Chapter 4

Romance Completed 77502

Dahlia membongkok mengintai ke bawah katilnya. Tiada juga. Kepala yang tidak gatal digaru. Sudah merata-rata dia mencari selendang hitamnya pemberian walid tapi tetap tiada. Ke mana tudung itu menghilang? Pagi tadi sewaktu dia balik dari pasar baru dia sedar yang selendangnya hilang entah ke mana.

"Alaa ada kaki pula ke selendang itu sampai menghilang entah ke mana ini? Dahlah selendang itu paling aku sayang. Adui..masalah betullah!" Dia menghempas punggungnya diatas katil.

Dia sudah tidak tahu ke mana lagi tempat yang harus dicarinya. Satu rumah sudah diselongkar sampai naik bingit telinganya mendengar bebelan Puan Zahirah kerana menyepahkan rumah.

"Walid..Lia dah hilangkan selendang itu. Lia minta maaf. Lia betul-betul tak sengaja." Wajah diraup menyesali perangainya yang sentiasa tidak peka.

Badannya yang layu kembali tegak apabila dia teringatkan sesuatu.

"Kelmarin aku pergi kubur walid. Ini mesti jatuh dekat sana." Dia segera bangun lalu keluar dari bilik.

"Ibu! Lia pergi dekat walid sekejap ya?" Laungnya pada ibunya yang sedang berada didapur.

"Okay! Jalan baik-baik!" Laungannya dibalas laungan juga. Pintu rumah dibuka. Terlopong mulutnya memandang gerangan yang berada diluar pagar rumah.

"What the..fish? Macam mana dia tahu rumah aku?" Pintu rumah ditutup semula dan dikunci. Dia masuk ke dalam bilik tanpa menutup pintu. Langsir tingkap biliknya yang mengadap pagar rumah diselak sedikit.

Pemakaian lelaki itu langsung tidak menunjukkan bahawa dirinya seorang putera raja namun hanya sebagai rakyat biasa. Rakyat biasa yang memakai kaca mata hitam bersama topi dikepala dibawah sinaran matahari ditemani seorang pengawal peribadi dibelakang.

Bibir bawah digigit. Apa yang harus dia lakukan? Halau? Ehh ada yang kena makan saman nanti. Sedang otaknya berfikir-fikir cara supaya Prince Adrique pergi dari situ tiba-tiba matanya terlihat pada seorang wanita yang sedang menuju ke arah pintu pagar bersama plastik sampah ditangan.

"Eh ibu! Jangan!!" Dahinya ditepuk kuat apabila Puan Zahirah selamat membuka pintu pagar itu. Matilanak.

Pada penglihatannya, Prince Adrique sedang berbual-bual mesra bersama ibunya dan kemudian wanita itu sepertinya mengajak anak raja itu masuk ke dalam rumah.

"Ibu ini memang suka cari penyakitlah!" Cepat-cepat dia memanjat katil kemudian menyelubungi dirinya dibawah kain selimut.

"Lia..aik? Tidur pula dah? Tadi kata nak pergi ziarah walid? Itu, ada kawan kamu dekat ruang tamu itu nak jumpa. Daren namanya. Pergi cepat!" Puan Zahirah menarik kasar selimut yang menutupi keseluruhan tubuh anaknya.

"Hm ibu..Lia rasa nak demamlah. Tak larat nak keluar. Ibu cakap sajalah dekat dia yang Lia demam." Wanita itu mengerutkan dahi. Pagi tadi bukan main lagi sepahkan rumah sekarang demam pula?

Dahi anak tunggalnya disentuh dengan belakang tapak tangan. Suam pun tidak, lagikan panas. Jauh sekali.

"Tak payah nak mengada. Sebelum ibu membebel panjang, baik kamu pergi Lia. Kesian dia menunggu lama-lama. Tak baik buat orang menunggu. Kita tunggu orang tak apa tapi jangan buat orang tunggu kita." Dahlia akhirnya terpaksa mengalah. Dia bangun dari pembaringan lalu duduk bersila mengadap Puan Zahirah.

"Ibu..ibu tahu tak dengan siapa ibu berbual tadi? Ibu kenal tak dengan siapa yang ibu bawa masuk ke dalam rumah itu?" Naik hairan wanita itu dengan soalan anaknya.

"Daren, kawan kamulah." Dahlia menggeleng.

"Bukan. Dia bukan Daren biasa yang ibu fikirkan tapi dia Tunku Putera Daren Adrique, ibu." Terus meremang bulu roma Puan Zahirah.

"Hah? Betul ke kamu ini? Ke kamu tengah mengigau ini?" Pipi anaknya ditepuk kiri dan kanan untuk menyedari gadis itu yang mungkin belum sedar sepenuhnya dari lena.

Dahlia menangkap tangan ibunya yang enak menampar pipinya.

"Lia tak mengigaulah ibu. Lia cakap benda betul ini. Kalau ibu tak percaya, jom ikut Lia." Dahlia menarik ibunya keluar dari bilik menuju ke ruang tamu yang hanya bersebelahan dengan biliknya.

Sampai saja dihadapan Prince Adrique yang sedang santai duduk diatas sofa, dia lantas menunduk hormat.

"Maaf Prince Rique sebab lama menunggu. Apa hajat Prince Rique datang ke rumah saya? Dan macam mana Prince Rique tahu rumah saya?" Soalnya penuh berhati-hati.

Senyuman mekar terlakar dibibir putera itu. Kaca mata hitam ditanggalkan bersama topi kemudian diletakkan diatas meja kopi dihadapannya.

Puan Zahirah terperanjat sewaktu melihat seluruh wajah pemuda bertshirt Polo biru tua itu. Dia menunduk hormat seperti mana anaknya lakukan tadi.

"Maaf Prince Rique, makcik tak tahu yang--" Tidak sempat dia ingin habiskan kata-katanya kerana sudah dipotong Prince Adrique.

"No, it's okay makcik. Saya tak ambil kesah pun. Kalau makcik tak keberatan, makcik boleh buatkan saya jus epal tak? Rasa macam dahagalah pula." Laju saja Puan Zahirah mengangguk menerima permintaan anak raja itu. Dia segera ke dapur meninggalkan Prince Adrique bersama Dahlia diruang tamu manakala Badrul berada diluar rumah untuk menjaga kawasan.

"Dah lupa?" Soal Adrique pada Dahlia yang sedang berdiri. Dia bangkit lalu menghampiri gadis itu.

"Lupa? Lupa apa?" Senyuman sinis tersungging dibibirnya.

"Your IC is still with me, Rose Dahlia." Terkelip-kelip mata Dahlia cuba mengingati apa yang sebenarnya ingin disampaikan lelaki itu.

"Err..oh yang kasut itu! Tapi Prince Rique suruh saya jumpa Prince Rique dekat tapak pasar malam itu tapi kenapa Prince Rique datang sini?" Dia masih ingat lagi bahawa perjanjian mereka adalah ditapak pasar malam dan bukannya dirumahnya.

"I lupa nak bagitahu jam berapa patut kita jumpa that's why I datang rumah you terus dengan alamat yang ada dikad pengenalan you." Semakin dekat jejaka itu dengan Dahlia, semakin kuat haruman maskulin menusuk ke hidungnya dan membuatkan dirinya cair dengan bauan ini.

"Dalam paper bag atas meja itu ada kasut I yang you dah kotorkan semalam. Ambil then basuh tanpa tinggal sikit pun kesan kotor. I akan ambil kasut itu esok daripada you. I tak boleh lama-lama dekat sini sebab I ada kerja nak kena buat. Get it?" Dahlia mengangguk faham.

"Tapi..esok saya kerja. Tak apalah, saya suruh ibu sajalah bagi pada Prince Rique ya?" Wajah Adrique berubah tegang. Kakinya terus melangkah ke hadapan sehingga membuatkan gadis itu terundur sampai ke dinding rumah. Sebelah tangannya ditongkatkan ke dinding.

"You ada dengar I mention nama orang lain ke selain you?" Dahlia menelan pahit air liurnya apabila wajah anak raja itu hanya tinggal beberapa inci saja lagi ingin menyentuh mukanya.

"Err..tak.tak ada." Tergagap-gagap dia menjawab. Jantungnya tidak usah cakaplah. Seperti ingin tercabut saja dari dada. Begitu laju berdetak.

"Dekat mana you kerja?"

"Dekat.dekat Magazine Berhad." Mata violet Adrique menatap tajam mata milik Dahlia.

"You nampak ini?" Dia menyelak sedikit baju tshirtnya menampakkan sepucuk pistol berwarna keemasan yang terselit dipinggang seluar.

"You tipu I sikit, habis pecah berderai kepala you. Nak tak ada kepala?" Dahlia menggeleng takut. Peluh sudah membasahi dahinya.

"Good girl." Adrique mencapai bunga mawar putih yang berada didalam pasu diatas meja bulat kecil bersebelahan mereka menggunakan sebelah lagi tangannya kemudian dicium bunga itu. Haruman ini mirip seperti bauan yang dipakai Dahlia. Bunga yang sudah dibuang duri itu diberikan pada gadis itu.

"White rose, lambang kesucian cinta." Dia kembali berdiri tegak setelah mengungkapkan kata itu pada Dahlia.

Bajunya dibetulkan supaya pistolnya tidak kelihatan dek orang dapur. Rasanya boleh pengsan wanita itu jika ternampak apa yang berada di dalam bajunya.

Ini baru pistol, belum lagi lihat white machine gun kesayangannya. Rasanya mati mengejut wanita itu.

"Pesan dekat ibu, jangan bagitahu sesiapa yang Prince Adrique datang sini. It's too dangerous for you, mom and me also, okay? I gotta go. Kirim salam sayang dekat ibu." Adrique membelai-belai kepala Dahlia sebelum melangkah pergi dari rumah itu.

Dahlia melepaskan nafas lega. Tangannya yang terketar-ketar sewaktu menerima bunga dari Prince Adrique tadi sudah semakin baik.

"White rose, lambang kesucian cinta." Ayat manis Prince Adrique kembali berputar diingatan. Dia menyimpan senyum.

"Prince Rique, ini jus..eh? Mana Prince Rique?" Tanya Puan Zahirah yang baru muncul dari dapur bersama dulang berisi segelas jus epal ditangan.

"Dah balik dah ibu. Ibu itulah lama sangat buat air dekat dapur sampai tak sempat dia nak minum. Dia kirim salam sayang dekat ibu tadi." Puan Zahirah tergelak kecil sambil menggeleng perlahan. Ada-ada saja anak raja itu.

Seketika kemudian, dia menoleh melihat anaknya.

"Macam mana kamu boleh kenal rapat dengan Prince Rique? Dia anak raja. Bukan senang nak rapat-rapat macam itu. Siap datang bertandang ke rumah kita lagi. Cuba bagitahu ibu, apa yang dah jadi sebenarnya?" Dahlia mengukir senyum lebar. Bahu Puan Zahirah dipeluk lalu dibawa wanita itu duduk bersamanya diatas sofa. Segala kejadian semalam diceritanya pada ibunya agar wanita itu tidak lagi tertanya-tanya.

'White rose, juga lambang kemuliaan cinta.'

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience