Chapter 63

Romance Completed 77502

"Rose!" Princess Alice lantas mendapatkan adik iparnya yang baru saja tiba di istana. Dipeluk erat tubuh yang sudah berbadan dua itu.

"Kanda! Mana boleh hug my wife kuat-kuat nanti lemas baby Rique." Adrique yang sedang duduk disofa hanya melarang tapi tiada pula rasa ingin tolong merungkaikan pelukan kakaknya itu.

"Rose ada craving nak makan apa-apa tak? Kalau ada, kanda nak tolong masakkan." Amaran si adik hanya dibiarkan sepi. Tumpuan Princess Alice hanya pada Princess Rose.

Dahlia menggeleng sambil bibir mempamerkan senyuman.

"Tak ada lagi setakat ini kanda." Adrique menayangkan wajah toya. Memang tak ada lagi waktu ini. Malam nanti kau tengoklah apa yang Dahlia akan minta. Segala daging singa dia suruh belikan. Cendawan Mattake itu pun mujur gadis itu tidak ingat.

"Hm..kalau macam itu, Rose naik atas dulu dan rehat cukup-cukup sebab malam ini kita ada evant besar." Alice tersenyum penuh makna seraya kening dijungkit-jungkitkan.

"Majlis apa kanda?" Berkerut dahi Dahlia memikirkannya. Dia memandang suaminya mahukan jawapan namun lelaki itu hanya mengangkat bahu.

"It's a surprise. Just wait okay?" Alice mengenyitkan sebelah mata kemudian berlalu dari situ meninggalkan Dahlia yang terpinga-pinga.

Dahlia yang masih kebingungan itu mula mendekati Adrique. Punggung dilabuhkan disamping suaminya.

"Majlis apa abang? Kenapa Lia tak tahu?" Adrique memeluk pinggang isterinya. Tangan kirinya pula mengusap-usap perut kempis gadis itu.

Menurut doktor di Maldives, kandungan Dahlia baru berusia 5 minggu. Jadi, isterinya langsung tidak dibenarkan melakukan kerja yang berat-berat kerana kandungan masih muda. Bagi Adrique, bukan setakat kerja berat dia tak bagi, angkat senduk pun dia haramkan.

"No need to know. Dah nama pun kejutan, sayang tak boleh tahu. Ikutkan saja plan kanda" Mendengarkan jawapan itu, Dahlia mendengus tidak puas hati.

"Apa yang no need nya? Lia nak tahu juga."

"Tunggu malam ini saja. Dah, jom naik." Tangan Dahlia dipimpin Adrique hingga ke bilik tidur mereka yang berada di aras satu.

Sekarang baru jam 3 petang. Majlis bermula 8 malam. Sempat lagi mahu beradu.

......................

Dia yang masih blur dan tidak tahu apa-apa ditarik oleh Princess Alice ke bilik dandanan. Gadis itu menyuruhnya untuk duduk dikerusi meja solek.

"Dandankan dia cantik-cantik. Pastikan betul-betul cantik!" Pesan Alice pada seorang wanita yang diupah untuk menjadi juru solek pada adik iparnya sebelum dia keluar dari bilik itu.

"Princess Rose dah sedia?" Soalan wanita itu pun sudah membuatkan jantung Dahlia berdebar-debar. Nak Adrique..

Kepala diangguk walaupun dia tidak tahu apa yang sedang berlaku.

"Then, close your eyes Princess Rose." Seperti yang dipinta, akhirnya dia menutupkan mata.

Sementara di luar istana pula, begitu asyik Adrique mengusik pengawal peribadinya yang satu itu. Siapa lagi jika bukan Badrul si mata sepet. Lepas tidur, rasa bertenaga pula.

"How?" Nakal dia menjungkit-jungkitkan kedua-dua belah keningnya.

Terkebil-kebil mata Badrul melihat putera itu. Dah nak jadi ayah pun nakal lagi ke?

"How apa Prince Rique?" Adrique tergelak kecil. Bahu lelaki bermata sepet itu ditepuk.

"Kau jangan nak buat-buat tak tahu eh? Aku hantar kau pergi China last week bukan nak suruh kau bermandi-manda dengan bunga sakura dekat sana." Bukannya Badrul tidak faham dengan soalan pertama Prince Adrique tadi cuma dia malas buka mulut mengenai hubungannya dengan Aida.

"Err..saya dengan--"

"Rique! Amboi..boleh pula dia sengih-sengih lepak dekat sini. Satu istana kanda cari. Nanti-nantilah soal selidik Badrul itu. Now, go to your room!" Princess Alice yang berada di sliding door sudah mencekak pinggang.

Ini rancangannya. Rancangannya tidak boleh gagal.

"Okay kanda! Kau jangan ingat kau boleh terlepas ya?" Tepat jari telunjuk Adrique terhala pada wajah Badrul sebelum dia berlalu masuk ke dalam istana semula.

Alice mengikut langkah adiknya menuju ke bilik beradu lelaki itu.

Masuk saja ke dalam bilik, mata Adrique terus dijamu oleh gaun kembang berwarna emas yang begitu mewah terhampar diatas katil. Di atas kain lace nya penuh ditaburi manik-manik putih yang menambahkan kilauan pada gaun itu.

Disebelah gaun itu, terdapat set lengkap tuxedo. Coat bersama seluar slack berwarna seiras gaun itu dan baju kemeja pula berwarna putih. Memang betul-betul gempak ini.

"Kanda..cantiknya." Dia menyentuh gaun yang bakal dipakai oleh isterinya di majlis nanti. Confirm berseret dilantai. Tengok sajalah pada ekor gaun tersebut. Memang panjang.

"Cantik kan? As you wish, dress dan tuxedo itu kanda yang design khusus untuk wife Rique dan Rique." Adrique lantas mendongak menatap wajah kakak tersayang.

"Thank you so much kanda." Tubuh gadis itu dipeluknya. Ya, dia pernah minta pada Princess Alice dulu untuk mereka design baju perkahwinan buat dia dan Dahlia memandangkan kakaknya mengambil jurusan fashion designer dulu. Memang penuh seni sungguh tangan gadis ini.

"Sama-sama." Alice merungkai pelukan itu. Pipi adiknya ditekup sambil matanya dalam menatap mata violet milik Prince Adrique.

"Rique, janji pada kanda, jangan pernah sakiti Rose walau dalam keadaan macam mana sekalipun. Jangan izinkan orang lain yang kawal diri Rique. Kalau Rique rasa tak dapat control diri Rique, Rique kena ingat macam mana susahnya nak dapatkan Rose Dahlia sewaktu dulu. Ingat Rique, jangan pernah bagi bunga mawar putih bertukar merah." Sungguh dalam makna bicaranya untuk menyedarkan lelaki itu.

"Rique janji kanda."

"Jangan janji pada kanda saja tapi janji pada diri Rique juga. Jaga Rose seperti Rique jaga diri Rique sendiri. Kanda tak mahu apa yang terjadi pada bonda turut terjadi pada Rose." Pantas Adrique menggeleng.

"Tak! Rique takkan biarkan perkara itu terjadi." Alice mengangguk.

"Kalau perkara sebegitu berlaku, kanda tak teragak-agak untuk bawa Rose lari daripada Rique. Kanda tak pernah main-main dengan apa yang kanda cakap." Riak wajah Princess Alice yang serius telah menggerunkan Adrique.

Tidak pernah lagi dia takut dengan mana-mana orang seperti ini. Kalau dah kakaknya yang seorang ini naik belang, dia pun boleh kecut perut.

"Baik kanda." Princess Alice menepuk perlahan sebelah pipi adiknya.

"Pergi bersiap. Nanti you tolong pakaikan your wife this dress okay?" Princess Alice memesan sebelum dia keluar dari bilik lelaki itu.

Adrique mencekak pinggang sambil mata memerhati gaun kembang isterinya. Dia bisa bayang bagaimana seksanya Dahlia masuk ke dalam kereta nanti.

Kalau dah kembang begini, sudah pasti dia tidak boleh memandu kereta yang berkerusi dua. Sempit.

Tambah pula dengan veil yang entah berapa puluh meter. Dia menggeleng. Perempuan memang complicated.

Sementara menunggu isterinya siap berdandan, dia duduk dibirai katil. Dicapai telefonnya yang berada diatas meja lampu tidur. Mesej yang diterimanya itu membuatkan dia tersenyum.

From: Natalie
-Congratulations my baby boo!

To: Natalie
-Thank you so much. And please Natalie, stop calling me 'baby boo'. I'm so fucking hate it.

From: Natalie
-Hahaha I know you hate it but I can't stop it.

To: Natalie
-Up to you then. Tonight, don't forget to bring your 'teman setia'. I wanna meet him.

From: Natalie
-Hm actually he told me last two days that he can't join us. I'm very disappointed you know :(

To: Natalie
-Nah it's okay. You have me, your new cousin and kanda. Don't be sad okay?

From: Natalie
-New cousin?

To: Natalie
-My wife.

From: Natalie
-Oh I see. Then, go. Get ready yourself for tonight ;)

Dia tersenyum lagi. Ada saja telatah gadis itu yang menggelikan hatinya. Jika mahu tahu, Natalie ialah anak kepada Dahrim.

Seminggu selepas kemangkatan Dahrim, Natalie bersama Puan Emelda datang ke Hirland untuk memohon maaf atas kesalahan yang telah dilakukan Dahrim.

Mereka berdua juga tidak sangka bahawa lelaki itu masih hidup.

Setelah kemangkatan Dahrim, barulah dia berasa tenang tanpa sebarang gangguan. Dulu, jiwanya paling tak tenteram memikirkan keselamatan keluarganya.

Qarif dan Dahrim sudah mati. Hanya Qashah yang masih hidup namun lelaki itu sekarang dipenjarakan buat selamanya dengan 40 kali sebatan diikuti dengan anak-anak buah lelaki itu yang lain. Itulah, lain kali jangan main-main dengan keluarga diraja. Kan dah mendapat.

Lama dia termenung mengingatkan kejadian beberapa bulan lepas sehinggakan tidak perasaan kewujudan si isteri yang baru siap di dandankan oleh jurusolek. Veil yang sepanjang 2 meter setengah juga sudah terletak elok dikepala gadis itu.

"Abang.." Bahu Adrique dipegang Dahlia buat menyedarkan lelaki itu. Tubuh Adrique kelihatan sedikit tersentak. Lelaki itu mengangkat wajah memandangnya.

Adrique terpaku setelah melihat kecantikan yang luar biasa isterinya itu. Walaupun makeup yang dikenakan pada wajah isterinya tidaklah tebal namun Dahlia sudah tampak begitu cantik. Dia langsung berdiri.

"My rose..you're so beautiful like an angel." Dahlia tersipu malu menerima pujian itu.

"Can I kiss your lips now?" Adrique memang tidak tahan melihat isterinya yang begitu cantik itu. Rasa mahu saja gomol sekarang.

"No way! Rosaklah makeup Lia nanti." Dia mencebik bibir. Pentingkan makeup daripada suami sendiri ya?

"Fine. Mari abang tolong Lia pakaikan dress ini. Take off your bathrobe." Tanpa berasa malu, Dahlia terus membuang bathrobe yang dipakainya sewaktu habis mandi tadi.

Dari atas sampai bawah Adrique meneliti tubuh Dahlia yang sudah bertelanjang bulat. Sampai saja matanya pada perut gadis itu, dia tersenyum. Tubuh dibongkokkan.

"Hai my baby. Jangan nakal-nakal ya dekat dalam?" Perut Dahlia diusap lembut.

Dua ulas bibir Dahlia menguntumkan senyuman. Masih lagi dia ingat bagaimana terujanya Prince Adrique apabila mendapat tahu bahawa dia sedang hamil.

Mungkin ini ganjaran buat mereka setelah melalui pelbagai rintangan untuk bersama.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience