Chapter 10

Romance Completed 77490

"Seriously? Aku yang sebagai kawan kau ini memang tabik 5 jarilah dekat kau. Kau guna bomoh area mana eh sampai Prince Adrique si putera raja itu pun boleh tangkap cintan dekat kau?" Dahlia menayangkan wajah riak takburnya.

"Well..orang selawa aku ini tak memerlukan sebarang bomoh untuk buat lelaki jatuh cinta pada aku." Aida pula menunjukkan reaksi menyampahnya. Gadis sebelahnya ini memang minta kaki.

"Aku dah agak dah yang korang berdua ini mesti ada apa-apa. Bila lagi ini? Start dari pasar malam itu ke?" Soal Aida ingin tahu. Nampaknya crush setahunnya sudah dirembat orang. Orang itu pula ialah rakan baiknya sendiri.

"Haah." Dahlia mengangguk sambil jarinya menari-nari diatas papan kekunci telefonnya untuk membalas mesej dari Prince Adrique.

From: Mylove
-Dah habis kerja dah?

To: Mylove
-Yes. Sekarang otw balik rumah.

From: Mylove
-With whom?

To: Mylove
-Dengan Aida. Saya tumpang kereta dia. Prince Rique dekat mana sekarang?

From: Mylove
-Just call me Daren, my rose. I dekat office.

"Ahh!" Dahlia menjerit kecil. Wajahnya sudah membahang malu kerana dipanggil 'My rose' oleh jejaka itu.

"Eh eh! Kenapa kau ini? Sawan ke?" Terkejut Aida yang sedang memandu itu akibat jeritan rakannya.

"Tak adalah. Ini haa malu aku bila Prince Rique panggil aku 'My rose' tapi at the same time rasa macam nak melompat-lompatlah pula." Dia tercengang. Tidak terlintas dek akalnya bagaimana Dahlia boleh menjalinkan hubungan dengan anak raja negara ini. Sumpah! dia terlalu tidak sangka.

To: Mylove
-Daren? No, I don't want.

From: My love
-D.A.R.E.N. Tak susah pun panggil sebaris nama tu.

To: My love
-Okay okay. I'll call you Daren.

From: My love
-I gotta go. See you tomorrow. Love you!

To: Mylove
-Alright.

Tersengih-sengih Dahlia mengadap telefon. Hatinya terlalu berbunga waktu ini. Wajah ditoleh pada Aida.

"Aida..kau rasa kan, patut ke tak aku terima lamaran dia?" Aida menggaru hujung keningnya memikirkan jawapan pada pertanyaan rakannya.

"Okay macam inilah, kau pergi tanya ibu kau cause I'm not your mom." Bibir yang ditarik akibat tersenyum itu mula dikendurkan. Keluhan kecil dilepaskan. Dahlia berpaling ke kiri menatap awan bersama langit.

"Aida..tolong jangan kejutkan aku dari mimpi ini." Aida mengukirkan senyuman nipis. Dia tahu bahawa Dahlia ada hati pada putera tampan itu sejak mereka satu jurusan lagi cuma gadis itu tidak pernah menunjukkan perasaan itu padanya.

Pernah pada dua tahun lepas dia ternampak Dahlia sedang membelek-belek gambar Prince Adrique di laman Instagram.

Baru dia tahu mengapa sampai sekarang Dahlia tidak mempunyai teman lelaki kerana itulah. Kerana dia tidak pernah untuk buka hati pada sesiapa pun kecuali pada Tunku Putera Daren Adrique.

Tapi cuba bayangkan jika Prince Adrique bukan ditakdirkan buat Dahlia? Dapatkah gadis itu terima kenyataan? Ya Allah..dia tidak mahu hati rakannya yang tidak pernah kecewa itu menjadi retak akibat cinta yang tak kesampaian.

Ya, dia pun crush pada jejaka itu tapi crush main-main sajalah. Dia ada ramai crush sebenarnya termasuklah pada Badrul walaupun hanya sebentar dia bertentang mata dengan lelaki mata sepet itu.

Haa terkejut tak? Mengikut kajian err kajian apa ya? Mengikut kajian perasaan, manusia boleh jatuh cinta hanya dalam masa 3 saat saja.

Dia memberhentikan kereta akibat lampu isyarat yang telah bertukar warna merah dihadapan. Mukanya dialihkan ke sebelah. Patutlah diam saja orang ditepinya ini rupa-rupanya sudah dibuai mimpi.

'Tidurlah Lia, aku janji takkan kejutkan kau dari mimpi indah itu.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience