Chapter 40

Romance Completed 77490

Udara sejuk yang terhasil dari pendingin hawa telah berpusu-pusu ingin menyentuh kulitnya yang baru saja selesai dimandikan tetapi itu langsung tidak mengganggunya dari terus mengelamun di birai katil.

"My rose.." Adrique yang baru saja menyarung pakaian santai pada tubuhnya memanggil Dahlia. Dia melangkah keluar dari ruangan kecil yang menempatkan segala pakaian kerjanya mahupun baju rasmi diraja apabila tiada sahutan daripada gadis itu.

Anak mata violet itu tercari-cari figura si isteri dan setelah dijumpai, dia mencekak pinggang seraya menggeleng kepala.

Gadis itu selalu saja termenung!

"My rose..!" Suaranya ditekankan sedikit dengan harapan dapat menyedarkan Dahlia.

"Ya?" Dahlia berpaling sekilas ke belakang melihat suaminya lalu menoleh ke hadapan kembali.

Adrique mengeluh kecil. Apa sebenarnya yang telah menyerabutkan fikiran isterinya itu?

Kaki panjangnya dihayunkan mendekati Dahlia kemudian dia duduk melutut mengadap mawar putihnya.

"Sayang.." Kedua-dua belah tangan Dahlia digenggam erat.

"Hm?"

"Do you wanna share it with me? Don't worry, I'm a good listener." Dahlia merenung ke dalam anak mata suaminya mencari kejujuran disebalik cahaya violet itu.

"Lia rasa..Lia rasa berdosa sangat bila kahwin tanpa pengetahuan ibu. Lia dikira dah membelakangkan ibu dalam perkahwinan ini." Adrique mengukirkan senyuman nipis buat gadisnya. Oh, rupanya perkara itu yang sedang merunsingkan Dahlia.

"Sayang, memang kita dah membelakangkan ibu tapi abang janji akan jumpa ibu dan mohon maaf pada ibu sebab dalam perkara ini, sayang tak salah tapi abang. Abang yang telah tarik sayang ke dalam masalah ini."

Dahlia menaikkan tangannya menekup dua belah pipi lelaki yang duduk melutut bertentangannya.

"Bukan abang saja yang salah tapi Lia juga. Kita sama-sama salah. Esok kita jumpa ibu ya abang?" Adrique berdiri lalu mengambil tempat disamping Dahlia. Kepala gadis itu dibelai sambil kepalanya dianggukkan.

"Boleh my rose.." Sengihan lebar ditarik Dahlia. Tubuh tegap suaminya lantas dipeluk erat.

"Terima kasih abang! I love you so much." Ucapnya dengan senang hati setelah mendengarkan respon anak raja itu.

"..tapi dengan satu syarat." Dahlia mengerutkan dahinya. Wajah didongakkan menatap muka si suami.

"Nak apa pula kali ini?" Bibir Adrique sudah mempamerkan sengihan nakal seraya kening dijungkit-jungkitkan.

"Macam biasa." Dahlia mengeluh kasar. Pelukan dilepaskan. Suaminya tak reti penat ke?

"Tadi kan dah dapat? Ini pun kita baru saja habis mandi." Lelaki itu menggeleng.

"Tadi dan sekarang itu tak sama." Dahlia merenung wajah Adrique dengan rasa tidak puas hati.

"Ish simpanlah sikit nafsu itu!" Letusan tawa kecil terlepas dari bibir Adrique. Terhibur hatinya memandang wajah cemberut si pujaan hati.

"Abang memang dari kecil ke nakal macam ini? Nakal pula bukan tahap biasa-biasa tapi luar biasa. Kalau Lia buka cerita pasal abang dekat orang lain, abang boleh kerat jari Lia kalau mereka percaya. Abang kalau ada urusan dekat luar, air muka abang bukan main dingin tapi kalau sampai saja ke rumah, Ya Tuhan, pening nak melayan!" Dahlia mengurut-urut dahinya. Pening nak fikir.

Adrique hanya mampu tersenyum mendengar luahan gadis itu.

"Tak adalah, abang nakal dengan sayang saja. Dulu dengan bonda tapi bonda dah tak ada jadi sayanglah pengganti bonda. Abang nak luahkan semua rasa abang pada sayang. Sayanglah kepercayaan abang selain Alice. Sayang..janji dengan abang yang sayang tetap akan setia dengan abang walau apa pun yang terjadi?" Jari kelingking disuakan bagi mengikat janji.

"InsyaAllah jika abang tak menduakan Lia." Jari kelingking Dahlia memaut jari yang disuakan suaminya tadi.

Tepat pada jam 11 malam, sebuah janji telah diikat antara suami dan isteri dengan bersaksikan Allah SWT. Janji yang pastinya tidak bisa dimungkiri.

....................

Anak tangga demi anak tangga dipijak penuh berhati-hati secara menurun. Sampai saja dilantai bawah, King Dahmod yang sedang beristirahat diatas sofa kulit menegurnya.

"Ke mana?" Tegas saja suara lelaki itu apabila melihat anaknya berpakaian kemas seperti hendak keluar. Dia tidak suka gadis itu keluar dari istana jika tiada urusan penting.

"Alice hanya ingin pergi ke taman bonda. Alice rindu bonda." Kelihatan raja itu agak sedikit terkedu mendengar balasan anaknya.

'Rose..'

Sudah lama rasanya dia tidak melawati tempat kesayangan isterinya itu akibat kekangan waktu. Makam Permaisuri An'nisa juga hanya sekali setahun saja dia pergi apatah lagi ke taman bunga itu.

Rasa bersalah masih lagi menghantui dirinya apabila isteri sendiri mati disebabkan kelakuan diri sendiri.

Tiada secebis pun niatnya untuk meneguk air beralkohol itu tetapi kerana stres mentadbir negara yang pada waktu itu sedang bergolak, dia terpaksa bagi meredakan fikirannya.

Tidaklah pula dia sangka bahawa perbuatannya itu boleh mengundang kematian, bukan buat dirinya tetapi buat orang yang selama ini telah berjaya menakhluki seratus peratus hatinya.

"Ayahanda?" Tepukan lembut dibahu mengejutkannya dari lamunan.

"Ayahanda okay?"

"Ayahanda okay. Alice nak pergi ke taman bonda kan? Pergilah tapi jangan balik lambat dan yang paling penting sekali tolong jaga diri." Pesan King Dahmod sebelum berlalu naik ke tingkat atas terus ke biliknya.

Pandangan hairan dari gadis itu dihiraukannya. Sampai saja ke biliknya, punggung dilabuhkan di birai katil.

Foto Permaisuri An'nisa yang terletak elok di dalam bingkai gambar dicapainya. Ditenung gambar itu lama sehingga beberapa mutiara jernih menitik diatasnya.

Bingkai gambar sebesar kertas A4 itu dipeluk erat. Dia terlalu rindukan isterinya.

'Rose..abang minta maaf.'

Sungguh, dia terlalu kesali apa yang telah dia lakukan pada 5 tahun lepas. Adrique. Lelaki itu sampai sekarang tidak dapat memaafkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience