Devil

Romance Series 29543

Aku tiba di rumah. Sehelai sepinggang. Tiada satu pun barang yang dibenarkan untuk aku bawa pulang. Segala hadiah pemberiannya, gambar kenangan kami semuanya selamat di humban ke dalam tong sampah.

Namun aku sempat menyarung sandal cinderellaku. Hadiah pertama darinya untukku. Hadiah yang sangat dia cemburui. Orang suruhan papa tidak membantah. Mungkin mereka sendiri tidak menyangka hadiah darinya adalah semurah itu!!

Syukur..sekurang kurangnya aku masih punya sesuatu darinya untuk aku jadikan kenangan. Rantai emas berloket TZA masih kekal di leherku. Kerana aku bertudung ia masih kekal di situ.

Sampai di kamar aku terus mengurung diri. Pantas membuka rantai dan loket ini. Aku tak sanggup ia dirampas. Kerana ini adalah antara talian hayatku. Sebab untuk aku terus kekal bernafas. Aku membungkusnya di dalam sepucuk sampul mini. Menyelitkannya di celah celah birai katil. Tempat yang tak pernah di jangkau dek akal.

Aku terduduk bersandar di pintu. Memikirkan apa pengakhiran hidupku. Masih aku ingat jelingan Pak Ngah yang sinis tatkala aku tiba di muka pintu.

Sedari dulu aku memang tidak menyukai bapa saudaraku ini. Kehadirannya seperti langau. Sering mengambil kesempatan atas papa dengan alasan 'adik beradik kena saling bantu'. Bukan aku tak tahu papa siap membina syarikat untuknya selepas dia melepaskan jawatan sebagai orang kanan papa dahulu. Dengan alasan dia mahu berdikari. Tapi akhirnya papa yang menguruskannya. Dia hanya makan hasil elaun sebagai CEO wayang.

Sekarang aku di jadikan sasaran. Acap kali dia menyatakan hasrat agar aku dijodohkan dengan anak sulungnya Hisyam. Atas alasan agar harta keluarga ini tidak akan jatuh ke tangan orang lain memandangkan aku seorang perempuan dan satu satunya pewaris papa dan mama.

Dalam soal ini aku sedikit berterimakasih kerana papa tidak pernah tunduk atas permintaan yang satu ini. Barangkali dia juga tahu anak saudaranya itu bukan calon pilihan. Mengambilnya sebagai menantu ibarat membela biawak hidup!!

"Aku dah cakap Long. Kahwin aje si Yaya tu dengan Hisyam. Kau tak nak. Sekarang dah pandai naik kepala budak tu". Lantang suara pak Ngah hingga jelas kedengaran olehku

"Dahla Ngah. Aku tengah serabut ni kau tambah tambah pulak"

"Dah tu...yang buat serabut sekarang ni anak kau. Nak selesai masalah kahwinkan aja dia. Kau wali dia. Kuasa veto dekat tangan kau. Lepas kau kahwinkan dia jangan mimpi la budak tu nk datang balik."

"Ngah, abah pernah pesan dia nak cucu dia belajar habis habis baru fikir soal kahwin"

"Long, orang tua tu dah lama mati. Yang kau kesah sangat kenapa? Bukan orang tua tu yang jadi wali. "

"sudah-sudah. Kau balik dulu. Aku tak boleh fikir apa lagi. Pasal budak tu banyak kerja aku tertunda"

"ingat Long. Takkan kau nak sejarah berulang lagi"

"Aku kata balik!!!" marah papa.

Jeritan Papa buat aku tersentak. Kepalaku berdenyut. Aku merebahkan diri di atas katil. Air mataku sudah kering. Tiada yang tinggal. Jiwaku kosong. Im back to my oldself. Malah lebih teruk. Perlahan lahan aku menutup mata. Sungguh aku lelah.

**************************************

Terasa lama aku tidur. Aku bermimpi bertemu dengannya. Tapi kami hanya saling bertatapan, saling membalas senyuman dari kejauhan. Begini pun sudah cukup buatku mengubati kerinduan yang tiada penghujung.

Drip air terpasang di sisiku. Kenapa?

"Cik Muda udah sadar ya. Cik Muda demam panas. Doktor Intan datang merawat tadi sore." Mbak Tuti datang sambil menatang sedulang makanan buatku.

Aku pandang sepi hidangan nasi ayam penyet itu. Terus aku ingat saat kami picnic di tingkat 46 pada malam hari dengan berbekalkan hanya sebatang sudu. Menu inilah yang membuatkan pertama kali dalam sejarah aku menyuap seorang lelaki.

"Makan sedikit cik muda. Perutnya itu kalau dibiar kosong mana mungkin cik bisa makan obat."

Aku geleng perlahan. Aku tak lalu makan. Seleraku mati.

Saat itu papa muncul menggenggam sesuatu.

"Kenapa Tuti?"

" Cik muda ngak mau makan tuan. Ngak ada selera. Harus makan baru boleh di kasi obat"

Papa memandangku tajam.

"Finish ur meal if u want to know about him."

Aku terdiam. Sungguh aku ingin tahu keadaannya. Sudah sedarkah dia?

Laju aku menarik dulang dan menyuap makanan dengan lahap. Tidak terasa sedikit pun keenakan menu di hadapanku. Malah aku tidak menggigit langsung. Terus menelan agar cepat habis.

"Perlahan lahan Cik Muda. " rayu Mbak Tuti sambil segelas air di hulurkan padaku. Hanya dalam 3 minit aku selesai menghabiskan nasi tanpa menyentuh menu menu lain.

"Tell me about him"

"he already woke up n will be discharge in two days."

Alhamdulillah. Syukur aku panjatkan atas berita itu.

"but it will takes about 3 months for him to be able to walk again"

Ya..kakinya patah dalam insiden itu.

" u just like a devil from hell" spontan ayat itu keluar dari bibirku. Perlahan tapi cukup untuk membuat riak wajah papa berubah.

"this is ur flight ticket for tomorow. No need to prepare anything. " sekeping tiket dilemparkan ke atas katil. Aku cuma pandang dengan ekor mata.

Papa berlalu pergi. Namun tiba di muka pintu dia menoleh seraya berkata

"u are the daughter of that devil. So u cant be with an angel from heaven"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience