Chapter 62

Romance Completed 77490

Matanya membuntang sambil telapak tangan menekup mulut. Benarkah apa yang dilihatnya ini? Double line?

Hujung bibir digigit. Tiba-tiba pula dia rasa gemuruh. Bagaimana dia harus memberitahu pada Adrique tentang khabar gembira ini?

Think Dahlia think!

Ting tong!
Bahunya terjungkit akibat terkejut dengan bunyi loceng villa yang menandakan ada orang dihadapan villanya.

"Ini pasti penghantar makanan pagi." Sebut saja makanan pagi, bibirnya mengukirkan senyuman lebar. Dia menjentik jari.

"Hah!" Alat kecil itu disimpan ke dalam poket seluar. Dia segera keluar dari kamar mandi. Saat melintasi katil yang suaminya masih lagi sedang beradu, dia memperlahankan derapan kaki.

'Tidur ya abang? Jangan bangun selagi Lia tak kejutkan." Pintu dibuka dengan berhati-hati agar tidak menghasilkan bunyi.

Kakinya laju melangkah menghampiri pintu utama villa. Senyuman manis dipamerkan buat si penghantar makanan.

"Good morning Madam Rose." Ucap lelaki berseragam putih itu sambil menatang dulang makanan.

"Good morning."

"This is your breakfast. Enjoy your meal!" Dahlia mengangguk.

"Alright. Thank you." Dulang bertukar tangan. Lelaki berseragam putih itu menunduk menghormati pelanggannya lalu melangkah pergi.

Dahlia tersenyum lebar melihat makanan yang berada diatas dulang itu. Tak sabar rasanya nak ngap!

Dia membawa langkah ke arah balkoni villa yang menghadap ke laut. Dulang itu diletakkan diatas meja makan segi empat.

Alat uji kehamilan dikeluarkan dari poket seluar kemudian ditaruh betul-betul ditepi dulang.

Sekarang, waktunya untuk kejutkan suaminya yang masih nyenyak. Dia bergerak ke bilik kembali.

Batang tubuh Adrique sudah tiada diatas katil. Pancuran paip hujan dalam kamar mandi membuang persoalannya dikepala.

"Oh tengah mandi.." Dia mengambil tempat dibirai katil menunggu lelaki itu sehingga siap bersihkan diri.

Ditatap pemandangan laut diwaktu pagi. Dinding kaca dihadapan langsung tidak menghalangi penglihatannya.

Villa yang disewa itu dikelilingi laut. Jadi, setiap tingkap atau dinding kaca villa itu akan terlihat laut. Memang menyeronokkan. Bangun dari tidur saja dapat tengok laut.

Rambut yang basah dilap dengan tuala kecil lalu pintu dibuka. Figura si isteri menyapa mata. Senyuman kecil terbentuk dibibirnya.

Seusai menyarungkan pakaian pada badan, menyikat rambut dan menyembur pewangi, Adrique mendekati tubuh kecil itu kemudian punggung dilabuhkan disamping isterinya.

"My rose.." Pinggang Dahlia dipeluk sambil hidung dan bibirnya bermain-main dileher putih gadis itu. Haruman bunga mawar inilah yang dirindukannya hari-hari.

"Abang..gelilah." Dahlia menolak wajah Adrique menjauh. Setelah itu dia pula yang memeluk lengan suaminya dan merebahkan kepala di bahu Adrique. Sesekali kepalanya dikucup lembut lelaki itu.

"Hari ini Lia ada kejutan untuk abang. Nak tahu tak kejutan apa?" Dia mendongak wajah memandang Adrique.

"Kejutan apa?" Dahlia tersenyum. Dia lantas bangun. Lengan lelaki itu ditarik.

"Jom!" Adrique turut saja ke mana Dahlia menariknya.

"Abang pergi ke meja breakfast itu dulu. Lia nak pergi buatkan hot chocolate untuk abang. Abang tak minum orange kan?" Dia menggeleng. Pagi-pagi lagi jus oren, memang taklah dia minum. Tengok yang terhidang diatas meja sarapan itu pun dia sudah gerun.

Selepas gadis itu berlalu, sofa putih single di dudukinya. Tangannya laju mengalihkan gelas yang berisi jus oren ke tepi gelas isterinya. Biar Dahlia minum dua sekaligus lah.

Tangan itu kemudian didaratkan diatas meja. Kening yang tadi elok saja lantas bertaut. Seperti ada sesuatu yang keras dibawah tangannya.

Dia mengangkat tangan. Matanya terpegun melihat alat berwarna putih itu. Alat itu diambil.

Alat ini..dia begitu kenal dengan alat ini. Inilah yang dinamakan pregnancy test.

Dia tergamam melihat ada dua garisan merah yang terpampang pada alat uji kehamilan itu. Dahlia mengandung?

"Sayang!" Diseru gadis itu. Dia mahukan kepastian daripada isterinya sendiri.

"Yes?" Sahut Dahlia bersama secawan coklat panas ditangan. Dia sudah dapat agak apa yang lelaki itu ingin bertanya.

"Are you pregnant?" Cawan coklat panas diletakkan diatas meja lalu tumpuan diberikan sepenuhnya pada Adrique. Dia membongkok tubuh dan tangannya memeluk leher lelaki itu.

"Yes, I'm pregnant." Adrique lantas mengucup lama bibir isterinya untuk menzahirkan rasa gembira itu.

Hanya Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya dia apabila mengetahui yang Dahlia sedang mengandungkan benihnya.

Hampir saja dia ingat bahawa dia mandul kerana sudah berbulan-bulan kahwin tetapi tiada tanda-tanda Dahlia mengandung seperti muntah.

'Alhamdulillah, I will become a father.'

.....................

Payung yang baru dibeli tadi digunakan sepenuhnya. Hujan yang semakin reda itu langsung tidak mengganggu perjalanannya menuju ke Beijing World Flower Wonderland Park.

Esok-esok sajalah beli cenderahati kepada orang-orang di Hirland. Sekarang, dia mahu saksikan sendiri taman botani terbesar Beijing yang terletak di kawasan pusat bandar.

Lokasi taman ini amat mudah untuk dikunjungi dengan pengangkutan awam tetapi jika mahu berjalan kaki pun tiada masalah.

Taman bunga yang digelar 'Taman Istimewa' pada tahun 2005 ini merupakan destinasi pelancongan peringkat 4A negara dengan jumlah keluasan 41.8 hektar.

Pelbagai jenis tumbuhan dan bunga dari seluruh dunia yang ada ditaman bunga ini yang tentunya tidak akan mengecewakan para pengunjung.

Taman Bunga Dunia Beijing terdiri daripada 7 rumah kaca dan 15 lapangan taman botani.

Di dalam rumah kaca mempunyai makmal penyelidikan, kebun sayur-sayuran dan buah-buahan, ruang bunga istimewa, galeri tumbuhan tropikal dan galeri tumbuh-tumbuhan padang pasir.

Setiap taman botani mempunyai keistimewaan masing-masing dengan tema yang berbeza antaranya taman botani Jerman, taman botani Belanda, taman botani Jepun, taman botani Versailles dan banyak lagi.

Ketibaannya di taman terbesar itu disambut oleh patung monyet yang dibentuk daripada pokok-pokok kaktus yang berwarna-warni kerana tahun 2016 adalah Tahun Monyet menurut kalendar China. Dia tersenyum. Sungguh comel!

Snap!

Takkan sesekali dia melepaskan peluang untuk tidak merekod kenangannya disini. Telefon kembali disimpan ke dalam poket coat.

Sebelah tangan dimasukkan ke dalam poket dan sebelah lagi memegang batang payung. Kakinya melangkah masuk ke kawasan taman itu.

Tidak begitu ramai pengunjung yang datang ke sini mungkin kerana faktor hujan yang menghalang pergerakan mereka.

Dia membuat keputusan untuk berjalan di lorong-lorong bunga. Di situ sedikit teduh dari hujan rintik-rintik kerana bunga-bunga yang tumbuh meliar diatas dawai-dawai besi menghalangi hujan.

Pelbagai bau bunga yang menyinggah dirongga hidung tapi yang pastinya begitu harum baunya.

Dia melangkah sambil mata tidak henti dari melihat kiri, kanan dan atas. Berasa mahu saja angkut semua bunga cantik-cantik ini ke Hirland dan ditanam ditepi rumah.

Sewaktu dia mahu mengalihkan pandangan ke kiri, dia terpandang pada satu kelompak bunga sakura di hujung kasutnya. Dahinya berkerut.

Dari mana datangnya bunga sakura ini? Setahunya, sepanjang dia berjalan tadi tiada pula dia ternampak ada pokok bunga sakura.

Tubuhnya membongkok mengambil bunga itu dan berdiri tegak semula. Dihidu baunya. Bau bunga ini sama seperti bau jambangan bunga sakura yang diperolehinya dua hari berturut-turut dan tiada siapa tahu gerangan si pemberi.

Dia mengangkat muka untuk meneruskan langkah. Matanya terus terpaku memandang figura yang sedang berdiri dihadapannya. Langkah yang ingin dibuka tadi tergendala.

Bukankah lelaki bertopi dan berkaca mata hitam ini yang tumpang berteduh dibawah satu payung khemah dengannya sewaktu hujan lebat tadi?

Kelihatan lelaki itu mula membuang topi dan kaca mata hitamnya. Mata Aida terbuntang dan mulutnya ternganga sedikit setelah melihat wajah disebalik kaca mata hitam itu.

"Bad.." Bibirnya terketar-terketar menyebut nama itu. Matanya sudah pun berair menatap muka yang sangat dirinduinya.

"Aida..I'm truly sorry." Badrul perlahan-lahan menghampiri gadis itu.

Aida menekup mulutnya menyembunyi esakan yang semakin kuat. Bahunya terhinjut-hinjut. Kali ini dia tidak mahu ego lagi kerana dia mahukan lelaki itu kembali. Biarlah lelaki itu lihat dia sedang lemah sekalipun.

"Saya betul-betul minta maaf. Saya menyesal. I miss you, I miss you so bad, Aida." Badrul membawa tubuh rendah itu ke dalam pelukan.

"I'm sorry." Dia memandang ke atas tidak mahu air matanya turut jatuh. Dia baru sedar betapa teruknya dia telah membuat seorang wanita yang sebaik ini kecewa dan sakit kerananya.

Dialah yang telah menjaga gadis ini sepanjang empat hari berturut-turut di Beijing ini.

Beg silang Aida yang diragut kelmarin itu sebenarnya dia yang mengupah orang untuk meragut beg Aida kerana mahu membuktikan kehadirannya disitu tetapi dia tidak mahu lagi menunjukkan wajahnya kerana bimbang gadis ini belum dapat memaafkannya.

Namun, selepas dia mendengar luahan Aida dipayung khemah tadi, dia memberanikan diri untuk berdepan dengan gadis ini.

'I'm your secret admirer.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience