Chapter 56

Romance Completed 77502

Dicapai tangan yang sejuk itu kemudian dicium lama. Sudah dua hari dia menemani isterinya yang masih lagi belum sedar.

Hairan juga dia apabila gadis yang terlantar dikatil hospital ini belum bangun sedangkan Dahlia hanya cedera ringan.

Kata doktor kelmarin dulu, tembakan yang terkena pada pinggang isterinya hanya sipi-sipi saja dan tidak tepat malah peluru pun tidak melekat dipinggang Dahlia. Mungkin peluru itu sudah jatuh ke lantai.

Pening kepalanya memikirkan mengapa Rose Dahlia tidak sedarkan diri lagi. Rasanya terkejut saja lebih budak ini.

"Rique.." Dia mengangkat wajah memandang King Dahmod yang sedang berdiri dikiri katil.

"Rose belum sedar lagi?" Gelengan diberikan bagi menjawab pertanyaan lelaki itu. Matanya kembali menatap wajah putih bersih Dahlia.

"Rique baliklah dulu, biar ayahanda pula yang tolong tengokkan Rose. Lepas mandi dan makan, Rique datanglah sini semula." Dia hanya membatu ditempat duduknya.

Dia tidak mahu bergerak langsung dari tempat itu kerana apabila Dahlia mencelik mata, wajahnya dulu yang menyapa pandangan mata gadis itu.

"Rique ba--"

"Kalau ayahanda nak balik, ayahanda boleh balik dulu. Rique nak stay sini sampai Rose sedar." King Dahmod melepaskan keluhan kecil.

Adakah anaknya bertambah dingin dengannya akibat kejadian 2 hari yang lalu?

"Ayahanda nak minta maaf seb--" Sekali lagi Adrique memotong bicaranya.

"Ayahanda kalau penat, baliklah dulu." Dia mengangguk. Dengan langkah yang lemah, dia keluar dari wad privasi itu. Empat orang pengawal mengiringinya.

Dia tahu dia salah dalam hal ini. Akibat terlalu bencikan golongan sederhana seperti Dahlia, dia sanggup berlaku kejam terhadap gadis itu. Duit telah mengaburi matanya.

Sebelum dia diangkat menjadi raja, dirinya tidak sebegitu. Dulu dia ialah seorang peramah dan baik hati dengan rakyat Hirland tetapi setelah ditabalkan menjadi raja, dia mula angkuh dan pentingkan diri sendiri. Dia sangat menyesal.

Walaupun dia punya kekayaan, tapi itu semua tidak membantu untuk menyelamatkan dirinya seperti 2 hari lalu.

Lihat, Dahlia dari keluarga sederhana juga yang menolongnya hari itu. Dari peristiwa itu, dia dapat menyimpulkan sesuatu.

Kekayaan bukanlah segalanya.

Dan, satu saja perkara yang dia tidak sangkakan iaitu Dahrim. Dia langsung tidak sangka bahawa abangnya itu masih hidup lagi selepas berlakunya kemalangan jalan raya pada berpuluh-puluh tahun lepas.

Tapi kali ini dia yakin bahawa Dahrim sudah mati akibat ditembak oleh salah seorang pengawal peribadi Prince Adrique. Dahrim bertarung nyawa dihadapan matanya sendiri.

Tubuhnya dibawa masuk ke dalam Rolls Royce. Dia menyuruh pemandunya agar bawanya ke makam Permaisuri Rose An'nisa.

Dia pun tidak pasti sama ada tahun ini dia sudah pijak atau belum tanah dimakam itu.

......................

Adrique mengisi air kosong ke dalam gelas kaca lalu air itu diteguk perlahan. Sejak Dahlia terlantar dihospital, selera makannya hilang. Segala kerja yang ingin dilakukan juga terbantut.

"Abang.." Dia terkaku. Benarkah apa yang di dengarinya? Tubuhnya dipusingkan.

"Sayang!" Dia lantas mendapatkan isterinya setelah gelas ditangan diletakkan diatas meja.

"Sayang okay? Ada rasa sakit dekat mana-mana?" Kalut dia bertanya inginkan kepastian. Kalau gadis itu ada berasa sakit, dia boleh segera mendapatkan doktor.

"No worries, I'm fine. Tengoklah siapa yang dah jadi doktor Lia. Mesti cepat sembuh punyalah." Tenang hatinya mendengar gurauan Dahlia yang menandakan gadis itu tidak sakit lagi.

"Pandailah dia!" Hidung isterinya dipicit sambil tersenyum ceria.

"Sayang nak makan?" Dahlia mengangguk. Perutnya digosok-gosok seraya bibir mencebik. Dua hari tak makan memang laparlah.

Adrique mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket jaket putihnya. Nombor Badrul didail.

"Derul, belikan aku bubur dan roast beef. Air tak payah. Itu saja."

"Baik Prince Rique."

Telefonnya disimpan semula ke dalam poket jaket. Wajah si isteri direnung lama sementara tangannya membelai-belai rambut lembut Dahlia.

"I miss you so bad, my rose." Dahlia melakarkan senyuman manis buat jejaka kacak itu.

"I miss you too, honey."

"You know what sayang, lepas sayang kena tembak hari itu, jantung abang ini rasa nak gugur. Masa itu, abang hanya nampak sayang. Ayahanda yang diikat dikerusi itu pun abang tak buka ikatan." Dia melepaskan tawa halus. Sayang benar Adrique padanya.

"Eh wait!" Adrique menajamkan matanya melihat Dahlia. Di fikirannya tiba-tiba terlintas sesuatu.

"Wait what?" Dahlia menyoal tidak mengerti.

"Macam mana sayang boleh sampai ke bangunan itu?" Dia tersentak dengan soalan itu. Alamak! Jawapan untuk soalan itu dia belum kaji lagi. Dia perlu cari jalan untuk menghindari diri dari pertanyaan maut itu.

"Aw abang, sakitlah.." Kening dikerutkan seperti orang sedang menahan kesakitan sambil tangannya memegang pinggang yang terkena tembakan.

Adrique mendengus geram. Isterinya selalu saja mengendahkan apa yang dia pesan dan apa yang dia larang. Asyik pandang sebelah mata saja hal penting sebegini.

"Tak payah nak pura-pura sakit. Tadi elok saja ini tiba-tiba pula. Nak mengelak ke?" Dahlia diam menikus apabila dimarahi lelaki itu. Lakonan tadi segera ditamatkan. Inilah yang dia lemah sekali saat Adrique menunjukkan helangnya.

"You tak sepatutnya follow I time itu, Rose Dahlia. I dah bantah you untuk ikut I dan itu bermakna you memang tak boleh pergi. You shouldn't be there. You perempuan. Kena sedar diri sikit. Jangan pandang serong dengan hal macam ini. Tengok diri you sekarang yang terlantar atas katil hospital. Siapa yang cari penyakit dulu?" Bibir bawahnya digigit. Nampaknya Adrique benar-benar marah pada dia. Kalau lelaki itu sedang marah, automatik panggilan akan ditukar.

"Lia tahu Lia salah. Abang janganlah marahkan Lia. Setiap manusia kan ada silapnya." Adrique menjentik dahi wanita itu akibat terlalu geram. Dah sakit begini pun masih mahu menjawab.

"Ya memang setiap manusia ada silapnya tapi silap itu terjadi dengan tidak sengaja. Silap yang you buat ini dengan sengaja. Dah I tak bagi you ikut itu bermakna you can't go. Tak pernah nak faham bahasa budak ini seorang." Dahlia perhati saja wajah berkerut-kerut Adrique yang sedang membebel padanya. Dia tergelak kecil. Nampak seperti nenek yang memarahi cucu pula suaminya.

"Kenapa suka? Fikir I tengah buat lawak ke? I'm serious Rose Dahlia." Tapak tangan suaminya dilabuhkan di pipinya. Sesekali dikucup tapak tangan itu.

"I'm sorry okay, honey? Lia janji lepas ini Lia akan turut kata-kata abang. Lia takkan bantah lagi." Adrique mengurangkan tegang pada wajahnya.

"Janji?"

"I promise."

"Hm baguslah kalau macam itu. Tolong, jangan bagi abang marah lagi. Abang marah sebab abang sayang dan cinta. Kalau abang tak sayang dan cinta, abang akan biarkan saja apa yang sayang nak buat." Dahlia mengangguk.

"I knew it. I know that you love me very much." Lelaki itu mendekatkan bibir ke dahi isterinya kemudian dahi itu dikucup lama. Mata dipejam.

'Oh God, please don't let my rose hurt anymore.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience