Ash~ pulang

Romance Series 29543

Pintu rumah agam di buka luas. Ashraff ditolak masuk dengan kerusi roda.

"Home sweet home!!" Puan Sri Natalia menyapa. Masih dalam apron di tubuh dan sudip di tangan menyambut anak kesayangannya.

"Mummy. Dah macam Mak Yam da gayanya."

"Mummy nk masak special untuk Ash tau. Celebrate kepulangan Ash ke rumah ni"

Ashraff senyum senang. Tampak semua orang berusaha untuk membuatnya tersenyum. Hanya kurang satu senyuman. Yang lebih hebat dari semua yang ada. Sabarlah hati..bukan sekarang. Dia tidak sanggup untuk melihat kesayangannya sedih. Tunggu dia mampu menapak kembali dia sendiri akan pergi memohon maaf kerana tidak muncul malam itu. Pasti dia tertunggu tunggu!

Que membawa barang barang keperluan dan membawa masuk ke bilik bawah yang sudah diubah suai menjadi bilik Ashraff. Memudahkan pergerakannya agar tidak perlu menggunakan tangga.

"Que, tolong sat"

"Apasal?"

"pergi bilik aku, bawak turun gambar awek aku. Bosanla bilik kosong macam ni"

Que senyum segaris. Namun menuruti permintaannya. Ashraff sedikit aneh. Biasanya dengan permintaan itu sepupunya itu akan membahannya habis habisan namun kali ini tidak. Hanya senyap, senyum segaris.

Dia cuba mendail no telefon seseorang yang dia rindui. Namun masuk ke peti pesanan suara. Sudah pulang ke rumah ibu bapanya kah? Mungkin juga kerana peperiksaan akhir telah tamat dan gadis itu akan bercuti hampir 2 bulan. Pasti dia telah pulang.

"Kau ok x?ada nk aku ambilkan apa apa lagi?" Que bersuara sambil meletakkan 2 keping gambar yang diletakkan dalam bingkai cantik disisi meja.

"Gambar yang besar mana?"

"woi..tu tampal kat dinding. Kau ingat aku superman nk panjat segala bagai. Bukan awek aku pun. Kau nak sangat jalan cepat. Pergi ambik sendiri." rungut Que.

Ashraff ketawa mendengar bebelan sepupunya.

"Kecik pun kecikla.. Kau tau, dia ni aku punya powerbank tau. Nak bagi aku sihat cepat kena ada powerbank yang besar mh nya. "

"Banyak la kau punya power bank. Ada cop sirim x tu? Mau meletup tepi katil dok tenung lama lama. Aish kau ni, segedabak punya besar gambar pasang kt bilik. Psiko ke apa?"

"tu namanya ubat untuk hati. X de jual dekat mana mana farmasi tau"

"Malasla aku layan kau ni. Sembuh cepat. Ada benda aku nk discuss dengan kau ni. Penting"

"Cakap je la sekarang"

" Tak nak. Sihat dulu baru kita cakap. Kalau boleh biar sampai boleh berlari baru kau boleh kejar balik apa yang kau hilang"

Sebaris ayat yang penuh maksud mendalam. Tapi belum mampu difahami seorang Ashraff.

***************************************

Sebulan berlalu.

Anduh di tangan telah dibuka. Begitu juga simen di kaki. Kini Ashraff mampu berjalan menggunakan tongkat. Satu perkembangan pemulihan yang agak cepat. Mungkin kerana dia ingin cepat sembuh. Ada misi yang telah tertunda sekian lama.

Que muncul seperti biasa pulang dari gym. Rutin setiap ahad yang tak pernah ditinggalkan. Cuma dulu dia berteman, namun kini keseorangan.

Ashraf membelek rak buku yang tersedia. Sungguh dia bosan. Hampir sebulan terperuk di rumah. Cuba membuka sosial media kesayangannya namun hampa. Akaun telah di nyahaktif. Adakah kerana takut papanya mengancamnya lagi? Sungguh dia amat rindukan gadis itu. Senyuman dan mata bundarnya.

Matanya tertarik pada sepucuk sampul surat besar yang tertera logo hospital. Segala dokumen sewaktu kemalangannya dulu. Perlahan dia duduk di sofa sambil membelek setiap helaian satu persatu. Cuba mengingat kembali peristiwa dulu. Ingin mengetahui apa yang berlaku sepanjang dia tidak sedarkan diri

Darah beku di kepala, patah tangan kanan, patah kaki kiri, kening koyak, bahu terseliuh.

Sebegitu berat kecederaan yang di alami. Syukur Allah masih memanjangkan lagi nyawanya. Membuatkan dia sangat menghargai masa yang ada.

Satu nota hijau di belek. Surat kebenaran pembedahan. Tulisan di nota itu menarik minatnya. Seperti tidak asing baginya. Cepat matanya mencari bahagian tanda tangan.

WARDATUL QAISARA BINTI RIZAL!!

She was there!!!!! The first person who being with him was her!!

"QUE!!!!!" jeritnya lantang. Bergema seluruh rumah agam itu.

"apahal jerit-jerit ni? Kau jatuh ke??" panik Que bersuara. Berlari pantas mencari sepupunya. Namun lariannya terhenti bila melihat surat doktor bertaburan di lantai dan nota hijau itu kejap di genggaman Ashraff.

"She was there right? At the hospital. Seeing me unconsciously lying on the hospital bed?"

"Ash. Calm down."

"kenapa tak ada sorang pun bagitau aku semua ni??"apa yang dah berlaku sebenarnya??"

Que memaut tubuh sepupunya yang longlai. Membawanya kembali duduk di sofa.

"Aku rasa inilah masanya untuk kau tahu apa yang dah jadi sebenarnya. Aku pernah cakap ada benda yang perlu aku bincangkan dengan kau. Tapi kau kena sihat dulu supaya kau boleh kejar balik apa yang kau hilang."

"Hilang?"

"Selama ni aku pegang amanah orang. Sekarang dh tiba masanya untuk aku sampaikan pada yang berhak."

Dompet di buka. Sekeping kertas berlipat yang sedikit berkedut di serahkan. Ashraff kerut dahi. Kertas nota maklumbalas hospital dibuka. Kelihatan tompok tompok air yang sudah mengering. Ada sebahagian tulisan yang telah kembang namun masih boleh dibaca.

Dia kenal tulisan itu. Walaupun sedikit bergetar namun dia tahu penulisnya adalah insan yang dia rindui. Insan dia pertahankan walau semua orang memaksanya untuk mengalah.

Apa erti warkah ini? Sedikit rasa gusar untuk membacanya. Walau dia tahu bukan berita gembira yang akan dia terima. Mengapa harus dengan sekeping surat? Kenapa tidak meluahkan tepat di hadapannya?"

"She was there. The whole day and night. She never leave your side. Until the day she left me with this letter. She told me that this was the last word from her to you."

Que menepuk bahu sepupunya. Membiarkan lelaki itu membacanya sendirian. Memberi sedikit ruang privasi kepadanya.

Dan Ashraff tergamam kaku. Perlahan matanya mula membaca bait bait tulisan itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience