Accident

Romance Series 29543

Aku tersedar. Mataku pantas mencari jam loceng. Sudah 15 minit lewat dari yang di janjikan. Ada kesesakan jalan raya kah?jarang dia sepi begini jika dia terlewat.

Saat itu pintu bilik terbuka. Leya kelihatan kalut dan matanya sedikit sembap.

"Leya. Kau kenapa?" aku bertanya kehairanan. Siapa yang berani membuat sahabatku ini menangis?

"Yaya!!! " aku diraih dalam pelukan erat. Dia menangis di bahuku.

"Kenapa ni? Siapa yang buat kau macam ni? Que?Que ada buat benda tak elok ke?" bertubi2 soalanku. Leya yang di pelukan cuma geleng.

"Bukan Que. Family aku Yaya. Bapak aku masuk lokap." tangisnya pecah lagi.

"What???Kenapa??"

"Aku tak tahu. Adik aku telefon nangis2 bagitau bapak aku dah kena bawa pergi balai. Katanya bapak aku di tuduh ambik duit syarikat. Bapak aku dah kerja lama. Tak pernah lagi dia gelap mata macam ni. Mak aku dah pengsan kat rumah. Adik aku mati kutu. Tak tau apa nk buat. Aku kena balik Yaya. Tolong mak aku, bapak aku."

"Allahuakbar. Macam mana kau nk balik. Malam malam macam ni ada transport ke?"

"Que ada kat bawah tunggu aku. Dia akan hantar aku balik. Tolong doakan aku Yaya. Mungkin aku kena balik dekat seminggu jugak. Aku kna pastikan mak aku ok. Aku nak tau apa yang sebenarnya berlaku dekat bapak aku. Tapi aku yakin bapak aku kena fitnah."

"Balik la Leya. Family kau perlukan kau sekarang. Apa apa bagitau aku ye. Jangan nangis macam ni. Kau kena kuat. Kau anak sulung. Kalau kau pun rebah apa adik kau nk buat?"

Leya angguk. Aku memerhatikan dia mencampak beberapa pakaian miliknya ke dalam beg besar. Sungguh berat ujian yang menimpanya.

Kami berpelukan erat. Lama. Seolah olah ini pelukan terakhir kami. Aku menyalurkan kekuatan padanya.

"Jaga diri Leya. Be strong. Kalau kau nk mengadu ke just call me."

"Kau pun..jaga diri duduk sorang sorang ni. "

Aku memerhati Leya yang laju berlari mengheret beg pakaiannya. Ya Allah, permudahkanlah urusan sahabatku ini.

Jam disisi aku pandang. Sudah setengah jam berlalu. Dia berjanji akan sampai pukul 11 tadi namun hingga kini tiada berita darinya. Aku cuba menelefonnya. Ada deringan tapi tidak bersambut. Aku mencuba kali ke dua. Berdering lagi. Lama. Hampir aku matikan tiba-tiba talian bersambung.

"Assalamualaikum. U, ada problem ke?kenapa tak sampai lagi." laju aku berbicara.

"Er..maaf cik." satu suara lembut menyapa di sana. Air muka ku berubah. Siapa yang menggunakan telefonnya?seorang wanita pula! Aku merenung telefonku. Benar aku tidak salah orang.

"who are u?mana Ash?" bergetar suara aku. Menahan 1001 rasa di hati.

"Maaf cik. Saya dari hospital. Pemilik telefon ni terlibat dalam kemalangan. Boleh saya tahu apa hubungan cik dengan pemilik telefon ni?"

Aku terduduk. Dia kemalangan?? Seriuskah?? Air mata laju mengalir.

"Cik..cik..mohon bantu kami cik sebab kami tak dapat nk kenal pasti identiti pesakit sekarang. Boleh saya tahu siapa nama pesakit ya?"

"Saya tak pasti jika pesakit yang awak maksudkan adalah pemilik telefon ini. Jika ya, dia adalah Tengku Zhariff Ashraff bin Tengku Iskandar. " berderai air mataku saat aku menyebut namanya.

"Boleh cik datang ke hospital secepat mungkin untuk proses pengesahan dan dokumentasi. Kami sedang cuba selamatkan pesakit terlebih dahulu."

"Seriuskah keadaan dia?" soalku. Mengharap jawapan yang baik akan ku dengar.

"Quite serious. He need to have emergency surgery. Boleh cik datang ke hospital secepat mungkin?kalau boleh maklumkan sekali keluarga pesakit ya."

Aku terduduk. Menggigil sekujur tubuhku. Ingin aku sampaikan pada Que tentang keadaan sepupunya tapi melihatkan situasi Leya sebentar tadi aku mematikan hasratku. Sekarang aku harus ke hospital segera. Mengesahkan apakah benar dia yang terlibat atau orang lain. Aku berharap agar bukan dia yang berada di hospital saat ini!!

Dalam tempoh 15 minit aku tiba di bahagian kecemasan. Laju aku berlari ke kaunter urusan.

"Hospital ada call saya tadi berkenaan seorang pesakit yang accident."

"ini telefon bimbit milik pesakit. Cik kenal?"

Telefon yang retak skrin dan tompok2 darah kelihatan dihulurkan pada ku. Tanganku menggigil menyambutnya. Butang on di tekan sedikit. Terserlah wajahku yang senyum riang menghiasi wallpaper. Benar! Ini telefonnya.

"Cik. Boleh saya jumpa pesakit." rayuku.

"sekejap ye. Saya perlu kebenaran doktor. Boleh saya tahu apa hubungan cik dengan pesakit?"

"im his girlfriend" aku mengakuinya.

Hampir 2 minit aku didatangi seorang lelaki memakai kot putih dengan riak cemas di wajah.

"Cik, boleh ikut saya untuk sahkan identiti pesakit. Tapi maaf saya cakap harap cik boleh tenangkan emosi sebab keadaan pesakit agak kritikal dan perlu dibedah secepat mungkin."

Aku angguk laju. Masih berdoa bukan dia yang terlantar di zon merah kecemasan.

Pintu dibuka. Tirai ditarik. Disitu terbaring sekujur tubuh berselimut putih. Hanya bahu dan ke atas terdedah. Dia. Tengku Zhariff Ashraff terbaring kaku dengan nadi berdenyut lemah. Darah kelihatan di kepalanya. Matanya bengkak terpejam rapat. Aku menangis. Saat itu aku diheret keluar oleh jururawat bertugas dan tirai ditarik pantas memisahkan aku dan dia.

Jururawat membawa aku ke kerusi menunggu.

"Cik, boleh saya dapatkan identiti pesakit? Pesakit perlu dibedah secepat mungkin. Ada darah beku di kepala. Harap cik boleh tandatangan surat kebenaran ya." aku dihulurkan beberapa borang untuk aku tandatangani.

Menggigil tanganku mengisi borang yang diberikan. Air mata menitis tanpa henti. Aku berdoa dia diselamatkan. Aku tak sanggup kehilangan dia.

Baru seketika tadi kami berbual mesra. Aku ingin dia muncul dihadapanku dalam sihat walafiat. Bukan seperti ini. Apa yang berlaku sebenarnya??

Tak lama kemudian kelihatan dia ditolak keluar menuju dewan bedah. Aku memerhati dengan air mata.

'sayang be strong. U janji u akan ada untuk i. Teman i sampai tua. It takes two to tango. I need u to dance gracefully. Please berjuang.  Jangan tinggalkan i macam ni'.

Aku titipkan pesanan melalui pandanganku. Entah sampai atau tidak aku tidak pasti.

Dalam gigil tangan aku mendail no seseorang. Seperti dia, aku harus memberitahu ahli keluarganya. Supaya mereka ada bersama memberi kekuatan padanya.

"Assalamualaikum mummy. Its me Yaya."

"Yes dear. Kenapa call lewat2 ni. What happend?Yaya nangis ke?" soalnya risau.

"Mummy. Ash!! Dia accident. Tolong datang mummy. Yaya tak kuat!!" rayuku.

Sungguh aku tak kuat saat ini. Tak pernah aku bayangkan aku akan alami situasi begini. Membayangkan dia di sana bertarung antara hidup dan mati. Ya Allah selamatkanlah dia. Aku mohon bantuan Mu kerana hanya kau yang mampu membantu hambamu yang lemah ini!!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience