Chapter 57

Romance Completed 77490

Dia memasuki bangunan Magazine Berhad bersama senyuman manis dibibir. Beberapa orang staf Magazine Berhad yang berselisih dengannya mula menunduk hormat.

Setelah dia sudah diisytiharkan sebagai isteri Prince Adrique pada seluruh rakyat Hirland dua bulan lepas atas perintah King Dahmod, dia semakin dikenali.

Princess Rose. Itulah gelaran rasmi Hirland untuk dirinya.

"Princess Rose." Dia berpaling. Lelaki itu, begitu lama dia tidak melihat wajah.

"Encik Saiful.." Encik Saiful turut menunduk hormat seperti mana yang dilakukan pekerja-pekerjanya. Dikerling belakang wanita itu. Ada dua orang pengawal sedang menjaga Dahlia.

"How are you, Princess Rose?" Dahlia mengangguk.

"I'm great."

"Apa hajat Princess Rose singgah ke sini? Nak apply kerja semula ke?" Encik Saiful bergurau dengan bekas pekerjanya itu. Dia langsung tidak menyangka bahawa salah seorang pekerjanya bakal menjadi sehebat ini. Orang yang disegani dan dihormati.

"Tak adalah. Lupa ke yang saya masih lagi ada seorang kawan disini?" Keningnya bertaut.

"Maksud Princess Rose ialah Aida?" Dahlia mengangguk mengiyakan.

"Maaf Princess Rose, Aida tak ada buat masa sekarang. Dia ambil cuti 2 minggu. Katanya pergi bercuti nak release tension." Dahlia segera menoleh ke belakang memandang Badrul.

Mengapa lelaki kacukan cina ini tidak memaklumkan apa-apa padanya sebelum datang ke sini? Gadis itu pun satu, sepatah pun tidak khabarkan padanya mentang-mentang sudah tidak bertemu mata hampir 2 bulan.

"Dia..dia bercuti di mana Encik Saiful?" Wajah Encik Saiful kembali ditatap mahukan jawapan.

"Tak silap saya..Aida bercuti di China rasanya." Dia tergamam. China. Jauh juga tempatnya. Sampai hati Aida tidak memberitahunya. Kalau dia tahu, sumpah dia akan ikut juga. Itu kalau Adrique bagi.

"Tak apalah Encik Saiful, terima kasih bagi maklumat. Saya minta diri dulu ya?" Encik Saiful mengangguk lalu dia membongkokkan sedikit tubuhnya apabila Dahlia mula melangkah pergi.

"Bad, takkan Aida tak bagitahu apa-apa pada awak?" Dahlia terus menyerang Badrul dengan pelbagai soalan setelah mereka berada di dalam kereta.

"Tak ada Puan Rose." Dia mendengus tidak puas hati dengan jawapan sekerat itu. Sejak akhir-akhir ini dia selalu saja ingin memarahi orang. Tidak tahulah kenapa. Adrique lah satu-satunya orang yang asyik kena tempiasnya.

"Kenapa pula tak ada? Awak kan teman lelaki dia."

"Saya dan Cik Aida dah tak ada apa-apa hubungan, Puan Rose." Dua belah keningnya terangkat akibat terlalu terkejut.

"Awak dah break dengan dia? Bila lagi?" Tidaklah pula dia tahu bahawa pasangan itu telah memutuskan hubungan mereka.

"Sejak kami diculik." Mukanya diraup stres. Pasangan itu yang ada masalah, dia pula yang tertekan. Terbalik.

"Jadi, sebab itulah Aida pergi bercuti di China?" Badrul memberi anggukan sebagai balasan.

"Tapi kenapa?" Soalan itu dia tidak mahu jawab. Jadi dia hanya mendiamkan diri saja.

Dahlia merenung Badrul yang duduk di kerusi hadapan. Oh tak mahu jawab ya? Tunggu saja, dia akan korek juga rahsia lelaki itu walau bagaimanapun caranya.

"Roses Holdings. Saya nak lunch dengan Daren hari ini." Lengan disilangkan di dada sementara mata melihat pemandangan kota Hirland.

"Baik Puan Rose."

Dia rindukan Aida. Sudah lama dia tidak berjumpa dengan gadis itu. Dia merasakan Aida seperti sedang menjauh darinya. Kenapa?

......................

Mulutnya sedikit ternganga melihat Dahlia makan. Masuk kali ini, sudah tiga pinggan makanan gadis itu habiskan. Kuat betul nafsu makan isterinya. Ini bukan makan tengah hari saja tapi dah temasuk makan malam dah ini.

Perubahan ini bukan hari ini saja dia baru lihat tetapi sudah sebulan berlarutan. Pipi itu pun sudah naik kembung.

"Sayang, are you okay?" Dahlia mendongak memandang wajah suaminya.

"Lia okaylah. Kenapa?"

"Lately ini abang perasan yang sayang makan kuat sangat. Sayang jangan ingat abang tak tahu yang pagi-pagi buta lagi sayang suruh pembantu rumah memasak sebab sayang lapar. Stop makan banyak. Itu, pipi pun dah macam belon terapung." Dahlia memutarkan bebola mata. Ikut suka hati dialah pipi dia punya pasal.

"Abang jangan nak kutuk-kutuk Lia sangatlah. Yang duduk depan abang ini isteri abang tau. Nak kutuk tu belakang-belakang jangan depan-depan." Sesudah bicara dia lantas menyumbat spaghetti carbonara ke dalam mulut.

Selepas habis spaghetti ini dia mahu cuba pencuci mulut pula. Tak apalah, dia pesan makanan banyak-banyak pun bukan dia bayar. Adrique yang bayar.

Adrique mengurut pelipisnya. Nanti bising pula kalau berat badan naik. Itulah perempuan, makan banyak tapi bila berat naik mula tak tentu arah.

Dahlia akan memarahinya nanti jika berat naik kerana tidak menghalang wanita itu dari terus makan, makan dan makan.

Dia dah sentiasa halang tapi lihatlah respon gadis itu padanya. Tetap sama! Dia buntu mahu bikin apa cara lagi.

"Up to you lah sayang. Jangan salahkan abang kalau berat sayang naik ke 100 kg." Garfu yang dipegang Dahlia terhempas ke atas pinggan kaca. Pinggan spaghetti itu lantas ditolak ke depan. Tak naklah pula dia jadi segemuk itu.

"Dah kenyang. Jom balik?"

"Aik? Dah kenyang? Makanan itu semua siapa nak habiskan? Dessert itu pun belum sentuh lagi." Dia menggeleng menandakan dia sudah tidak mahukan semua makanan itu.

"Sedekah sajalah pada sesiapa yang lalu-lalang dekat sini." Adrique menyimpan senyum geli hati melihat isterinya. Cakap macam itu baru sedar diri.

"Betul ini nak balik? Dah tak nak order apa-apa? Butter prawn? Steak? Lamb chop?" Saja dia mahu menyindir Dahlia.

"Dah tak ada dah. Jom balik, honey?" Dahlia memaut lengan suaminya mengajak lelaki itu pulang.

"Okay okay sayang, jom kita balik. Derul, tolong bayarkan." Sekeping kad dihulurkan pada Badrul dan disambut baik oleh lelaki itu.

Dahlia hanya menjeling wajah Badrul. Dia akan pastikan yang Badrul akan kembali semula dengan Aida.

Adrique membukakan pintu Porsche 918 Spyder buat isterinya. Setelah gadis itu masuk, pintu ditutup. Dia pula mengambil tempat dibahagian pemandu.

Kereta putihnya mendahului kereta pengawal peribadinya yang mengikut dari belakang.

"Abang.." Dahlia mencapai tangan kiri Adrique yang berada diatas gear lalu diletakkan diatas ribanya.

"Yes?"

"Abang tahu tak yang Badrul dan Aida dah break sejak mereka kena culik beberapa bulan lepas?" Adrique menoleh ke sisi bersama riak wajah kaget.

"Eh ya ke? Mana sayang tahu?"

"Mana Lia tahu itu tak penting. Yang penting, walau macam mana sekalipun, Lia nak abang brainwash Badrul itu supaya balik semula dengan Aida." Adrique mengangguk.

"I'll try."

"Pastikan berjaya eh abang, kalau tak abang akan tahu nasib abang lepas ini." Dia tersenyum. Pandai gadis itu mengugutnya. Tangannya dinaikkan ke kepala Dahlia kemudian rambut panjang itu diserabutkan.

"Baiklah Princess Rose Dahlia." Tangannya yang berada dirambut Dahlia ditangkap gadis itu.

"Ish janganlah!" Cemberut terus muka Dahlia. Rambutnya yang disikat dan diikat cantik itu sudah punah.

Kalau dah nama Daren Adrique, tak pernah tak nakal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience