Chapter 21

Romance Completed 77490

Apabila bayangan yang dinanti-nanti melintas didepan mata, segera dia berdiri lalu menunduk hormat.

"Prince Rique, erm..King Dahmod ada dekat dalam." Maklum Vellyana pada majikannya.

Berkerut dahi Adrique. Tidak pernah-pernah King Dahmod menjejak kaki ke sini. Hari ini, angin apa pula yang telah melanda ayahandanya sehingga sanggup datang singgah ke pejabatnya?

"Ayahanda datang ke sini buat apa?" Soalnya sambil memerhati raut wajah setiausahanya yang kelihatan seperti cacing kepanasan saja.

"Err..King Dahmod tak ada bagitahu apa-apa pada saya mengapa dia ke sini." Balas Vellyana yang sedang meramas-ramas jari-jemarinya.

Dia berasa sungguh tidak tenang apabila sudah membongkar rahsia Prince Adrique yang sentiasa keluar waktu kerja kepada King Dahmod.

Adrique yang melihatnya sudah dapat menghidu sesuatu tetapi dia endahkan saja. Kaki mula dihayun pada pintu biliknya lalu pintu itu dikuak.

Dia masuk terus ke dalam tanpa mempedulikan ayahandanya. Punggung dilabuhkan diatas sofa mewah dimeja kerjanya.

Renungan helang King Dahmod diabaikannya. Sejak kecil lagi dia tidak sebulu dengan lelaki itu. Laptop terus dinyalakan. Dia membuat bagai tiada apa yang berlaku.

"Beli saham tertinggi di Syarikat Magazine Berhad. Hm..macam menarik saja bunyinya." Adrique tersentak. Jari yang lincah menaip dipapan kekunci laptop tadi menjadi keras tidak bergerak.

"Huh! Tak sangka, sepanjang sebulan ayahanda sibuk ini dah banyak perubahan berlaku pada diri Rique.." Dia hanya memasang telinga mendengar tanpa melihat King Dahmod.

"..dan orang yang profesional takkan selalu ponteng waktu kerja semata-mata ingin jumpa kawan lama." Terasa pahit saja air liur apabila ditelan.

King Dahmod sudah mengetahui segala rahsia yang disimpannya selama ini tetapi satu saja lagi lelaki itu tidak tahu. Rose Dahlia.

"Kenapa senyap? Sebab semua itu memang betul? Anyways, tak nak cerita apa-apa ke pasal Syarikat Magazine Berhad itu? Ayahanda tertanya-tanyalah juga apa kegunaan syarikat itu pada syarikat kita sehingga Rique sanggup ambil berjuta-juta duit syarikat untuk beli saham tertinggi di Magazine Berhad itu." Adrique mula mendongak menatap wajah ayahandanya yang duduk beberapa meter darinya.

"Ayahanda tak perlu sibuk pasal urusan Rique. Rique tahu apa yang Rique buat. Kalau ayahanda nak suruh Rique ganti semula duit syarikat ini yang Rique ambil, tiada masalah. Rique banyak kerja nak kena buat. Jadi ayahanda, pintu bilik di sebelah kanan itu saja." King Dahmod mendengus.

Puteranya yang seorang ini sangat keras kepala berbanding si puteri.

"Rique dah berubah. Rique dah tak macam dulu." Adrique tergelak sinis. Dia bangkit dari kerusi lalu memasukkan tangannya ke dalam poket seluar.

"Berubah? Tak macam dulu?" Kaki diatur perlahan ke arah tingkap besar dalam ruangannya yang mengadap sama betul dengan bangunan-bangunan pencakar langit.

"Untuk pengetahuan ayahanda, Rique tak pernah berubah. Rique masih macam dulu. Yang berubah itu ialah ayahanda! Ayahanda dah banyak berubah sejak bonda pergi. Ayahanda kurung kanda macam binatang peliharaan. Bonda mesti kecewa dengan ayahanda yang bersifat makin bengis sekarang." Kasar dia membidas bicara lelaki itu.

Dia bukan mahu kurang ajar tetapi dia ingin King Dahmod sedar akan perubahan yang telah banyak berlaku pada diri ayahandanya sendiri.

"Daren Adrique! Watch your words. You're talking to your dad now. Not your friend." Adrique menarik senyuman sinis lalu berpusing ke belakang.

"Apa yang Rique buat, semua salah dimata ayahanda. Yang betul itu hanya ayahanda seorang. Ayahanda hanya fikir perasaan ayahanda saja yang kena dijaga. Perasaan orang lain, pernah ke ayahanda fikir? Kanda, pernah ayahanda fikirkan perasaan dia yang bertahun-tahun terkurung di istana? Keluar bila ada hal penting saja. Pernah ayahanda fikirkan perasaan dia?" Segala yang terbuku dihati selama ini dilepaskan terus.

"Ayahanda buat semua ini demi kebaikan putera dan puteri ayahanda! Kenapa Rique tak pernah faham?" King Dahmod sudah pun berdiri. Tidak betah punggungnya untuk duduk lama-lama.

"Ayahanda sepatutnya yang kena faham kami! Disebabkan ayahanda, pergerakan kami yang sememangnya dah terbatas makin terhalang! Rique dan kanda masih muda. Kami ingin rasakan kehidupan sama seperti orang lain." Suara Adrique mula naik satu oktaf. Membara sungguh hatinya waktu itu.

Turun naik dada si bapa dan anak. Masing-masing sedang menahan api kemarahan.

"Makin Rique menderhaka pada ayahanda, makin sempit peluang Rique untuk bergerak bebas. Sebelum ayahanda keluar, satu benda ayahanda nak pesan. Ayahanda ada 'mata-mata' yang memerhati segala gerak-geri Rique. So, watch out my son." Sesudah itu King Dahmod lantas mengangkat kaki keluar dari ruangan besar itu.

Adrique melepaskan keluhan kasar setelah pintu tertutup. Dia kembali mengambil tempatnya. Makin hari makin tertekan dirinya.

Wajahnya diraup kasar. Tiba-tiba matanya terpandang pada satu fail keras diatas meja kopi berdekatan sofa yang King Dahmod berlabuh sebentar tadi.

Fail merah. Dia kenal dengan fail berwarna merah itu. Itulah fail kewangan syarikat ini. Rupa-rupanya dari situ ayahandanya tahu tentang pembelian saham di Syarikat Magazine Berhad.

Sekali lagi keluhan dilepaskan. Pantang saja dia bertemu dengan lelaki itu, pasti ada yang ingin digaduhkan. Dia sudah penat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience