Chapter 54

Romance Completed 77490

Dahlia yang tiada kena mengena dalam hal itu turut sertai sekali dalam perbincangan antara suaminya dengan beberapa orang pengawal peribadi lelaki itu termasuk Badrul, Wan dan Zack tentang King Dahmod.

"Kita kena bergerak sekarang juga. Kita tak boleh lembab. Keselamatan King Dahmod takkan terjamin." Adrique yang sebagai ketua memberi arahan.

"Tapi Prince Rique, kita tak boleh tergesa-gesa. Mereka juga punya rancangan. Mungkin lokasi yang dihantar itu sebenarnya bukan daripada King Dahmod? Mungkin itu salah satu dari helah mereka untuk perangkap kita? Lagipun tempat itulah yang saya terdengar Qarif dan Qashah bercakap tentang keluarga Prince Rique hari itu." Dia terdiam mendengar bicara Badrul. Benar juga apa yang dikata lelaki itu.

"Then, what should we do?"

"Malam ini kita serang hendap macam biasa. Tepat pukul 11 malam kita bergerak." Setengah jam juga perbincangan itu baru tamat. Semua pengawal peribadi Adrique beransur keluar dari bilik kerjanya.

Dahlia bangkit dari sofa. Dia berjalan menghampiri suaminya yang masih berdiri dimeja kerja. Wajah lelaki itu kelihatan dingin saja.

"Hey.." Lengan Prince Adrique diusap-usap bagi menenangkan perasaan cemas dihati suaminya.

"No worries, nothing will happen." Senyuman yang cukup manis dipamerkan buat sang suami tercinta.

Adrique melepaskan keluhan kecil. Dia melangkah ke arah sofa di dalam ruangan itu. Punggung dilabuhkan diatas sofa. Tangan isterinya ditarik sehingga gadis itu terduduk diatas ribanya. Pinggang ramping Dahlia dipeluk agar kedudukan mereka makin rapat.

Lengan Dahlia mula gatal naik melilit leher jejaka bermata violet itu.

"Do you love me?" Secara drastik soalan itu terpacul keluar dari bibir Adrique.

Dahlia mengerutkan dahinya. Mengapa dengan suaminya ini? Tiba-tiba saja bertanya soalan itu. Terkena kejutan budaya ke apa.

"Kenapa abang tanya?"

"No, I just want to know, my rose." Pipinya dielus Adrique dengan jari kasar lelaki itu. Dahlia tersenyum. Dia mencantumkan dahinya dengan dahi kepunyaan Prince Adrique.

"When I say I love you more, I don't mean I love you more than you love me. I mean I love you more than the bad days ahead of us. I love you more than any fight we will ever have. I love you more than the distance between us. I love you more than any obstacle that could try and come between us. I love you the most, honey." Bisikan cinta Dahlia sungguh romantik.

Adrique tersenyum lega mendengar luahan hati isterinya. Sekurang-kurangnya dapatlah juga dia mengurangkan perasaan resah dihati mengenai keselamatan King Dahmod.

"Really? Then prove it to me." Nakal saja senyuman dibibir Dahlia. Butang blouse dari atas dibuka satu-persatu sehingga menampakkan bra merah yang dipakainya. Hujung bibir digigit manja.

Adrique perhati saja kelakuan isterinya. Lurah dada gadis itu yang terserlah mula membangkitkan nafsu kudanya.

"Sayang..jangan goda abang. You know me right?" Bergetar suaranya menahan nafsu yang semakin melonjak naik.

"You want me to prove it, right? Then I will prove it to you." Dahlia mengambil tangan suaminya lalu diletakkan ke atas dadanya yang masih terlindung dengan bra merah.

Lelaki itu mendengus. Ini tidak boleh jadi! Tidak adil gadis itu saja yang bisa mengawal nafsunya.

Adrique menolak Dahlia yang berada diatas ribanya ke tepi. Dia bangun kemudian melangkah ke arah pintu. Pintu itu dikunci.

Sewaktu dia berpaling, wanita itu telah pun menanggalkan blouse dan sedang berbaring mengiring mengadapnya.

Bahagian bawahnya usah dicakaplah, tegang sangat. Pandai gadis itu naikkan, pandai-pandailah gadis itu turunkan semula.

Siaplah Rose Dahlia! Habis-habisan dia akan kerjakan gadis seksi itu.

.....................

Cemberut terus muka Dahlia. Melalui pantulan cermin meja solek, dijeling tajam suaminya yang sedang mengelap rambut yang basah.

"Itulah, lain kali goda abang lagi." Adrique mempamerkan riak wajah tidak bersalah sedangkan dialah penyebabnya.

Dahlia menutup tompokan merah yang dihasilkan suaminya menggunakan krim yang warnanya sama dengan kulitnya. Krim ini pun dia minta pada Princess Alice.

Ada berbelas-belas bekas merah yang ditinggalkan Adrique iaitu dikedua-dua belah dadanya, bahu dan leher.

Telah menjadi satu kerjanya pula ingin menutup kesan gigitan cinta itu. Kalau begini punya banyak, orang dah tak panggil gigitan cinta tapi gigitan maut.

"Malam ini sayang stay saja di istana ini dengan kanda ya?" Jari Dahlia yang sedang menyapu krim pada bahu itu terhenti.

Sebenarnya dia dari di bilik kerja suaminya lagi dia ingin menyatakan sesuatu tetapi peluang itu tiada.

Dia bangun kemudian melangkah ke arah suaminya. Belakang tubuh Adrique dipeluk.

"Erm..sayang?" Suaranya sengaja dimanjakan kerana mahu membodek lelaki itu.

"Yes?" Adrique mengusap lengan isterinya yang melingkar di pinggangnya.

"Boleh tak abang tunaikan permintaan Lia? Satu saja Lia minta." Dia tersenyum kecil. Tubuh dipusingkan ke belakang.

Kini tangannya pula yang melingkar di pinggang wanita itu. Ubun-ubun Dahlia dikucup sekilas. Apa saja permintaan gadis itu, pasti dia akan tunaikan. Apa saja.

"Sayang nak minta apa? Rumah? Kereta? Kasut? Barang perhiasan? Baju? Just tell me and I will get it for you, my rose. Anything." Dahlia yang sedang mendongak menatap wajah Adrique lantas menggeleng. Bukan itu yang dia mahukan.

"Bukan, Lia tak nak semua itu. Lia cuma..nak ikut abang malam ini, boleh?" Air muka Adrique terus berubah. Pelukan di pinggang Dahlia dilepaskan.

"No!" Keras suaranya membantah.

"Honey, please..?" Rayuan Dahlia langsung tidak dilayan malah lelaki itu membuat keputusan untuk keluar dari kamar.

"Abang!" Dahlia mengetap bibir. Kaki dihentak-hentak ke lantai melepaskan rasa geram. Ingin dilepas geram pada Adrique, ada yang kepala kena libas nanti. Lihat saja, apa yang dia mahu, pasti akan tercapai.

Dia juga mahu menyelamatkan King Dahmod. King Dahmod ialah bapa mentuanya. Jadi, dia juga perlu mengambil bahagian.

Jika Prince Adrique ialah kepala, Rose Dahlia pula ialah sayap lelaki itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience