Chapter 26

Romance Completed 77490

Dahlia keluar dari perut kereta setelah pintu dibukakan oleh Prince Adrique.

Belum lagi kakinya memijak kawasan itu hidungnya sudah menangkap haruman bunga. Terlalu wangi dan manis. Rupanya dia dibawa ke sebuah taman yang dipenuhi bunga mawar putih dan merah di sekelilingnya.

Kakinya mula diatur menuju ke pintu gerbang. Dia mendongak ke atas. Satu ukiran nama terpahat diatas pintu itu.

'Rose's Garden'

Bingkai pintu gerbang pula terlilitnya tumbuhan parasit yang dinamakan Pyrrosia Piloselloides atau lebih dikenali sebagai pokok duit-duit yang akan menyebabkan bingkai putih itu bertambah cantik ditambah seri pula dengan selikan bunga mawar putih dan merah.

Masuk saja dia ke dalam, terus dia terpaku. Didepan matanya terpampang kira-kira lebih ribuan kuntum bunga mawar yang menghiasi taman rekreasi itu. Ditengah-tengah pula terletaknya kolam air pancut yang dipuncaknya mempunyai simen berukiran bunga mawar.

"Daren.." Dia mula menyeru nama Prince Adrique yang sedang berdiri disampingnya tanpa menoleh pada lelaki itu.

"Ya?" Adrique sudah dapat meneka apa yang gadis itu ingin perkatakan.

"Saya dah tak tahu nak cakap apa dah. Saya hanya mampu cakap yang taman ini dah berjaya tawan hati saya. Oh my god, Daren..cantik sangat!" Dia tersenyum mendengar pujian itu.

"Cantik kan? Inilah taman bonda and this is my favorite place. Every week I akan ke sini." Mata Dahlia lantas tertumpu pada sepasang mata violet itu.

"Ini..ini taman milik Queen An'nisa?" Adrique mengangguk mengiyakan.

"Yes tapi bonda dah serahkan taman ni pada Alice 4 hari sebelum bonda mangkat."

"Queen An'nisa berasal dari kampung saya kan?" Soal Dahlia inginkan kepastian.

"Haah dan disebabkan itulah makam bonda di dalam kampung you." Bicara Adrique sambil melangkah pada sebuah kerusi batu lalu dilabuhkan punggungnya disitu manakala Dahlia mengambil tempat berhadapannya.

Dibelakang Dahlia terdapatnya sebuah air terjun buatan manusia dan air itu akan mengalir ke kolam ikan yang dibuat secara memanjang hingga ke hujung taman.

"Bonda mangkat pada 5 tahun lepas waktu I berumur 21 years old. Bonda mangkat disebabkan darah tinggi naik mendadak. Dia strok. Semua itu terjadi selepas bonda bergaduh dengan ayahanda. Sampai sekarang, ayahanda tak pernah buka mulut pasal punca mereka bertengkar tapi I dah dapat agak yang ayahanda mabuk teruk malam itu dan.." Mata violet itu sudah makin berair dan memerah.

Dahlia yang perasan akan itu langsung menggosok lengan jejaka dihadapannya.

"Shh..jangan teruskan. Saya tahu awak tak sanggup nak ceritakan benda lepas cause it was too hurt to face it. Saya boleh rasa apa yang awak rasa sebab saya pun mengalami benda yang sama. Kematian seorang bapa bukan senang nak terima hakikat. Walid saya ada kanser otak tapi dia tak pernah beritahu pada saya dan ibu. Dia takut kami susah hati. Sebulan ibu murung disebabkan hilangnya tempat dia bersandar selama ini." Adrique memerhati raut wajah muram Dahlia yang menunduk ke bawah.

Ternyata bukan dia seorang yang pernah mengharungi detik-detik yang perit malah Dahlia pun sama nasib dengannya.

"My rose, come.." Dia menarik lengan gadis itu supaya duduk disebelahnya. Kedua pipi Dahlia ditekup.

