Chapter 31

Romance Completed 77490

Berkerut dahi Dahlia setelah kakinya memijak masuk ke dalam dewan. Mengapa dewan ini dihias begitu mewah dan meriah sedangkan yang datang hanyalah staf Magazine Berhad?

Dicuit lengan rakan disebelah.

"Apa?" Tanya Aida.

"Kenapa aku rasa macam pelik saja dengan dewan hotel ini? Apa pasal grand sangat siap ada karpet kuning lagi ini?" Dahlia perhati saja karpet kuning yang melintang panjang dari pintu gerbang sehingga ke tangga pentas.

"Kau tak tahu lagi ke?" Hairan Dahlia memandang wajah Aida.

"Apa yang aku tak tahu?"

"Dekat dewan ini, bukan staf Magazine Berhad saja yang ada tapi beberapa buah company lain pun join juga termasuklah 2 orang anak raja kita. Segala benda ini, Princess Alice yang sponsor sempena birthday Prince Rique hari ini. Semua pekerja syarikat Prince Rique ada dekat sini. Itu, hujung sana yang pakai dress hijau gelap itu setiausaha Prince Rique. Lawa kan?" Aida memuji kejelitaan gadis cantik itu apabila mereka berdua sudah mengambil tempat di meja makan.

"Seriuslah kau yang Prince Rique datang juga?" Dahlia menyoal kurang percaya bersama wajah yang teruja.

"Yes tapi kau jangan cuba-cuba nak dekat dengan dia nanti ada yang kena pancung dengan pengawal peribadi dia."

"Ya tahulah tapi kalau aku tahu hari ini birthday Prince Rique, aku dah bawa hadiah dah." Aida tergelak sinis.

"Kau ingat dia terima ke hadiah orang biasa-biasa macam kita? Kalau setakat baju kau bagi, dekat istana dia berlambak-lambak lagi sampai dah tak tahu nak simpan celah mana." Dahlia mengangguk-angguk kecil.

Benar juga kata gadis bergaun merah jambu disebelahnya ini. Jika dia menghadiahkan jam tangan pada putera tampan itu sekali pun belum tentu lelaki itu memakainya kerana yang sedia ada pun tidak terpakai dek terlalu banyak.

Dan jika difikir-fikirkan kembali, Prince Adrique pakai ke barang yang dijual di pasar malam? Dahlia bukan punya duit pun untuk beli barangan yang berjenama. Ketawa kecil terlepas dari bibir kerana terhibur dengan diri sendiri.

"Para hadirin sekalian, diminta untuk berdiri di tempat masing-masing kerana Yang Amat Mulia Tunku Puteri Darena Alice bersama Tunku Putera Daren Adrique akan tiba sebentar saja lagi." Pinta seorang lelaki yang segak bersama blazer hitam ditubuh. Mungkin pengacara pada malam itu.

Tetamu-tetamu mula berasak-asak mengambil tempat duduk seperti mana yang dipinta tadi.

Agak sedikit perit mata hitam Dahlia melihat baju-baju orang yang berada di dalam dewan itu akibat terlalu berkilau saat dipancarkan lampu yang berwarna-warni.

Setelah beberapa minit kemudian, dari jauh kedengaran siren polis mula mendekati kawasan dewan hotel itu yang menandakan tetamu vvip hampir tiba.

Pap!

Tiba-tiba semua lampu yang dipasang di dewan itu mati. Para tetamu tidak panik kerana sudah sedia maklum tadi. Serentak itu, siren polis juga turut mati dihadapan pintu dewan.

Dahlia menyentuh dada kirinya. Mengapa dia berdebar? Mungkin kerana pertama kali dia akan bertentang mata dengan pujaan hati.

Kelihatan lampu hiasan dewan perlahan-lahan dibuka dengan iringan lagu Happy birthday oleh para jemputan.

"Happy birthday to you..happy birthday to you..happy birthday to Prince Rique..happy birthday to youu!" Tepukan bergema apabila keseluruhan lampu dibuka.

Dahlia terpaku memandang putera tampan yang sedang berjalan diatas karpet kuning bersama Princess Alice dan 3 orang pengawal peribadi. Begitu ketat kawalan yang dijaga khuatir jika tiba-tiba ada yang menerjah kedua anak raja itu.

"Thank you thank you!" Sayup-sayup kedengaran suara garau Prince Adrique di pendengaran Dahlia kerana mejanya berada agak jauh dari karpet kuning di tambah pula dengan jeritan teruja gadis-gadis yang melihat jejaka idaman didepan mata.

"Prince Rique!!" Bukan. Bukan dia yang laung tetapi itu adalah salah satu contoh jeritan teruja para gadis. Dahlia pun tahu malu nak menjerit sebegitu.

"Para hadirin dibenarkan duduk." Pinta pengacara yang berada di kiri pentas selepas Princess Alice bersama si adik telah duduk diatas kerusi.

Tetamu yang diundang masing-masing melabuhkan punggung diatas kerusi ingin mengambil perhatian pada Majlis Golden Night itu pula.

Pengacara mula mengambil tugasnya untuk menjadi jurucakap diatas pentas.

Bicara pengacara itu hanya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri Dahlia saja kerana matanya ralit memerhati putera yang duduk dimeja paling hadapan, meja vvip.

Dia pandang saja lelaki itu yang berdiri sambil membuntangkan blazer putihnya untuk naik ke pentas kerana sudah sampai masanya pula untuk memberikan sepatah dua kata.

"Hai and goodnight everyone! Firstly, I would like to say thank for the surprise especially to my sister, Alice. Thank you for everything kanda. I love you so much! Actually, I forgot that today's my birthday cause I was too busy today. Dan terima kasih juga pada guests yang sanggup datang malam ini untuk memeriahkan majlis ini. Erm..I think that's all from me. Thank you again. And, enjoy your meal." Lelaki tinggi lampai itu menuruni tangga pentas menuju ke meja makan kembali.

"Okay..seperti yang dipinta tadi, hadirin sekalian dengan segala hormatnya dijemput untuk menikmati juadah yang disediakan. Terima kasih kepada Yang Amat Mulia Tunku Alice kerana telah sponsor untuk majlis yang besar ini." Ucap jurucakap itu sambil mata terarah pada puteri jelita itu.

Princess Alice cuma mengangguk sekali manakala bibir menguntumkan senyuman manis diiringi tepukan jemputan-jemputan.

Lampu-lampu dari kamera tidak henti-henti berkelipan mengambil kesempatan untuk menangkap memori yang jarang-jarang sekali berlaku itu. Yalah, bukan senang mahu ketemu kedua anak raja itu.

Para undangan masing-masing berdiri untuk mengambil makanan yang disediakan secara buffet yang terletak di kanan dewan manakala makanan vvip sudah siap dihidangkan diatas meja berbentuk bulat.

Dahlia dan Aida belum bergerak dari meja lagi kerana mahu menunggu orang ramai yang penuh berasak-asak itu reda dahulu. Mereka berdua jenis tidak suka berebut-rebut. Buat apa nak berebut? Benda akan dapat juga kan?

Gadis bergaun merah itu menongkatkan pipi-pipinya menggunakan kedua belah tangan dimeja. Begitu bosan menunggu. Dijeling rakan disebelah melalui ekor mata.

Asyik-asyik main gadjet! Tak nak ke temankan dia yang sedang bosan menunggu ini?

Beberapa minit menunggu, barulah barisan panjang yang beratur ambil makanan tadi akhirnya hanya tinggal 7, 8 orang.

"Aida, jomlah pergi ambil makanan? Orang dah tak ada itu." Dahlia mengajak sambil berdiri. Tanpa menunggu respon daripada gadis disebelahnya, dia terus melangkah pergi kerana dari petang lagi dia menahan perut, lapar.

Sampai saja di meja panjang buffet, dia mencapai pinggan. Dua senduk nasi diletakkan di pinggan lalu dia berjalan ingin mengambil lauk pula.

"Hey.." Seseorang menyapanya dari arah kiri. Dia menoleh. Rupanya suara tadi berpunca daripada seorang lelaki yang memakai tuxedo hijau gelap.

Senyuman paksa dilemparkan. Sesungguhnya dia langsung tidak mengenali lelaki itu.

"Seorang?" Kening Dahlia bertaut. Sekelilingnya dilihat untuk memeriksa jika ada orang lain lagi yang berada disampingnya. Ternyata tiada. Soalan apa yang ditanya lelaki ini?

"Err..ada nampak orang lain lagi ke?" Jejaka berjambang nipis itu tergelak kecil mungkin sedar akan kebodohan soalan yang ditanya tadi.

"Nak I temankan?" Dahlia memandang pelik lelaki dihadapannya. Tak ada hujan, tak ada ribut, tiba-tiba nak temankan. Tak ke pelik tu?

"Thanks but no thanks. Saya datang dengan kawan. Kawan saya boleh temankan lagipun saya tak kenal dengan encik..?"

"Michael. My name's Michael and you?" Mata Dahlia meliar mencari bayangan Aida dimeja makan mereka. Ke mana pula gadis itu menghilang?

"Girl..I'm asking you." Perhatian Dahlia kembali tumpu pada lelaki itu.

"Hah?" Dia terlupa akan soalan Michael.

"What's your name? Sorry kalau you rasa tak selesa dengan I. I just wanna get to know you."

"No, it's okay. I'm okay. My name's Dahlia." Michael tersenyum puas hati apabila soalan terbalas.

"Nice name. Great to know you here." Michael menghulurkan tangan kanan pada gadis bak bidadari dihadapannya.

Sebenarnya, dari awal gadis ini datang lagi dia sudah tertarik pada Dahlia. Pada diri Dahlia seakan mempunyai magnet yang menarik matanya untuk terus-terusan merenung gadis ini walaupun dari jauh.

Dahlia hanya pandang tangan itu tanpa rasa ingin menyambutnya.

"Err..saya--" Dia yang ingin menyatakan hasratnya yang mahu makan terbantut akibat ada seseorang tidak sengaja telah mencurahkan segelas air berperisa pada gaunnya.

Pinggan yang berada ditangan diletakkan dahulu. Dia menunduk menyapu gaunnya yang telah tercemar.

"Oh God! I'm so so sorry miss. I betul-betul tak sengaja." Suara itu. Dia seperti amat mengenali dengan suara itu. Suara itulah yang sentiasa bermain di mimpinya.

Dia mengangkat wajah. Dan bagai kilat, mata hitamnya bersambung dengan sepasang mata violet. Dia kaku. Jantungnya mula memainkan rentak degupan yang laju.

"Miss? Are you okay? Jomlah I tolong cucikan dress you as a forgiveness." Lengannya dicapai lalu ditarik ke suatu tempat.

Dahlia sedang mengalami kejutan yang maha hebat sehinggakan dia tidak mampu untuk membuat apa-apa. Dia hanya mampu turuti ke mana dia dibawa pergi.

Dia ditarik masuk ke dalam tandas wanita kerana tandas itu saja yang tiada orang. Mereka berhenti disinki yang tertampalnya sebuah cermin besar di dinding sinki tersebut.

"I'm really sorry sebab dah cemarkan dress you." Tiba-tiba tubuhnya dipeluk terlalu kemas seperti tidak mahu dilepaskan.

"I miss you so bad." Antara dengar dan tidak bicara lelaki itu masuk ke telinganya.

Begitu lama Prince Adrique memeluknya sehinggakan dia baru tersedar yang memeluknya itu ialah anak lelaki kepada pemerintah Hirland.

"Prince Rique.." Dia menolak tubuh putera itu untuk segera merungkaikan pelukan bimbang jika ada mata yang memandang.

"Ops! Sorry sorry. Ini memang cara I untuk mohon maaf. Sorry kalau you rasa tak selesa dengan I." Dahlia menggelengkan kepala menidakkan apabila bicara lelaki itu seakan berjauh hati.

"Tak tak! Bukan macam itu..cuma risau kalau ada orang tengok saya berpelukan dengan anak raja. Prince Rique bukannya orang biasa-biasa tapi luar biasa. Silap langkah sikit, huru-hara hidup saya." Kata-katanya membuatkan Prince Adrique tergamam.

"Hahaha kau ini pun..agak-agaklah. Tak ada maknanya dia nak pandang orang macam kau." Suara dari luar tandas yang makin mendekat membuatkan pasangan yang berada di dalam tandas itu tersentak.

"Shh..ada orang dekat luar." Adrique merendahkan suaranya khuatir jika gerangan di luar itu mendengarnya. Dia mengheret Dahlia ke dalam bilik air lalu pintu dikunci.

Dahlia memerhati raut wajah kacak jejaka dihadapan yang sedang memeluk pinggangnya kerana bilik air itu agak kecil. Kedua belah tapak tangannya dinaikkan ke dada Prince Adrique untuk menahan tubuh itu agar jarak mereka tidak terlalu dekat.

Muka ini..muka inilah yang sentiasa menghantui dirinya dalam mimpi. Tidak diseru pun tetap mahu datang.

Jika mimpinya itu adalah realiti, pasti dia sudah bahagia bersama Adrique sebagai pasangan kekasih ataupun sebagai pasangan suami isteri.

Mereka saling bertatapan yang telah melahirkan rasa sesuatu di dalam jiwa.

Mata violet itu asyik saja pada bibir mungil milik Dahlia. Tidak dapat dinafikan bahawa gadis dihadapannya sangat cantik dan sempurna pada malam itu yang menambahkan lagi perasaan cintanya buat gadis jelita itu.

Dia rindukan bunga mawar putihnya. Terlalu rindu. Berpisah dengan Dahlia hampir sebulan lebih telah membuatkan dia makin tidak tentu arah dan gelisah.

Dia terpaksa meninggalkan cintanya demi keselamatan Dahlia. Dia tidak mahu Dahlia sakit lagi kerananya. Segala barangan yang diberinya kepada Dahlia sewaktu dulu diambilnya buat sementara waktu untuk menghapuskan bukti terakhir bahawa dia pernah hadir dalam hidup Dahlia.

Biarlah gadis itu ingat bahawa kedatangannya ke dalam hidup Dahlia cuma sebagai mimpi daripada gadis itu terus-terusan mengingatinya dan berasa terluka akibat ditinggal begitu saja.

'I'm sorry, my rose.'

"Err..Prince Rique, saya nak keluar." Kata Dahlia pada lelaki yang menghalang laluan keluar itu. Gerangan yang ingin memasuki tandas tadi rasanya sudah keluar kerana hilangnya suara hilai tawa dari luar bilik air tadi.

"Yeah sure!" Pintu dibuka kemudian dengan pantas dia keluar dari tandas. Dia lemas berada di dalam bilik kecil itu. Lemas dengan tatapan violet yang mencairkan hati.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience