Chapter 58

Romance Completed 77490

Adrique melabuhkan sedikit punggungnya dibucu meja kerja sambil berpeluk tubuh. Mata violetnya menatap wajah Badrul yang sedang berdiri statik didepan.

Satu keluhan dilepaskan. Sepucuk sampul putih yang berada diatas meja diambil lalu dihulurkan pada Badrul.

"Ambil." Badrul memandang sampul itu bersama kerutan di dahi. Apa yang terkandung dalam sampul putih itu? Duit bonus tahunan ke? Tapi ini baru bulan julai.

Adrique menarik tangan pengawal peribadinya kemudian sampul itu diletakkan diatas tapak tangan lelaki itu.

"Ambil ini dan pergi jumpa Aida. Bincang elok-elok dengan dia lepas itu baru buat keputusan. Aku bagi kau cuti seminggu." Mata sepet Badrul membulat. Prince Adrique tahu tentang ini? Berita ini pasti dibawa oleh..

Dia menoleh ke tepi. Kelihatan Dahlia sedang tersengih nakal sambil menjungkit-jungkitkan kening. Santai saja gadis itu duduk menyilang paha disofa. Sah! Memang tiada orang lain dah selain wanita itu.

"Dengar tak apa yang aku cakap?" Dia berpaling ke depan semula. Anggukan diberi.

"Dengar, Prince Rique."

"Dalam sampul itu ada tiket flight ke China. Kau pergi balik. Malam ini kau rest cukup-cukup dulu dan pagi esok berangkat." Kali ini sungguh dia tidak mampu untuk menuruti perintah putera itu yang menyuruhnya untuk ke China.

"Maaf Prince Rique, arahan Prince Rique kali ini saya tak mampu patuhi." Dia membongkok tubuhnya agak lama dari biasa sebagai permohonan maaf.

Sampul yang berada ditangannya ditaruh diatas meja kembali. Dia menunduk lagi meminta izin untuk pamit. Dia berpusing kemudian melangkah ke arah pintu.

"Tapi kenapa?" Kakinya terhenti dihadapan pintu. Soalan anak raja itu bikin dia resah tapi tidak dizahirkan rasa itu.

"Bad..kami hanya ingin tahu, kenapa? Apa yang ada dalam fikiran awak sebenarnya?" Dahlia merapati Badrul yang cuma kaku dipintu.

Dia langsung tidak percaya jika Badrul memutuskan hubungan dengan semudah itu. Biasanya kalau first love, seseorang itu tidak akan sanggup meninggalkan cintanya dengan senang. Begitu juga dengan Aida. Badrul ialah cinta pertama gadis itu.

Badrul mengambil nafas dalam lalu dihembus perlahan. Tubuhnya dihadapkan dihadapan Prince Adrique dan Dahlia yang sedang menagih jawapan daripadanya.

"Saya takut untuk berada dekat dengan orang yang saya cinta lagi. Kehidupan dia takkan terjamin. Dua bulan lepas, Aida terima sakit kerana saya. Aida ialah kelemahan saya. Saya rasa Prince Rique faham apa yang saya maksudkan." Pandangan sayu dilemparkan buat Prince Adrique.

Adrique mengangguk mengerti. Ya, setiap musuh yang ingin menyerang mereka pasti akan mencari kelemahan terlebih dahulu dan kelemahan mereka ialah orang yang selalu mendampingi mereka.

Dia juga mendekati lelaki itu.

"Aku faham maksud kau. Tapi kau cuba tengok aku dan Rose, kami sama-sama kuat tempuhi halangan untuk hidup bersama." Bahu isterinya dipeluk kemas.

"Ya Bad, dah macam-macam benda sudah terjadi pada saya. Peluru pistol, pisau, semua saya dah rasa tapi saya cuba gagahkan diri untuk setia disisi Daren. Saya tak pernah terfikir pun risiko jika menjadi pendamping Daren. Ketepikan semua yang ada di dalam fikiran awak, Bad. Dahulukan cinta sejati, InsyaAllah takkan terjadi perkara buruk. Saya tahu awak terlalu cintakan Aida sehinggakan awak tak sanggup tengok Aida menderita tapi ada awak fikir bila awak tinggalkan Aida begini, dia tak terseksa? Ingat Bad, sakit pada mental lebih perit dari sakit pada fizikal. You have to fight through some bad days to earn the best days of your life. Please, don't give up because real things take time. So.."

Dahlia berjalan ke arah meja kerja suaminya. Sampul putih tadi diambil kemudian diberikan pada Badrul.

"..go to her." Lama Badrul merenung sampul ditangan Dahlia. Dirinya masih lagi ragu-ragu. Adakah Aida akan memaafkannya nanti?

"Ambillah. Saya yakin hati Aida masih terbuka untuk awak. Hanya tunggu awak datang pujuk saja. Jangan risau,  Aida mudah untuk memaafkan orang." Dahlia mengukirkan senyuman manis buat Badrul.

Perlahan-lahan tangan Badrul menyambut huluran itu. Tubuh segera dibongkokkan.

"Terima kasih Prince Rique, Puan Rose. Terima kasih banyak-banyak. Saya minta diri dulu." Dia lantas keluar dari bilik kerja peribadi Prince Adrique.

Ya, benar kata Dahlia tadi. Dia harus mendapatkan Aida.

Pintu bilik ditutup rapat. Dia berpaling ke belakang bersama muka berlagak. Selesai sudah kerjanya mencuci otak Badrul.

Adrique yang melihat reaksi wajah gadis itu terus mencebik. Berlagak Dahlia dah mari dah. Dia mengambil tempat di kerusi beroda meja kerjanya.

"See, sekejap saja Lia brainwash Badrul itu. Tak susah pun." Dengan Badrul dia tidak perlu cakap banyak cuma dia perlu main ayat saja. Makin pandai main ayat maka makin lemahlah lelaki itu. Maklumlah, dia kan sasterawan jadi kalau bab mengayat orang ini serah pada dia sajalah.

Langkahnya diatur ke arah Adrique yang sedang membelek helaian kertas di dalam fail. Leher lelaki itu dipeluk lalu dagunya mendarat diatas kepala suaminya.

"Honey.."

"Yes my rose?"

"Tadi Lia buka Instagram. Lia belek-belek dekat explore then ternampaklah makanan cendawan mattake. Erm..Lia teringinlah nak rasa. Boleh tak abang belikan?" Adrique lantas menggeleng kepala. Lagi-lagi makanan, lagi-lagi makanan.

"No more food." Dia menegaskan suaranya.

"Alaa abang..bolehlah ya? Sekali ini saja." Dia tetap menggeleng tidak membenarkan.

"Okaylah, sambung kerja abang. Lia dah tak nak ganggu." Dahlia melepaskan rangkulan pada leher Adrique. Dia berjauh hati dengan jejaka itu.

Adrique mencapai lengan isterinya yang ingin pergi dari situ.

"Dekat mana ada makanan itu?" Dahlia yang berdiri membelakangi suaminya sudah menarik senyuman gembira.

"Tak apalah, abaikan sajalah apa yang Lia minta tadi. Tak penting pun." Suaranya dibuat-buat merajuk padahal dalam hati sudah melompat-lompat.

Tubuhnya ditarik lelaki itu sehingga dia terduduk diatas paha Adrique. Matanya dihalakan ke arah lain pura-pura tidak mahu menatap wajah tampan Adrique.

Adrique menyelitkan rambut lurus isterinya dibelakang telinga. Gadis itu hanya menayangkan muka kosong.

"Dekat mana ada jual cendawan itu?"

"Di Jepun, Malaysia dengan Amerika utara orang cakap banyak ada jual dekat sana. Lia nak rasa juga macam mana rasa cendawan itu tapi kalau dah abang tak nak bagi, it's okay. Just forget it." Dia tersenyum. Wanita ini mudah benar terasa hati padahal dia bukannya marah pun tadi cuma dia tidak benarkan saja.

"Boleh tapi dengan satu syarat." Anak mata Dahlia terus melihat ke dalam anak mata Adrique. Sebelah kening diangkat.

"Kiss me first and you will get that cendawan." Dia menepuk perlahan dahinya. Mengapa begitu mudah syarat lelaki itu?

"Itu saja?" Adrique mengangguk. Dahlia merapatkan bibirnya pada bibir Adrique lalu dikucup sekilas. Beres!

"Good girl, my rose." Rambut Dahlia dibelai Adrique. Cendawan itu nanti pandai-pandailah dia suruh sesiapa untuk dapatkan di antara negara-negara yang disebut isterinya itu.

Tok tok!
Pintu bilik itu diketuk seseorang. Dahlia mula bangun tidak selesa jika ada orang melihat dia dan Adrique berkeadaan begitu.

"Masuk!" Setelah diberi keizinan, pintu itu ditolak kemudian terpacul wajah King Dahmod disebalik pintu. Lelaki itu mengukirkan senyuman buat pasangan dihadapannya.

"Ayahanda, jemputlah duduk." Dahlia menarik kerusi kosong didepan meja Adrique itu.

King Dahmod melabuhkan punggungnya dikerusi itu. Kedua-dua wajah anakandanya ditatap penuh kasih. Tiada lagi perasaam dendamnya pada Dahlia. Dia masih ingat beberapa bulan lalu, air matanya pernah menitik saat meminta keampunan daripada gadis itu, Adrique dan tidak lupa juga pada Alice.

"Maaf jika ayahanda ganggu kamu berdua." Adrique bersama Dahlia menggeleng serentak.

"Tak adalah ayahanda. Ayahanda tak mengganggu pun." Bicara Adrique menidakkan kata-kata ayahanda. Perlahan-lahan dirinya cuba untuk memaafkan lelaki itu.

"Ayahanda masuk ke bilik kerja Rique ini sebab ayahanda nak bagi hadiah pada Rique dan Rose. Hadiah ini sempena pernikahan kamu berdua. Ayahanda minta maaf sebab bagi lewat." King Dahmod meletakkan sampul surat berwarna koko diatas meja anaknya.

Dahlia yang sedang berdiri disebelah tempat duduk suaminya hanya melihat sampul itu. Apakah isi kandungannya?

"Hadiah apa pula ini ayahanda? Tak perlulah ayahanda susah-susah untuk belikan kami hadiah. Kami okay saja." Lelaki separuh abad itu menatap dalam wajah kacak Adrique.

"Hanya satu saja ayahanda minta dari Rique, terimalah hadiah ini walaupun tak seberapa. Sebenarnya ayahanda nak belikan Rique dan Rose sesuatu yang kamu berdua suka tapi ayahanda tak tahu. Jadi ayahanda beli sajalah yang terbaik ikut gerak hati." Adrique menoleh pada isterinya sekilas kemudian memandang muka King Dahmod semula.

"Apa-apa pun, terima kasih ayahanda untuk hadiah ini." Untuk pertama kalinya dia mempamerkan senyuman ikhlasnya pada King Dahmod.

Dahlia pula berjalan menghampiri ayah mentuanya. Bahu King Dahmod dipeluk mesra.

"Apa yang terbaik buat ayahanda, terbaik juga untuk kami. Terima kasih ayahanda." Pipi lelaki itu dicium sesaat tanda terima kasihnya pada King Dahmod.

"Sama-sama. Ingat, esok pukul 10 pagi. Ayahanda dah pesan pada pilot ayahanda kalau lambat, tinggal saja." Dahlia dan Adrique memandang sesama sendiri.

Pilot? Ke mana King Dahmod ingin membawa mereka pergi?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience