Kereta Lamborghini tiba di perkarangan rumah 3 tingkat itu. Ashraff keluar perlahan. Hatinya berdebar debar. Ibarat pesalah yamg menunggu masa untuk di hukum. Perbualan dengan Dean dan Que menyedarkannya tentang sesuatu. Dia belum cukup dalam menyelami apa maksud isterinya itu.
Tidak adil bila dia menghukum isterinya begitu. Ya dia salah. Dia patut membimbing isterinya. Bukan membiarkan sepi begini.
Dari luar kedengaran gelak tawa isterinya. Tampak ada peluang cerah untuk memperbaiki keadaan. Dia tekad cuba untuk memperbaikinya sendiri tanpa bantuan orang ketiga. Andai ibunya tahu tindakannya ini pasti dia teruk akan di marahi nanti.
Pintu dibuka perlahan. Tawa yang kedengaran tadi hilang. Sepi kembali. Terlihat isterinya masih menatap tv dengan mata beku. Tidak bercahaya seperti biasa. Aduh..macam gelap harapan untuk berbaik kembali.
Baru melabuhkan diri di sofa, isterinya bingkas bangun dan berlalu pergi dengan sepinggan kuih di tangan. Tampak jelas isterinya ingin mengelak darinya. Silent treatment begini lebih menakutkan dari bertikam lidah sekurang kurangnya dia tahu apa yang terbuku di hati masing masing.
Dia mencapai kotak ubat. Kelihatan ubat dimakan seperti jadual. Jururawat diupah juga memberitahu isterinya sentiasa menjaga pemakanan dan makan ubat tepat waktu. Cuma dia lebih banyak menghabiskan masa sendiri.
Melihat isterinya kini seperti 3 tahun lepas. Saat pertama kali mengenalinya.Beku. tiada sedikit kemesraan ditonjolkan. Perasaannya kali ini lebih menakutkan dari dahulu. Kalau dahulu dia berdebar kerana tidak tahu reaksi si dia. Namun kini dia berdebar dan takut kerana dia bersalah pada isterinya.
Mahu tidak mahu dia menapak ke bilik tidur. Cuba menghadap puteri salju yang entah bila akan mencair. Perlahan pintu di buka. Isterinya sedang ralit menikmati kuih seri muka. Entah dari mana di pesannya.
Ashraff mendekati birai katil. Cuba memulakan perbualan.
"Kenapa makan dalam bilik? X makan kat luar?"
Sang isteri memandangnya sekilas tanpa perasaan.
"Sorry." Ringkas dia menjawab sambil terus bangkit dan berlalu pergi. Ashraff terkedu. Aduh, salah topik pula. Susahnya nak mencairkan hati yang beku!!
Malam semakin larut. Hubungan mereka semakin jauh. Sungguh Ashraff merasa sangat bersalah tapi dia tak punya keberanian untuk mendekatinya. Cerita yang terpasang sedikit pun tidak menarik perhatian. Dia di ruang tamu, isteri di bilik tidur. Seorang ke utara, seorang ke selatan.
Akhirnya dia perlahan naik ke bilik, cuba mengintai apa yang di lakukan isterinya. Perlahan dia membuka pintu. Kosong. Kemana pergi isterinya?sedari tadi tidak keluar dari bilik.
Tiba tiba dia terdengar bunyi seseorang dia bilik air. Isterinya muntah muntah. Seketika dia cemas.
"u.. Ok x ni?"
"ok. Sikit je." perlahan suara di dalam membalas. Dia makin rasa bersalah. Isterinya memendam segala rasa sendirian. Kejamnya dia. Menghukum tanpa sebab.
"Buka pintu ni." Dia cemas.
Seketika pintu di buka. Terlihat wajah pucat isterinya. Lemah tak bermaya. Dia pantas memapah tubuh itu ke katil. Terasa isterinya cuba menjauhkan diri. Sedikit pun tidak membalas genggamannya.
"u nak air panas ke? I buatkan."
Isterinya menggeleng.
" Nk tidur je." mata dipejam erat. Selimut di tarik hingga menutup leher. Tubuh sedikit merengkot.
Ashraff menghela nafas. Simpati melihat isterinya melalui segala alahan sendirian. Sedangkan dia sibuk menghukum dengan sengaja.
Pantas dia merebahkan diri di sisi isterinya. Memeluk tubuh itu erat walaupun terasa sedikit kaku. Keras tanpa reaksi. Dia mengucup ubun ubun isterinya berkali kali.
"Im sorry sayang. Im really sorry."
Tiada balasan, tiada reaksi.
"say something dear. Jangan senyap macam ni. I tau i salah. Tuduh u bukan bukan. Nak pukul, pukullah i. Marahla i. I terima. Tapi jangan senyap macam ni. I tak sanggup nk hadapi hari hari mendatang macam ni lagi."
Masih tiada reaksi. Ashraff mati akal. Tidak pandai memujuk wanita yang merajuk.
"Sayang.." dia memalingkan tubuh isteri menghadap dirinya. Mata kekal terpejam tetapi jelas kelihatan air mata membasahi bantal.
Dia tahu, sekarang bukan masa yang sesuai untuk berbicara. Isterinya sedang dalam emosi yang sangat tidak stabil. Makin di gesa makin keras hatinya.
"tidurlah..i tahu u penat, u burn out. Emosi tak stabil. Lets talk about this tomorrow. I nak u tahu yang i sayang u. Jangan fikir yang bukan bukan. I love u so much!"
Dia berbisik di telinga isterinya. Pelukan dieratkan. Mengusap belakang isterinya, cuba meredakan ketegangan. Sepatutnya dia tidak membiarkan semua ini berlarutan sebegini. Berharap esok akan lebih ceria dari sebelumnya. Its never too late to rectified all the mess!!
**************************************
6.30 pagi. Aku terjaga dari lena. Berat untuk membuka mata. Bengkak barangkali kerana menangis dalam tidur. Terkejut aku melihat suamiku ini setia menatap aku dia sebelah. Tampak segar dengan berbaju melayu. Ingin ke manakah dia pagi pagi begini?
"Its 6.30 dear. Bersihkan diri. Kita solat sama sama. I tunggu u."
Owh. Rupanya dia menungguku. Saat begini aku mula berfikir aneh aneh. Baru sekejap tadi aku mula membayangkan dia menunggu aku bangun untuk memberitahuku dia akan menikah lagi!!
Selesai solat, dia membaca doa. Memohon kesejahteraan keluarga kami, di luaskan pintu rezeki, di jauhkan dari malapetaka. Memohon keselamatan dari mara bahaya. Dikurniakan anak yang sihat, soleh dan solehah. Tak lupa juga dia mendoakan supaya hatiku dilembutkan. Diberi segala yang baik baik.
Aku menangis. Bermacam macam rasa yang aku alami. Sungguh aku rindukan saat dulu. Sudah seminggu aku tidak melihat lesung pipitnya. Adakah aku mungkin tidak akan melihatnya lagi.
Tangan dihulur. Automatik aku menyambut dan mengucupnya. Dia tidak ingin melepaskan. Lama dia merenung aku sebelum membawa jari jemariku ke bibirnya. Terasa seperti saat hari perkahwinan kami dulu.
Dia tersenyum lesung pipitnya terserlah. Lebih laju air mataku menitis. Seolah tahu aku rindukan itu.
"Am i forgiven?"
Aku geleng.
"Tak boleh maaf lagi? How can i make up dear?"
Aku geleng lagi.
"Already too late?"
Aku diam. Aku tahu aku tidak boleh terus menggeleng. Dia akan lebih menyalah erti dengan maksudku.
"Really?too late sayang?"
"No..u tak da salah pun pada i. I yang salah dengan u. U jangan risau. I akan jaga baby ni macam i jaga diri i. Lindunginya seperti nyawa i. U tak perlu susah hati. Monitor i tiap tiap hari. I may not a good mom, but im trying"
"Sayang, i lebih risaukan u dari anak kita. I nak u happy, tak nak susah susah hati lagi. Now, i seems look an old Yaya. The cold hearted girl. I miss my clingy wife, my kucing parsi. My sunshine."
"I tahu i banyak fikir bukan bukan. Mungkin u dah penat melayan i. Lepas bersalin, kalau u nak lepaskan i pun i redha. I tak kan berebut anak kita dengan u."
"Sayang..apa cakap macam ni. Susah untuk i kahwin dengan u. Takkan i sanggup nak lepaskan u pula. Thats will never happend in our life. I nak hidup dengan u sampai bila bila. Ada anak alhamdulillah, tak de anak pun i syukur juga. Having u as my wife is already the best thing happend in my life."
Aku menangis. Seperti melihat suamiku yang dulu. Yang aku sayangi.
"I ingat u dah tak sayang i"
"Siapa tak sayang bini ooiii"
Dia meraih aku ke dalam pelukan. Mengucup ubun ubunku berkali kali. Serasa sinar kembali menyeri dalam keluarga kami.
Share this novel