Aku menangis teresak-esak. Kecewa yang teramat dengan sikap papa yang tidak pernah berubah. Aku fikir tinggal jauh dari keluarga mungkin mampu merubah rindu mereka pada anaknya nan satu ini. Rupanya mereka tidak pernah berubah..mungkin tidak akan berubah!
Selama hidup aku mungkin cuma beban bagi mereka..entah kehadiran aku ini mungkin tidak diundang. Kerana itu aku melatih diri sendiri untuk lebih berdikari.berdiri di atas kaki sendiri. Tidak pernah aku hebohkan pada orang keliling siapa sebenarnya ibu bapaku. Mendaftar kuliah juga cuma ditemani pemandu peribadiku yang ku minta berlakon sebagai pakcikku.
"kenapa ni Yaya?" Leya tiba sambil memelukku erat.dia tidak pernah melihat aku sebegini. Yaya yang dia kenal selama ini tidak pernah menitiskan air mata. Sentiasa tenang dan berhati kental. Namun malam ini dia melihat Yaya yang baru. Yaya yang sangat lemah.
"aku sedih sangat Leya. Sangat sedih!!" aduku. Air mataku basah mengenai bahu Leya.
"cerita kat aku.. Let it all out Yaya."
Aku menarik nafas panjang.
"tadi papa call aku. And..dia..tak tanya pun aku sihat ke x. Tapi dia tanya siapa yang hantar aku ke hospital. Dia warning aku jangan pandai2 berkawan dgn org yg aku tak tau asal usul. Leya..aku ni ank pungut ke??".
Raut wajah Leya berubah. Dia mengusap bahuku lembut. Memujuk tangisku. Kepalaku tambah berdenyut. Sakit. Tapi hatiku lebih sakit.
"Yaya, jangan fikir apa pun skrg. Just go to sleep. U need to rest. Tomorrow we'll talk. Heart to heart. And i promise u that u gonna be okay."Â suara dia kedengaran.
Aku terkejut. Rupanya sejak tadi telefon Leya terpasang dan dia di talian mendengar segala esak tangisku.
"Sorry. Que call dia ty ada apa2 jadi ke sbb kau tetiba call aku mcm tu. And he call me sbb kau x pick up phone. He really worried about u."
"Leya tak salah. She just act on my request. If u rasa marah esok u marah la i puas2. Let it all out on me.nak cincang i 14 kerat pun x pe."
Aku diam. Tangisku terhenti. Aku bukan marah cuma aku malu memikirkan dia mendengar esak tangisku sedangkan selama ini aku berlagak tabah dihadapannya.
"u better told her everything. She needs to know the situation."
" i know Leya. Tolong peluk dia.. Make sure she sleeps well tonight."
"sure do. Jgn risau la.." Talian di matikan.
Aku merenung Leya. Perasaanku bercampur baur. Entah apa yang aku rasa sungguh aku tidak tahu.
Leya menggengam tanganku erat. Menatap anak mataku yang basah dek air mata.
"sorry. I know it should be a girls talk. But i think he need to know ur condition too. Kau sgt secretive and aku rasa kau perlukan someone yang kau boleh share dari sebesar masalah hingga sekecil kecil topik. Kalau kau tengok betapa risaunya dia masa kau kat hospital tu kau akan tau he is one of the person that u could depend on"
"malunya.."
"tak ada apa yang perlu dimalukan. Setiap orang akan melalui fasa paling teruk dalam hidup.skrg mungkin masa kau.. Esok lusa mungkin masa aku. Siapa tahu? So aku nak kau rehat je mlm ni. Jgn fikir apa2. Kosongkan minda. Ur body need a good rest so ur mind. Esok masih ada."
Leya membaringkan aku ke katil. Menidurkan aku layak seorang bayi. Harap esok masih ada sinar buatku.
Share this novel