Chapter 23

Romance Completed 77490

Selama 27 tahun dia bernafas, hanya ikan-ikan yang berada di dalam kolam itu saja sebagai peneman hidupnya. Dia takut mahu keluar sewenang-wenangnya kerana teringat akan titipan ayahanda yang tidak izinkan dia ke mana-mana jika tiada urusan penting.

Sudah terlalu ramai orang mengata dirinya bahawa dia ialah seorang puteri yang sombong dan juga dia telah dilabel sebagai puteri lilin kerana jarang keluar dari istana akibat bimbang jika kulit terkena panas.

Tidak, dia bukan sebegitu. Dibilang bagaimana sekalipun, manusia tidak akan pernah mengerti dirinya.

Hidupnya kesepian dan keseorangan. Tiada sesiapa pun yang sudi ingin menemani dirinya. Masing-masing sibuk dengan kerjaya sehingga dia tersisih.

Disebabkan itulah dia sering menjenguk adiknya di bilik sewaktu lelaki itu pulang dari tempat kerja.

Siapa saja yang memahami isi hatinya? Dan siapa saja yang sanggup menjadi sepertinya yang diri asyik terkurung di istana?

"Alice!" Bahunya sedikit tersentak akibat terperanjat dengan panggilan itu. Dia berpaling ke tepi. Ternyata si gadis manja itu yang memanggilnya.

"Kenapa?" Soalnya bermalasan. Sekali-sekala dia mencampak juga makanan ikan ke dalam kolam. Itulah kerjanya sehari-hari selain dari menyiram pokok bunga ros pada setiap pagi dan membaca buku mengenai fakta pada belah malam.

Membosankan kehidupan sepertinya kan?

"Let's hangout?" Alice menggeleng sambil tersenyum senget mendengar ajakan daripada sepupunya.

"It's not that easy, Natalie.." Balasnya tanpa mengalihkan pandangan dari terus merenung kolam ikan 15 kaki panjang itu.

"But it'll be easy if you make it just as Rique does. Be like him. He's a stubborn person. You just need to be like him. Stop being yourself like now. Look at yourself, so boring you know! Oh come on..do something so that you also can enjoy your life. Like me and other girls." Lama Alice memikirkan bicara gadis yang sudah mengambil tempat disebelahnya.

"No..I can't. I tak sampai hati nak sakitkan hati ayahanda. I love him very much." Natalie meletakkan tangan kanan Princess Alice diatas pehanya kemudian digenggam memberi semangat.

"I know you cause we're the same. Sampai bila Lice? Sampai bila you nak duduk diam macam ini? Do something Lice! Bukan setahun dua saja tau malah dah berbelas-belas tahun you terkurung. You tak rimas ke?" Natalie mula tertekan dengan sifat degil gadis itu. Sebijik Adrique!

"I love them." Alice masih berkeras.

"Who?"

"Both." Sudah pasti yang dimaksudkan itu ialah King Dahmod dan Prince Adrique.

"Yeahh I knew it but it is--"

"I know myself." Natalie terdiam. Nampaknya gadis itu tetap dengan pendiriannya.

....................

Tok tok!
Ketukan di pintu itu membuatkan wajahnya yang menunduk tadi terus mendongak.

"Come in!" Lantang suaranya memberi keizinan.

"Ampun Tuanku.." Beberapa orang pengawalnya mula menunduk hormat.

"Ada apa-apa maklumat mengenai Adrique?" King Dahmod lantas pada tujuan utama dia mengupah pengawal sulit itu.

"Ada King. Sudah beberapa malam patik menuruti pergerakan Prince Rique dan semalam, patik mendapati bahawa Prince Rique bertemu dengan seorang wanita berumur 20an di rumah wanita itu sendiri." Maklum Qashah selaku ketua pada 2 orang anak buahnya.

"What? Adrique dah melampau!" Meja dihentak kuat oleh King Dahmod.

"Ini buktinya.." Qashah meletakkan satu sampul berwarna coklat diatas meja King Dahmod lalu menunduk hormat.

King Dahmod membuka sampul itu. Beberapa keping gambar mesra puteranya bersama seorang gadis membuatkan dirinya ingin meletup.

Benar apa yang dirasanya selama ini. Ternyata anakandanya memang mempunyai hubungan sulit dengan orang yang langsung tiada darah keturunan orang berada.

Tengok sajalah pada rumah yang terpampang pada gambar yang dipegangnya. Rumah seperti reban ayam.

"Awasi budak perempuan ini! Esok, pergi warning dia supaya jangan dekati anakanda beta lagi." Turun naik dadanya menahan rasa amarah.

"Baik King!" Ketiga-tiga pengawal itu menunduk menerima perintah kemudian melangkah keluar dari ruangan mewah tersebut.

King Dahmod bangkit dari sofa. Tegang saja wajahnya saat itu.

Patutlah Adrique makin lama makin keras kepala dengannya rupa-rupanya ada yang mengajar.

Dia paling pantang jika putera dan puterinya berkawan dengan orang luar yang tidak tahu asal-usul.

Dan kalau boleh, biar dia sajalah yang mencipta sejarah dalam keluarga diraja yang bernikah dengan orang kampung. Dia tidak mahu anak-anaknya turut jejak langkahnya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience