawan dia di hospital yang baru kemalangan tadi." Alasan yang cuba direka itu akhirnya dapat menarik perhatian Puan Zahirah.

"Kawan dia kemalangan?" Aida mengangguk. Hentam sajalah apa yang boleh.

"Haah sebab dalam group whatsapp ada seorang kawan pejabat saya bagitahu yang Darli kemalangan. Motor bertembung dengan kereta kebal rasanya." Dia sendiri berasa pelik dengan jawapannya sendiri. Darli? Entah wujud entah tidak nama manusia itu.

"Kereta kebal celah mana pula ini timbul?" Bahu dijungkitkan sebagai balasan pada pertanyaan wanita itu. Pandangan pelik daripada sepupu rakannya diendahkan. Suka hatilah kau nak pandang macam mana pun.

"Entah, saya pun tak pasti. Saya cuma sampaikan pada makcik apa yang saya tahu saja."

"Tapi kenapa dia tak bagitahu dulu makcik sebelum dia nak pergi? Makcik telefon pun dia tak angkat. Bertuah betul punya anak macam itu. Saja nak suruh kita risau." Puan Zahirah yang masih tersedu-sedan itu sempat lagi membebel.

"Kau jangan risaulah, balik juga nanti budak itu." Pesan Puan Zaharah selaku kakak sulung dan juga ibu kepada Adam dan Syidah.

Puan Zahirah mengelap air matanya yang ingin kering itu. Dia mula termakan pujuk rayu daripada orang sekelilingnya. Dahlia balik nanti, sumpah dipulas kuat isi lengan anaknya.

"Haah betul itu makngah." Sampuk Syidah pula yang dari tadi hanya mendiamkan diri saja bersama anak lelakinya yang berusia setahun

"Err..kemungkinan Dahlia tinggal dalam beberapa hari di hospital untuk jaga kawan dia yang di wad kecemasan." Puan Zahirah mengeluh lemah.

"Kenapa baru nak cakap? Dah habis sekotak dah tisu makcik." Aida hanya mampu tersengih mendengar teguran itu.

"Maaf makcik."

....................

Mata yang kabur akibat beberapa jam terkatup itu ditenyeh-tenyeh agar pandangannya kembali jelas.

Dia bangkit dari pembaringan lalu muka ditoleh ke tepi. Pandangan sepi dilemparkan pada pakaiannya bersama Adrique yang bertaburan di atas lantai.

Beberapa kesan merah memenuhi leher putihnya. Ganas sungguh anak raja itu sehingga mahu patah riuk tulangnya sewaktu 'dikerjakan' tadi.

"Sayang.." Pergerakannya ternyata telah mengganggu putera raja yang sedang beradu. Rambut yang serabai itu disanggul malas.

Adrique yang masih letih kerana 'bekerja' tadi hanya dapat bersuara namun tidak mampu untuk mencelikkan mata. Tangannya mencari-cari sebatang tubuh yang berada disampingnya.

Setelah ketemu, ditarik lengan gadis itu sehingga Dahlia mendarat diatas dadanya. Sempat dia menambah satu lagi tompokan merah dibahu buah hatinya.

"Baby..cukuplah, saya nak pergi mandi pula ini." Dadanya ditolak lembut oleh gadis itu untuk bangun tetapi tidak berjaya kerana dia mengetatkan pelukannya pada pinggang milik gadis genit itu.

"Kiss me first then I'll let you go." Dahlia menggeleng laju.

"Tak naklah, nanti jadi benda lain pula." Adrique membuka kelopak mata lalu penglihatannya jatuh pada wajah putih bersih Dahlia. Bibir menguntumkan senyuman nakal.

"Benda lain? Apa yang benda lain itu?" Soalnya pura-pura tidak mengerti sambil jarinya dinaikkan ke pipi pacarnya kemudian dielus manja pipi gebu itu.

"Sperm awak makin bertambah dalam perut saya pula nanti." Langsung terletus tawa besarnya menerima jawapan selamba daripada gadis naif itu.

"Jadi, apa salahnya makin banyak?" Dahlia mendengus geram dengan soalan jejaka itu.

"Fikirlah sendiri!" Baru saja dia ingin bangkit tiba-tiba lehernya dipaut dan ditarik Prince Adrique sehingga bibirnya kembali disentuh oleh bibir lelaki itu.

Adrique menggigit bibir bawah Dahlia agar gadis itu membuka mulutnya. Terbukanya mulut itu, dia terus menarik lidah Dahlia menggunakan 2 ulas bibirnya lalu dihisap kuat lidah itu.

Sebelah tangan memaut leher itu dan sebelah lagi sudah pandai merayau-rayau di kawasan tubuh bogel milik kekasihnya.

Dahlia berasa begitu khayal dengan layanan putera raja itu padanya. Tapak tangannya mula mengusap-usap manja dada bidang Adrique yang mengakibatkan lelaki itu bertambah gersang.

Adrique langsung melepaskan pautan pada bibir Dahlia saat peha bogel kepunyaan gadis itu bergerak dan terlanggar alat kelakiannya yang sedang mengeras. Mulutnya ternganga kecil.

"Ahh.." Dahlia tersenyum senget suka melihat wajah nikmat buah hatinya. Mulutnya di dekatkan ke dada Adrique lalu ditandakan kesan merah di situ.

"Sayang..I'm horny." Rengek Adrique sambil menatap wajah Dahlia dengan penuh bernafsu.

"So?" Sebelah kening diangkat Dahlia sementara tangannya diturunkan ke peha Prince Adrique dan dibelai-belai peha itu. Saja dia ingin menaikkan nafsu kuda putera tampan itu.

"I want sex!" Serentak itu, Adrique terus menolak tubuh kecil Dahlia yang berada diatasnya ke katil. Kini, dia pula yang berada diatas gadis itu.

"No..saya nak pergi mandi. Enough is enough, Daren." Dahlia melarikan mukanya ke tepi sewaktu Adrique ingin memagut kembali bibirnya.

"Please..? Just one more?" Pinta Adrique bersama muka kesian. Dia berasa amat ghairah waktu itu. Dia inginkan hubungan intim itu sekarang juga.

"I don't want." Dahlia menyimpan tawa geli hati melihat wajah itu dari hujung mata.

"My rose, you tak kesian pada I ke? Lagipun, salah you juga sebab naikkan nafsu I." Dahlia menutup pipinya menggunakan lengan saat lelaki itu ingin menjilatnya.

"Mana ada saya naikkan nafsu awak." Nafinya sedangkan sudah terang lagi bersuluh tangannya bermain-main berhampiran tempat sensitif Adrique tadi.

"You nak cakap apa-apa pun, cakaplah. Yang penting, apa yang dah jadi milik I, akan tetap milik I. Forever." Adrique memalingkan muka Dahlia mengadapnya semula kemudian dengan rakus dia mendapatkan bibir yang telah menggodanya.

Dan seperti mula-mula tadi, Dahlia redha saja dengan kerakusan anak raja yang digilai ramai itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience