Chapter 13

Romance Completed 77490

Pemandu yang membawa kereta diraja itu memberhentikan kenderaan dipinggir jalan diikuti pengiring yang lain.

"Kenapa berhenti?" Soal Adrique hairan. Princess Alice juga ikut sama bingung.

"Maaf Prince Rique, temperature kereta naik satu bar. Mungkin enjin sedikit panas sebab kekurangan air. Sekejap ya? Saya nak cuba periksa enjin didepan." Adrique tanpa melihat pada litar suhu kereta terlebih dahulu terus mengangguk membenarkan.

Keadaan didalam kereta hanya sunyi sepi. Seorang melemparkan pandangan ke luar tingkap menyaksikan kepekatan malam yang diterangi cahaya bulan dan seorang lagi sedang sibuk dengan kerjanya ditelefon tanpa menyedari apa yang tengah berlaku diluar kereta.

Tidak lama kemudian, pemandu itu masuk kembali ke dalam kereta setelah menutup bonet dibahagian enjin depan kereta.

Satu aroma mula menusuk ke rongga hidung Adrique. Dia tersentak.

'Rose?' Laju dia menggeleng. Mungkin itu hanya perasaannya saja yang lebih. Pernah juga sekali dia terbau haruman bunga mawar sewaktu dia sedang bekerja 2 hari lepas. Ingin dikata ada orang lain yang memakai bauan itu pun tidak mungkin juga kerana dia seorang saja yang berada didalam bilik kerjanya waktu itu. Lalu dia membuat keputusan sendiri bahawa dia terlalu rindukan Dahlia.

Ting!
Pemberitahuan yang masuk ke telefon Princess Alice langsung tidak mengganggu dia yang sedang menganalisa data-data syarikat.

Alice membuka mesej yang baru dihantar dari seseorang tadi.

From: Badrul
-Maaf Princess Alice, sekarang yang tengah memandu itu bukan Qayyum tapi Cik Rose Dahlia. Kami sedang merancang sesuatu buat halang Prince Rique dari berangkat ke Moscow. Kami minta ampun kerana merancang tanpa pengetahuan dan keizinan Princess Alice. Kemaafan kami harap diampun.

Patutlah..patutlah hidungnya terhidu bauan wanita sewaktu pemandu itu masuk ke dalam kereta rupa-rupanya pemandu telah bertukar pada jantina perempuan pula. Mati-mati dia fikirkan yang hidungnya dah 'buta' bau.

Anak matanya dibawa pada tubuh pemandu yang membelakangi dirinya itu. Dikepala pemandu itu terletaknya satu topi hitam yang mungkin untuk melindungi rambut yang panjang. Diwajah itu pula dipakaikan kaca mata hitam.

Dikerling pula adik lelakinya dengan hujung mata. Khusyuk benar buat kerja sehinggakan tidak sedar yang mereka sedang dibawa pergi orang lain.

Dia sedar jalan yang dia baru lalui sekarang ini bukan ke lapangan terbang malah melencong ke arah yang dia sendiri tidak pasti ke mana.

To: Badrul
-It's okay. You guys buat semua ni pun demi I dengan Rique. Tiada apa yang perlu dipohon maaf.

From: Badrul
-Thank you.

Alice menyimpan kembali telefonnya ke dalam beg tangan miliknya. Lengan disilangkan ke dada lalu mata memerhati suasana malam bandaraya ibu negara itu sambil menunggu apa rancangan seterusnya gadis ditempat pemandu itu.

Dalam 10 minit perjalanan akhirnya kereta diberhentikan betul-betul ditepi pantai bersama beberapa buah motor polis dan beberapa buah kereta pengawal diraja. Seperti biasa, pemandu yang keluar dahulu sebelum penumpang.

Adrique yang terasa kereta berhenti lantas mendongak memerhati sekeliling. Keningnya bertaut.

Pantai? Kenapa berhenti dipantai? Fikir dia nak berkelah ke malam-malam macam ni?

"Go. Meet her. She's waiting for you." Wajahnya dikalihkan ke sebelah kiri menatap muka Princess Alice.

"Hah? Meet who?" Sungguh dia begitu tidak memahami situasi waktu itu. Siapa yang perlu dia jumpa? Dan siapa yang sedang menunggunya?

"Satu saja kanda nak cakap, kalau Rique tak pergi then you will regret. Go! Jangan suka buat orang menunggu lama-lama." Dia masih lagi ragu-ragu sama ada harus pergi atau pedulikan.

Alice yang melihat respon kosong adiknya itu memutarkan bebola mata. Nampaknya dia perlu bongkarkan siapa sebenarnya yang sedang menunggu lelaki itu.

"She's Rose Dahlia. Your white rose." Dunianya yang berputar tadi terasa seakan berhenti mengejut. Betul ke apa yang diberitahu kakak sulungnya itu? Kalau benar, bagaimana semua ini boleh berlaku? Adakah mereka berpakat atau sebaliknya?

"Be.betul ke?" Lidahnya menjadi kelu untuk bertanya akibat terlalu terkejut. Alice mengukirkan senyuman buat Prince Adrique. Kepala jejaka itu dibelai manja bagai sang ibu bersama si anak.

"Pernah ke kanda tipu Rique?" Adrique tanpa menjawab pertanyaan wanita itu langsung bergegas keluar dari perut kereta.

Kakinya melangkah mencari figura Dahlia sehingga matanya tertancap pada seorang gadis yang memakai baju serba hitam berdiri mengadap lautan.

"My rose.." Dia mendekati tubuh itu. Wangian mawar mula menyapa hidungnya membuatkan dia makin pasti bahawa itu ialah mawar putihnya.

Dahlia berpusing ke belakang seraya berpeluk tubuh. Jaraknya hanya setengah meter dengan lelaki itu.

"Daren..apa yang awak dah buat?" Soalan yang diajukan mengundang pelik pada Adrique. Apa yang dia dah lakukan?

"What did I do?" Soalnya kembali.

"Kenapa awak nak menetap di Moskow? Kenapa awak nak tinggalkan semua yang ada di Hirland ni?" Dia mengeluh lemah. Sepertinya ada yang membuka cerita pada Dahlia bahawa dia ingin menetap buat selamanya di Moskow sedangkan rakyat Hirland hanya dimaklumkan bahawa dia ke sana hanya untuk merasmikan syarikat baru.

Tangan gadis itu digenggam lalu ditarik ke sebuah kerusi batu. Punggung dilabuhkan disitu.

"I pergi sana untuk jaga company baru I. Bukan saja-saja I pergi sana. Lagipun I rasa macam tak ada guna juga kalau I tinggal dekat sini." Balas Adrique bersama wajah sayu.

"Awak hanya fikir perasaan awak saja kan? Habis itu perasaan saya macam mana? Ni, hati saya ini siapa yang nak jaga kalau awak pergi?" Dia merenung lama wajah Dahlia cuba untuk memahami sebalik bicara gadis itu.

"Daren, dari universiti lagi saya 'kejarkan' awak walaupun saya tahu ianya mustahil tapi saya tak tahu kenapa saya tetap inginkan awak. Pertama kali saya tengok awak secara face to face dipasar malam hari tu saya rasa bagai nak pitam. Dan awak melamar saya minggu lepas saya rasa nafas saya tersekat macam nyawa dah dihujung tanduk. Sayalah manusia yang paling bodoh menolak apa yang ditunggu-tunggu selama ini. Saya tak kesah kalau awak nak cakap yang saya ini hanya inginkan harta, darjat dan populariti awak tapi yang penting niat saya memang ikhlas. Sepenuh hati, saya betul-betul cintakan awak, Prince Daren Adrique." Luahan yang panjang lebar itu membuatkan tubuh Adrique kaku.

Dia merasakan gadis yang berada didepan matanya ialah orang yang tepat dicarinya.

"My rose.." Badan Dahlia ditarik ke dalam pelukannya. Sesekali dikucup ubun-ubun kepala Dahlia.

"..thank you very much." Dahlia tersenyum lega didalam dakapan itu. Akhirnya, akhirnya dia dapat apa yang diinginkan selama ini. Alhamdulillah.

Tetapi dia tidak boleh senang duduk lagi selagi Prince Adrique masih belum sepenuhnya milik dia.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience