Chapter 50

Romance Completed 77490

Tubuh yang sakit itu direbahkan ke atas katil perlahan-lahan. Adrique mencekak pinggang memerhati keadaan Badrul yang agak teruk itu. Kepala digeleng beberapa kali.

Mahu dihantar ke private hospital, lelaki itu pula tidak mahu. Katanya tidak selesa berada dihospital bersama wayar yang berselirat di serata badan.

Dia berpaling ke tepi, kelihatan Aida sedang berdiri dimuka pintu memandangnya.

"Aida, masuklah." Dia tahu bahawa gadis itu ingin melawat Badrul tetapi dengan wujudnya diri dia disitu, Aida menjadi segan.

"Tak apalah Prince Rique." Aida menolak ajakan putera itu. Tengok jauh-jauh pun sudah cukup. Jika lihat dekat, bimbang tangannya pula yang melekat dipipi Badrul akibat terlalu geram memutuskan hubungan mereka dengan mendadak.

"Kalau macam itu, you pergilah masuk bilik dulu mandi dan berehat. Baju you boleh gunakan yang wife I punya dulu. Dalam 10 minit lagi kanda I akan sampai. No worries, bukan you seorang perempuan yang ada dalam rumah ini nanti." Dia mengangguk mengerti. Sebentar lagi dia akan bertemu dengan Princess Alice pula. Tak sabar ingin lihat wajah cantik itu secara depan-depan.

"Erm..Dahlia ke mana Prince Rique?" Soalnya. Sepanjang beberapa minit dia berada di dalam penthouse mewah ini, figura pendek itu langsung tidak ternampak.

"Rose ada di rumah ibu dia. Lusa baru I pergi ambil. Kalau esok rasanya tak sempat sebab I ada meeting besar." Baru saja tadi Vellyana menelefon Adrique memaklumkan bahawa dia harus menghadiri mesyuarat dengan pengarah syarikat terkenal Malaysia.

"Oh.."

"Rique.." Aida menoleh ke tepi. Matanya terbuntang lalu lantas dia menunduk hormat.

"Eh! Cepatnya kanda sampai?" Princess Alice hanya tersenyum. Akibat terlalu risau akan keadaan Badrul yang sudah dianggap sebagai adiknya itu, dia memaksa pemandu istana memandu dengan kelajuan yang luar biasa.

"Risaukan budak seketul itu punya pasal kalau tidak, tak adanya kanda nak tercegat dekat sini cepat-cepat. Now, tell me the truth. Apa yang dah jadi sebenarnya?" Dia mencekak pinggang. Sebentar matanya dihala pada tubuh kaku Badrul lalu dialih pada wajah adiknya pula.

"Erm..Aida, pergilah berehat. Nanti Wan hantarkan makanan ke bilik you." Kening dikerutkan. Dia berpaling ke belakang. Lah, ada orang dibelakang rupanya. Baru datang ke? Kenapa dia baru perasan? Dan..siapa gadis ini?

"Rique! Perempuan mana pula yang Rique bawa masuk ini?" Ditatap wajah lelaki itu penuh geram. Dia tidak pernah ajar adik kecilnya itu membawa masuk sebarang wanita ke dalam rumah tanpa pengetahuannya.

"Bukanlah kanda. Ish! Nanti Rique ceritalah. Kanda diam dulu. Pergilah Aida. Tak apa, Badrul ini I dengan kanda boleh rawat dia. Jangan risau." Bukan menghalau tetapi Adrique ingin gadis itu hanya istirahat saja memandangkan tubuh lesu serta wajah pucat Aida cukup mengatakan bahawa Aida sungguh tidak bermaya seperti selalu.

"Baik Prince Rique. Saya minta diri dulu." Tubuh separa membongkok kemudian Aida menyusun langkah ke bilik yang ditunjukkan Prince Adrique mula-mula tadi.

Pintu bilik dibuka. Walaupun tubuhnya sekarang yang sudah tidak aktif, setelah melihat kamar itu dia berasa ingin melompat-lompat saja diatas katil.

Sungguh menawan! Dan hatinya tertawan.

Bilik itu cukup sempurna dan besar. Dilengkapi katil bersaiz king, lampu hiasan besar, tv fullscreen, sofa dan pelbagai lagi. Rasa ingin tinggal di sini buat selamanya.

Hah!
Masih ingat hasratnya yang ingin tinggal sebumbung bersama anak raja itu? Akhirnya tercapai. Lebar saja sengihannya waktu itu.

Pakaian yang elok terbentang diatas katil dipandang. Mungkin itu pakaian milik Dahlia.

Lia, Aida nak pinjam baju kau itu. Halalkan eh?

......................

Kain kecil yang berisi ais diletak pada pipi Badrul yang lebam serta bengkak. Fikirannya masih melayang pada kisah yang dibongkar adiknya tadi.

Tidak sangka langsung bahawa Qarif ialah pembelot. Jahat sungguh lelaki itu kerana sudah aniaya Badrul dan menipu keluarganya. Jika Qarif ada di depan mata, sumpah dia akan lempang sepuas hati. Bibir diketap.

Tanpa disedari, kain itu ditekan kuat pada pipi bengkak Badrul akibat terlalu panas hati.

"Aduh aduh!" Suara mengaduh Badrul tidak mampu mengurangkan amarah dihatinya.

"Diamlah! Kanda tengah geram dekat Qarif sekarang ini. Dasar talam dua muka. Berani-berani dia cari pasal dengan keluarga ini. Dia sedar tak diri dia itu siapa saja? Nasib dia dah mati." Tajam matanya memanah tingkap besar yang mempamerkan kesegaran pagi bandar Hirland.

Badrul mengeluh kecil. Alih-alih, muka bengkak dia juga yang kena.

"Nak makan?" Kasar saja suara Princess Alice menyoal.

"Tak apalah Princess Alice, saya dah kenyang." Kenyang dengan bebelan gadis itu.

"Bad ada apa-apa hubungan ke dengan perempuan nama Aida?" Badrul yang baru ingin menutup mata itu tergamam setelah mendengar soalan maut daripada Princess Alice.

Rasa bersalah mula menyelubung diri. Benarkah keputusannya meninggalkan gadis bernama Aida?

Tapi..dia terpaksa demi keselamatan Aida sendiri. Dia tahu gadis itu pasti begitu kecewa dengan dirinya. Untuk mendapat sebuah kemaafan mungkin susah.

"Kanda, jaga Badrul ya?" Mata Princess Alice menghala ke muka pintu. Senyuman diukirkan buat adiknya yang sudah lengkap berbaju kemeja bersama blazer coklat gelap ditubuh.

"Dah nak pergi office dah? Awal sangat ini." Awal jejaka itu berangkat ke tempat kerja hari ini. Biasanya jam 9.30 pagi baru kalut seribu.

"Kena awal hari ini sebab ada meeting penting." Adrique tersengih. Sudah faham yang Princess Alice sedang sindir dia.

"Hm iyalah. Lunch nanti balik tak?" Dia menggeleng.

"Tak. Rique nak lunch dengan my wife. Got to go. Bye!" Princess Alice menggeleng kecil dengan perangai lelaki itu.

Sudahlah kahwin pun tak bagitahu dia! Dia langsung tak terfikir bahawa Prince Adrique sudah punya calon ganti. Dia mati-matian ingat yang dia akan menjadi orang pertama mengetahui tentang khabar ini tapi semalam baru dia tahu. Hampeh dasar adik.

Tidak sabar pula ingin melihat siapa gerangan yang telah berjaya menakluki hati jejaka kacak itu selepas dia mengetahui beberapa bulan lepas adiknya telah putus cinta dengan gadis Rose.

Senyuman kecil ditarik. Adiknya sudah dan dia bila lagi? Mungkin selamanya tidak.

Umurnya sudah hampir 30an. Tiada lelaki yang mahukan perempuan yang tua kerana makin meningkat usia, peluang untuk dapat cahaya mata sulung begitu sempit.i

Walaupun begitu, dia tetap akan meneruskan hidupnya dengan kelebihan yang ada pada dirinya iaitu kesenian.

Dengan izin Tuhan, InsyaAllah dia bakal berjaya suatu hari nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience