Chapter 43

Romance Completed 77490

Dahlia membuka pintu setelah terdengar beberapa kali loceng ditekan. Buka saja pintu, terpacul wajah Badrul. Macam biasa, secalit senyuman pun tiada pada bibir lelaki itu.

"Ini barang yang Puan Rose minta." Badrul menghulurkan plastik-plastik yang dijinjingnya pada gadis dihadapan.

"Oh ya! Terima kasih. Sekejap saya nak pergi ambil duit." Baru saja Dahlia ingin melangkah pergi, namanya dipanggil.

"Puan Rose!"

"Ya?" Kedua-dua belah kening diangkat.

"Tak perlulah duit ganti. Saya halalkan. Err..Prince Rique ada?" Soal Badrul apabila kelibat anak raja itu langsung tidak melintas di ruang tamu itu.

"Lah, orang nak bagi duit dia tolak pula. Kalau macam itu, terima kasih banyak-banyak. Daren ada dekat dalam bilik kerja dia. Masuklah dulu, nanti saya panggilkan dia." Pelawa Dahlia.

Lelaki itu menunduk hormat kemudian melangkah masuk ke dalam penthouse kepunyaan Prince Adrique.

Dahlia menutup pintu rumah lalu dia bergerak ke dapur untuk meletakkan barang yang dibeli Badrul tadi setelah itu baru dia berjalan menuju ke bilik tidur dimana terletaknya ruangan kerja sang suami.

Dibukanya pintu bilik. Kepala saja dijegulkan ke dalam bagi mencari bayangan Adrique. Sepasang matanya terhenti pada rak fail dibelakang meja kerja suaminya. Lelaki itu sedang berdiri membelakanginya.

Tok tok!

Pintu diketuk bagi menyedari lelaki itu. Ketukan itu ternyata berjaya memperoleh perhatian Adrique.

"Yes my rose? Oh come on! Just come in. No need to knock the door. This is our room, dear." Fail yang berada ditangan kembali diletakkan diatas rak.

Adrique mula melangkah ke arah isterinya. Senyuman dilemparkan buat gadis itu.

"Tak adalah, saja tak nak ganggu abang lebih-lebih. Badrul ada dekat luar. He wants to see  you. Abang pergilah jumpa dia dulu. Lia nak masak sekejap. Nanti pesan dekat Badrul suruh dia makan dekat sini." Adrique menganggukkan kepalanya.

Tangannya sempat menyerabutkan rambut Dahlia yang tidak diikat sebelum pergi. Cemberut terus wajah gadis itu. Nakal betul!

Dia membaiki rambutnya sambil kaki melangkah ke dapur. Hari ini dia mahu masak sedikit istimewa. Dalam hatinya sudah tidak sabar mahu ketemu dengan Puan Zahirah petang ini.

"What's up?" Punggung dilabuhkan diatas sofa. Alat kawalan tv diambil lalu tv dinyalakan.

Badrul yang hanya berdiri statik disamping sofa lantas menunduk hormat.

"Prince Rique, Qarif buat hal." Fokus pada berita lantas menghilang. Walaupun begitu, matanya masih lagi melekat dikaca tv.

"Dia buat apa?" Tanyanya dengan suara tanpa nada. Dia juga sebenarnya sudah lama tidak berkenan dengan kehadiran Qarif di dalam istana itu. Hari pertama lelaki itu bekerja lagi dia telah syak sesuatu.

Badrul separa menunduk lalu mendekati Prince Adrique. Dia berbisik sesuatu ditelinga putera itu yang pastinya berkaitan dengan apa yang didengarinya di kedai serbaneka tadi.

Urat-urat mula mewujudkan diri disebalik dahi dan lengan Adrique.

"Damn it!" Bantal sofa ditumbuknya kuat. Tak guna punya Qarif!

"Aku nak kau cari tahu siapa kepala mereka." Arahnya tegas. Mata tajam mencerlung pada Badrul seperti lelaki itu pula yang bikin salah.

Manusia manalah yang berani-berani mencari pasal dengan keluarganya itu?

"Baik Prince Rique. Erm..Prince Rique tak nak maklumkan hal ini pada King Dahmod?" Dalam muka yang tegang, sempat Adrique menarik senyum senget.

"Itu kalau dia percayakan aku. Derul, siapkan kereta. Aku nak balik. Suruh Wan dan Zack jaga isteri aku." Setelah habis memberi arahan, langkahnya diatur ke dapur.

Walaupun dia tidak begitu gemar dengan ayahandanya sendiri, keselamatan lelaki itu perlu juga diutamakan dan tidak lupa juga akan keselamatan Princess Alice.

"My rose.." Pinggang isterinya dipeluk dari belakang. Hidungnya pula bermain-main di leher jinjang gadis itu yang begitu harum. Haruman itu dihidunya dalam sehingga membuatkan dia agak khayal.

"Hm?" Dahlia hanya menyahut kecil sambil tangannya memotong tomato sehingga menjadi bentuk dadu.

"Abang ada masalah sikit di istana. Abang perlu balik sekarang." Keluhan dilepaskan. Pisau yang berada ditangannya diletakkan diatas papan pemotong.

"Iyalah, Lia memang suka bila masak tapi tak ada orang nak makan." Direnungnya tidak puas hati pada jendela dihadapan.

"My rose..look at me." Adrique memusingkan tubuh isterinya ke belakang mengadapnya.

"Sekejap saja abang pergi. Malam nanti abang balik okay? Dan..jumpa ibu petang nanti itu abang terpaksa batalkan. I'm sorry.." Riak serba-salah pada wajahnya dipamerkan

Ya, dia tahu bahawa hari ini janjinya pada Dahlia untuk berjumpa Puan Zahirah tetapi disebabkan si Qarif itu, dia terpaksa tangguhkan janjinya.

Lama Dahlia mendongak menatap wajak kacak Syurganya. Jika diikutkan hati, mahu saja dia mengurung lelaki itu di dalam kamar mandi namun dia tahu kerja Adrique sebagai bakal pewaris takhta Hirland, pasti banyak kerja yang ingin dilakukan.

Mengenai ibunya itu, pada lain hari pun boleh. Biarlah suaminya selesaikan dahulu kerja pentingnya.

"Please..?" Keluhan berat pula dilepaskan. Kepalanya mengangguk membenarkan.

"Thank you my rose!" Lantas tersengih lebar putera itu. Dihadiahkan sebuah kucupan sekilas pada pipi gebu isterinya kemudian berlalu ke bilik beradunya untuk bersiap.

Dahlia kembali memusingkan badannya ke arah tingkap. Dipandang pada tomato yang baru separuh dipotongnya. Semangat ingin memasak yang berkobar-kobar tadi beransur pudar.

Pertama sebab Adrique tiada untuk temannya memasak dan kedua, rancangan untuk berjumpa ibu punah.

"Puan Rose?" Dia berpaling ke belakang apabila terdengar namanya diseru. Wajah tersengih Wan menyapa pandangan mata.

"Ya?"

"Saya lapar.." Rengek Wan seraya menepuk-nepuk lembut perutnya.

Dahlia tergelak kecil. Lagak pengawal peribadi suaminya itu seperti seorang anak kecil.

"Ya ya, nanti saya masak. Awak tunggu dekat luar dulu." Mukanya yang suram tadi sedikit terisi cahaya selepas wujud kehadiran Wan di dapur itu.

"Baik puan." Wan menunduk hormat lalu kakinya diatur ke ruang tamu.

Sebenarnya dia tidak lapar pun tetapi saja ingin mengambil hati puan besar. Dia sempat terpandang air muka sayu Dahlia sewaktu Prince Adrique meninggalkan gadis itu.

Jadi, dia mengambil keputusan untuk tayang muka tidak malu meminta Dahlia masakkan untuknya dengan harapan gadis itu kembali ceria.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience