Chapter 65

Romance Completed 77500

2 tahun kemudian..

Hirland International Airport

Wajah yang telah bertahun-tahun tidak dilihat itu dicari-cari namun masih lagi tidak ketemu. Wanita itu belum tiba lagi ke di Hirland?

Setahunya, mengikut jadual penerbangan yang diberitahu Badrul kepadanya tadi, private jet itu sepatutnya sudah tiba 10 minit yang lepas. Where is she?

"Sayang.." Dia berpaling ke belakang mahu bertanya kepada si isteri. Muka Dahlia tidak kelihatan kerana dihalangi oleh tubuh Putera Daryan Rioz. Suka benar isterinya menggomol perut putera sulung mereka itu yang baru saja masuk setahun 3 bulan.

"..kanda belum sampai lagi ke?"

"Dah." Adrique mengerutkan keningnya hairan. Mata violetnya melilau sebentar mencari bayangan Princess Alice kemudian matanya jatuh kembali pada Dahlia yang masih bergurau dengan Daryz.

"Then, where's she?"

"Here. Surprise!" Matanya terbuntang menatap wajah yang berada disebalik anaknya. Rupanya yang sedang bermain dengan Prince Daryz ialah kakaknya.

"Kanda!" Alice melemparkan senyuman manis buat jejaka tampan itu. Rindunya terhadap adik lelakinya yang seorang ini sungguh mendalam.

Anak saudaranya diberikan semula kepada adik iparnya yang baru keluar dari tempat persembunyiannya yang hanya dibelakang Wan.

Tubuh Adrique dipeluk erat melepaskan rindu.

"Rindunya kanda pada adik kanda yang nakal seorang ini. How are you? Long time no see huh?" Adrique tersenyum kecil.

"I'm good. Yeah long time no see. Rique tengok kanda makin gemuk sekarang ini. Telan apa?" Alice yang tengah memeluk adiknya itu lantas melepaskan satu cubitan berbisa dilengan lelaki itu lalu terus merungkaikan pelukan.

"Hey! Memang tak sakit." Berkerut-kerut wajah Adrique menahan sakit. Sudah lama dia tidak rasa cubitan daripada kandanya. Yang selalunya daripada isterinya.

"Mana ada gemuk! Kanda dietlah dekat sana cuma..sekilo saja naik. Sekilo saja ya!" Alice menekankan perkataan sekilo itu agar Adrique tidak menyindirnya lebih-lebih.

"Sekilo saja kanda cakap? Sekilo itu banyak kanda. Kalau kanda nak tahu, satu kilogram bersamaan seribu gram tau? Kanda makan apa sampai seribu gram naik? Kanda study pasal fashion designer ke study pasal makan? Kanda--" Dia menutup kedua-dua belah lubang telinganya menggunakan jari telunjuk. Bebola mata diputar.

"Ergh..so annoying. Jom Daryz, Rose, kita balik? Biarkan dia seketul di airport." Bahu Dahlia dipeluk kemudian dibawa wanita anak satu itu keluar dari lapangan terbang dan diikuti oleh beberapa pengawal peribadi dibelakang.

Adrique tersengih. Alice yang dahulu dan sekarang sudah jauh berbeza. Dahulu yang sentiasa pendiam dan menurut kata, sekarang sudah tiada lagi.

Ini pasti disebabkan faktor persekitaran di negara sana yang telah merubah sifat wanita itu.

"Mari Prince Rique?" Badrul yang melihat anak raja itu yang masih tersengih-sengih langsung mengajak untuk ke kereta.

"Jom!" Tangan kanan Adrique memeluk bahu pengawal peribadinya manakala tangan sebelah lagi dibawa masuk ke dalam poket seluar slack biru gelap yang dipakainya.

"Aisya dah sihat?" Pertanyaan putera itu membuatkan Badrul berpaling sekejap sebelum melemparkan pandangan lurus kembali.

"Alhamdulillah dah sepenuhnya sihat. Mujur dia demam sikit saja." Adrique mengangguk-anggukan kepalanya. Kaca mata hitam yang dipakainya dibetulkan supaya kemas semula.

"Baguslah kalau macam itu. Malam ini ajak Aida dengan Aisya sekali dinner di istana sempena meraikan ketibaan kanda di Hirland. Mesti suka wife aku itu boleh membawang lama malam ini dengan kawan baik dia." Sudah dapat dia bayangkan bagaimana bisingnya istana nanti dengan suara gelak tawa isterinya dengan Aida bersama kanda. Aisya pun apa kurang. Daryz pula kurang membuat bising kerana putera sulungnya itu tidak gemar bergaul dengan orang ramai. Kerjanya melekat saja pada Dahlia tidak pun pada ribanya.

"Baik Prince Rique."

.......................

"Hahaha bukan akulah! Kau yang cakap. Kau cakap masa kita masih lagi kerja dekat Magazine Berhad. Kau jangan ingat yang aku dah lupa. Ada selera juga ya kau dengan orang tua?" Aida mencebik bibir sambil matanya memerhati tingkah laku anak perempuannya yang sedang bergolek-golek diatas karpet berbulu tebal. Mulut pula tidak henti-henti bikin suara.

"Kalau tak disebabkan Encik Saiful kaya, tak ada seleralah aku." Dahlia mencubit sekilas paha sahabatnya.

"Dasar mata duitan!" Aida pula menampar paha Dahlia. Jari telunjuknya dibawa ke bibir.

"Diam-diam sudahlah nanti suami aku dengarlah pandai. Aku malaslah nak buka cerita ini pada dia nanti kalau dia tanya sedangkan benda ini kita buat gurau saja." Dahlia menyimpan senyum. Tahu takut dekat suami ya?

"Bad garang ke dekat rumah?" Aida menggeleng membalas.

"Tak pun. Dia okay saja dekat rumah cuma kalau ada something yang dia rasa tak kena, dia akan terus terang. Dia memang pantang kalau orang menipu. Dia akan denda kalau aku menipu dia."

"Dia denda apa?"

"Biasalah, tugas seorang suami untuk isteri. Itu denda dia." Dahlia menekup mulutnya. Keningnya juga terangkat.

"Seriuslah?" Dengan relanya Aida mengangguk.

"Macam mana dia tahu yang kau tipu dia?"

"Dia tahu sangat Lia wei kalau aku menipu dia. Dia boleh kesan melalui mata aku. Lain kali aku nak tutup matalah kalau nak menipu." Dahlia menunjal sisi kepala rakannya.

"Lagilah dia boleh kesan, cerdik!" Tidak lama kemudian, dari jauh dia sudah dapat mengesan suara tangisan seorang anak. Anak siapa lagi jika bukan putera sulungnya.

"Rose, kanda tak tahu kenapa bila kanda nak main dengan Daryz saja pasti dia akan mengelak. Dekat airport tadi okay saja." Dia tersenyum kecil. Sudah dia bilang, Daryz tidak suka orang.

Anaknya yang sedang menggelepar di dukungan Princess Alice lantas diambil lalu diletakkan diatas ribanya.

"Stop crying, sayang. Mommy's here." Air mata dipipi Daryz dilap kemudian pipi anaknya dikucup namun Daryz masih menangis.

"Lia, aku rasa dia dah nak tidurlah lagipun sekarang dah nak pukul 12 tengah malam. Budak kecil tak elok tidur lewat. Aku pun dah nak balik. Nak tidurkan Aisya." Aida mula membuat keputusan untuk meminta diri terlebih dahulu.

"Okaylah kalau macam itu. Kalau kau ada masa terluang, datanglah sini lagi. Aku rindu nak buka kedai kopi dengan kau." Dia melepaskan tawa halus.

"Boleh..kau nak suruh aku datang hari-hari pun boleh. Apa saja demi Princess Rose. Maaf Princess Alice, ada nampak Badrul tak?" Ditanya pada Princess Alice yang tengah membelai rambut halus milik Aisya.

"Ada. Badrul tengah berbual dengan Rique dekat sliding door. Aida dah nak pulang dah ke?"

"Haah dah nak balik. Nak tidurkan budak kecil itu. Princess Alice, Lia, erm..terima kasih untuk makan malam ini." Alice dan Dahlia mengangguk serentak.

"Tak ada masalahlah. Makan saja pun." Ujar Alice setelah itu senyuman dilakarkan.

Aida bangun dari tempat duduknya dan seperti biasa, tundukan hormat diberikan kepada kedua-dua wanita itu.

Anaknya yang berada diatas karpet di dukung.

"Kita pulang ya sayang?" Ubun-ubun Aisya dicium lembut. Melihatkan mata Aisya, teringat pula pada Badrul. Sama sepet.

"Sepet mata anak Aida." Kata Princess Alice sewaktu bayangan wanita itu sudah hilang disebalik dinding.

"Haah memang sepet. Badrul punya pasallah itu." Sokong Dahlia sambil menyuapkan susu dada pada Daryz untuk menidurkan anak kecilnya. Tangisan Daryz pun sudah surut.

"Kanda belajar dekat negara orang macam mana? No problem?" Dengan kesempatan yang ada, Dahlia menyoal.

"Okay, tiada masalah. Sambil belajar, sambil perhati lelaki-lelaki handsome. Rose, serius kanda cakap yang lelaki dekat sana handsome gila! Dengan mata pula yang pelbagai warna. Stres kanda nak pilih yang mana satu. Rambang mata tahu tak?" Dahlia ketawa seraya menggelengkan kepalanya.

"Habis itu, ada yang melekat tak?" Persoalan dia menyebabkan semangat kanda yang berkobar-kobar tadi kembali rapuh.

"Ada jugalah seorang dua tapi..perangai mereka kanda memang tak boleh terima. Annoying sangat!"

"Macam itu pula?"

"Hm..penat nak layan mereka. Eh Ya Allah!" Princess Alice menepuk dahinya. Dia baru teringat akan sesuatu.

"Kenapa kanda?" Pelik Dahlia memandang kakak iparnya. Dah kenapa tiba-tiba tepuk dahi ini?

"Kanda lupalah nak bagi ayahanda ubat pening kepala. Tadi ayahanda berborak dengan Rique dan Badrul sekejap lepas itu ayahanda terus masuk bilik sebab tak tahan dengan kepala yang sakit. Kanda pergi dekat ayahanda dulu ya?" Dia mengangguk membenarkan.

"Baiklah kanda." Matanya memerhati Princess Alice yang sedang berlari anak menuju ke tangga ingin ke kamar King Dahmod.

Dia tersenyum kecil.

"Macam-macamlah kanda ini." Tidak sedar dibelakang dia berdirinya seorang jejaka tampan anak satu.

"Apa yang macam-macam itu sayang?" Terjungkit bahu Dahlia menerima teguran yang datang tiba-tiba itu.

Dia berpaling ke belakang. Inilah suaminya, lesap tiba-tiba dan muncul juga tiba-tiba. Sudah penat rasanya dia untuk terkejut.

"Abang ini..selalu saja kejutkan Lia. Terlempar Daryz ini macam mana?" Adrique menayang sengih. Dia melompat ke atas sofa lalu duduk disebelah isterinya.

"Tak apa, buatlah Daryz yang baru." Selamba saja dia berkata seraya tangannya mencubit-cubit pipi putera sulungnya.

"Senang saja dia cakap." Dahlia menjeling tajam suaminya.

"Tak adalah, abang gurau sajalah sayang. Anak daddy..sudahlah itu hisap susu mommy. Simpan untuk daddy juga." Adrique membuang puting dada isterinya dari mulut Daryz.

"Abang! Daryz nak tidur itu." Kuat Dahlia menampar bahu Prince Adrique.

"Daryz dah tidurlah sayang. See, dia tak bergerak langsung. Mari abang dukung dia bawa masuk dalam bilik." Adrique berdiri lalu mengambil Daryz dari riba Dahlia.

"Jom kita tidur my rose?" Dia memberi sebelah lagi tangannya kepada wanita itu.

Dahlia tanpa berkata apa-apa terus menyambut huluran suaminya selepas dadanya telah dimasukkan ke dalam baju semula. Tangannya digenggam kemas oleh lelaki itu. Dia dipimpin sehingga ke dalam bilik.

Adrique meletakkan anaknya di dalam katil bayi dengan perlahan-lahan. Seusai itu, dia mendekati isterinya yang duduk dibirai katil mereka.

Kepala Dahlia dibelai sambil mata menatap wajah sang isteri.

"Abang..Lia nak buat satu permintaan pada abang, boleh?" Dia mengangguk.

"Apa saja permintaan sayang, abang akan tunaikan termasuk untuk bagi sayang baby kedua." Dahlia memeluk lengan suaminya dan kepala pula disandarkan pada bahu lelaki itu.

"Bukan yang itu. Lia cuma nak abang temankan Lia pergi ziarah kubur walid." Kubur? Baru dia teringat bahawa makam bonda sudah lama dia tidak pergi akibat kesuntukan waktu.

"Erm..boleh juga. Abang pun nak melawat makam bonda. Bila?"

"Esok boleh?"

"Alright my rose tapi ada syarat." Dia menjungkit-jungkitkan keningnya pada Dahlia yang mendongak wajah melihatnya.

"Apa dia?"

"Bagi Daryz adik?" Lama Dahlia berfikir tentang permintaan suaminya sebelum bibirnya menarikkan senyuman nakal.

Wajah Adrique ditarik merapati ke wajahnya.

"This is my answer." Bibir jejaka bermata violet itu lantas dilumat lembut.

Dalam kucupan itu, Adrique sempat tersenyum. Sifat nakal Princess Rose Dahlia yang satu ini tidak pernah berubah sejak dahulu lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience