"What???" - Yaya
"Yess!!!" - Leya
Aku tepuk dahi. Leya betul- betul hilang akal.
"Macam mana kau boleh buat decision macam tu?" tanyaku. Sungguh tak puas hati.
"Entahlah Yaya..dah 6 bulan aku kenal dia tapi hati aku kuat untuk pilih dia" jelas Leya.
Aku pandang mata Leya.Tampak yakin.
"How sure you are?Kau jumpa si mamat tu pun tak pernah..setakat bual dalam telefon sape-sape pun boleh menyamar. Zaman sekarang ni banyak yang fake..kot tengok gambar pun siap filter bagai jadi flawless padahal jerawat batu bersepah".
"Ok..Macam ni..memang aku kenal dia secara tak sengaja. Sepanjang 6 bulan ni, walaupun cuma chat, whatsapp and call aku rasa selesa. Aku dapat rasa dia jujur dan tak de niat nak permainkan aku. Kau ingat lagi kan kesah dia siap pos kan buku rujukan untuk assignment aku dulu sebab dekat sini dah habis licin. Dia pun selalu ambik berat pasal aku and dia pun ada jgak sharing cerita dekat aku. Aku dapat rasa kami ada chemistry".
"Bila dia propose kau jadi girlfriend dia?"
"Emmm..malam tadi". Merah muka Leya. Patutla sampai terlajak ke pukul 3 pagi chatting. Walaupun aku kurang setuju tapi jelas di mata aku betapa bahagianya Leya.
"Kau sure untuk LDR ni? Ikut statistik banyak yang LDR ni jahanam".
"Aku cuba Yaya. Doa banyak-banyak supaya hati aku dan hati dia tetap. Mungkin ini satu cara untuk menguji sesuatu hubungan.Kalau yang ni pun x lepas, macam mana nak hadap laut bergelora akan datang".
"waa.. Kau punya madah pujangga..Adoi!!!" Leya gelak panjang. Dia tau aku ada alahan dengan bahasa madah pujangga ni. Aku fikir sejenak. Kalau ini yang baik untuk dia, kalau ini takdir dia, aku patut sokong. Lagipun sepanjang 6 bulan perkenalan mereka, aku ada sama sebagai pemerhati dan penasihat. Rekod K2 setakat ini masih baik. Tak pernah tercalar lagi.
"Ok, last question. Apa full name dia?"
Leya diam.. Lama.. Aku angkat kening isyarat soalan aku perlukan jawapan.
"Ala..aku lupa nak tanya la Yaya!!"
"Laaaaa... Soalan paling basic pun kau tak tanya.. Gelojoh ya amat!!".
"Series aku lupa..Sungguh!!!"
"Dah tu, berejam kau chat dengan dia kau panggil dia apa?"
Muka Leya merah lagi.. Alahai mudah sungguh blush sejak-sejak ada kekasih hati ni. Sungguh la adrenalin akan berubah bila berkaitan dengan lawan jantina ni.
"Aku panggil dia sayang"Â perlahan tutur Leya tapi jelas di telingaku. Sepatah perkataan itu turut membuatkan aku tarik senyum lebar walaupun bulu romaku meremang.
"Leya..Leya..Okla..Im happy for you. Hati-hati, jaga diri.. Kalau sayang, jangan sayang sangat. Simpan sikit untuk diri sendiri. Masa depan kita tak tau. Kalau korang berdua tak jadi ke, at least kau masih punya kekuatan untuk move on. Ak tak doakan the worst. Aku cuma nak kau prepare for the worst."
"Thanks Yaya.. Aku tau kau akan support aku, jadi tulang belakang aku. Series la aku nak iklankan kan calon boyfriend untuk kau ni.. Kau nak aku mintak tolong K2? Kot2 dia ada kawan yang boleh di harap. Aku pun nak kau bahagia. Sebab aku tau kau baik sangat. Cuma tak nampak disebalik perwatakan kau yang brutal sket ni."
"Thanks but no thanks. Settlekan kau dulu Leya.. Berangan nak jadi cupid plak. Aku tak desperate lagi nak cari partner. Aku nak habiskan study aku dulu. Focus untuk karier then baru fikir soal partner."
"Ok Yaya.. You are the best friend ever. By the way ada satu lagi benda yang aku nk minta kau tolong sangat. Aku dh check kau punya jadual and u suppose to able to help me. Please dont say NO.." Leya buat muka kucing manja. Aku dah lemah bila Leya masuk mood memujuk ni.
"Ok. Apa dia?if x clash dgn jadual aku and benda yang aku mampu bagi, i'll say yes."
"Weekend ni dia nak datang sini.. Teman aku please.. Aku segan nk berdua je.. Lagipun aku x pernah jumpa dia, tak tau macam mana nk berdepan."
"Leya!!!!! Kerja gila la nak teman kau blind date. Dah korang date buat apa ajak aku. Tak kan aku nk jadi tunggul plak ka situ." protes aku. Kerja gila sungguh. Apa yang patut aku buat bila mereka sibuk bercinta?mati akal aku nanti.
"Yaya.. Dia akan bawak kawan dia jugak teman. Dia takut aku tak datang. At least tak la dia melangut sorang-sorang kalau tetiba plan tak jadi"
"means berempat la ni? Adoi.. Aku nak buat apa dengan kawan dia tu?"
"Please Yaya..kalau kau ada aku ada kekuatan sikit. Kalau kau tak nak pergi, aku pun tak sanggup nak pergi. At least utk 1st date aku ada teman. Kau pun boleh menilai dia sesuai tak untuk aku."
Permintaan Leya ada benarnya tapi aku bukanlah tipikal untuk ikut blind date dengan entah siapa-siapa. Tengokla nanti didorongkan atau tidak permintaan Leya itu untuk aku penuhi
Share this novel