"Ingat, walau apa pun yang terjadi, I tetap akan cintakan you till the end of mylife. My heart is just for you, my rose." Ucap Adrique dengan penuh kelembutan.

Dia tidak tahu mengapa hatinya cukup kuat mengatakan bahawa hubungan mereka akan bertemu penamatnya dalam masa terdekat ini.

"Thank you, Daren." Dahlia menyatukan dahinya pada dahi jejaka kacak itu dan berharap agar perasaan cinta ini kekal tersemat dihati hingga ke akhir nafas.

Dan, segala tingkah laku mereka diperhati dari jarak jauh kemudian dirakam sebagai bahan bukti.

....................

Gaun berwarna krim separas betis membalut tubuhnya digabung pula dengan kasut bertumit setinggi 3 inci menyerlahkan lagi kejelitaannya pada malam itu.

Rambut perang asli itu disanggul tinggi menampakkan leher jinjangnya.

Lewat petang tadi sepupu lelakinya itu menelefonnya untuk memberitahu bahawa dia harus memakai gaun jadi dia ikutkan saja permintaan itu. Bukan susah pun.

"Ibu.." Bibirnya mula menyeru dan mencari ratu yang sentiasa bertakhta dihati.

"Ibu dekat ruang tamu ini." Langkah diatur menuju ke tempat dimana Puan Zahirah berada.

"Eh Abang Adam dah sampai?" Dia sedikit terperanjat melihat figura Adam yang sudah santai berborak dengan ibunya. Patutlah bunyi bising pun tadi.

"Haah dah sampai. Berjanggut abang tunggu Lia berdandan." Dahlia mencebik bibir.

"Eleh berlagak. Berjanggut konon. Mana janggut? Tak ada pun. Over saja abang ini." Dia menjeling lelaki itu hujung mata.

"Hahaha tak adalah..abang garau saja. Makngah, along nak minta izin bawa keluar anak dara makngah yang seorang ini boleh?" Puan Zahirah tersenyum sambil mengangguk.

"Pergilah tapi jangan lama-lama sangat tau? Makngah takut duduk rumah seorang diri." Pesannya kepada anak pertama kakak sulungnya.

"Baiklah makngah. Kami gerak dulu ya?" Pasangan itu mengatur langkah keluar dari rumah.

"Jaga anak makngah itu betul-betul!" Puan Zahirah menitip pesan sebelum anak gadisnya bersama anak saudaranya keluar dari pintu pagar menuju ke kereta.

Pintu rumah ditutup secepat mungkin setelah Honda HR-V itu meluncur laju meninggalkan kawasan rumahnya.

Hari ini seharian dia tidak membuka warung akibat badannya tiba-tiba saja lenguh satu badan dan syukur sekarang sudah membaik sedikit.

Baru saja dia mahu ke biliknya, foto dia bersama Dahlia yang terletak diatas meja hiasan menggamit perhatiannya. Gambar yang berada di dalam bingkai gambar itu diambil lalu ditatap.

Tidak sangka, anak yang pernah berpenghuni di dalam perutnya selama 8 bulan 22 hari sudah membesar dengan cantik dan sempurna.

Meow!

Bingkai gambar itu terhempas ke lantai lalu pecah. Dada Puan Zahirah berombak laju akibat terkejutkan bunyi suara kucing yang sungguh kuat dari luar rumah.

Dia memandang ke bawah sewaktu ibu jari kakinya berasa agak pedih. Bibirnya lantas mengucap melihatkan bingkai yang dipegangnya tadi sudah pecah berderai.

Jantung dipegang. Aura buruk tiba-tiba berasa mula mengelilinginya. Hatinya merasakan tidak sedap.

Dia menggelengkan kepala mengusir segala khayalan negatif yang menyinggah di fikiran tetapi di dalam hati dia masih berdoa akan keselamatan puterinya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience