1st date

Romance Series 29590

Aku memerhati wajah di cermin. Lip gloss di oles nipis. Aku hanya mengenakan solekan nipis. Pertama kali bersiap begini sungguh buat aku serba x kena.

"Esok i jemput u pukul 9 ok?. Lets make our 1st official date." pesanan ringkas darinya malam tadi memang buat aku tidak lena tidur. Bahagia? Aku akui, pertama kali rasa begini. Benar kata orang, bila di lamun cinta semua indah belaka. Otak pun tak mampu berfikir waras. Hanya dia yang memenuhi minda dan fikiran. Ikutkan aku bukan tidak pernah bertemu dia. Pernah juga keluar berdua. Namun rasa ini lain bila kali ini pertemuan yang bukan biasa biasa. Pertemuan istimewa pertama aku dan dia selepas apa yang terjadi semalam.

Jam menunjukkan pukul 8.45 pagi tapi aku sudah siap menunggunya. Mengharap agar 15min terakhir ini mampu melegakan debaran yang menggila.

Pintu bilikku di ketuk.

"Yaya, apasal dia datang awal pagi ni?Lain macam plak gaya dia. Ko ada jan..." x sempat ayat di habiskan, Leya terkedu. Bulat matanya memandangku.

"Yaya...its that u? So beautiful.." pujinya sambil senyum lebar menatapku. Aku jadi serba tak kena.. Malu pun ada..lain sangatkah penampilanku?terlebih gaya kah?

"aku ok x?"

"seems i saw a different person. Mana Yaya yang cool headed tu? Depan aku ni cinderella ni.. Btw aku macam dapat rasa something. Korang berdua ni ada pape ke?" Leya senyum simpul. Menarik jari jemariku erat.

Aku cuma mampu membalas dengan senyuman dan serentak itu telefonku berdering. Sudah aku tahu siapa pemanggilnya.

"i dah sampai"

Hanya sepotong ayat buat hatiku berbunga bunga.

"ok.. I'm coming." ringkas aku menamatkan talian sambil menatap Leya yang enggan melepaskan genggamannya.

"i've got to go," rayuku sambil senyum malu.

"u owe me a big explanation dear roomate. Aku tunggu malam ni. X kesah pukul berapa sekalipun ok. Btw kau nmpak happy sangat. Im so happy for you." Leya akhirnya melepaskan genggamannya.

Aku kenyit mata sambil mencapai tas tangan yang terletak di sisi katil. Segera menyarung kasut tumit sederhana tinggi yang jarang sekali aku pakai. Sememangnya aku sungguh teruja untuk kelihatan cantik dihadapannya.

Langkah ku susun perlahan. Debar tidak reda malah makin menggila. Pertama kali merasa segala perasaan ini. Is it love?

Dari kejauhan aku nampak dia bersandar santai di sisi keretanya. Menatap aku yang melangkah ke arahnya dengan sepenuh tumpuan. Lagaknya cuma aku dan dia saja di sana.  Senyum meleret dia memandangku menyerlahkan lesung pipitnya yang buat aku tambah jatuh hati padanya..

Langkahku jadi serba tak kena. Sungguh aku malu diperhatikan sebegitu. Dia menapak ke arahku. Mengerti perasaanku dan mungkin juga dia pun sama.

"Assalamualaikum sayang. Cantiknya u hari ni." pujinya. Aku makin gelabah. Mukaku panas menahan malu, menahan debaran di dada yang menggila.

"Janganla cakap mcm tu.. Malu la.."

"dh memang u cantik sangat. X kan i nk cakap x cantik pulak. Lagila buat i x lena tidur macam ni."

"u ni propa laa.."

" i really means that. U blh jalan x ni..melting semacam i tengok?" usiknya.

"dah tau i melting u guna lagi ayat kasanova tu. I dah x boleh nk jalan betul betul daa.."

"i dukung ala bridal style nak?" usiknya nakal. Pantas aku mencubit pinggangnya. Suka betul mengusik!

"adoiii.. Laju betul ketam ni buat kerja."

"tau x pe..sakat i lagi."

Kami sama sama ketawa.

Sepanjang perjalanan aku hanya membisu. Melemparkan pandangan ke luar. Malu untuk menatapnya. Tak tahu apa yang harus dibicarakan. Aneh sungguh, gaya awkward sebegini sememangnya bukan gaya aku.

"Apa yang ada kt luar tu?" soalnya. Aku berpaling.

"Tak ada apa-apa pun."

"habis tu kenapa asik pandang luar? Yang dalam kereta ni x menarik untuk dipandang ke?" usiknya. Makin panas wajahku diusik begitu.

"u ni kan..x payah tanya banyak la kalau u tahu knapa i macam ni."

"Sayang, u malu ke? U bukan 1st time jumpa i pun..siap kritik krutuk lagi..Just be urself. I bukan nak yg indah2 yang sweet2 je dengan u..yg sememeh, yang masam pun i ok je."

"ye ke.. Sekarang memangla..kalau kentut pun wangi. Lama2 nnt mulala komplen banyak."

"kna try dulu la baru tau.. I ni setia tau..terima u apa adanya."

"waaa..eh, u tau x macam mana bunyi buaya?"

"entah..i x pernah pulak dengar bunyi buaya."

"macam tadi..i ni setia, terima u apa adanya.." ajuk ku.

"uih..doa ke tu? Nak i jadi macm tu ke?"

Aku tarik muka sambil geleng laju2. Dia ketawa melihat reaksiku.

"comelnya u buat macam tu. Ni yang lagi i sayang ni. I dah tgk sisi garang u, sisi sedih u n kali ni i tgk sisi comel u. I tak pernah niat pun nk main2 kan u. I bukan mat kasanova nk try sana try sini. Nk try u pun dh habis separuh kekuatan i tau."

"lagi separuh pergi mana?"

"i simpan..kot kna reject i still blh teruskan hidup, x gantung diri. Btw tq for everything. Tq untuk bg peluang pada hubungan ini. I tau, masa depan akan quite tough but i nak u tau u x akan sorang2 hadap semua ni. Ttg family kita u jgn risau.. I tau macam mana nk tackle my parents.. Kita amik step by step 1st."

Aku memandang dia.. Bicaranya tulus dari hati. Mengingatkan aku yang aku ada dia untuk aku bersandar bila aku lelah. Ada dia bila aku hilang arah. Ada dia bila aku gembira. Aku harap semua ini akan kekal dan kami mampu hadapi apa jua rintangan mendatang.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience