Usai pulang dari Jepun banyak yang aku fikirkan. Tentang kami. Aku dia dan keluarga. Banyak perkara yang bermain di fikiranku. Kalau soal dia, sungguh aku yakin dia yang terbaik yang pernah hadir dalam hidup aku. Cuma keadaan kami ini buat aku khuatir adakah harapan untuk kami meneruskan hubungan ini.
Dia, Tengku Zhariff Ashraff ibarat satu dalam sejuta. Bersama dia aku sangat rasa di sayangi dan dihargai. Dia bukan tipikal lelaki melayu yang malu menunjukkan cara menghargai wanita.He act as what he wants. Tiada siapa memaksa, tiada siapa yang menyuruh.
Kertas peperiksaan terakhir berjaya aku duduki. Aku tarik nafas lega. Ibarat seketul batu besar hilang dari kepalaku. Kini ada lagi satu misi besar menanti. Lebih berat dari ujian penggal akhir yang baru aku lalui tadi.
Tiba tiba telefon bimbitku berbunyi. Tertera nombor yang asing padaku. Dengan ragu ragu aku menjawab sambil tertanya siapa yang menelefonku kali ini.
"Asaalamualaikum. Ini Yaya ke?" lembut suara di sana kedengaran. Hatiku sedikit lega. Bukan scammer.
"Waalaikumussalam. Ya, ini Yaya. Siapa ni ya. Maaf, saya x save nombor ni." aku berbahasa. Kerana panggilan ini dari seorang wanita yang tampak mesra aku cuba berbual walhal aku bukannya seorang yang mudah untuk menghulurkan salam perkenalan dengan orang asing.
"Its ok. Ni Mummy Ash. Mummy curi nombor Yaya dari Ash. Yaya free x sekarang?"
Aku terpempan. Tak kusangka ibunya menghubungi ku. Berdebar jantungku seketika.
"Er.. Aunty, Yaya baru habis final exam ni. So far x de apa plan pun. Cuma mungkin petang nanti nak jumpa Ash. Ada apa ya aunty yang Yaya boleh bantu?"
"Tak nak la aunty2. Panggil mummy ye. Sooner or later we will become a family. Mummy nk ajak Yaya shopping. Boleh kan?"
Aku segan sebenarnya. Kalaulah dia tahu siapa aku sebenarnya mungkin ayat itu tidak terzahir dari bibirnya.
"Boleh, x de masalah. Nak jumpa dekat mana?"
"X pe.Yaya siap2 dulu. Mummy jemput Yaya. Send ur location, ok. See you later dear," balasnya manja. Aku senyum. Dari perbualan itu, aku tahu ibunya seorang wanita yang sangat manja dan penyayang. Tak hairanlah ayahnya memanjai ibunya sedemikian rupa. Aku cuma khuatir satu hari nanti dia akan kecewa dengan ku. Menyakiti hati seorang ibu sungguh merupakan satu perkara yang paling ingin aku elakkan.
Aku bersiap seberapa segera. Risau aku membiarkan ibunya menungguku lama. Ternyata dalam 20 minit ibunya tiba di perkarangan kondominium sewaan ku, menyambutku dengan pelukan mesra. Hatiku tersentuh. Mama pun tidak pernah memelukku sebegitu.
"Mummy ada dinner malam ni. So nk shopping dress sikit. Tapi mummy tak da idea nak pakai apa. Tiba-tiba mummy teringat dekat Yaya. Last meeting kita tak sempat nk berbual panjang kan."
"Boleh, tapi Yaya bukan pandai sangat pilih baju. Im not a designer. Baju Yaya pun asal selesa je. Takut nanti tak sesuai dengan taste aunty."
"Correction. Mummy. No more aunty. Dari dulu lagi mummy berimpian untuk ada anak perempuan yang boleh teman mummy shopping, gossip and everything. Bila Ash bgtau mummy yang dia ada someone special, mummy rasa nk lompat bintang je. Bukan senang seorang Ashraff nk bagitau mummy yang dia ada someone special."
"Sibling Ash semua lelaki ke?" soalku.
"Yaya x tahu ke?"Â soal ibunya kembali. Aku geleng kepala.
" Dia bagitau Yaya dia bukan anak tunggal. Tapi dia x pernah cerita pada Yaya about his other siblings."
Ibunya menggenggam jari jemariku erat. Tampak mencari kekuatan dalam dirinya.
"Memang Ash ada seorang kakak. Tapi dah meninggal masa umur 7 tahun. Sekarang,he is the only one yang mummy ada." sayu suara ibunya di sisiku. Aku terdiam. Ternyata dari riak bahagia mereka tersembunyi kisah sedih yang hanya mereka yang tahu.
"Sorry.Yaya tak tahu."
" its ok. Maybe Ash pun x nak cerita sebab masa tu dia baru 4 tahun so x de moments sangat dia dengan kakak dia yang dia ingat. Benda dah lama kan..so kiranya Ash la intan payung kami. Cuma mummy teringin nak ada anak perempuan. Bila Ash cerita dekat mummy pasal Yaya memang mummy excited sangat."
Aku segan, melihat ibunya yang sangat teruja membayangkan aku bakal menjadi sebahagian keluarganya. Sedikit khuatir andai kebenaran terungkap semuanya masihkah ada ruangan dalam keluarganya untuk aku?
"Actually mummy nk confess something dekat Yaya." Kami berbual lagak sahabat karib. Bukan seperti bakal mertua dan bakal menantu!
"Nak confess?apa tu?"
"well, mummy mula jumpa Yaya bukan dekat hotel msa kita dinner tu. Mula mummy jumpa Yaya masa dekat office Ash. Yaya tau kan, mummy and papa x pernah berahsia antara satu sama lain. So hari tu papa bagitau mummy bakal menantu datang pejabat. Punya la excited masa kejar tapi mummy cma nampak Yaya,dari jauh je. Kenapa Yaya x jumpa mummy masa tu?"
"Yaya segan. Muka tak siap" aku sengih kelat. Peristiwa itu berulang bagai layar perak di mataku.
"You are perfect as always dear. Jom, kita,dah sampai"
Tanpa aku sedari kami sampai ke destinasi yang dituju. Sebuah butik mewah yang aku kenali kerana jenama ini turut biasa dipakai oleh mama.
"Selamat datang Puan Sri. Baju yang Puan Sri tempah hari tu semua dah siap. " Sapa seorang anak gadis dengan mesra.
"I nak minta u pilihkan dress untuk bakal menantu i ni ye. Yang paling cantik tau" pesan ibunya. Membulat mataku. Bukankah aku disuruh menemaninya membuat pilihan, bukannya turut membeli belah bersama.
"Mummy, tak payah kot. Yaya tak ada keperluan nak pakai dress cantik cantik macam ni"
Ibunya mendekati aku. Menggenggam tanganku erat.
"Teman mummy malam ni ye. Kalau Yaya ikut confirm Ash akan ikut sekali. Ash tu susah nk joint acara makan malam macam ni" pujuk ibunya. Aku serba salah.
Saat itu juga tubuhku ditolak supaya mengikuti pembantu butik yang sudah membawa beberapa pasang baju ke bilik persalinan. Aku tahu aku sudah tiada pilihan. Untuk berkata tidak, aku tidak sanggup menghampakan ibunya.
Beberapa pasang gaun labuh indah terbentang di depan mataku. Aku membelek satu persatu. Melihat fabrik dan rekaan. Semuanya cantik. Namun mataku tertumpu pada gaun labuh berwarna pink lembut. Rekaan ringkas namun tampak elegan. Aku cuba mengacu di hadapan cermin.
"sesuai dress tu dengan cik. Apa kata cik cuba pakai" cadang pembantu butik tadi. Tanpa fikir panjang aku masuk ke bilik kecil di sudut yang dikhaskan untuk menukar pakaian.
Hampir 3 minit aku selesai menyarungkan gaun tersebut. Elok terletak ditubuhku. Seolah tercipta untukku. Selendang putih yang tersarung aku kemaskan dan membelek wajahku di cermin. Hm..just nice.
"so beautiful. Pandai Puan Sri pilih menantu. Mari cik saya bawa cik jumpa Puan Sri. Untung-untung terus berkenan." ajak gadis pembantu itu ramah. Aku senyum kecil. Pandai melayan pelanggan bisikku dalam hati.
Aku mengekori gadis itu dari belakang sambil mengangkat sedikit gaun tersebut kerana tampak sedikit labuh. Jika dipadankan dengan kasut tumit tinggi pasti akan terletak elok. Mataku asyik memerhati pergerakanku agar tidak tersadung dan memalukan diri sendiri.
"Puan Sri, approve x?" soal si gadis ceria sambil beralih ke tepi memperlihatkan aku dengan gaun pink lembut yang cantik itu. Tanpa aku duga bukan hanya ibunya di situ tetapi dia turut berdiri disisi ibunya dan terpaku melihat aku.
Tanpa mengalihkan renungannya dariku dia bersuara.
"mummy, event malam ni pukul berapa?I'll joint u if this beautiful lady is my companion tonight."
Ibunya senyum lebar. Tahu akan kelemahan anaknya.
Dia masih memandangku tajam. Perlahan senyuman terukir di wajahnya. Hanya untuk aku.
Share this novel