Chapter 14

Romance Completed 77490

Dahlia termenung ditangga rumahnya. Tangan kanannya yang telah terlilit cantik dengan gelang berlian bertakhtakan permata itu dibawa tongkat ke dagu.

Seperti tiada guna saja dia pergi halang Prince Adrique semalam kerana lelaki itu tetap pergi jua tetapi tidaklah sampai bila-bila, hanya 3 hari saja. Katanya sayang ingin tinggalkan buah hati lama-lama.

Tiba-tiba poket seluarnya bergetar panjang menandakan seseorang sedang menghubunginya. Poket itu diseluk mengambil telefonnya kemudian nama pemanggil dilihat. Segaris senyuman diukirkan.

"Hello?" Sapaan suara garau dihujung talian sana membuatkan dia makin merindui tuan empunya suara itu.

"Hm.."

"Kenapa bunyi suara macam sedih saja tu? Ada yang usik you ke sayang?" Dahlia menggigit bibir bawahnya. Dia cair dengan layanan Prince Adrique.

"Taklah. Sedih sebab rindukan orang dekat Moskow itulah. Entah bila nak balik Hirland."

"Hahaha I pun rindukan you. Lusa I baliklah. Sambut I dekat airport nanti tau?"

"Okay sayang."

"Hah? What did you call me?"

"Nothing. Bila berjalan dekat sana tu sila tutup mata. Jangan pandang perempuan lain selain saya kalau tak, saya cungkil-cungkil dua biji mata awak tu."

"Uish! Kejamnya you. Kalau I dah tak ada mata nanti, macam mana I nak tatap wajah my rose?"

"Pandai-pandailah awak pasang mata awak balik. Ni, awak dah makan ke belum?"

"Belum sayang. Makanan dekat sini tak best langsung."

"Habis tu bila nak makan? Tahun depan? Kalau nak makan tu jangan nak memilih sangat. Kena bersyukur dengan apa yang ada depan mata."

"Alright Madam. You're like my mom, suka membebel. Rasa macam nak kiss mulut tu."

"Dah dah! Jangan banyak cakap. Pergi buat kerja sana. Sibuk sangat nak pergi Moskow cakap ada kerja nak buat kan? So, do your work. I'll do my work."

"What's your work?"

"Cari lelaki handsome."

"Amboi..I pergi belum sampai sehari dah ada hati nak cari yang lain? Berani you cari lain, I pancung kepala you!" Amaran tegas Adrique menyebabkan letusan ketawa terbit dibibir Dahlia. Suka benar dia dapat mengusik lelaki itu.

"Hahaha tak adalah..saya nak pergi angkat jemuran kain sekejap. Bercakap dengan awak rasanya dua abad depan baru habis."

"Before that, I wanna tell you that I bought something special for you. Tunggu I tau?" Dahlia lepaskan keluhan kecil pula.

"Awak, dah dahlah beli barang untuk saya. Kalau benda yang awak beli itu seringgit dua tak apa, ini mencecah ratus-ratus. Tengok gelang yang awak pakaikan dekat saya semalam, saya tak rasa harga gelang ni ribu-ribu tapi ratus-ratus ribu kan? Daren, saya cintakan awak. Bukan harta awak. Awak boleh beza kan dua benda tu?"

"I sanggup berikan apa saja untuk you as long as you're always with me. I tak minta banyak pun, cukuplah sekadar cinta you hanya pada I." Bibir bawah digigitnya sementara mata mula berkaca-kaca. Sungguh dia berasa terharu.

"Thank you sayang..thank you so much."

"My pleasure. I gotta go. Anything just call me. Even though I'm at a meeting, I'll also answer your call. Bye! Take care yourself for me. See you on monday. Love you, my rose."

"Bye love you too." Talian dimatikan disitu saja. Tersengih-sengih bibirnya. Rupa-rupanya beginilah perasaan apabila mempunyai teman lelaki. Rasa di lindungi, disayangi dan dicintai.

Ahh! Rasanya ingin saja dia menjerit satu dunia bahawa dia telah mempunyai kekasih hati.

"Hamboi hamboi hamboi..seronok nampak? Riang betul hati kamu ya?" Sindir Puan Zahirah yang muncul dari belakang rumah bersama bakul baju yang masih kosong.

"Rianglah ibu..sebab dah dapat buah hati. Buah hati pula bukan yang biasa-biasa tapi yang meletop punya haa!" Dahlia menggerakkan tangannya gaya meletup.

Ibunya mencebik bibir. Kepala digelengkan seraya meletakkan bakul kain itu diatas lantai simen berhadapan ampaian.

"Dalam ramai-ramai manusia atas muka bumi ni, dengan anak raja juga yang kamu nak berkawan." Bicara Puan Zahirah bersama tangan menarik satu-persatu pakaian yang sudah kering.

"Dah nama pun rezeki, ibu. Rezeki jangan ditolak." Balas Dahlia lalu kakinya melangkah menuruni anak tangga. Selipar disarung pada kakinya. Dia turut membantu wanita itu mengangkat jemuran.

"Haish..ibu tak faham betullah macam mana Prince Rique itu boleh terpikat dengan kamu yang perangai macam budak terencat akal saja ini."

"Ibu ini..Lia ini bukan main lawa lagi boleh ibu kata Lia budak terencat akal? Ish! Nak mengadulah dekat Pak Mat nanti." Dahlia menyilangkan lengan didada.

"Apa kaitannya pula dengan Pak Mat?" Dia menjeling wanita itu hujung mata.

"Eleh bukannya Lia tak tahu yang ibu selalu main mata dengan Pak Mat dekat pasar." Puan Zahirah memulas isi lengan anaknya sehingga berkerut dahi gadis itu.

"Eh mulut kamu ini elok di cili! Bukan ibu yang main mata dengan dia! Dia itu yang gatal miang pandang ibu atas bawah." Walaupun Dahlia masih berasa menyengat akibat cubitan ibunya namun bibirnya masih lagi dapat melakarkan sengihan nakal.

"Itu namanya dia berkenan dekat ibu dan nak jadikan ibu sebagai isteri dia. Haa start meraunglah ibu setiap malam lepas kahwin dengan dia." Sakan dia mengusik wanita itu sebelum membuka langkah besar pergi dari situ setelah melihat Puan Zahirah sudah siap dengan penyangkut baju ditangan untuk dilibas padanya.

"Rose Dahlia!!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience