Chapter 32

Romance Completed 77500

Nombor seseorang dicari dalam kenalan kemudian didail sehingga panggilan diangkat. Dia perlu memberitahu segera hal ini kepada si dia.

"Hello awak?"

"Ya, kenapa?"

"Awak sibuk ke itu?"

"Tak adalah. Tadi saja sibuk sebab hantar Prince Rique ke airport. Dia kena pergi ke Moskow seminggu. Ada problem sikit dekat company sana."

"Ohh kiranya Prince Rique tak ada dekat Hirland lah seminggu ini?"

"Yes."

"Err..saya ada benda penting nak bagitahu awak. Sebenarnya..Dahlia akan bertunang hujung minggu ini dengan sepupu dia."

"Seriously?"

"Haah. Saya harap awak maklumkan hal ini pada Prince Rique secepat mungkin. Saya takut Prince Rique akan menyesal di kemudian hari. Awak tolong ya?"

"Alright. Anything for you, my girl." Panggilan itu membuatkan dia tersenyum senang.

"Thank you.."

"Saya end call dulu ya? Risau pula kalau King Dahmod nampak saya buat kerja sambil lewa."

"Oh okay okay! Take care and..bye."

"Take care too. Bye!"

Dia menamatkan panggilan sambil bibir tersengih-sengih. Tak sangka pula jejaka baka cina yang digilainya selama ini telah menjadi kekasihnya.

"Aida..Aida, untung kau dapat boyfriend keturunan cina. Kalau kahwin nanti, boleh anak pun mata sepet dan putih." Jauh dia berangan sehingga ke jinjang pelamin bersama Badrul.

Tak apalah, angan-angan saja. Semua orang ada impian sendiri kan? Jangan risau, berangan-angan tidak perlu dibayar.

Flashback..

"Apa?! Okay okay saya pergi sekarang." Tergesa-gesa dia menukar pakaian untuk ke hospital.

Berita tentang rakannya yang dikejarkan ke hospital angkara ditikam itu membuatkan jiwanya tidak tenteram. Dahlia ialah sahabat hidup dan matinya. Tiada gadis itu maka 'dirinya' tertanam sama.

Enjin kereta dihidupkan setelah diberi keizinan ibu bapanya untuk keluar ke hospital. Kereta itu dipecut pantas.

Lampu isyarat merah di simpang empat menyebabkan keretanya berhenti. Di jalan yang menuju ke utara itu hanya terdapat kereta putihnya saja sebelum tibanya sebuah honda civic kelabu yang telah menyekat laluannya untuk bergerak ke hadapan.

Kelihatan seorang lelaki bertubuh tegap mula keluar dari perut kereta kemudian berjalan laju menghampiri keretanya sambil membawa batang kayu ditangan.

Mukanya terus pucat sementara jantung makin berdetak hebat. Pintu lantas dikunci. Apa yang lelaki itu ingin lakukan?

Tok tok tok!

Cermin tingkap diketuk kasar.

"Keluar!" Dia menggeleng tidak mahu menuruti arahan lelaki itu.

"Keluar sebelum aku pecahkan tingkap ini!" Kedua belah telinga ditutup. Tubuhnya menggigil ketakutan. Hampir saja dia menitiskan airmata disitu.

Prangg!

Buat sekelip mata saja jendela keretanya sudah berderai akibat perbuatan lelaki itu. Beberapa keping serpihan-serpihan kaca kecil tingkap tertusuk pada kulit pipinya menyebabkan cecair merah timbul di permukaan kulit putihnya.

Lengannya direntap keluar dari kereta.

"Lain kali kalau orang suruh sekali itu dengar! Kan dah merasa. Perempuan bodoh!" Maki lelaki berbaju jingga.

"Siapa perempuan bodoh itu?" Dua pasang mata tertumpu pada gerangan yang tiba-tiba menyampuk tak kena tempat itu.

"Siapa kau?" Sungguh angkuh nada lelaki baju jingga itu. Kaki mula mendekati ke arah lelaki yang boleh dianggap hero kepada si gadis.

"Huh! Tak penting pun untuk kau tahu. Sekarang ini dia tak kacau kau, apa masalah kau pergi ganggu dia? Sempit sangat ke hidup kau?" Senyuman sinis terlakar dibibir mengakibatkan diri lelaki berbaju jingga makin panas.

"Kau..!" Lelaki itu mara makin rapat.

"Apa?" Si hero mengeluarkan Beretta 92 FS lalu diacukan tepat pada tengah-tengah dada milik musuh terbarunya.

"Kau mara, mati." Hanya 3 patah perkataan itu mampu membuatkan musuhnya berdiri kaku seraya mengacip gigi.

"Hari ini memang hari kau." Ujar lelaki baju jingga yang terdapat sedikit bekas torehan pada dagu.

"Yes..hari-hari memang hari aku. Kenapa? Tak puas hati? Dah, blah!" Lelaki berkemeja hitam itu menolak dada si musuh menggunakan muncung pistolnya.

"Erghh!" Tajam mata si baju jingga menjeling tidak puas hati sebelum dia berlalu pergi menaiki kereta.

Pistol kembali diselit dipinggang seluar kemudian kaki dihayun pada gadis yang duduk memeluk lutut di tepi kereta.

"Cik? Cik tak apa-apa?" Soalnya.

"Bad..tolong bawa saya ke hospital?" Aida meminta sambil mendongak ke atas memandang wajah Badrul.

"Ai..Aida kawan Cik Rose?" Badrul agak sedikit terperanjat apabila telah mengetahui gerangan yang ditolongnya tadi itu ialah..pujaan hatinya.

"Ya saya."

"Kenapa perlu bawa ke hospital?" Dilihat pada anggota badan gadis itu tiada yang cedera tetapi mengapa perlu ke hospital?

"Dahlia..Dahlia kena tikam di tepi pantai tadi." Dunia Badrul seakan terhenti seketika. Wajahnya langsung berubah pucat lesi.

Patutlah dia berasa tidak sedap hati saja selepas kehilangan jejak Dahlia di pantai tadi rupa-rupanya ini bendanya. Dicari Dahlia di rumah gadis itu sendiri tetapi tiada pula tanda-tanda yang Dahlia ada di rumah.

Prince Adrique. Bagaimana dia mahu mengadap anak raja itu? Sudah pastinya lelaki itu akan mengamuk besar padanya nanti akibat kecuaiannya sendiri.

"Jom pergi." Dia memegang lengan Aida yang berlapik baju untuk membantu gadis itu berdiri.

"Kereta saya?" Tanya Aida apabila dia dibawa ke kereta hitam Badrul yang hanya berada di belakang keretanya.

"Nanti siap pasang cermin di workshop, saya call Cik Aida." Aida menganggukkan kepalanya. Dia mengambil tempat disebelah pemandu.

Setelah si pemandu sudah sedia di tempat duduk, barulah kereta hitam tersebut bergerak menyusuri jalan yang sekelilingnya agak sunyi itu.

Aida mengeluarkan tisu dari dalam beg tangannya yang sempat dicapai dalam keretanya tadi. Tisu dibawa ke muka untuk mengelap darah kering yang sudah lama di pipi.

"Orang perempuan tak elok drive malam-malam macam ni seorang diri. At least berteman pun dah okay. Saya tak tahulah apa yang akan berlaku pada Cik Aida kalau saya tak ada dekat situ tadi. Saya harap Cik Aida dah tak buat kerja macam ini. Risau saya." Aida tersenyum bahagia apabila terasa dirinya diambil berat.

"Apa-apa pun, terima kasih Badrul sebab dah tolong saya tadi. Kalaulah awak tak ada tadi, saya rasa saya dah.." Aida saja menggantungkan bicaranya buat-buat tidak sanggup untuk teruskan.

"Diam. Saya tak suka orang cakap macam itu. Usaha kena ada untuk teruskan hidup. Setakat duduk peluk lutut atas jalan, memang tiada guna." Mulut Aida melopong. Sempat lagi menyindir?

Selain kerja menjaga keselamatan diraja, kerja Badrul juga adalah memerli orang terutama sekali dia.

"Selain ada baka cina, awak juga ada baka mulut bercili ke?" Panas juga hatinya apabila lelaki bermata sepet itu hanya membiarkan soalannya bagaikan angin yang lalu.

Badrul mengambil telefon bimbitnya lalu mendail nombor Rizal.

"Cik Rose ditikam dan sudah dibawa ke hospital. Jangan bagitahu lagi perkara ini pada Prince Rique. Biar aku yang handle bahagian itu. Sekarang, kerahkan semua yang ada untuk cari orang yang tikam Cik Rose. Nanti aku send location."

Setelah diberi respon oleh gerangan sana, panggilan segera dimatikan. Memang mampus dia hari ini mahu mengadap 'seekor singa jadian'.

Aida tiba-tiba mengeluh berat yang dapat menarik perhatian Badrul.

"Kenapa mengeluh?"

"Saya susah hatilah dapat tahu yang sahabat paling rapat saya kena macam itu. Angkara siapalah semua ini? Kenapa mereka kejam sangat? Mereka langsung tiada hati perut ke?" Bicara Aida dalam nada sedih seraya melemparkan pandangan ke luar tingkap.

Hampir saja Badrul ingin memegang tangan gadis itu yang berada diatas peha tetapi mujur otaknya melarang keras. Dia terlupa yang Aida terlalu menjaga batas.

"Kalau awaklah kan, apa perasaan awak bila kawan awak yang jadi mangsa macam ini?" Saja Aida ingin mengheret perbualan walaupun hakikatnya dia sudah tahu kesudahannya.

"Diam sajalah. Nak buat apa lagi?" Balas Badrul bersama wajah yang tiada perasaan. Memang, wajah itu sentiasa berbicara pada mukanya kerana telah lama terdidik begitu.

Senyuman? Sudah hilang dari kamus hidupnya kerana kisah lama dan juga disebabkan pekerjaan yang diambilnya.

Aida menjuihkan bibir.

"Hm awak ini, jawapan memang tak pernah tak menyakitkan hati. Haish..kalaulah ada seribu orang macam awak atas dunia ini, lelah nak melayan." Rungut Aida.

"Dalam seribu, tak semestinya kena layan semua. Layan seorang pun sudah cukup." Balas Badrul penuh dengan maksud tersirat. Ayat itu sebenarnya dituju pada dirinya tapi entah perasan atau tidak gadis disampingnya.

"Seorang? Siapa seorang itu?" Jenuh Aida berfikir tetapi otaknya tetap tidak mahu berkembang juga.

"Fikir sendiri. Asyik orang saja yang 'suap', memang takkan pernah berkembanglah otak itu." Kasar Aida mendengus. Dia ambil keputusan untuk mendiamkan diri dari terus berkata-kata.

Badrul menyimpan senyum. Dia bukan sengaja ingin sakitkan hati Aida tetapi cara dia yang salah untuk berborak, maklumlah bukan kerjaannya untuk mengorat gadis. Dia sukakan benda yang terus-terang.

Lagipun, berbual dengan Aida sekurang-kurangnya dapat hilangkan resah dihati gadis itu kerana asyik memikirkan keadaan orang yang berada di hospital.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience