Chapter 19

Romance Completed 77490

Natalie menarik lengan sepupu lelakinya supaya mengikutnya masuk ke kedai barangan kosmetik.

Hari ini, pecah rekod sejarah Adrique menuruti perempuan membeli-belah. Ini pun terpaksa. Perempuan kalau dah membeli memang makan masa berjam-jam itu sebabnya dia malas nak pergi.

"Nat..dekat tangan Ren dah penuh dengan paper bag dah. Apa lagi yang masih tak cukup?" Masam saja wajahnya saat itu. Macam mana tak masam kalau dah hampir 5 jam dia berada didalam Hirland Mall.

"Alaa sekejap lah..Nat nak cari barang makeup sekejap saja." Balas Natalie yang sedang memilih warna lipmatte yang sesuai dengan bibirnya.

Adrique mendengus kasar. Jika dihadapannya kini bukan sepupunya, memang ditendang terus sampai ke Moskow.

Sepanjang gadis itu berada didunia Hirland, satu hari tak mengganggu waktu kerjanya memang tak sah!

Hari ini dia punya mesyuarat sebenarnya tetapi terpaksa ditunda pada hari esok kerana inilah, diajak teman ke sini.

"Nat, Nat pilihlah. Ren nak pergi cari tempat duduk dulu. Letih kaki ini." Natalie mengangguk seraya tersengih. Kesian juga melihat jejaka itu yang dari awal lagi mengikutnya ke sana ke sini.

Empat orang pengawal dibahagi pada dua. Separuh pergi pada Prince Adrique dan separuh lagi hanya berdiri tegak dibelakang Puteri Natalie Henderson.

Adrique mengambil tempat disebuah sofa yang diatur berpanjangan ditengah pusat beli-belah itu.

Penatnya terus lesap apabila teringatkan wajah manis Rose Dahlia, pujaan hatinya. Mata-mata yang memandangnya dibiarkan saja.

Panggilan dibuat pada nombor gadis jelita itu. Rindu nak dengar suara. Deringan berbunyi beberapa kali saja selebihnya dijawab operator.

"Seriously dia decline call aku?" Adrique memandang telefon bimbitnya tidak percaya. Dia pantang betul jika ada yang tolak panggilannya tapi kalau dia sendiri tolak tak apa.

Sekali lagi panggilan dibuat dan hasilnya juga sama, tetap ditolak. Dia tetap tidak berpuas hati. Kali ini dia mesej melalui whatsapp pula.

To: Mylove
-Haah memang best pun call kena reject.

From: Mylove
-I'm so sorry. Saya tengah meeting ni. Around 5 pm baru habis.

To: Mylove
-It's okay. Nanti habis meeting, call I. I'll pick you up at the office then we'll go to dinner.

From: Mylove
-I'm not sure with that sebab saya dah takut tinggal ibu saya seorang diri kalau malam-malam.

To: My love
-No worries. I already have a plan before I speak.

From: Mylove
-Okay then. I've to go. So see you later. Bye love you!

To: Mylove
-Bye love you too, my rose.

Adrique menyimpan kembali telefonnya ke dalam poket seluar. Wajah didongakan ke depan.

Seorang kanak-kanak perempuan berusia lingkungan 5 tahun menjamah pandangan matanya. Asyik saja kanak-kanak itu merenung dirinya.

Renungan dibalas renungan. Ditangan anak kecil itu terdapat sebatang lolipop. Adrique melihat kiri dan kanannya. Ke mana perginya orang tua pada budak perempuan itu?

Dia lihat pula pada tubuhnya. Dia pakai baju terbalik ke sampai tidak lepas budak itu memandangnya?

"Come.." Dia memanggil kanak-kanak rambut bertocang dua itu supaya datang padanya. Namun tiada respon langsung daripada anak kecil itu.

"Mari ke sini sayang.." Saat dia berbahasa melayu baru kanak-kanak itu mula mendekatinya. Dia mengangkat budak itu ke atas pehanya.

"Nama apa?" Mesra dia menyoal.

"Hanny.."

"Mama dan papa Hanny mana?" Hanny menggelengkan kepalanya tanda tidak tahu lalu dijilat lolipopnya.

Adrique memandang pada kedua-dua pengawalnya.

"Zack, pergi ke center counter buat announcement." Zack menunduk kepala seketika tanda menerima arahan lalu laju melangkah ke bahagian kaunter pusat.

"Dah makan?" Mesra Adrique menyoal.

"Dah." Terkedip-kedip mata bundar itu memerhati mata cantik kepunyaan Adrique.

"Syantiknya.." Jari kecil Hanny menjamah kawasan mata violet yang bersinar kepunyaan Prince Adrique.

Adrique tersenyum lalu tangannya dinaikkan membelai kepala Hanny. Dia bukan nak riak tetapi memang ramai yang telah memuji kecantikan matanya termasuk Dahlia sendiri.

"Hanny datang ke sini dengan siapa?"

"Dengan err..dengan paksu tapi Hanny tak tahulah paksu menghilang ke mana. Masa itu Hanny tengah pilih jajan lepas itu Hanny berpaling ke belakang nak tengok paksu, tiba-tiba saja paksu dah tak ada. Mula-mula Hanny tak cari paksu sebab Hanny ingatkan paksu tengah main sorok-sorok lepas itu Hanny tunggulah paksu. Lama sangat sampai Hanny pun dah letih." Petah betul Hanny berbicara sehingga naik pusing kepala Adrique mendengar cerita berbelit Hanny.

Disoal satu, dijawab seratus. Anak siapalah ini? Banyak mulut betul. Eii geram rasa nak gigit! Eh eh silap! Bibir Dahlia saja yang boleh digigit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience