Chapter 17

Romance Completed 77502

Mata yang sekian lama terkatup itu akhirnya dibuka jua. Penglihatannya menjamah persekitaran yang agak asing bagi dirinya.

"Ibu.." Lantas dipanggil Puan Zahirah walaupun dia sendiri tidak pasti ada atau tidak wanita itu disini.

"Ib--" Sekali lagi dia ingin memanggil tetapi tersekat kerana ada seseorang menolak pintu bilik dari luar.

Terkelip-kelip matanya memandang gerangan yang sedang berdiri tegak dihadapannya sambil mengukirkan senyuman. Bukan sinis tapi manis.

"Feeling better?" Soalan yang diajukan langsung tidak disambut akibat terlalu terkejut dengan apa yang dilihatnya waktu itu.

"My rose..I'm asking you." Adrique mula mengambil tempat dipinggir katil. Kepala Dahlia dibelai manja. Rindu dia pada gadis ini seperti tidak terkira.

"I'm.." Dahlia sendiri tidak tahu mahu jawab bagaimana kerana dia langsung tidak ingat tentang kejadian semalam. Dia hanya tertanya-tanya mengapa perutnya berasa sakit dan kedua-dua pipinya pedih kemudian mengapa dia terlantar dihospital saat ini.

"Apa yang dah jadi? Kenapa saya dihospital?" Adrique berkerut kening kemudian bibirnya mula menguntumkan senyuman nakal.

"You tak ingat ke pasal semalam?" Dahlia menggeleng.

"Langsung?" Gadis itu menggeleng lagi.

"Semalam kan kita dah..'togather'. Lupa ke?" Dahlia menayangkan wajah bingung cuba mencerna bicara teman lelakinya. Togather? Apa ke benda itu?

Tiba-tiba otaknya menangkap sesuatu. Terus membulat matanya.

"Eii dasar otak berkarat!" Peha Prince Adrique ditampar Dahlia membuatkan jejaka tampan itu melepaskan tawa kecil.

"Aw aw!" Akibat pergerakan mengejut, perutnya yang masih sakit itu juga jadi terkejut. Berkerut dahinya menanggung perit.

"Haa padanlah dengan muka. Sakit tak? Kalau rasa tak sakit, bergeraklah banyak lagi kalau boleh lari satu padang bola." Dahlia menjeling tajam Prince Adrique dengan hujung mata sambil mengurutkan perutnya.

Tiada rasa belas kasihan ke lelaki itu terhadapnya? Orang tengah sakit pergilah tolong, kan? Tapi tidak pada Adrique. Lagi diperli ada lah. Dia mana punya perasaan samalah macam semua pengawal dia. Kadang-kadang Dahlia sendiri pun tertukar mana satu robot dan mana satu manusia sebab mereka adalah sama. Tiada beza.

"Kenal Ramli?" Tanpa banyak bicara, Adrique terus pada tajuk utama. Wajah yang minta penampar tadi lantas diseriuskan.

Dahlia yang melihat akan perubahan air muka Prince Adrique langsung fokus pada wajah anak raja itu. Dia tahu yang lelaki itu sekarang tidak main-main seperti tadi. Nak tahu? Lihat pada air muka saja.

"Ramli? Pak Li ke maksud awak?" Adrique mengangguk benar.

"Kenapa dengan Pak Li?"

"Dia dengan 3 orang anak buah dialah yang pecah masuk rumah you semalam. Ingat lagi? Ke dah amnesia?" Sindirnya apabila memandang muka Dahlia yang sedang berkerut-kerut memikirkan kejadian semalam.

"Tak..tak mungkin Pak Li. Pak Li baiklah. Hari-hari dia datang warung melepak dengan ibu. Awak jangan nak fitnah-fitnah orang macam itu." Makin banyak bicara, makin sakit perut dan pipinya akibat ditumbuk dan ditampar berkali-kali semalam.

Adrique mengeluh perlahan. Dia sudah dapat rasakan yang bunga mawar ini tidak boleh menerima apa yang disampaikannya. Tidak lagi dicerita tujuan si Ramli itu pecah masuk.

"My rose.." Kepala gadis itu diusap-usap cuba memujuk.

"Dahlah awak. Saya dah tak nak dengar apa-apa lagi. Saya tak suka ada orang memburukkan Pak Li. Saya dah anggap Pak Li itu macam ayah kedua saya dah." Dahlia memusingkan badannya membelakangi lelaki itu.

"Rose..trust me. I tak pernah memburukkan orang ataupun tipu orang. I ada bukti untuk mengesahkan apa yang I cakap." Dia hanya mengeraskan diri membiarkan lelaki itu bercakap seorang diri.

Dia memang pantang jika ada orang mengata pada orang yang terlalu rapat dengannya. Dia benci pada manusia yang sebegitu.

Melihatkan Dahlia yang tiada respon, Adrique mengambil keputusan untuk keluar dari bilik wad diraja itu.

Setelah pintu ditutup, Dahlia berpusing kembali tubuhnya mengadap siling putih. Dia sanggup bergaduh dengan putera itu untuk perkara tadi.

Pipi-pipinya yang masih lagi terasa kesannya disentuh perlahan. Ingin saja ditikam-tikam dua orang lelaki semalam. Kalau terjumpa didepan matanya, memang dibunuh saja lelaki-lelaki itu dan dipotong alat sulit mereka.

Otaknya mula teringatkan sesuatu. Bagaimana keadaan ibunya yang rebah dilantai ruang tamu semalam?

Dia bangkit perlahan-lahan. Tidak! Dia tidak boleh berdiam diri begini. Dia perlu tahu keadaan ibunya sekarang. Segala wayar-wayar yang melekat ditangannya segera dibuang.

Kakinya dibawa ke lantai. Tanpa memakai selipar, dia berjalan ke pintu lalu dibuka. Matanya langsung jatuh pada Prince Adrique yang sedang duduk menyandar disofa ruang menunggu sambil berpeluk tubuh bertentangan biliknya.

"Nak pergi mana? You belum sembuh sepenuhnya lagi." Kata Adrique. Di kiri dan kanan pintu terdapat dua orang pengawal sedang mengawal keselamatan penghuni bilik iaitu Rose Dahlia.

"Saya nak balik. Nak jumpa ibu." Tanpa nada Dahlia menjawab. Kakinya dihayun entah ke mana.

Adrique mengurut pelipis. Pening menguruskan budak berkepala logam itu. Keras! Dia membiarkan saja gadis itu membawa diri.

Dahlia berjalan membongkok akibat perutnya yang terlalu berdenyut sakit. Berpeluh-peluh tubuhnya walaupun sekarang berada ditempat berpendingin hawa.

Dia mula memasuki lorong kanan apabila papan tanda disitu menunjukkan bahawa pintu keluar berada dilorong itu.

"Cik Rose?" Dia mendongak. Terpampang wajah bingung Badrul yang melihatnya.

"Lia.." Mata Dahlia mula tertumpu pada gerangan dibelakang anak cina itu yang menyeru namanya tadi.

"Ibu!" Dia lantas mendekati Puan Zahirah kemudian memeluk erat tubuh wanita itu walaupun sedang menanggung sakit pada perut.

"Kamu dah okay ke?" Puan Zahirah melepaskan pelukan lalu menilik dari atas sampai bawah tubuh anak tunggalnya.

"Lia dah okay. Ibu, ceritalah pada Lia apa yang dah jadi semalam. Betul ke Pak Li yang buat semua ini, ibu? Betul ke?" Wanita itu terdiam. Wajah pemuda disebelahnya dipandang sekilas.

"Erm..marilah kita duduk dulu. Bad, tolong bantu Lia berjalan ke bilik dia balik?" Pinta Puan Zahirah dengan harapan lelaki itu dapat memberi kerjasama.

"Baik puan." Badrul memegang kedua belah sisi bahu Dahlia dari tepi cuba menolong gadis itu yang berjalan terbongkok-bongkok. Dia tahu bahawa sakit Dahlia masih belum pulih sepenuhnya lagi.

Sewaktu melintas dihadapan Prince Adrique, Dahlia hanya menjeling lelaki itu hujung mata. Malas ingin tengok muka kacak itu lama-lama. Dua saat setengah pun sudah cukup.

Badrul mendudukkan Dahlia diatas katil. Tundukan hormat diberikan lalu dia segera melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Dahlia seorang diri.

Beberapa minit setelah itu barulah muncul Puan Zahirah bersama Prince Adrique. Dia memberi ruang pada ibunya yang ingin mengambil tempat disebelahnya atas katil manakala anak raja itu duduk disofa yang terletak disamping katil.

"Anak ibu.." Puan Zahirah menyelitkan rambut anaknya yang terjuntai didahi itu ke belakang telinga.

"Ibu..ceritalah yang pasal semalam itu. Ibu kena cerita dari awal sampai akhir. Bukan kena tapi wajib." Dahlia terus mendesak. Bukan dia tidak ingat langsung perihal semalam tetapi dia ingin tahu dari awal dan kesudahannya.

"Okay..ibu cerita. Mulanya macam ini, ibu tengah tengok drama pukul 9 tu lepas itu tiba-tiba ibu terdengar bunyi tombol pintu digoncang kuat. Jantung ibu ini rasa macam dah terloncat masuk dalam telaga buta belakang rumah dah masa itu. Ibu memang gelisah sangat-sangat. Ibu panik sampai ibu tak tahu nak buat apa. Ibu tak rasa yang dekat luar itu kamu sebab kamu memang tak goncang pintu kuat-kuat macam itu. Ibu sempat capai payung yang ada dekat tepi pintu saja sebelum pintu itu ditendang kasar dan terbuka. Muka mula-mula yang ibu nampak ialah..Pak Li yang selebihnya pakai topeng." Cerita yang dibuka ibunya membuatkan dia tergamam. Takut-takut dia menatap wajah Prince Adrique yang tajam merenungnya.

"Pak Li cari kamu Lia. Dia..dia nak rogol kamu. Dia nak kamu jadi milik dia. Rupa-rupanya selama ini Pak Li diam-diam ubi berisi. Ibu tak sangka dia syaitan bertopengkan manusia. Ibu kena hentak dekat atas belakang dengan batang besi lepas ibu cakap yang kamu tak ada dirumah. Tidaklah kuat sangat. Cukup buat ibu pengsan. Lepas itu ibu dah tak tahu apa yang jadi. Pak Li dalang semua ini. Sumpah Lia, ibu tak tipu." Jauh Dahlia termenung memikirkan kejadian semalam.

Begitu tergamak Pak Li melakukan hal sedemikian terhadap keluarga kecilnya. Apa salah dia dan ibunya? Sebelum ini elok saja dia bergelak ketawa bersama Pak Li di warung apabila mendengar celoteh dari lelaki itu. Tetapi itu hanyalah untuk mengaburi mata-mata yang melihat sebenarnya.

Rogol? Keluhan berat dilepaskan. Itu perkataan yang paling susah untuk diterimanya. Betul ke lahirnya perempuan untuk dianiayai? Walaupun dia tidak bertudung, tapi itu tidak bermakna maruahnya boleh dipijak-pijak begitu saja.

"Mana Pak Li sekarang?" Soalnya tanpa mengalihkan pandangan dari terus merenung lantai. Mental dan fizikalnya masih lemah.

"Dia bersama tiga lagi anak buah dia sekarang dibawah pengawasan Badrul." Balas Puan Zahirah sambil menatap muka pucat anak gadisnya.

"Lia nak jumpa dia. Lia nak balas balik apa yang dia dah buat pada ibu dan Lia." Puan Zahirah mengangguk kecil.

"Boleh, ibu benarkan kamu buat apa saja asalkan hati kamu puas, Lia." Dahlia mengukirkan senyuman nipis. Dia bersyukur kerana mempunyai seorang ibu yang sangat memahami isi hatinya.

"Ibu keluar dulu. Selesaikan masalah kamu itu dengan Prince Rique. Jangan biar berlarutan. Tak elok." Bibir bawah digigit. Dia tidak tahulah bagaimana cara ingin memohon maaf pada jejaka dihadapannya itu. Nampak saja kacak tapi keras hati!

Puan Zahirah keluar dari bilik memberi ruang kepada pasangan itu.

Di dalam bilik, saling bertatapan antara satu sama lain. Sungguh Dahlia tidak tahu ingin memulakan bicara.

"Okay fine..I'm so sorry. Saya langsung tak berniat nak sakitkan hati awak. Saya cuma tak percaya apa yang awak cakapkan sebab selama ini Pak Li dah butakan mata saya dengan sikap mesra dia. Saya tak tahu pula yang dia ialah bapa mertua setan yang bertopengkan muka Ramli." Sempat dia menyelitkan lawak hambarnya tapi seperti biasa, Prince Adrique tetap menayangkan riak bekunya.

Dahlia mula mengalah dengan pandangan helang lelaki itu. Dia menunduk bermain jari-jemari runcingnya.

"Saya akui yang saya selalu menyusahkan dan sakitkan hati awak tapi satu saja yang awak kena tahu, cinta saya pada awak tak pernah berkurang. Saya sanggup berlari 100 meter untuk dapatkan kemaafan awak, Daren." Dia diibaratkan seperti bercakap seorang diri, tanpa balasan atau sahutan.

"100 meter itu dah berbaloi tau daripada tiada terus. Peluh saya ini bukan senang nak keluar. Nanti saya berlari, berbaldi-baldi peluh keluar. Awak kena bangga tau sebab saya hanya akan buat demi awak. Bukan sebab orang la--" Bibir yang banyak berbunyi itu lantas dikucup Adrique. Gadis itu terkaku bak seketul batu.

"Bising tahu tak bising? Kenapa mulut itu banyak sangat hari ini? Lepas kena tampar berkali-kali terus jadi banyak mulut ke?" Terkelip-kelip mata Dahlia memandang gerangan dihadapannya.

"Awak.."

"I apa?"

"..curi.."

"What?" Adrique selamba mengangkat sebelah kening.

"..first kiss saya." Dia menarik sengihan sinis.

"Baru first kiss dah bising sekampung, belum lagi first night." Ingin saja Dahlia menampar mulut celupar lelaki itu.

"Mulut awak itu memang tak ada insurans langsung kan? Ya Allah..kenapalah aku ditakdirkan untuk jumpa manusia macam ini?" Dia meraup mukanya manakala Adrique hanya menunjukkan riak tenang sambil bersiul nakal.

Dahlia merebahkan tubuhnya diatas katil. Penat melayan lelaki itu. Dia baring mengiring membelakangi Prince Adrique.

Bantal peluk dilempar tepat mengena pada wajah kacak lelaki itu supaya tidak lagi bersiulan.

"Diamlah!"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience