Sepanjang malam aku tidak mampu tidur lena memikirkan perbincangan semalam.
Bersediakah aku? Bertemu papa pun aku tidak yakin, apatah lagi bertemu ibu bapanya.insan yang tidak pernah aku temui.
Aku pantas bersiap. Cuba untuk menenangkan fikiran. Aku fikir aku harus ke tempat yang tenang dan mendamaikan untuk bertenang. Kunci kereta ku capai dan pantas memandu ke pusat rekreasi yang pernah dia bawa satu waktu dahulu. Saat aku kusut dengan kesedihan dek reaksi papa yang di luar jangka.
Baru 10 minit perjalanan keretaku mengeluarkan bunyi aneh. Meter menunjukkan paras amaran. Aku segera mengalihkan kereta ke tepi jalan. Sungguh aku tidak tahu menahu berkenaan kereta. Aku tidak pernah menghantar kereta untuk servis berkala. Silapku hanya memikirkan tangki kereta berisi minyak sahaja sedangkan banyak hal lain yang perlu diambil kira.
Aku segera mematikan enjin. Panas terik mula terasa berbahang. Hanya seorang yang terlintas di fikiranku. Dia. Yang selalu ada untuk aku. Tapi aku risau aku mengganggunya seperti semalam. Tapi apa pilihan yang aku ada?Jam menunjukkan hampir pukul 12 tengahari. Aku berdoa agar dia sedang bersiap untuk rehat.
Pantas aku mendail nombornya. Berbunyi tapi tidak bersambut. Hampir aku mematikan talian bila kedengaran suaranya di balik talian.
"assalamualaikum sayang. Anything i could help?" seolah tahu situasiku kini dia bertanya. Tangisku pecah saat itu.
"U...kereta i breakdown!".
"Hold on..u dekat mana sekarang?"
"I tak tahu. I tepi jalan. Kereta i dah berasap ni. I tak tahu nk buat apa." aduku sambil menyeka air mata. Yaya yang cool headed kini menjadi Yaya yang cengeng. Hanya bila aku dengannya.
"ok2..share ur location rite now. Jangan duduk dalam kereta.. Bahaya takut nanti ada yang tak perasan kereta u tepi jalan. Stay aside. Ambil payung. I'll be there in 10 minutes. Tggu i. Kalau ada orang datang nk offer towing kereta u jangan layan. Bgtau u dh call ur insurance agent."
"thanks. Please dtg cepat. I takut. Im alone right now."
"sure do. Tunggu ye."
Hampir 10 minit berlalu namun kelibatnya tidak kelihatan. Aku gelisah, dan sedikit ketakutan. Bercampur dengan panas terik di luar membuatkan emosiku tidak stabil.
Tiba-tiba sebuah kereta toyota camry hitam berhenti di belakang keretaku. Jantungku berdegup kencang. Bukan kereta dia. Doa dipanjat agar aku terhindar dari segala mara bahaya.
Muncul dua orang lelaki berpakaian kemas menghampiriku. Aku pura pura tidak mengendahkannya. Sibuk bermain dengan telefon ku.
"Cik Sara?" soal salah seorang dari mereka.
Aku berpaling. Ragu2 namun perlahan aku mengangguk.
"Kami datang on behalf Mr Tengku. He is in an important meeting right now. He would like us to fetch u and handle ur car as well."
"How could i believe u? Sape2 pun boleh menyamar." tegasku.
"i think Mr Tengku already send a message to u informing about us."
Aku was2. Membelek telefon. Tiada sebarang mesej masuk darinya. Hanya 1 bar untuk sambungan internet. Aku menutup telefon seketika dan menghidupkannya semula. Saat itu bertalu talu mesej masuk dan semuanya dari dia.
'calm down. Jangan panic ok.'
' sorry i tak dapat datang sbb i ada very urgent short meeting right now but i send my staff to fetch u'
' 2 of my staff will come with black camry wvw8888.'
'both them name Fazwan and Haidir. U may ask for his staff card.'
Aku kerling memandang kereta camry tersebut. WVW8888. Aku pandang mereka berdua.
"may i have ur staff card?" soalku. Mereka kelihatan terpinga2 sebelum mengeluarkannya dari celah kot hitam yang dipakai.
Benar. Mereka berdua Fazwan dan Haidir.
Aku hela nafas lega.
" ur identity verified. So what we gona do next?"
"ok Mr Tengku nk saya bawa cik Sara ke pejabat and Haidir will stay here to handle your car."
Aku angguk kecil dan menyerahkan kunci keretaku kepada Haidir. Fazwan segera membukakan pintu kereta bahagian belakang untukku. Terasa aku dilayan seperti VIP. Besarkah pangkat dia di pejabatnya? Aku mula berkira kira. Nampak ada banyak lagi perkara yang tidak aku tahu tentangnya.
Hampir 15 min perjalanan belum menunjukkan tanda2 kami hampir sampai.
"Jauh lagi ke?" soalku kepada Fazwan aneh kerana dalam masa 10 min mereka mampu menemui aku, namun mengapa sekarang belum lagi sampai di pejabat?
"Almost Cik Sara. Dalam 5 min kita akan sampai."
"But u guys could find me within 10 min just now?"
Aku lihat Fazwan senyum.
"we drove at the most highest speed we could ever done. Tengku dah warn us that we should reach u less than 10 min."
"Owh.. Garang ke boss u tu?"
"eh, x pun. He's strict but a very good boss. Dapat task macam ni should be an honor for us to fullfill that."
"Kalau kena saman dengan speedtrap?"
"its ok. Tengku handle all these himself. Cik Sara jangan risau. Actually most of us would like to meet u in person."
"What do u mean by that?"
"nanti Cik Sara akan tahu jugak." Fazwan sambung memandu sambil tersenyum. Aku tertanya-tanya. Apakah maksudnya?
Benar kata Fazwan, dalam tempoh 5 min kereta membelok ke sebuah bangunan yang gah berdiri di situ. Aku rasa kerdil, sedikit malu pun ada kerana aku cuma bersiap ala kadar. Tak berniat untuk menemuinya apatah lagi di tempat kerjanya.
"please Cik Sara" Fazwan membuka pintu. Aku segan sebenarnya, bukan aku mahu dilayan bak puteri raja.
"actually i x plan pun nk jumpa ur boss. "
"He already waiting for u upstairs."
Mahu tak mahu aku melangkah keluar. Cuba merapikan tudung, kemeja t labuh dan kasut converse milikku. Sempoi sungguh penampilanku kali ini.
Fazwan mengiringiku ke meja penyambut tetamu. Aku di sambut dengan senyuman dan kerutan kecil di dahi kedua gadis kecil molek di sana.
"please accompany mr Tengku's special guest upstairs." ringkas Fazwan berbicara. Salah seorang gadis itu tersenyum sambil melirik ke arahku. Bergegas keluar dari kubikelnya dan dengan hormat menunjukkan arah padaku.
Kami masuk ke dalam sebuah lif yang agak lain dari biasa. Saat itu lif terus naik ke tingkat 46 tanpa berhenti. Aku sedikit berdebar namun gadis comel ini masih tersenyum memandangku di balik pantulan cermin lif.
Sampai di tingkat 46 pintu lif terbuka. Gadis itu membawa aku menemui seorang wanita yang anggun dan bergaya.
"Cik Rasya, this is special guest Mr Tengku."
Rasya senyum memandangku. Dia bingkas bangun dan menyapaku.
"welcome Miss Sara. Tengku already waiting for u inside." Rasya membawaku ke sebuah pintu yang berukir cantik dan membukanya. Aku masuk dengan teragak-agak. Terjenguk ke dalam seketika dan kelihatan dia duduk di kerusinya sambil memandangku dengan senyum lebar.
"Masuklah. Tak de hantu pun dalam office i ni" usiknya. Mendengar suara sarkastik itu aku tau itu sememangnya dia. Penampilannya yang sedikit berbeza buat aku berasa aneh. Bagai melihat orang lain di hadapanku.
So gorgeous!!
Share this novel