Jodoh Kiriman Tuhan

Romance Series 29543

Seperti biasa aku bersiap. Tudung kedut seribu ku sarung. Lipat tutup dahi. Spek mata Kak Maria ku sarung. Cuaca sudah masuk musim bunga jadi agak aneh jika memakai sarung tangan. Aku berhasrat untuk menyembunyikan tanganku didalam poket baju sahaja.

"Waa..dah expert Yaya sekarang. Boleh jadi Detective Conan."

"Dah 3 kali kak. So kita pun nak balik Malaysia da. So Yaya harap this could be the last. Jangan bersambung sampai Malaysia sudah."

"makin lama prop makin advance. Tu tepi pipi tu apa?"

" ni namanya tahi lalat palsu"

"Kot tetiba dia berkenan macam mana?"

" Tak la kak.. Anak raja x kan suka taik lalat besar macam ni. Silap haribulan dia kata lalat tu buasir."

Kak Maria ketawa besar. Geli hati mendengar perumpamaan ku.

"Tapi kan Yaya, akak tak sedap hati la"

"Kenapa?"

"Mamat ni macam lain sikit. Yang dulu dulu nk jumpa kat kafe je. Tapi yang ni nak jemput Yaya depan rumah."

"tak pe la kak. Senang sikit nk settle. Terus masuk rumah lepas tu. X payah nk travel jauh jauh."

"Kalau Yaya fikir macam tu ok la."

"X pe la kak. Kalo taktik ni x berkesan nanti Yaya ada cara lain. Kena maki sikit baru dia tahu Yaya bukan perempuan melayu terakhir."

"X nampk kurang ajar ke?"

"orang yang berduit macam ni kak, diaorang dah biasa orang yang lemah lembut, cakap ayu-ayu. Petik jari 10 datang. Buat apa nk susah susah dengan perempuan x ayu macam Yaya ni."

"Masa Yaya mula jumpa Ash dulu pun x ayu ke?"

"mujur x kena hempuk je mamat tu dengan Yaya dulu kak" balasku sambil senyum lebar. Teringat kenangan pertama kali berkenalan dulu.

"sebut pasal dia je yang boleh buat Yaya senyum lebar macam ni. Tapi kan Yaya, kalau la anak raja ni stok stok jodoh kiriman tuhan macam mana? Maybe dia boleh buat Yaya move on"

Aku angkat bahu. Susah untuk membuat kesimpulan. Lets it flow naturally.

"Dia dah sampai."

"Mana?"

"Tu, kereta silver tu. Dia kata depan kondo ni. Kereta silver."

"Akak suruh dia keluar kereta. Yaya x nak naik kereta dengan dia.lebih cepat settle lebih mudah."

"Ok." pesanan di balas. Selama ini memang segala komunikasi melalui Kak Maria kerana aku tidak mahu memiliki sebarang telefon bimbit.

Aku melangkah penuh yakin. Anak raja ye.. Mari kita tengok sape yang lagi berdaulat.

Dari jauh dapat aku lihat seorang jejaka tinggi lampai, berkulit cerah, berkumis nipis menantiku. Memang segak. Ada wajarnya dia memiliki aura anak raja.

Aku mendekatinya sambil tangan masih setia di dalam poket.

"Hai..aku menyapa lagak seorang kanak kanak."

Dia membuka kaca matanya. Merenung aku seakan tidak percaya?

"Wardatul Qaisara? Wardatul Qaisara Tan Sri Rizal?" ulangnya. Aku angguk polos. Kenapa? X percaya?

Saat itu lelaki itu ketawa. Bukan sedikit tapi terbahak bahak sambil menekan perutnya. Aku berkerut dahi. Bukan reaksi ini yang aku bayangkan!!

"Weh, lawak la. Masuk drama ke apa ni?"

"Apasal? Ada masalah?" Aku sedar, taktik pertama tidak berhasil. Lets move to the next one!!

" Nih, kot nk masuk drama pun jangan la pasang taik lalat besor gabak macam ni." Lelaki itu menguis tampalan hitam di pipiku. Secara drastik aku menepis tangannya. Amboi, lawan tokey nampak. Sesuka hati nak kuis pipi anak dara orang.

"kau apahal nk kuis2 pipi anak orang. Dah mintak izin bapak dia ke belum??" tinggi suara ku.

Dia sedikit terkejut. Tapi kemudian senyum lebar.

"As expected. Sebab dah mintak izin la aku berani buat. Bukan bapak kau ke yang suruh aku datang sini?"

Ops..wrong sentence!!Aku terkantoi sendiri.

"Whatever. Aku bukan perempuan yang kau boleh suka hati picit sana sini."

"kelakar la kau ni. Dah, pergi salin baju. Buang segala makeup kau tu. Tak payah nak berlakon depan aku."

"Aku memang macam ni la." aku cuba menegakkan benang yang basah.

"Tengok muka dengan tangan pun dah tau.  Pergi cepat. Aku tunggu ni. Kang aku report kat bapak kau cakap kau derhaka baru tau. Kau lupa ke aku ni ank raja?"

"memang.. Anak raja bersiung. Perangai serupa ular!" protesku. Dengan marah aku berpaling untuk menukar pakaian. Just be myself. Memang betul kata Kak Maria. Yang terakhir ni bukan biasa biasa.

10 minit berlalu akhirnya aku muncul dengan pakaian santai. Tak lupa Kak Maria turut aku heret bersama.

"Assalamualaikum Raja Akmal. Akak ni Kak Maria merangkap pembantu peribadi Qaisara."

"Waalaikumussalam kak. Just call me Akmal. Tak payah beraja sangat. Keturunan dah jauh. Saya ingat nak bawak si Qaisara ni minum-minum. Berkenalan sikit. Akak pun join la sekali. Kalau berdua je dengan saya mau kena bom kafe tu"

Kak Maria ketawa senang. Wah, depan Kak Maria punya la berbudi bahasa. Depan aku macam gangster kampung pisang! Aku pandang Kak Maria

'Baik budaknya Yaya'

'Kak, jangan khianati adikmu ini!!'

Dialog ini tak terluah di bibir namun hanya menerusi pandangan mata sahaja.

Aku pantas membuka pintu belakang dan menerobos masuk. Kak Maria tak punya pilihan. Duduk di hadapan bersama Akmal.

Dalam 15 min kami tiba di Caffè E Torta. Kak Maria dengan senang hati mempelawa diri untuk mengambilkan hidangan buat kami. Aku hanya melemparkan pandangan ke luar. Malas mengambil tahu tentang lelaki dihadapanku ini.

Tapi aku tahu dia asyik memandangku. Entah apa bermain di fikiran aku sendiri tak pasti. Kelihatan sesekali menggelengkan kepalanya. Aneh!

"Tak sangka kat sini kita jumpa akhirnya."

"So?im not expecting anything."

" your father keep on telling me about u"

"Whatever."

"And some people too"

"Who?"

"wanna know?"

Sungguh ia terjadi lagi. Soalan di balas dengan soalan.

"its ok. Keep it to urself. Im not interested at all."

"u are beautiful. Why try to hide ur beauty?"

"From any typical playboy. So what? Tak puas hati?"

"Garang dowh. Kau kenapa?period?"

Saat itu terus sudu di meja aku baling tepat mengenai bahunya. Dia ketawa sakan melihat wajahku yang merah padam.

Mujur Kak Maria tiba sambil beristighfar panjang.

"betul la kata kamu. Memang kalau berdua je kena bom kafe ni."

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience