Chapter 39

Romance Completed 77490

Sut berwarna putih telah membaluti tubuhnya yang sasa itu di pagi hari amat bermakna ini. Akad nikahnya bersama gadis pilihan hati hanya dilakukan di penthouse miliknya saja dan dibuat secara tertutup demi menjamin keselamatan mereka berdua.

Pernikahannya hanya orang tertentu saja yang dapat dihadiri termasuk Aida dan beberapa orang pengawal peribadinya.

Tangan kanan menyambut huluran tangan lelaki separuh abad dihadapannya yang digelar tok kadi.

"Putera Daren Adrique Ibni Sultan Dahmod Alauddin.."

"Ya saya."

"Aku nikah akan dikau dengan Rose Dahlia Binti Razali dengan mas kahwinnya sebanyak 15 ribu ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Rose Dahlia Binti Razali dengan mas kahwinnya sebanyak 15 ribu ringgit tunai."

"Sah?" Lelaki itu berpaling kiri dan kanan bertanya pada beberapa orang saksi yang mendengar lafaz tadi.

"Sah!" Beberapa sahutan diterima menandakan lafaz akad itu benar-benar sah.

Adrique menghembuskan nafas lega seusai mendapat respon positif daripada saksi-saksi sekelilingnya setelah bibirnya mengungkapkan sekali lafaz saja.

Dia berpaling ke belakang memandang wajah isterinya. Kelihatan gadis itu sedang dipeluk oleh Aida berkongsi rasa gembira pada gadis bertudung itu.

Satu senyuman kecil diukirkan dibibir. Akhirnya, Rose Dahlia telah menjadi hak mutlaknya. Sudah tiada sesiapa lagi yang bisa mengganggu mawar putihnya.

Kedua belah tangan ditadahkan sewaktu tok kadi ingin membaca doa. Beberapa minit selepas itu, tangan disapu pada muka.

Dia berdiri kemudian berjalan menghampiri isterinya yang ayu duduk bersimpuh diatas bantal bulat. Dia duduk melutut dihadapan Dahlia.

Mata violetnya menatap lembut mata hitam kepunyaan gadis itu. Setiap kali mata itu ditatap, setiap kali itulah jantungnya tidak pernah berdegup normal.

Dahlia menarik senyuman yang paling manis buat lelaki yang sudah sah bergelar suaminya beberapa minit yang lalu.

"Finally, you're mine." Ucap Adrique pada isterinya dengan nada yang agak perlahan cukup hanya Dahlia yang mendengarnya. Pipi gadis jelita bertudung itu dielus lembut.

Dahlia mengangguk kecil. Dirinya bagaikan berasa berada dialam mimpi. Memang angan-angannya ingin bernikah dengan putera raja tetapi tidaklah pula dia tahu bahawa impiannya ternyata tercapai.

Lelaki dihadapannya itu kelihatan mengambil seutas gelang yang disuakan pembantu rumah lalu dipakaikan pada pergelangan tangan kanannya.

Gelang perak itu walaupun nampak simple tetapi dia tahu yang harganya pasti mencecah puluhan ribu untuk dimiliki.

Belakang tapak tangan suaminya dicium lembut setelah dipakaikan gelang tadi. Tersentuh saja bibirnya pada kulit Adrique, terus terasa aura darah diraja lelaki itu berderau ditubuhnya.

Kepala kembali diangkat. Cincin diambil dari kotak baldu kemudian disarungkan pada jari manis anak raja itu dan seusai itu dahinya dikucup dengan sepenuh hati.

Wan yang menjadi jurugambar kepada pasangan sejoli itu merakam detik-detik manis putera bongsu pada Raja Hirland bersama Cik Rose Dahlia itu.

Aida hanya dapat menarik senyuman buat rakan baiknya. Air matanya mula bergenang apabila teringatkan bahawa sudah 'hilangnya' seorang gadis yang sentiasa gila-gila bila bersama dengannya.

Perkahwinan bererti gadis disebelahnya ini perlu bertukar tanggungjawab iaitu memberi sepenuh perhatian kepada sang suami.

Sudah tiada lagi perkataan 'single' buat sahabatnya. Pergerakan Dahlia sekarang mungkin makin terbatas tidak seperti dulu dan kemungkinan juga gadis ini akan berhenti kerja tidak lama lagi.

Sungguh, dia akan rindukan semua kenangan manis dan pahitnya bersama Dahlia. Dahlia ialah rakannya yang tiada ganti sampai bila-bila.

Mutiara jernihnya yang ingin jatuh segera dikesat tidak mahu disebabkannya, gadis itu turut bersedih dihari yang paling bahagia ini.

Beberapa meter darinya, ada sepasang mata sepet sedang memerhati.

Badrul menyimpan senyum. Sumpah, sampai masanya nanti dia akan membuang gelaran Cik Aida dan ditukar kepada Puan Aida. Itu janjinya.

....................

"Aida..thank you sangat sangat dan sangat sebab datang jadi wakil ibu aku." Ucap Dahlia sambil memegang kedua belah tangan rakan baiknya.

"Ya sama-sama. Satu benda saja aku nak pesan pada kau, jangan lama-lama dekat sini bimbang ibu kau syak yang bukan-bukan nanti sebab anak dia dah lama tak balik." Pesan Aida  yang sudah berdiri di hadapan pintu ingin pulang setelah dari pagi lagi dia berada di penthouse itu.

"Jangan risaulah, aku tahu apa yang aku nak buat nanti." Dahlia yang berselendang itu mengangkat-angkat keningnya.

Aida menggeleng dengan kenakalan anak tunggal Puan Zahirah ini. Adalah itu idea 'tak waras' yang berputar-putar dibenak fikiran gadis itu.

"Sayang, berbual apa depan pintu ini?" Adrique yang baru selesai berborak dengan Badrul, menegur isterinya dimuka pintu. Bahu Dahlia dipeluk erat.

"Tak adalah, cakap-cakap kosong saja dengan Aida ni sebelum dia balik." Dia mengerutkan dahi. Pandangannya jatuh pada wajah jelita milik Aida.

"Balik? Tak nak tidur sini ke?" Laju saja kepala Aida digelengkan menolak tawaran anak raja itu.

"Tak perlulah lagipun saya kerja esok. Maybe next time?" Dia perlu pastikan bahawa dia akan tinggal juga sebumbung dengan putera tampan ini walaupun semalaman.

Anak raja, bukan calang-calang orang untuk didekati. Jadi, peluang yang ada ini dia akan gunakan sebaiknya.

"Okay then." Dahlia yang berada disebelah Prince Adrique, dari tadi tekun merenung Badrul yang tegak berdiri disamping tuannya.

Bukannya dia tidak perasan yang panahan sepasang mata lelaki berketurunan cina itu tepat pada rakan baiknya.

"Lia, aku balik dulu ya?" Dia tersentak apabila tangan sejuk Aida menyentuh kulit tangannya.

"Hah? Oh okay okay! Apa-apa terus call okay?" Aida tersenyum manis seraya mengangguk. Kiri dan kanan pipi mereka dilagakan sebelum dia berangkat pergi.

"Jom masuk?" Dahlia menahan suaminya yang ingin mengheret dirinya masuk.

"Awak masuklah dulu." Adrique memandang curiga wajah isterinya.

"Kenapa tak nak masuk? Nak lari?" Dahlia mengeluh lemah mendengar pertanyaan Prince Adrique. Sungguh cetek pemikiran lelaki itu.

Baru saja kahwin, takkanlah dia ingin lari pula. Tak bodoh dia ingin 'menjandakan' dirinya sendiri.

"Tak adalah..awak pergilah masuk dulu." Dia pusingkan tubuh Prince Adrique ke belakang lalu ditolak tubuh tegap itu ke dalam penthouse.

"Cepat sikit ya? I tunggu dalam bilik." Adrique menayangkan sengihan nakalnya pada Dahlia sambil sebelah mata dikenyitkan.

Dahlia membulatkan matanya memberi amaran pada lelaki itu. Tidak malukah Adrique dihadapan Badrul pula itu?

Ketawa halus terlepas dibibir Adrique saat melihat muka yang boleh dikatakan comel milik Dahlia apabila gadis itu meluaskan matanya tadi. Kemudian dia berlalu pergi ke ruangan beradunya.

Tetamu-tetamu yang diundang tadi sudah pun pulang. Yang tinggal hanyalah beberapa orang pengawal peribadinya, pembantu rumah dan isteri tercinta.

"Eh eh yang ini nanti dulu." Dahlia meraih lengan Badrul ingin menyekat pemuda itu dari pergi.

Terkelip-kelip mata sepet Badrul memandang isteri tuannya.

"Nak pergi mana rushing sangat ini hah? Tak perlu laju-laju..Prince Rique ada saja dekat dalam. Dia tak pergi ke mana pun." Dahlia sudah menarik sengih penuh makna yang ternyata kurang difahami lelaki dihadapannya.

"Err..tak, nak pergi itu.."

"Itu apa itu? Nak pergi ikut Aida balik?" Seronok dia mengusik pengawal peribadi suaminya.

Dari lirikan mata saja, dia seakan dapat mengesan apa maksud renungan mata Badrul pada rakannya tadi.

"Apa maksud Puan Rose?" Bibir dia yang menarik sengih itu tadi mula menggores senyuman nipis. Bahu Badrul ditepuknya berkali-kali menyalur sedikit semangat buat lelaki itu.

"Tak ada apa-apa. Saya cuma nak cakap, buaya liar dekat luar sana ramai. Sekali kena makan, there's no more chance for you, Bad." Dia berjalan masuk ke dalam rumah meninggalkan Badrul yang masih terpinga-pinga.

Berlapis-lapis dahi Badrul ingin mentafsir maksud bicara gadis itu sambil mata mengekori saja bayangan Dahlia sehingga ghaib disebalik dinding.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience