"Hi Que. U pun dinner kat sini jugak ke?" suara lunak seorang gadis menyapa telinga. Que menoleh dan senyum lebar.
"Eh, Yani. Lama x jumpa. U sorang je ke? Wanna join us?" pelawa Que. Ash yang baru hendak mencicipi kopi panas di tangan membatalkan niat.
"Eh, tak ganggu u olls ke?"
"mana ada. The more the merrier, x gitu Ash?" Que memandang Ash melihat reaksinya.
Tiada sebarang reaksi. Bak ais beku. Hanya mata yang sedikit cerlung membalas sengihan Que.
Si gadis mengambil tempat di sebelah Que. Matanya tertarik dengan lelaki di hadapan temannya ini. Punya aura tersendiri. Misteri!!
"Sejak jumpa dekat uni dulu trus x jumpa dah kan. Lain u sekarang. Makin cun."
"Mana ada..sama je la.. U yang over reacting"
"Btw kenalkan bff i aka cousin. Ashraff. "
"Hi, I Yani. I dengan Que satu kuliah dulu masa kat uni." suara di lunakkan sambil menghulur salam perkenalan.
Ash pandang sekilas. Angguk sedikit. Tiada reaksi lain. Sungguh dingin. Kaca mata hitam di meja dicapai pantas.
"Aku gerak dulu. Ada meeting kejap lagi. " Ringkas ayat Ashraff sambil terus berlalu
Que terdiam melihat reaksi dingin itu. Matanya melihat kopi panas yang masih berasap. Tak terjamah sedikit pun.
"U kata nak kenalkan i dengan cousin u, tapi dia macam x suka je" rengek Yani. Geram melihat sikap Ashraff yang dingin. Terasa maruahnya direndah rendahkan.
"Aduh.. I dah cakap kan. Dia tu allergic dengan perempuan sikit. Yang u tu awal awal dah hulur tangan bagai kenapa? Mana boleh!!"
"Ala..salam je pun. Bukan lebih lebih. But he's hot!! Sampai hati x bagitau u ada cousin yang charming macam tu. Tapi tu la. Garang sangat. Sombong!!" Yani mendengus kecil. Geram.
"Dahla.. I pun nk kena balik ni..ada kerja,sikit. U makan la,sorang sorang" Que bangun sambil sekeping note rm100 dihulur.
"Thanks Que!!"
Que geleng kepala. Wrong candidate. Yani yang dia kenal biasanya seorang wanita normal. Entah kenapa saat bertemu Ash terus berubah menjadi sotong yang meliuk lentok. Totally out of Ash taste!!
Ashraff melangkah keluar dari kafe. Moodnya berubah. Terasa rugi kerana tidak sempat menikmati keenakan kopi panas kegemarannya. Dia tak betah berlama lama dengan wanita seperti Yani. Dibandingkan dengan Yaya, ibarat langit dengan bumi totally out!!
"Auch!!"
Entah dari mana bahunya di langgar seseorang hingga bertaburan beberapa helaian kertas di lantai. Bukan dia yang mengaduh tapi insan yang melanggarnya.
"Sorry. Im a bit rush!!
Tangan halus itu mula mengutip segala kertas yang bertaburan. Ashraff cuma pandang tanpa sedikit bantuan di hulurkan. Kaca mata di sarung dan terus melangkah ke arah keretanya.
Saat itu, si gadis berpaling. Matanya cerlung memandang Ashraff yang sudah selamat masuk ke dalam kereta.
'sombong!'
Dari cermin sisi Ashraff memerhati. Sesuatu yang menarik pandangannya. Senyuman segaris di tarik sambil perlahan dia bersuara.
"Nice try bro."
Laju Lamborghini Sian berlalu pergi.
Di satu sudut kelihatan Dean menepuk dahi. Rancangan gagal!!
*************************************
Dean duduk berhadapan Que sambil menyinsing lengan kemejanya.
"aduh.. Fail plan aku"
"Berat la mamat tu. At least respond la sikit. Ni tak, terus blah camtu je."
"Tang aku pulak dia x de langsung rasa nk tolong ke apa. Buat derk je. Mujur si Mira tu acah acah bawak kertas 2,3 helai. Buatnya banyak tadi memang kena kutip sorang sorang la."
" kau nk try create scene hindustan ke?" Que ketawa besar. Dean tarik muka melihat reaksi balas sahabatnya itu.
"Dean, wedding kau next week kan?"
"Yerp. Apasal? Kau nak join naik pelamin sekali ke?"
"Apa pulak. Aku nk plan lain la..nk matchmaker masa majlis kau nanti.mesti dia tak boleh nk lari kan.."
" Ah kau, tau la couple dengan budak sekolah. Kat majlis aku boleh jalan kau punya plan ye"
"gaya cakap macam si Leya tu budak sekolah menengah je kau ni"
Dean ketawa melihat muka cemberut Que.
"Try la..aku kena plan lain pulak. Kali ini tak boleh terburu buru.. Biar lambat asal selamat. Aku kena team up dengan Rasya. Dia kan P.A Ash. Mesti dia tau apa yang mamat tu nak"
**************************************
Ashraff meletakkan pen di meja. Mengurut lehernya yang sedikit tegang. Sedari tadi dia khusyuk meneliti projek sub urban yang bakal dimulakan minggu hadapan.
Dia terasa sedikit penat. Pantas dia membuka komputer. Jari jemarinya pantas bekerja membuka beberapa file dan akhirnya apa yang di cari telah di temui.
Terpampang jelas di layar matanya wajah seorang gadis berselendang putih dan memakai blouse biru muda sedang ketawa riang di atas sebuah kapal layar..
Karambunai..
Terus terimbas semua kenangan lalu. Masih segar di minda. Serta merta dia jadi rindu.
Wajahnya di raup berkali kali. Where are u sunshine? I need u. Im exhausting here.
Bukan dia tak tahu rancangan dua sahabatnya itu cuba mencari pengganti untuknya. Namun bukan itu yang dia inginkan. Dia hanya inginkan seseorang. Walau dia tahu ianya semakin sukar.
Masih jelas terbayang di wajahnya reaksi Mbak Tuti tatkala dia ke vila mewah itu mencari kekasihnya. Dia sama sekali tidak di benarkan masuk. Hanya Mbak Tuti yang menemuinya dia luar pagar.
"Mbak Tuti, masih ingat sama saya?"
"Waduh, cowok ganteng seperti tuan mana mungkin bisa saya lupa"
"Mbak, cik Muda ke mana?"
"Enggak tahu tuan. Tuan besar ribut ribut bawa cik Muda pergi. Hanya 1 malam di rumah."
"Bagaimana keadaan cik Muda?"
"Aduh..walau cik Muda itu tuannya saya, tapi saya sudah anggap seperti anak sendiri. Dia itu sering sunyi sekali tapi hari dia di bawa pulang layaknya seperti zombie gitu. Terus pengsan kerana demam panas."
"Sampai macam tu sekali Mbak?"
"Iya.. Mbak fikir cik Muda itu berantam sama tuan sampai putus. Mbak ngak berani tanya aneh aneh gitu."
"tidak Mbak. Kami tak gaduh. Saya sayang dia Mbak."
"Terus kenapa baru sekarang tuan muncul selepas 3 bulan. Mbak juga marah kalo diperlakukan begitu"
"Mbak, saya kemalangan. 3 hari saya koma. Bila sedar dia dah tak ada..dia dah tinggalkan saya"
"Aduh. Kok seberat itu? Kasihan cik Muda. Tambahan pula dipaksa pergi oleh tuan besar"
Mbak tahu dia ke mana?"
"Ngak. Tapi Mbak yakin bukan di sini. Pasti di luar negara. Sejak hari itu cik Muda ngak pernah pulang."
Ashraff menghela nafas. Bukan hanya dia derita.Bukan hanya dia yang tersiksa. Sunshine, we will meet again one day. And i promise i will never let u go again. Never!!
Share this novel
semoga mereka ber2 berjodoh lah hendaknya.. kesiannya.. ada jg ibu bapa mcm ni.. adehh