Chapter 25

Romance Completed 77490

Segala pokok yang berada dihalaman rumah disiram sambil dia menyanyi kecil. Riang hatinya hari itu apabila dapat berbual berjam-jam dengan Prince Adrique melalui telefon semalam.

Pukul 3 setengah pagi rasanya baru mereka tidur. Tidak pernah mereka sebegitu selama ini.

"Assalamualaikum." Dia menoleh ke tepi ketika telinganya menangkap ada yang memberi salam.

"Waalaikumsalam. Lah..Abang Adam rupanya. Baru sampai ke?" Soalnya setelah hampir sebulan tidak menatap wajah sepupunya itu.

"Haah baru sampai semalam. Ibu mana?" Adam menjenguk-jenguk ke belakang rumah mencari Puan Zahirah. Biasanya wanita itu berada dibelakang waktu-waktu pagi begini.

"Ibu pergi pasar. Lia tak ikut sebab ibu suruh jaga rumah. Kerja abang dekat England itu macam mana? Okay?" Pertanyaan dibalas dengan anggukan.

"So far so good. Lia pula?"

"No problem. Tiada apa yang nak dirisaukan setakat ini." Jawab Dahlia kemudian menyambung semula siramannya.

"Lia, abang nak tanya ini."

"Abang nak tanya apa?" Dahlia menutup menutup pili air lalu fokusnya mula beralih pada jejaka itu.

"Lia block nombor abang ke sebab abang dah tak boleh call Lia lepas ada seorang lelaki angkat panggilan abang dalam sebulan yang lepas." Berkerut dahi Dahlia memikirkan bicara abang sepupunya itu.

"Lelaki? Siapa?" Dia menyoal kembali. Setahunya, tidak pernah seorang lelaki pun yang pernah gatal bermain telefonnya.

"Haish..orang tanya dia, dia tanya orang pula." Dahlia cuma mampu tersengih sedangkan otaknya sedang memikirkan sesuatu.

Patutlah hari itu dia ingin menelefon Adam tetapi nombor Adam tiada dalam kenalan. Tetapi siapa sebenarnya yang telah menyekat dan membuang nombor lelaki itu?

"Abang sebenarnya datang sini sebab nak ajak Lia keluar dating. Boleh?" Ajak Adam tanpa segan-silu.

"Hah dating? Err.." Dahlia menggaru-garu belakang tengkuknya. Kalau tahu dek Prince Adrique ini, ada yang kena campak dalam tangki najis ini.

"Please..?" Adam menyatukan kedua belah tangannya sambil mengelip-ngelipkan mata.

"Tapi Lia ada kerja petang nanti." Dahlia terpaksa menipu untuk mengelak dari keluar bersama Adam.

"Lia..itu petang, ini pagi." Dia mengemam bibir.

"Erm..macam inilah, kita keluar malam ini, boleh?" Adam lantas menarik sengihan lebar setelah mendapat lampu hijau daripada si gadis.

"Okay on! Malam ini okay?" Dahlia mengangguk.

"Abang gerak dulu ya? Nak jumpa kawan."

"Alright abang. Hati-hati." Pesannya sebelum lelaki tinggi lampai itu melangkah pergi.

Dia mendaki tangga rumah lalu masuk ke dalam bilik untuk mengambil telefon bimbitnya. Punggung dilabuhkan dibirai katil.

Dia membuka dibahagian block blacklisted numbers. Ternyata memang benar ada yang telah menyekat nombor sepupunya itu. Tapi perbuatan khianat siapa ini?

Dia membuang sekat nombor itu. Mentang-mentang dia tidak meletakkan kata kunci pada lock screen, suka-suki saja orang membukanya. Ada sebab mengapa dia tidak membuat kata kunci.

Pada 2 tahun lepas tak silap, dia telah mereka kata kunci semasa dia benar-benar ingin terlelap. Keesokan paginya, dia terlupa apa yang telah disetnya semalam.

Dia terpaksa membawa telefonnya ke kedai dan jurubaiki itu berkata bahawa telefonnya terpaksa di formard untuk melenyapkan kata kunci itu.

Itulah pengalaman yang paling pahit dalam hidupnya kerana segala kenalan lama ghaib begitu saja. Bak kata orang puteh, 'lost contact'.

Selang beberapa minit dia termenung, telefonnya berdering. Nama ringkas yang terpampang didada skrin dilihatnya.

'Mylove'

Senyuman mekar sentiasa tergaris dibibirnya saat nama itu naik didada skrin telefon miliknya. Panggilan itu segera diangkat.

"Yes?"

"Free petang ini?"

"Hah?" Dia sudah berdebar sakan bimbang jika terkantoi dengan Prince Adrique yang dia ingin keluar bersama Adam malam ini.

"I tanya..you free tak petang ini?"

"Oh..erm free je. Saya bila-bila masa free kalau keluar dengan awak."

"Okay then. Petang nanti at 2 pm I ambil you di rumah. Okay my rose?"

"Alright."

"Bye my rose! Please take care yourself for me. Love you."

"Alright bye..see you later Daren."

"Okay dear."

Panggilan dimatikan. Nafas lega dihembus. Mujur Adrique mengajaknya keluar waktu petang. Jika diajak keluar malam? Nampaknya dia terpaksalah membatalkan niatnya untuk keluar bersama sepupunya.

....................

Adrique bergegas keluar dari istana menuju ke kereta McLaren model 720s kepunyaannya sendiri.

Hari ini dia mahu keluar tanpa dikelilingi pengawal-pengawalnya. Kadang-kadang dia berasa rimas juga akibat dia sentiasa dikepung. Jangan khuatir, dia pandai jaga diri.

"Prince Rique, nak ke mana?" Tegur salah seorang pekerja bawahan ayahandanya saat terpandang padanya yang ingin ke garaj kereta.

"Tolong, sesiapa pun jangan ikut aku. Aku nak berseorangan." Qarif sedikit terperanjat mendengar pernyataan anak ketuanya.

"Tapi--" Dia ingin membantah tetapi terbatas.

"Aku pandai jaga diri. Tiada apa yang perlu dirisaukan." Adrique memasuki perut kereta menghiraukan Qarif yang sedang berdiri kaku disamping McLaren.

Enjin dihidupkan lalu kereta mewah itu meluncur laju keluar dari kawasan istana.

Qarif memandang kepergian anakanda pada King Dahmod. Telefon dibawa keluar dari poket seluar. Nombor seseorang dicari lalu didail.

"McLaren 720s grey is moving north."

"Alright."

"Watch him."

Panggilan dimatikan. Kali ini, gadis yang sentiasa berkepit dengan putera itu tidak akan terlepas.

Dia sanggup buat apa saja asalkan hati King Dahmod puas. Satu senyuman sinis diukirkan.

Malam ini adalah satu malam pengakhiran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience