Happiness

Romance Series 29543

Aku memerhatikan dia yang begitu lena di sisiku. Alis matanya, hidung mancung, bibir yang sedikit kemerah merahan. Just so perfect. Suamiku ini begitu lena tanpa sedikitpun melepaskan rangkulannya.

Aku menghela nafas. Saat aku melepaskan dia dulu, tidak pernah sedetik pun aku berani bermimpi untuk bersamanya seperti ini. Aku hanya redha, mengharapkan dia bahagia. Ya dia bahagia akhirnya tapi dengan aku jua. Kita tidak akan mendapat apa yang kita mahu, tapi kita akan dapat apa yang kita perlu. Tepat pada saat dan ketikanya.

Aku meneliti bahunya yang lebar. Cukup menyerlahkan sisi maskulinnya. Bahu yang kini menjadi tempat aku bersandar. Tempat untuk aku berpaut. Semoga ikatan ini kekal hingga akhir nafas ini. Sungguh aku sangat menyayanginya.

"Dah puas belek muka i?" dia menegur dalam suara serak serak basah. Aku terkejut. Dia sudah sedar rupanya. Pantas aku menarik selimut dan menutupi seluruh wajah. Malu!!

Dia mengekek ketawa melihat reaksiku. Tangannya membelai rambutku dan sesekali mengucup ubun ubunku. Rangkulannya dieratkan.

"Malu lagi ke? U have to be with me for the rest of your life. Nk sorok dalam selimut lagi?" dia mengalihkan selimut. Aku berpaling membelakanginya.

"Sayang, tak elok baring membelakangkan suami."

Perlahan aku berpaling ke arahnya. Namun mataku kekal menunduk. Dia memaut daguku, menyebabkan aku terdongak. Saat itu aku memberanikan diri memandang tepat ke dalam matanya.

Lama kami berpandangan. Aku dapat lihat wajahnya memerah.

"Your eyes were mesmerizing. I love it." ucapnya sambil mengusap pipiku. Sebelah tangannya mengusap bahuku. Mengelusnya lembut

"im grateful to have this charming yet beautiful lady as my wife. Tak sia sia i tunggu u 2 tahun."

"kenapa u tak cari pengganti i dulu?"

"its not that easy sayang. I bukanlah lelaki yang sentiasa mencari wanita. Pada i fate will bring u to the right person. And that is u. First time i nampak u terus i stuck. Mulanya i ingat cuma mainan perasaan. Tapi bila i jumpa u balik i tau its not a joke.  Its u. And ur action is quite challenging for me. Bukan typikal wanita biasa yang mudah untuk berkenalan."

Aku ketawa. Ternyata dia masih menyimpan memori itu di dalam hatinya.

Perlahan dia mengucup bibirku. Lama. Gerakannya semakin hangat.

"u..i lapar.." aku bersuara. Dia terhenti dan memandangku.

"Ala, i baru ingat nk makan u"

"lots of love wont make us full dear. Im yours. I tak lari mana mana pun. We have a long journey to go." aku memujuk dia yang sedikit kecewa. Sungguh aku benar benar kelaparan.

"ok, i pun takut u kena gastrik macam dulu. Tapi nanti kena ganti balik tau" dia mencuit hidungku mesra.

Aku bingkas bangun. Semakin lama aku di sini semakin bahaya. Sempat aku lihat beberapa tompok darah di atas katil. Aku dan dia berpandangan. Malu!!

Dia tersenyum bangga. Tanpa amaran aku dicempungnya sambil senyum lebar.

"lets have shower together! Sunnah tau"

Ah, proses yang sepatutnya singkat akan mengambil masa yang lebih lama!!

**************************************

Aku dan dia berpimpinan tangan. Kini aku tidak lagi malu malu bergandingan dengannya di khalayak ramai.. Hellooo..we are married!! Aku paut lengannya erat. Menyandarkan kepalaku di bahunya. Dia senyum senang. Aku kini sudah mampu mempamerkan sisi manjaku padanya.

"I thought u were cold hearted lady. Rupanya manja sangat sangat ni"

" U tak suka? Nk i jadi garang balik?"

"Nope. I lagi suka the real u. Yang hanya akan manja dengan yang berhak sahaja."

" i tak nak di anggap murah. Easily to flatter by sweet words from man"

"sungguh u tak murah. Punyalah payah i nak dapatkan u ni"

Aku mencubitnya geram.

"Alahai, ketam dah pandai mengetip!!"

Kami ketawa. Sungguh aku bahagia. Senyuman dan gelak tawa tak putus putus menghiasi hari kami.

Kami sampai di hadapan rumah tempat tinggal aku dan Kak Maria. Aku telah berbincang dengannya yang aku akan berpindah bersamanya. Tidak mahu lagi berpisah.

"Yaya nk duduk dengan Ashraff ke?"

"Ye kak. Tempat isteri adalah di sisi suami."

Dia memandang aku dengan perasaan bangga.

"Baguslah. Cukuplah 2 tahun akak tengok Yaya derita. Sampai akak ingat mulanya Yaya ni bisu. Susah betul nak dengar suara Yaya. Tapi sekarang Yaya lain sangat. Senyum sampai telinga"

"Im happy kak. Walaupun perkahwinan ini tanpa pengetahuan papa dan mama tapi Yaya akan menyesal kalau lepaskan Ashraff sekali lagi. Papa sendiri akui he such a great man. Mampu bimbing Yaya di masa hadapan"

"I promise to take care of her. She's now is my responsibility. Sooner or later saya tetap akan bagitau Tan Sri. He is the father and he has his right to know that her daughter is now married to me.mungkin dia akan marah. Tapi marahnya dia tak akan boleh putuskan ikatan antara kami."

Aku memandang dia yang bercakap dengan penuh keyakinan. Benar, aku boleh mengharapkannya.

"Tapi..."

"Kenapa kak?"

"Akak ada sumber sumber akak sendiri and im quite sure about something."

"Apa dia?"

Kak Maria memandang aku dan Ashraff silih berganti.

"I think Tan Sri already know about this marriage."

Terhenti jantungku seketika. Berita yang amat aku takuti.

"How..how do you know kak?" terketar ketar aku bertanya. Tak kan secepat ini berita sampai ke pengetahuan papa.

"sumber akak ni kuat jugak. Sebenarnya sebelum majlis korang lagi Tan Sri dah tahu. Kalau tak Yaya rasa semudah tu ke family Ashraff dapat uruskan pernikahan kamu berdua dalam masa seminggu?"

"Tapi, kalau ya papa dah tahu takkan semudah itu dia membiarkan semua ni berlaku?He must doing something."

"Akak tak tahu tapi akak rasa kalau betul betul Tan Sri tak suka, dia tak kan bagi kamu berdua bernikah. By hook or by crook."

Kata Kak Maria ada benarnya. Tapi tindakan papa sebegitu amat aneh padaku. Seorang yang sanggup berlaku kejam hingga hampir membunuh seseorang kini hanya diam apabila aku mengambil keputusan untuk bernikah. Bernikah dengan seseorang yang pernah di haramkan masuk dalam keluarga.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience