Chapter 47

Romance Completed 77490

Salam diberi beberapa kali dimuka pintu sambil mata memerhati tuan rumah yang masih lagi belum dilihatnya tetapi pintu rumah terbuka luas. Nak jemput siapa masuk ni?

"Waalaikumsalam ya ya sekejap!" Sahutan daripada tuan rumah itu memerhentikan dia yang ingin membuka mulut untuk memberi salam lagi.

Puan Zahirah yang baru saja sudah menyarung pakaian pada tubuh lantas keluar dari biliknya. Dia terkaku melihat gerangan dihadapan pintu.

"Ya Allah, anak aku!" Dia berlari anak menuju ke muka pintu lalu memeluk kemas batang tubuh anak tunggalnya melepaskan rindu yang sekian lama bersarang dihati.

"Rindunya ibu pada kamu, Lia." Pipi gebu anaknya dicium kiri kanan.

"Lia pun rindukan ibu. Erm ibu..Lia ada bawakan tetamu istimewa buat ibu." Wajah gadis itu dipandang penuh tanda tanya. Ada tetamu pula dah?

"Siapa?" Dahlia memandang ke belakang kemudian memberi isyarat pada Prince Adrique yang berada dibawah untuk naik.

Adrique mendaki tangga. Sampai saja dipelantaian rumah, dia mempamerkan wajah manis pada ibu mertuanya.

"Ibu apa khabar?" Diraih tangan kanan Puan Zahirah dan dikucup belakang tapak tangan wanita itu.

Tidak berkelip mata Puan Zahirah melihat lelaki yang cukup tinggi dan sasa itu.

"Pri..Prince Rique" Dia lantas menunduk hormat setelah menyedari siapa yang sedang berdiri bertentangannya.

Adrique tersenyum. Dia menarik tubuh Puan Zahirah supaya berdiri tegak semula. Wanita itu tidak perlu lagi menunduk hormat padanya malah dia pula yang harus menghormati wanita separuh abad tersebut. Gelengan kecil diberikan.

"Ibu, jom masuk?" Dahlia mengheret lengan ibunya untuk masuk ke dalam rumah.

"Abang?" Dikerling sebentar suaminya apabila melihatkan lelaki itu hanya berdiri statik saja disitu.

"No, it's okay. Sayang masuklah dulu. Abang nak talk dengan Wan sekejap."

"Okay." Dahlia menarik ibunya untuk duduk diatas sofa. Terlalu banyak cerita yang ingin dibukakan.

"Jadi?" Segera Puan Zahirah melontarkan soalan pada anak gadisnya setelah mereka mengambil tempat disofa.

Dahlia meletakkan hati-hati beg tangan berjenama mahal yang baru dihadiahkan Prince Adrique buatnya itu diatas meja kopi. Telefon bimbit yang digunakan untuk menelefon Aida tadi juga hadiah daripada suaminya.

Lalu bermulalah cerita demi cerita dirungkaikan kepada Puan Zahirah dari dia diculik sehingga ke majlis perkahwinan.

"Lia!" Puan Zahirah mencubit isi paha Dahlia sampaikan berkerut-kerut muka gadis itu. Fuh menyengat!

"Sampai hati kan buat ibu macam ni?" Membulat mata wanita itu apabila telah mengetahui bahawa Dahlia sudah selamat menjadi isteri kepada putera raja Hirland.

"Alaa ibu..maaflah. Lia janji ini last Lia buat macam ni." Dahlia mengangkat tangan gaya bersumpah.

"Dah ini memang terakhir pun! Ke kamu memang ada pasang niat nak kahwin dua?" Laju saja Dahlia menggeleng.

Uihh tak berani dia nak pasang dua. Nanti kepala dia adalah yang terbelah dua penangan Prince Adrique.

"Kamu ini kan, eii kalau kamu bukan anak ibu, ibu dah lama bagi pada beruk dihutan tebal sana. Biar kamu berkawan dengan dia." Dia mencebik bibir sambil bermain-main dengan jari ibunya.

Puan Zahirah melepaskan keluhan kecil.

"Lia..Lia sedar tak apa yang Lia dah buat?" Dahlia mengangkat muka menatap wajah putih bersih wanita itu.

"Apa yang Lia dah buat?" Soalnya tidak mengerti.

"Kamu dah berkahwin dengan anak raja. Kamu sedar tak? Kalau kamu berkahwin dengan anak dato' ke tan sri ke tak adalah ibu terkejut benar tapi ini anak raja. Kamu faham tak apa yang ibu nak sampaikan sekarang ini?" Dia memandang tunak ke dalam anak mata Puan Zahirah sementara tangan menggenggam tangan tua ibunya.

"Ibu, kenapa kita perlu membandingkan seseorang itu melalui jawatan, pangkat dan harta sedangkan kita ialah sama disisi Tuhan? Jodoh tak ke mana ibu tapi jika jodoh Lia dengan Daren cumalah sementara, Lia redha. Ibu, restuilah hubungan kami." Puan Zahirah mengucup ubun-ubun Dahlia. Nampaknya makin hari makin matang pemikiran anak gadisnya ini.

"Ibu restu sayang. Jagalah suami kamu seperti mana ibu jaga kamu sehingga besar kini." Dahlia menyimpul senyuman ikhlas lalu mencium kedua-dua belah pipi wanita itu.

"Terima kasih ibu. Ibu, sejak Lia tak ada dekat rumah ini, siapa yang teman ibu?" Saja dia bertanya padahal sudah tahu.

"Syidah yang temankan ibu tapi malam sajalah. Siang hari macam ni dia akan balik ke rumah dia semula." Dia mengangguk-angguk mengerti.

"Ehem" Deheman seseorang membuatkan mereka berdua berpaling serentak. Puan Zahirah segera berdiri.

"Prince Rique, jemputlah duduk dulu. Makcik buatkan air dekat dapur sekejap." Tuturnya penuh hormat pada anak raja itu.

"Daren. Panggil saya Daren saja. Maaf ibu, kali ini saya tak sempat nak singgah minum air dekat sini. Ada hal sikit yang perlu saya selesaikan. InsyaAllah jika ada masa, saya datang sini ambil Rose sambil itu bolehlah lepak lama-lama sikit dengan ibu." Balas Adrique menyusun bernas kata-katanya bimbang jika wanita itu terasa hati.

Dahlia memandang hairan wajah suaminya. Apa maksud lelaki itu ingin mengambilnya disini jika ada masa?

"Oh ya ke? Tak apalah erm ib.ibu faham tugas Daren yang agak sibuk dengan kerja. Daren nak tinggalkan Lia dekat sini ke?"

"Haah saya nak tinggalkan Rose dekat sini dalam beberapa hari. Ibu tolong jaga Rose elok-elok ya? Dia ni nakal sikit ibu. Memang pening nak melayan perangai dia." Ketawa halus terbit dari bibir Puan Zahirah. Pandangan dilemparkan pada anaknya. Memang masam mencuka muka budak itu.

"Ha iyalah." Tangan kanan dihulurkan pada jejaka tampan itu apabila Prince Adrique ingin meminta diri untuk berangkat pergi.

"Oh! Sebelum terlupa, saya nak bawa Rose pergi ke suatu tempat sebentar. Boleh kan ibu?" Puan Zahirah mengangguk membenarkan.

"Pergilah. Sekarang, Daren berhak ke atas Lia."

"Terima kasih ibu. Jom sayang?" Adrique mencapai tangan isterinya lalu digenggam kemas.

"Lia pergi dulu ibu." Dahlia menyalami tangan ibunya. Pasangan suami isteri itu melangkah keluar dari rumah menuju ke kereta.

"Sampainya hati awak nak tinggalkan saya dengan ibu saja." Masuk saja ke dalam perut kereta, Dahlia terus melontarkan bicara itu. Dia sedang berjauh hati dengan Adrique.

"Abang nak tinggalkan dalam beberapa hari saja. Bukan lama pun. Kenapa? Dah tak suka tinggal dengan ibu?" Dahlia mendengus geram. Suaminya cepat betul menilai orang.

Dia berpaling ke tepi menatap Adrique yang begitu sibuk dengan telefon bimbitnya.

"Bukan macam tu. Saya cuma..ish! Susahlah nak bercakap dengan awak ni. Hah! Telan telefon tu telan. Orang bercakap dengan dia bukannya dia nak pandang kita." Lengan disilangkan ke dada seraya melemparkan panahan mata ke luar jendela.

Adrique yang dapat merasakan perubahan pada diri isterinya lantas menyimpan telefon di dalam poket blazer.

Tangan kanan Dahlia digenggam kemudian diletakkan diatas pahanya.

"My rose.."

"Jangan bercakap dengan saya selagi awak tak makan phone tu." Sindiran gadis itu langsung tidak terasa apa-apa pada dirinya.

"My rose, look at me." Adrique menolak pipi kiri isterinya agar wajah cantik gadis itu dapat ditatap. Mata violetnya harus merenung mata Dahlia agar gadis itu cepat cair.

Dahlia mengeraskan kepalanya tidak mahu berpaling.

"My dear..I am your husband." Dia memejam kuat matanya sambil bibir diketap. Dia kena mengalah jawapannya.

Mata dicelik semula lalu dia memusingkan kepala mengadap sang suami tercinta dan secara langsung, panahan mata suaminya terus pada matanya. Dia lemah.

"I'm sorry okay?" Adrique menaikkan jarinya mengelus lembut pipi Dahlia.

"Why?"

"Abang terpaksa tinggalkan sayang dengan ibu buat masa sekarang ini sebab abang kena balik ke istana. Kalau abang di istana, siapa yang akan jaga sayang di penthouse? Kalau sayang disini, bolehlah ibu yang tolong jagakan."

"Tapi abang.."

"Please my rose? Kali ini saja tolong dengar cakap abang." Dahlia mengeluh lemah mendengar permintaan suaminya. Anggukan diberi.

Dia bukannya tidak mahu tinggal dengan Puan Zahirah tetapi dia risau jika dia akan merindui lelaki ini. Hatinya bukan kuat sangat pun.

"I will miss you." Adrique mengucup dahi isterinya.

"I will miss you too, my rose."

Beberapa minit selepas itu, mereka selamat sampai dihadapan pagar rumah kepunyaan keluarga Aida.

Kereta milik Aida terparkir elok saja dibawah garaj rumah. Tidak pergi kerjakah gadis itu?

"Aida ada." Maklum Dahlia pada Adrique.

"Sayang masuk dalam tanya Aida. Abang tunggu dalam kereta saja." Dahlia hanya menuruti arahan suaminya.

Iyalah, takkanlah Prince Adrique pula yang harus masuk ke dalam. Rasanya habis pengsan kedua ibu bapa rakannya itu.

Dahlia berjalan mendekati pintu rumah yang sudah terbuka sedikit itu. Seperti tahu-tahu saja dia hendak datang.

Baru saja dia ingin memberi salam, muncul adik bongsu kepada Aida iaitu Aydil.

"Eh! Kak Lia cari kaklong ke? Kaklong tak ada. Dari semalam lagi kaklong tak balik. Kereta kaklong ini pun orang kampung yang jumpa tepi jalan depan sana. Umi dengan baba tengah buat report polis." Mulut Dahlia terlopong kecil mendengar khabar itu. Mukanya pucat tak berdarah.

Dia berpusing ke belakang. Kepala digelengkan pada gerangan yang berada di dalam kenderaan yang dinaikinya tadi.

'Aida pun sama!'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience