Chapter 33

Romance Completed 77490

Sepanjang pergi dan pulang Aida dari tempat kerja, Badrul yang bertanggungjawab ke atas semua itu dan sudah diberi keizinan daripada Prince Adrique.

"Dah makan?" Soalan yang sama sentiasa meniti dibibir Badrul setiap kali Aida mahu berangkat ke pejabat mahupun balik dari pejabat.

"Belum lagi. Tadi tak sempat lunch sebab kerja bertimbun nak kena buat sejak Dahlia cuti sakit ni." Dan alasan yang sama juga diberikan Aida kerana dia memang benar-benar tidak cukup masa untuk makan tengah hari.

"Berhenti makanlah sekejap." Badrul membuat keputusan untuk menyinggah di mana-mana restoran terlebih dahulu untuk mengisi perut lagipun dia juga belum menyentuh apa-apa makanan sejak pagi lagi dan ini sudah malam.

"Eh tak perlu! Saya boleh makan dekat rumah. Hari-hari awak belanja saya makan, seganlah juga." Laju Aida membantah kerana sudah tiga hari berturut-turut lelaki itu membelanjanya makan.

"Ada saya cakap yang saya nak berhenti makan sebab nak belanja awak ke?" Aida mencebik bibir. Alih-alih batang hidung dia juga yang kena.

"Eleh kalau setakat makanan dekat kedai makan, umi saya masak lagi sedaplah. Lagipun, umi saya pernah suruh saya ajak awak untuk makan dekat rumah saya tapi itu kalau awak sudilah, saya tak paksa. Manusia ini tak boleh dipaksa, biarlah diikut pada hati masing-mas--"

"Okay then." Badrul lantas memotong bicara Aida yang sudah ke laut itu.

"Hah? Awak cakap apa tadi?" Terlalu laju lelaki itu memintas tadi sehingga telinga Aida tidak sempat menangkapnya.

"Benda boleh cakap sekali, buat apa ulang?" Aida memandang toya lelaki disebelahnya.

"Makin hari makan panas hati aku. Hai..sabar sajalah wahai hati. Benda dah biul, tak boleh nak ubatkan dah." Kata-katanya mengundang tawa kecil dari bibir jejaka bermata sepet itu.

"Tak lawak punlah." Aida memuncungkan mulut tanda tidak suka.

"Mulut tu macam muncung tudung awak. Tajam." Usik Badrul saja ingin memanaskan hati gadis itu.

"Sekurang-kurangnya tak adalah muncung macam bucu segitiga." Badrul menggeleng. Makin dilayan, makin tidak betul dirinya.

"Kereta awak dah siap esok." Aida terdiam. Hatinya mula berasa pilu ingin meninggalkan saat-saatnya bersama lelaki berketurunan cina ini.

"Dengar tak?" Badrul menyoal apabila tidak mendengar apa-apa balasan daripada Aida. Disangkanya gadis itu tidak dengar.

"Dengar.." Perlahan Aida menjawab. Jari-jemari runcingnya yang berada diatas riba dimain-mainkan.

"Start esok, saya dah tak ambil awak macam selalu dan kemungkinan kita dah tak dapat jumpa lagi lepas ini. Tugas saya beralih semula pada penjagaan keselamatan diraja." Bicara Badrul itu membuatkan Aida bertambah sedih.

"Oh okay. Memang awak patut pergi pun sebab itu memang kerja awak kan?" Pandangan dibuang ke luar jendela sambil kuku ibu jari digigit. Nampak benar yang kata-kata Aida itu tidak ikhlas dari hati.

Badrul menoleh ke tepi sekilas memandang gadis ayu bertudung itu. Nada suara Aida seperti orang sedang berjauh hati. Mengapa?

Kereta terus dipandu hingga tiba dihadapan rumah banglo 2 tingkat milik keluarga Aida.

"Jomlah turun?" Ajak Aida sambil memandang wajah kacak Badrul. Kalau hari-harilah tengok macam ni, memang takkan pernah berdegup normal jantungnya. Asyik mahu berdebar saja.

"Tak apa ke?" Segan pula Badrul ingin memasuki rumah itu.

"Parent saya okay saja. Tak ada apa yang perlu dirisaukan." Aida cuba mengambil hati lelaki itu untuk masuk ke rumahnya. Lagipun hari ini hari terakhir mereka berdua bersama mungkin ibu bapanya mahu memberi kata-kata terakhir.

"Jom?" Dia mengajak lagi.

Lama Badrul berfikir sebelum kepala dianggukkan. Tali pinggang keledar yang melilit tubuhnya ditanggalkan. Enjin Mazda CX-5 dimatikan lalu tubuh dibawa keluar dari perut kereta diikuti Aida.

"Assalamualaikum.." Aida membuka pintu rumahnya sambil memberi salam. Kelihatan adiknya, Aydil sedang menonton movie dikaca tv.

"Waalaikumsalam. Eh siapa itu kaklong?" Soal Aydil yang baru menyedari akan kehadiran seorang lelaki tinggi lampai dibelakang kakak sulungnya. Kacak juga.

"Kawan kaklong. Umi dengan baba mana?" Aida meliar-liarkan mata mencari 2 figura itu di seluruh ruang.

"Ada dekat atas tengah solat Maghrib." Balas Aydil seraya mendekati lelaki berwajah tanpa perasaan itu. Tangan kanan dihulurkan.

Berkerut dahi Badrul melihat kelakuan remaja dihadapannya. Budak ini nak apa? Nak makan lempang dia ke?

"Awak, dia nak salam itu. Hulurlah tangan." Ingin tergelak Aida memandang wajah blur Badrul. Orang nak salam, boleh pula lelaki itu sedekahkan wajah sebegitu.

Badrul langsung menghulurkan tangannya setelah dapat tahu yang lelaki bernama Aydil itu ingin bersalam dengannya.

"Aydil, lepas umi dengan baba dah siap sembahyang, cakap dekat mereka yang kaklong ada bawa kawan kaklong untuk makan malam dekat sini. Dah, pergi naik atas." Aydil mengangguk menerima arahan. Dia lantas ke tingkat atas menuju ke bilik Encik Tarmizi bersama Puan Anani.

"Awak, duduklah dulu."

"Nak pergi mana?" Badrul bertanya selepas melihat gadis itu seperti ingin meninggalkan dirinya seorang di ruang tamu itu.

"Nak masuk bilik tukar baju sekejap."

"No!"

"Kejap saja. Promise promise." Badrul menggelengkan kepala tanda tidak setuju.

"No means no. Duduk sini." Aida mendengus kasar. Dia mengambil tempat di sofa satu manakala Badrul duduk di sofa yang mempunyai 2 ruang. Tubuh dipeluk penuh rasa sebal. Nak tukar baju sajq pun!

"Muka itu jangan ketat sangat. Ketar lutut umi dengan baba saya tengok nanti." Pesannya pada lelaki bermata sepet itu.

"Muka ketat inilah yang awak hadap hari-hari, tak ada pula ketar lutut." Aida mengecilkan mata memandang Badrul. Ada saja yang ingin dibalas jejaka itu. Mulut itu tak boleh nak diam ke walau sesaat?

"Mana bakal menantu umi? Mana mana?" Riuh suara Puan Anani dari tangga turun ke tingkat bawah. Ceria saja wajahnya ketika itu.

"Bakal menantu apa pula umi ini?" Aida menggeleng. Ada ada saja wanita itu.

"Iyalah, sebelum ini kan kaklong mana pernah bawa lelaki ke rumah. Jadi kalau yang ini, kira special lah kan?" Dia menutup kedua belah telinga malas mahu mendengar Puan Anani melalut.

Badrul hanya mampu mengukirkan senyuman melihat telatah dua beranak itu. Ini rupanya yang dinamakan sebuah keluarga yang sempurna.

"Dah dah, jangan dengar apa yang umi kamu cakapkan. Badrul, jom kita ke dapur?" Encik Tarmizi yang juga baru turun lantas mengajak rakan anaknya untuk menjamu selera diruang makan.

Badrul mengangguk lalu menurut langkah lelaki berumur lingkungan separuh abad itu.

"Umi, dekat meja makan nanti jangan nak soal kawan kaklong macam-macam. Malu kaklong nanti." Puan Anani membuat muka tidak kesah. Tengoklah dekat dapur nanti.

Aida mengetap bibir. Sudah dikata yang uminya memang tak makan saman. Pesanan dia pada Puan Anani diibaratkan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Pelbagai soalan yang tidak masuk akal wanita itu telah bertanya pada Badrul sewaktu makan tadi.

Selesai saja menikmati juadah, Badrul meminta diri untuk pulang. Tangan Encik Rarmizi dikucup lalu dia melangkah keluar dari rumah banglo 2 tingkat itu.

"Bad.." Dia berpaling ke belakang saat namanya diseru. Kening diangkat pada gadis itu yang sedang menghampirinya.

"Dah nak balik dah ke?" Soal Aida yang berwajah sayu. Sedih kerana selepas ini dia tidak dapat berada dekat dengan lelaki baka cina ini lagi.

"Haah dah nak balik. Kenapa?"

"Awal lagi ini. Jom lepak dulu dekat depan sana?" Jari telunjuk Aida dihalakan ke arah sebuah padang kecil yang terdapat kerusi batu disebelahnya.

"Hm..boleh juga." Mereka berjalan beriringan menuju ke kerusi batu itu. Masing-masing hanya berdiam diri ditempat duduk menikmati angin malam.

"Saya nak minta maaf bagi pihak umi saya. Dia memang macam itu, terlebih excited bila berjumpa dengan orang. Dan abaikan soalan-soalan mengarut umi saya tadi." Badrul tersenyum apabila mengingatkan kembali celoteh Puan Anani.

"It's okay, nothing to worry." Aida memandang sisi wajah kacak Badrul, amat sempurna dimatanya. Dia tidak boleh tunggu lagi. Dia harus keluarkan apa yang terbuku dihatinya selama ini.

"Dah banyak saya bagi hint pada awak tapi awak tak pernah sedar." Kening Badrul bertaut. Wajahnya segera ditoleh ke kiri. Apa yang dimaksudkan gadis itu?

"Hint? Hint apa?" Tanyanya tidak mengerti.

"Hint cinta." Aida berani luahkan sebegitu kerana dia pasti yang orang berwajah ketat seperti Badrul ini tidak mempunyai kekasih. Siapa yang sanggup hadap muka macam tu hari-hari?

Badrul terkedu.

"Sa.saya tak fa.faham. Apa yang awak cu.cuba sampaikan?" Tersekat-sekat bicaranya akibat terlalu terkejut.

"Awak tak perasan ke yang selama ini saya sukakan awak? Awak tak pernah perasan ke yang selama ini saya sentiasa curi perhatian awak?" Badrul mengetap bibir. Patutlah, patutlah selama ini..

"Tak, saya tak pernah perasan sebab saya tak tahu apa itu sayang, cinta dan kasih sayang. Saya anak yatim piatu. Saya dibesarkan di rumah anak yatim. Saya seorang yang pendiam dan sentiasa disisihkan kanak-kanak yang lain. Hidup saya tanpa sayang, cinta dan kasih sayang sampai saya besar dan bekerja sebagai ketua pengawal peribadi pada Prince Rique. Pekerjaan itu sangat kena pada ciri-ciri diri saya. Dan sehinggalah pada suatu hari, saya terjumpa dengan seorang gadis bertudung di pasar malam telah merubah hidup saya bila saya berada dekat dengan dia. Bila berada disamping dia, hidup saya ceria. Itu, itulah kehidupan yang saya inginkan selama ini." Aida menekup wajahnya yang dipenuhi airmata ketika mendengar luahan hati Badrul.

Badrul melihat ke langit demi mengawal airmata dari jatuh ke pipi. Lega. Ya, itulah yang dirasanya saat ini apabila telah buang semua yang terpendam dihati.

"Saya minta maaf..saya langsung tak tahu tentang latar belakang awak." Terhinjut-hinjut bahu Aida menahan esakan. Untuk pertama kali dia menangis dihadapan lelaki yang tiada kaitan dengan darah dagingnya.

"Tak apa, bukan salah awak." Badrul mengeluarkan sapu tangan dari dalam poket seluarnya lalu diberikan pada gadis disebelahnya.

"Ambil sapu tangan ini. Lap airmata itu. Saya benci tengok orang yang saya sayang menangis." Aida mencapai sapu tangan itu lalu dilap pipi-pipinya yang basah.

"Sekali lagi awak menangis, saya shoot sebelah mata awak." Dia tergelak kecil. Bahu lelaki itu ditumbuknya.

"Sanggup ke awak tembak mata saya?"

"Apa-apa pun sanggup, Cik Aida." Mata mereka saling bertatapan. Masing-masing menggambarkan riak wajah yang sukar ditafsirkan.

Padang, pokok, angin malam, bulan dan bintang telah menyaksikan luahan cinta pasangan itu. Luahan yang ikhlas dari lubuk hati.

End of flashback.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience