Chapter 53

Romance Completed 77490

Kaki yang pendek itu laju saja keluar dari kotak lif bersama beg kecil ditangan. Jam dipergelangan tangan dikerling sekilas. Lagi setengah jam hampir lunch hour.

Dia menarik senyum apabila terpandang pada pintu yang berwarna kuning keemasan. Itulah ruangan suaminya.

Langkah diatur mendekati meja yang berada berhampiran dengan bilik Prince Adrique.

"Ya cik? Boleh saya bantu?" Sopan saja gadis berambut perang itu menyoal. Senyuman menghiasi wajah gadis itu.

"Erm..Prince Rique ada?"

"Maaf, boleh saya tahu cik ini siapa?" Dahlia tergelak kecil. Lupa pula perkenalkan dirinya.

"Saya pembantu istana. Ini, Princess Alice minta saya hantarkan bekal buat Prince Rique." Dia menunjukkan beg kecil yang dipegangnya itu pada setiausaha Prince Adrique.

"Oh pembantu istana.." Vellyana memandang atas bawah wanita dihadapannya. Nampak dari segi pemakaian bukan macam gaya pembantu istana.

"Prince Rique ada?" Melihatkan gadis itu hanya diam, Dahlia kembali bertanya soalan sama.

"Prince Rique ada. Baru saja habis meeting tadi. Kalau nak, saya boleh serahkan bekal itu pada Prince Rique." Dia menggeleng menolak tawaran itu. Letih-letih dia datang sini, lepas itu serahkan saja bekal ini pada setiausaha suaminya? Memang taklah!

"Saya nak serahkan sendiri bekal ini pada Prince Rique, boleh?"

"Oh kalau begitu, mari?" Vellyana yang ingin bangun dari tempat duduknya untuk membuka pintu bilik kerja Prince Adrique lantas dihalang Dahlia.

"Eh tak apa! Awak duduk saja disini. Jangan bergerak okay?" Dahlia tersengih sambil mengenyitkan matanya.

Dia berjalan ke arah pintu kuning keemasan itu. Tanpa diketuk, dia terus menolak pintu itu. Setelah dia masuk, pintu itu dikunci.

Dia tersenyum melihat suaminya yang tertidur diatas kerusi pejabat. Kerutan didahi lelaki itu cukup menandakan bahawa Prince Adrique sedang stres. Baru habis mesyuarat memang akan jadi serabut sedikit.

Dibawa dirinya mendekati meja lelaki itu tanpa menghasilkan bunyi. Selepas meletakkan beg berisi makanan, dia membawa langkah ke tempat Adrique pula.

Perlahan-lahan dia memusingkan kerusi beroda itu mengadapnya. Ditenung wajah tegang jejaka kacak itu. Satu kucupan singgah pada kerutan didahi Adrique. Yang lebih menarik, kerutan itu terus hilang.

Pipi suaminya dielus manja. Dia mendekatkan bibirnya dengan bibir seksi milik Adrique. Lembut bibirnya bermain dengan dua ulas bibir itu.

Adrique tersedar dari tidurnya akibat terasa bagai ada sesuatu yang bergerak dan basah dibibirnya. Baru saja dia mahu memaki hamun gerangan yang berani mencium dia, wajah manis didepannya cepat menghalang. Dalam pada bibirnya sedang diragut, dia tersenyum kecil.

Tangannya naik memicit geram punggung bergetah isterinya membuatkan gadis itu terjerit kecil.

"Aw!" Kucupan dilepaskan Dahlia. Punggungnya digosok bersama muka masam.

"Nakal sangat ni." Bibir Adrique nakal tersenyum. Ditarik pinggang wanita itu agar duduk diatas ribanya.

"Kenapa nakal sangat? Pagi tadi kan dah dapat?" Mulut Dahlia memuncung sambil tangannya bermain-main dengan tali leher suaminya. Entahlah, dia sendiri pun tidak tahu mengapa dirinya begitu nakal. Berjangkit dengan suami sendiri mungkin.

"Rindu.." Dua buntang dari atas baju kemeja hitam lelaki itu dibuka biar tidak lemas sedikit.

"Rindu? Rindu abang ke rindu.." Adrique memandang bahagian bawahnya diikuti Dahlia.

Dahlia yang mengerti akan itu lantas menampar lengan sasa suaminya.

"Bukanlah! Lia rindu abanglah. Malam ini abang free tak? Kalau free, Lia nak ajak abang dinner dekat luar." Dia terus memberitahu niatnya bimbang jika fikiran lelaki itu melencong ke lain.

"Free saja. Eh sekejap! Sayang, how you boleh masuk ke sini?" Pelik juga Adrique melihat isterinya yang tiba-tiba muncul dihadapannya. Vellyana tiada ke diluar?

Hidung Dahlia sudah kembang kuncup. Bangga dengan diri sendiri.

"Ada otak, kena bijak. Lia hanya cakap yang Lia pembantu istana, setiausaha abang terus bagi masuk." Adrique memandang wajah isterinya tidak percaya.

"Pembantu istana lawa macam ini? Dengan pinggang ramping, punggung bulat bergetah dan breast tegang macam ini?" Dahlia memutarkan bebola matanya.

"Habis itu, abang ingat Lia nak bagitahu apa? Perempuan simpanan?" Bibir Dahlia lantas dikucup Adrique. Sangat menyucuk hati apabila isterinya mengeluarkan perkataan itu.

Rose Dahlia bukan perempuan simpanan tetapi Rose Dahlia ialah isterinya yang sah.

"Abang tak suka sayang cakap macam itu. Sayang isteri abang, bukan perempuan simpanan." Serius wajahnya saat itu menandakan yang dia benar-benar memaksudkan bicaranya.

"Itu contohlah abang.."

"Walaupun itu cuma contoh, abang tetap tak suka. Got it?" Diselit rambut gadis itu dibelakang telinga. Mata violetnya terpanah tepat ke dalam mata hitam isterinya.

Dia terlalu cintakan Rose Dahlia. Dia tidak sanggup kehilangan gadis ini. Tiada siapa yang bisa menggantikan tempat Rose Dahlia di dalam hatinya.

"Okay. Abang, ini Lia ada bawakan makanan tengah hari untuk abang. Sekejap ya?" Dahlia berdiri lalu dia mencapai beg yang berada diatas meja. Dibuka satu-persatu penutup bekas makanan.

Satu aroma mula menusuk ke rongga hidung Adrique. Rasa yang tidak lapar tadi beransur hilang diganti dengan dendangan perut.

"Sayang masak apa?" Kerusi berodanya dipusing kembali ke depan lalu di dekatkan ke meja untuk melihat makanan yang dibawa Dahlia.

"Ayam goreng halia dengan sup daging saja." Suaminya memang penggemar daging. Tidak kiralah daging goreng ke bakar ke buat sup ke, lelaki itu tetap suka.

"Sup daging? Sayang beli daging ke?" Dahlia menggeleng.

"Pembantu rumah yang belikan pagi tadi. Dia cakap yang abang suka sangat makan daging."

"Haah tapi daging yang paling abang suka adalah daging kecil sayang yang dekat bawah itu." Dia memulas isi paha suaminya. Lelaki itu suka benar bercakap lucah. Naik berbulu pula telinganya.

"Aduh sayang..tangan itu jangan jadi ketam sangat. Abang kahwin dengan orang bukan dengan mak ketam." Tajam matanya menjeling wajah Adrique yang berkerut seribu. Geram tahu tak geram!

"Lain kali cakap macam itu lagi. Bukan cubit saja Lia boleh, tendang abang sampai ke luar tingkap besar ini pun Lia mampu." Bicaranya seraya tangan sedang menceduk sup ke nasi.

Sudu yang berisi nasi dan daging itu dibawa ke mulut Adrique.

Adrique memandang gadis itu tidak puas hati. Biru rasanya peha dia kena sepit dengan mak ketam.

"Abang, buka mulut. Buat penat saja Lia masak kalau abang tak nak makan." Dahlia menggeleng. Sudah tua pun mahu merajuk.

"Sayang.." Dada suaminya digosok-gosok.

Lelaki itu mendengus. Mulut terus dinganga lalu dengan selamat sesudu nasi masuk ke mulutnya.

Dahlia tersenyum. Good boy!

Sambil menunggu isterinya mengisi nasi diatas sudu, telefonnya yang berada diatas meja diambil kemudian dibuka. Banyak notifikasi yang masuk dan salah satunya ialah daripada King Dahmod.

Dibuka mesej yang telah dihantar sejam yang lalu itu. Dia tidak sedar akan mesej ini kerana dia setkan telefonnya dengan nada senyap kerana tadi dia berada di ruang mesyuarat.

Keningnya bertaut. Kenapa ayahanda menghantar lokasi padanya?

"Sayang, kenapa?" Hairan juga dia melihat wajah suaminya yang berkerut-kerut setelah melihat telefon seperti sedang menanggung masalah besar.

"Tak, cuma pelik bila ayahanda ada hantar location pada abang."

"Cuba call ayahanda." Adrique melakukan seperti yang disuruh. Lama dia menunggu panggilannya untuk diangkat tetapi akhirnya hanya masuk ke peti simpan suara. Dia menggeleng pada Dahlia.

"Cuba sekali lagi." Dia mencuba lagi namun tetap sama.

"Cuba call kanda pula." Nombor Princess Alice didail sehingga diangkat gerangan sana.

"Hello?"

"Kanda, ayahanda ada di istana?"

"Aik? Ayahanda tak sampai lagi ke?"

"Sampai? Sampai ke mana?"

"Lebih kurang sejam lepas ayahanda ada bagitahu kanda yang ayahanda nak jumpa Rique sebab dia dah tahu pasal pernikahan Rique."

Adrique tersentak. Bagaimana King Dahmod tahu?

"Macam mana ayahanda tahu?"

"Kanda rasa Qashah yang bagitahu. Pelik juga ayahanda tak sampai lagi sebab ayahanda pergi dengan polis tadi."

Qashah? Shah? Adakah dua nama itu ialah orang yang sama yang bersubahat dengan Qarif?

Dadanya berombak laju. Panggilan segera dimatikan.

"Sayang, berkemas cepat. Kita kena balik ke istana sekarang." Dahlia yang tidak tahu apa-apa hanya turuti saja arahan Prince Adrique.

Adrique menggenggam tangan Dahlia kemudian dengan langkah besar dia keluar dari bangunan Roses Holdings.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience