Chapter 6

Romance Completed 77502

"Lia.." Aida memanggil tanpa mengalihkan pandangannya dari skrin laptop.

"Hm?" Masing-masing sibuk dengan kerja tanpa menyedari yang diluar pejabat mereka sudah kecoh akan sesuatu.

"Gambar ini kau rasa perlu edit ke tak? Sebab aku rasa macam dah okay tapi bagi aku sajalah. Bagi kau?" Soalnya sambil memusingkan laptopnya mengadap Dahlia.

"Erm..aku rasa dah okay. Tak perlu editlah nanti nampak over. Lagipun Encik Saiful dah cakap yang dia nak gambar simple saja untuk letak dalam majalah itu. Cuma kau perlu edit untuk tambahkan gambar seorang perempuan sajalah sebagai pasangan. Tak adalah alone sangat lelaki itu dalam majalah nanti. Background itu jangan lupa letak macam yang Encik Saiful nak." Aida mengangguk-angguk menerima pesanan rakannya.

"Alright!" Kerjanya kembali disambung.

"Eh korang! Jom turun!" Dua pasang mata di dalam bilik itu berpusat pada wanita yang berada dimuka pintu bilik mereka. Seorang mengangkat sebelah kening dan seorang lagi mengerutkan kening.

"Kenapa?" Haslina atau dipanggil Lina yang menjadi setiausaha di Magazine Berhad terus menepuk dahinya.

"Satu office dah kecoh. Korang yang dalam bilik ini tak tahu apa-apa? Sadisnya.." Kedua-dua gadis itu menggeleng serentak. Apa yang mereka sudah terlepas?

"Dahlah, jom turun. Hari ini kita semua kena sambut tetamu istimewa. Encik Saiful marah sesiapa saja yang ada dalam pejabat. Dia nak semua wajib turun ke lobi." Lina mendekati Dahlia dan Aida kemudian menarik gadis-gadis itu keluar dari bilik menuju ke tingkat bawah.

Terdapat seribu satu persoalan dibenak fikiran Dahlia apabila terpandangkan pada karpet kuning yang telah terhampar dari pintu utama sehingga ke hadapan bilik pengurus besar syarikat ini iaitu Encik Saiful. Kenapa kuning?

Siapa yang nak datang sebenarnya?

Dia tanpa banyak bicara lantas mengambil tempat dipinggir laluan karpet kuning. Pekerja-pekerja yang lain sudah lama berdiri dikiri kanan karpet itu.

Pinggangnya dicuit Aida yang hanya berada disebelahnya. Dia berpaling ke tepi.

"Siapa yang nak datang?" Dahlia melemparkan wajah toyanya pada Aida. Soalan gadis itu seperti ingin makan tapak kakinya saja.

"Kau tengok muka aku ini macam muka Encik Saiful ke?" Aida menayangkan sengihan. Lupa pula yang Dahlia juga tidak tahu apa-apa sama sepertinya.

Dari jauh sudah kedengaran siren polis yang semakin mendekat ke bangunan ini.

"Okay guys!! Get ready! Tetamu kita dah nak sampai. Saya nak you guys tepuk tangan sekuat yang mungkin nanti. Boleh ya?" Semua mengangguk menerima arahan.

"Weh Yati! Tolong touch up aku sikit. Nak bagi dia terpegun sikit tengok aku. Aku tak naklah nampak tak fresh depan dia nanti." Naik berbulu telinga Dahlia mendengar perbualan antara dua orang pekerja Magazine Berhad iaitu Qiss dan Erin yang tempat mereka hanya di kirinya.

"Haa boleh boleh!" Qiss menampal-nampalkan bedak kompak pada muka rakannya setelah itu menggoreskan gincu merah pada bibir Erin.
Qiss dan Erin memang dikenali dengan perangai yang paling mengada dipejabat. Perangai saja yang lebih, kerja tak pernah nak siap!

Daripada dia sibuk memikirkan perkara lain, baik dia curi waktu sekejap untuk membalas mesej dari abang sepupunya yang tak terbalas semalam dek sibuk menaip.

To: Adam
-Sorry abang sebab lambat reply. Lia tertidur semalam.

From: Adam
-Laa patut pun. Abang tunggu tau mesej Lia.

To: Adam
-Sorry abang. Lia betul-betul tak sengaja. Apa kata nanti kita keluar lunch? Lia belanja.

From: Adam
-On! Asal dengan Lia je abang selalu on. Abang jemput Lia dekat office ya nanti?

To: Adam
-Alright abang.

Dahlia menyimpan telefonnya kembali ke dalam poket seluar apabila tepukan gemuruh mula memenuhi bangunan pejabat dua tingkat Magazine Berhad. Dia mengangkat muka memerhati gerangan yang berada dipintu masuk.

Tubuhnya terus kaku.

Seorang jejaka kacak kemas berpakaian kemeja putih bertali leher hitam dan berkot biru gelap bersama kaca mata hitam mula melangkah memasuki bangunan yang bakal menjadi separuh miliknya nanti.

Yakin dua belah kaki panjang itu mengatur langkah diatas karpet kuning. Wajah tampannya diseriuskan. Sedikit pun tidak tercalit senyuman.

Tiba-tiba kaki yang dihayun tadi dihentikan. Dihentikan dihadapan seorang gadis bernama Rose Dahlia. Dari atas hingga bawah dia memerhati Dahlia menggunakan hujung mata kemudian meneruskan langkahnya mengikut lelaki yang bernama Saiful.

Penuh pengawal yang mengiringnya di kiri dan kanan demi menjaga keselamatan dirinya seorang. Dia bersama Badrul memasuki ruangan pejabat milik pengurus besar.

"So, apa yang perlu saya sign untuk membeli saham tertinggi di syarikat ini?" Soal Adrique sambil melabuhkan punggung diatas sebuah sofa kulit.

"Maaf Prince Rique. First of all, saya nak ucapkan ribuan terima kasih pada Prince Rique sebab sudi singgah ke Magazine Berhad. Saya sebenarnya dari semalam lagi teruja untuk sambut ketibaan Prince Rique ke sini." Bicara Saiful, 34 tahun, sebagai pembuka kata.

"Thank you sebab sudi terima kehadiran saya. Alang-alang saya ke sini, boleh saya berjumpa dengan seorang perempuan yang bernama Rose Dahlia nanti?" Adrique menyoal meminta kebenaran.

"Sure!" Dia menyimpan senyum. Tidak sabar rasanya ingin mengacau gadis itu.

....................

Dahlia yang berada didalam bilik kerjanya sudah tidak tenteram. Kakinya tidak henti-henti ke sana dan ke mari. Rasa gemuruh mula menguasai dirinya sejak lelaki itu berhenti dihadapannya lagi.

Matanya mula dialihkan pada Aida yang sedang terbaring diatas sofa panjang dipenjuru bilik. Untuk kesekian kalinya, gadis itu pengsan melihat Prince Adrique.

Dia pun tidak tahu apa masalah si gadis itu seorang. Asyik-asyik pengsan, asyik-asyik pitam.

Jam dipergelangan tangannya dilihat. Lagi 10 minit waktu makan tengah hari akan tiba. Keluhan dilepaskan. Dengan berat kakinya melangkah pada Aida.

"Aida..Aida bangun. Dah nak lunch ini. Bangunlah anak Anani.." Dia menggoncang-goncang lengan rakannya. Mula-mula lembut lama-kelamaan berubah kasar apabila tiada respon dari gadis itu.

"Aida bangun! Kau ini pengsan ke atau dah 'terbang' hah?" Bebelnya seorang diri. Geram juga bila dikejutkan tetapi tidak bangun.

"Hm..apa bising-bising ini?" Aida memisat-misatkan matanya cuba menghilangkan kabur dimata. Setelah dapat diamati wajah yang begitu hampir dengan mukanya, dia segera bangkit. Tubuh Dahlia ditolaknya sehingga jatuh.

"Kau buat apa ini? Kau nak rogol aku ke?" Dia memeriksa pakaian ditubuhnya. Alhamdulillah masih tersarung elok.

Berkerut-kerut wajah Dahlia apabila punggungnya terhentak kuat diatas karpet. Boleh mandul dia kalau macam ni selalu.

"Aduh sakitnya..hey dei! Pakai otaklah sikit cik adik manis! Kalau aku nak rogol kau sekali pun, aku nak jolok pakai apa? Batang penyapu?" Mata Aida terkelip-kelip cuba menyambungkan sel-sel otaknya.

Seketika kemudian, dia menepuk dahinya. Ya tak ya juga. Dahlia perempuan. Mana ada benda 'tu'.

"Ya Allah..maaflah weh. Aku tak sengaja. Sel-sel otak aku ini yang lambat sikit berhubung." Dia mendekati Dahlia lalu menolong gadis itu berdiri.

"Sakit punggung aku! Kalau aku mandul nanti, aku culik anak kau lepas kahwin." Pandangan tajam Dahlia dibalas jelingan membunuh Aida.

"Langkah mayat aku dululah!" Dahlia mengetap bibir setelah itu senyuman sinis mula terukir dibibirnya.

"Okay." Beg tangannya dicapai lalu keluar dari bilik itu meninggalkan diri Aida yang sudah dikuasai api naga.

"Ergh!!" Aida mengepal kuat penumbuknya. Walaupun mereka sering bertengkar tetapi hubungan persahabatan mereka tidak pernah terputus selama 3 tahun ini.

Dia sangat bersyukur mempunyai rakan sebaik Dahlia. Walaupun gadis itu kadang-kala memedihkan hati tetapi Dahlia sangat memahaminya.

Satu senyuman dilakarkan. Pertengkaran itu sebenarnya membuatkan kita makin rapat. Rapat sehingga begitu payah untuk direnggangkan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience