Chapter 30

Romance Completed 77490

Dari hari berganti hari dan minggu pula bertukar minggu, kehidupan Dahlia mula bertambah ceria dengan hadirnya Adam yang sentiasa mengambil berat tentang hal dirinya walaupun berada jauh dari mata.

"Dah makan?" Soal si pemanggil dengan nada mesra.

"Belum sebab nak simpan perut untuk malam ini."

"Ada apa malam ini?"

"Malam ini ada dinner untuk staf-staf. Abang bila nak balik Hirland?"

"Haihh kenapa tanya? Rindu?" Dahlia mengemam bibir menahan malu.

"Tak adalah, saja tanya. Tak boleh ke?"

"Eleh kalau setakat tanya baik tak payah. Ingatkan rindu.." Dia menaruh senyum geli hati dengan suara sepupunya yang ingin merajuk itu. Lelaki pun tahu merajuk juga ke?

"Dah tua pun masih nak merajuk ke?" Bicara Dahlia niat ingin mengusik lelaki itu.

"Tua tua pun still ada perasaan lainlah kalau orang itu, mana ada perasaan. Hujung bulan ini abang balik dengan bawa hajat. Lia jangan lari pula!"

"Hah? Hajat apa benda pula ini?"

"Hajat nak bawa lari Lia ke Thailand."

"Abang, jangan main-mainlah!" Dia membentak perlahan. Nama 'hajat' tak boleh dibuat main nanti ada yang pengsan dek terkejut.

"Hahaha Lia ini..abang gurau sajalah. Hajat abang nak bawa Lia keluar saja. Jangan fikir jauh sangat." Dahlia menarik nafas lega. Mati-mati dia ingatkan hajat yang satu itu.

"Ohh okaylah kalau macam itu Lia end call dulu ya? Abang jaga diri tau? Lia tak ada dekat sana nak jagakan abang."

"Soonn..."

"Apa soon? Tak ada soon soon lah!" Masing-masing menyimpan senyum.

"Okaylah Lia, I gotta go. Jumpa hujung bulan ini."

"Okay then. Jangan lupa beli buah tangan!"

"Alright dear."

Panggilan dimatikan. Dahlia duduk termenung diatas katilnya. Kadang-kadang omongan sepupu lelakinya itu timbul rasa debar didada. Tengoklah tadi itu, macam-macam Adam bicarakan.

Hujung bulan ini bermakna minggu depanlah? Kalau dia tidak sibuk dengan kerja, bolehlah dia menjemput sepupunya di lapangan terbang.

Mesti ada yang tertanya-tanya Adam sebenarnya kerja apa? Adam bekerja sebagai pengurus pemasaran barangan elektronik di cawangan luar. Baru saja tahun lepas jejaka itu dinaikkan pangkat disebabkan itulah Adam dihantar ke England, cawangan yang baru dibuka. Jauh kan?

"Rose Dahlia!" Laungan Puan Zahirah mematikan lamunannya.

"Ya ibu?" Dahlia keluar dari bilik mencari ibunya. Waktu sebegini biasanya wanita itu berada di dapur untuk menyiapkan barangan basah buat malam ini.

"Laa budak bertuah ini..kenapa tak bersiap lagi? Kata ada dinner malam ini?" Kerusi khas untuk meja mekan ditarik lalu diduduk.

"Ada tapi lambat lagi. Pukul 8.30 malam baru start. Ini baru pukul 5 petang. Sempat lagi rasanya kalau nak tolong ibu di warung." Puan Zahirah mengeluh kecil. Sayur kangkung yang dipegang diletakkan di dalam bekas penyejat.

Dia berpusing ke belakang mengadap Dahlia. Perhatiannya dialihkan seratus peratus pada anaknya.

"Tak payah tolong ibu dekat warung. Hari ini kalau boleh ibu nak kamu pergi ke majlis makan malam itu tanpa rasa penat. Ibu nak kamu gembira bila sampai di sana. Dan, lupakan apa saja yang menyinggah di fikiran kamu." Kening Dahlia bertaut kurang memahami dihujung kata Puan Zahirah.

"Maksud ibu?"

"Dengar cakap ibu, lupakan semuanya demi keselamatan kamu." Sesudah itu, Puan Zahirah keluar dari dapur menuju ke biliknya meninggalkan Dahlia yang terkebil-kebil.

Dari nada suara wanita itu yang tegas tadi membuktikan bahawa ibunya memaksudkan kata-kata itu. Tetapi apa yang perlu dia lupakan?

....................

Gaun yang berwarna merah hati dari pinggang sehingga kaki dan dari perut sehingga atas dada pula ditutupi dengan kain jarang yang ditaburi manik-manik kecil hitam telah menjadi pilihannya buat malam itu.

Solekan pada muka tidak terlalu nipis namun tidak juga tebal. Hanya menepati ciri-ciri penyolekan.

Rambut hitam separas pinggang yang kerinting dihujungnya dibiarkan bebas begitu saja tanpa ikat.

Pin pin!

Kedengaran hon kereta dari luar rumah menandakan rakannya sudah tiba untuk menjemput dirinya ke Hotel Lexusy.

Beg sandang berbulu hitam berkilat itu dicapai sebelum keluar dari rumah. Pintu dikunci dari luar kerana ibunya sudah ke warung 2 jam yang lalu.

"Lambatlah kau ini!" Wajah Aida cemberut saat Dahlia masuk ke dalam kereta.

"Itu normal kalau perempuan lambat." Ayat pendek serta padat Dahlia lemparkan.

"Tak bolehlah macam itu. Kita ini orang yang profesional jadi masa kena tepat. Sharp!" Kata Aida sambil memulakan pemanduan.

Dahlia memutarkan bebola mata. Menyampah!

"Hotak dialah sharp. Datang kerja tak pernah sharp. Lately ini aku perhatikan kau, kau dah tak macam dulu. Ambil aku selalu lambat. Kenapa eh? Kau bangun lambat ke?" Lidah Aida terkelu mendengar pertanyaan maut rakannya.

"Aku..aku bangun lambat sebab..setiap malam aku kena siapkan gambar. Aku terpaksa kena tidur lewat malam." Bohong Aida dalam gugup.

Dahlia mengecilkan mata memandang gadis di sebelahnya.

"Ke..kau ada sorokkan apa-apa daripada aku?" Kedua belah tangan Aida berpeluh bimbang jika rahsianya akan terbongkar.

"Ma.mana ada! Kau ini..tak baik tak percayakan kawan sendiri. Dah banyak tahun dah kita berkawan." Dia pura-pura menarik muncung mulut.

"Dah banyak tahun itulah aku dah kenal semua benda pasal kau. Ini, tangan ini takkan berpeluh kalau kau tak rasa berdebar." Tangan kiri Aida dipegang Dahlia.

Aida melepaskan keluhan. Nampaknya dia memang tidak boleh menyimpan apa-apa rahsia pun daripada gadis disisinya itu.

"Okay fine! Ya, memang aku ada simpan satu benda daripada kau tapi aku tak boleh bagitahu kau sekarang. Suatu hari nanti. Kau tunggu pada hari tu." Dahlia membuat reaksi toya sambil mengangkat kening kiri.

"Kita tak tahu bila kita mati. Mungkin esok atau lusa?" Aida tersentap hingga ke lubuk jantung.

"Alah kau ini..nanti-nanti kau akan tahu juga. Hanya bagi aku sikit masa lagi."

"Sikit masa kau itu aku rasa anak aku dapat cucu baru sampai masa kau." Dia tersengih.

"Sabar ya Dahlia syantik syomel?" Dahlia mengerling rakannya hujung mata sebelum melemparkan pandangan ke luar jendela menyaksikan kemeriahan waktu malam di kota Hirland.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience