Chapter 44

Romance Completed 77502

Sampai saja diperkarangan istana, Adrique lantas keluar dari perut kereta. Tanpa pandang kiri dan kanan, langkahnya diatur terus ke hadapan menuju ke pintu istana.

Sempat dijeling dengan ekor mata pada Qarif yang tegak berdiri di bahagian kiri pintu.

Ketibaannya di istana itu ternyata telah menggembirakan kakak sulungnya yang sedang melukis sesuatu mengadap kolam renang diruang santai pada ketika itu.

"Rique..long time no see." Alice meletakkan pensil yang dipegangnya kemudian berdiri memeluk adiknya. Rindunya pada Prince Adrique sungguh mendalam.

"How are you?" Soalnya sambil memandang wajah lelaki itu tidak lepas.

"Good and you?" Adrique menarik kakaknya untuk serta duduk disofa. Butang satu pada blazer dilepaskan.

"Same. Macam mana kerja dekat Moskow? Dah settle?"

"Not yet. Ada sikit lagi. Erm..ayahanda ada?" Pertanyaan Adrique mendapat gelengan daripada Alice sebagai jawapan.

"Ayahanda ada meeting dengan semua menteri." Kening Adrique bertaut. King Dahmod tiada tetapi Qarif tegak berdiri ditepi pintu tadi. Biasanya Qariflah ekor raja itu.

"Habis itu, siapa yang jaga ayahanda?" Alice tersenyum. Disebabkan terlalu lama adiknya menetap di negara orang, perkembangan di istana pun kurang diketahui lelaki itu.

"Ayahanda ada ambil bodyguard baru seorang. Nama dia Qashah." Adrique yang berada ditempat duduknya itu termangu seketika.

Ayahanda ambil pengawal peribadi baru? Biar betul? Kebiasaannya lelaki itu begitu payah hendak percaya pada seseorang untuk diambil sebagai pengiringnya buat ke mana-mana.

Ada sedikit kemusykilan disitu. Tidak mungkin dengan sebegitu mudah. Bebola mata yang sedang menekur lantai lantas dinaikkan memandang Badrul yang setia berdiri dipenjuru ruang. Ternyata anak kacukan cina itu juga sedang merenungnya.

Dia dapat memahami renungan tersirat itu. Panahan itu membawa makna bahawa apa yang dirasakannya sekarang ini adalah sama dengan apa yang dirasakan Badrul. Seperti biasa, firasat Badrul dengannya hampir sama. Pelik bukan?

"Rique dah makan?" Soalan Princess Alice menyentakkannya.

"Belum lagilah kanda.." Dia menayangkan wajah sayu comel. Ini jika dilihat dek isterinya, ada yang kena bagi penampar sulung. Si Dahlia itu bukannya suka jika ada orang bermanja-manja seperti yang dibuatnya kepada Alice.

"Alaa kesiannya dekat adik kanda yang seorang ini. Dah, jomlah ke meja santap. Badrul, marilah sekali?" Alice mengajak Badrul untuk menjamu selera sekali sewaktu melintas dihadapan jejaka itu.

Badrul menunduk menghormati pelawaan anak sulung King Dahmod. Siapalah dia untuk menolak ajakan gadis itu.

....................

Aida memboloskan diri ke dalam perut kereta. Dipicit bahunya yang agak lenguh setelah berjam-jam mengedit gambar. Hari ini dia terpaksa pulang lewat malam kerana mahu menyiapkan gambar muka depan majalah seperti mana yang dipinta Encik Saiful untuk esok.

Selepas beberapa minit membetulkan urat-urat didalam kereta, kereta itu dipandu pulang ke rumah.

Kenderaan di jalan raya sudah hampir lenyap mungkin disebabkan jam telah menunjukkan ke angka 1 pagi.

Beberapa kali juga dia menguap menunggu lampu isyarat yang merah itu bertukar ke hijau.

Brek tangan dijatuhkan lalu pedal minyak ditekan apabila jalan bahagiannya pula yang dibenarkan bergerak.

Dia memutarkan stereng memasuki simpang dan bermulalah kegelapan dan kesunyian dia redahi kerana lorong ingin ke rumahnya itu adalah lorong kampung. Hanya muat-muat sebuah kereta saja untuk dilaluinya.

Brek pada kaki ditekan apabila terdapat sebuah kereta dihadapannya. Kiri dan kanan diperiksa. Tiada ruang sedikit pun untuk dia ketepikan kenderaannya melainkan kereta dihadapannya itu diundur sedikit kerana dikanan lorong terdapat ruang kecil untuk ditempatkan kenderaan.

Dihala kembali penglihatannya ke hadapan. Rasa mengantuk tadi langsung bertukar pada rasa terperanjat. Tubuhnya kaku.

Seorang lelaki sedang mengacukan pistol ke arahnya dari luar kereta yang pastinya lelaki itu pasti pemilik kereta dihadapannya.

Apa yang dia harus lakukan?

Badrul!

Sebaris nama itu terlintas diakal fikirannya. Beg tangannya yang cuma berada di kerusi sebelah segera dicapai. Telefon bimbit dikeluarkan.

Baru saja nombor Badrul ingin didail, tiba-tiba ada satu bulatan nyalaan merah dilengan baju yang dipakainya.

Jantungnya bagaikan mahu berhenti berdegup. Dia tahu itu nyalaan apa.

Itulah laser pistol!

Jika dia bergerak lebih-lebih, ada juga yang terburai tangan disitu. Mata dipejam rapat. Sungguh dia terlalu takut saat itu. Sekarang, dia sudah tidak dapat membuat apa-apa. Dia hanya mampu menyerah pada takdir Tuhan saja.

Ya Allah, tolong selamatkan dirinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience