Pesawat Ak307 terbang tinggi laju membelah awan. Membawa aku pergi jauh dari tanah airku. Jauh darinya. Aku hanya memerhati luar jendela. Melihat awan berkepul kepul di langit yang tampak sangat dekat.
Pemandangan yang sama aku lihat tatkala aku bersamanya saat pulang dari Jepun dulu. Ya, indah sungguh saat itu. Andai diberi pilihan aku tetap akan memilih untuk mengenali dia. Kerana dia adalah anugerah terindah dalam hidupku.
"u are the daughter of that devil. So u cant be with an angel from heaven"
Ringkas ayat papa membuat aku berfikir sejenak. Nampaknya papa sendiri mengakui lelaki kesayanganku itu adalah yang terbaik. Bak malaikat dari syurga. Namun kenapa masih di tolak?kerana aku tak layak untuknya??
Saat di lapangan terbang aku hanya bungkam. Menjadi seorang Qaisara yang beku. Tanpa emosi. Papa setia bersamaku. Ingin melihat anaknya ini mengotakan janji. Tidak melarikan diri entah kemana.
Ini Wardatul Qaisara. Seseorang manusia harus berpegang pada janji. Walau ia amat pahit sekali.
Tapi agak aneh saat aku ingin masuk ke balai berlepas, papa seakan enggan melepaskan tanganku. Sesuatu terbuku di hatinya.
"Papa tahu sejak kebelakangan ini papa bertindak luar kawalan. At the end i lost my daughter. Yeah, the body with me but the soul is somewhere. I just want you to know that he really is a good guy. Good choice. But both of u cant be together."
Aku berpaling. Akhirnya papa akui, lelaki kesayanganku adalah pilihan yang terbaik. Aku benar benar tidak salah memilih.
"why??everyone told us we cant be together but nobody told us why. I want to know the reason so i could live again. Thinking the rational behind of all the blockbuster action you did. Seems i lost my dad."
"Its like a pandora box. Cant be open. I guess that family also wont say anything about this."
"both of u were bestfriend once right?"
Ayatku buat riak wajah papa berubah. Mungkin kerana andaian ku tepat.
"im sorry" pertama kali dalam sejarah papa meminta maaf dariku. Aku sedikit tersentuh. Tak pernah papa menunjukkan emosi sebegini. Perasaanku sedikit tenang. Tidak setegang tadi namun riak wajahku masih beku.
"seek forgiveness from them 1st. U nearly made someone died. Thats only could be done by a devil. I wont runaway. Im a girl who never break a promise. He teach me to not being so sceptical about my parents.
Respect them whatever they did. Even nearly commit murder."
Aku melepas genggaman dan laju menuju balai berlepas. Enggan menoleh lagi. Membawa hati yang luka.
Kini aku akan berada di bumi asing. Papa menguruskan semuanya untukku. Sebuah kondominium disewa khas. Aku akan sering di temani Kak Maria di sini . Malah Kak Maria turut didaftarkan sebagai pelajar jurusan sama denganku. Aku kini tidak punya masa sendirian lagi. Mata mata papa sentiasa akan bersamaku. Melaporkan tiap tindakanku kepada papa.
Kak Maria tampak seorang yang bengis. Tidak mesra. Memandang aku layak seorang penjahat. Sama seperti banduan yang diiringi pengawal penjara. Bezanya cuma tiada gari di tanganku.
Biarlah. Aku tak perlukan sesiapa untuk menjadi teman. Kerana sesiapa yang menghampiriku ibarat menggali kubur sendiri. Cukuplah kerana aku hampir seseorang dibunuh. Aku tidak ingin pisang berbuah dua kali.
**************************************
Kuala Lumpur.
Seorang lelaki dengan kepala berbalut melihat ke luar jendela. Pandangannya kosong namun fikirannya jauh menerawang.
"Ash, mummy datang" Puan Sri Natalia masuk sambil menatang bekas makanan di tangan.
"Awal mummy sampai."
"Risau anak mummy tak makan lagi"
"Mummy. Yaya ada datang?"
"Err.. Macam tak ada je. Ash ada bagitau dia ke yang Ash accident?" gugup wanita itu menjawab.
Ash geleng. Sebenarnya dia juga berharap berita ini tidak sampai ke pengetahuan gadis itu. Enggan gadis itu susah hati dengan keadaannya di sini.
"Dont tell her mummy. Ash tak nak dia susah hati."
"Mummy pun. Nanti dia nangis teruk lagi Ash pun susah hati juga kan."
Dua beranak itu ketawa. Tawa yang masing masing ada makna sendiri.
Saat itu pintu bilik di buka Que dan Leya muncul.
"Sihat bro?" Que mendekati katil.
"Macam ni la. Dah kurang hensem."
"Sempat lagi melawak mamat ni"
"Bila aku boleh discharge. Bosan dowh duduk sini."
"Kau baru sedar semalam nk terus discharge. Kau nak lari pergi mana?"
"Nak jumpa kesayangan aku la. Ingat kau sorang je ada makwe?" Ash ketawa. Membayangkan wajah manis kekasihnya tersenyum riang. Sunshine, really cant wait to meet you.
"i pergi ladies kejap" Leya bersuara perlahan sambil tangannya menutup mulut.
Saat pintu bilik di tutup air mata berjuraian membasahi pipi Leya. Mengenangkan betapa polosnya seorang Ashraff yang langsung tidak mengetahui kesayangannya itu sudah jauh pergi meninggalkannya. Pergi mengorbankan hatinya demi mengekalkan nyawa Tengku Zhariff Ashraff.
Que menarik kerusi di katil. Menatap wajah sepupunya. Penuh makna tersirat. Namun tak terluah
"Apasal pandang aku semacam ni?"
"Tak ada apa. Aku cuma pelik. Macam mana kau boleh accident dekat situ?Kau ngantuk ke apa?"
"Entahla..aku tak ngantuk. Sebab aku memang janji nak jumpa dengan Yaya malam tu. Nk jumpa awek tak kan ngantuk bro." Ashraff ketawa senang. Que cuma mampu senyum segaris.
"Dah tu, yang sampai kereta kau melintang atas jalan apahal? Mujur masa tu tak ada kereta lain. Kalau tak dah leper kna gelek da"
"Woit..doa ke? Aku rasa jalan licin la. Tak silap masa tu aku nampak ada cahaya terang yang buat aku silau. Lepas tu terus kereta aku berpusing. Mungkin orang tu nk bagitau aku depan ada tumpahan minyak tapi aku tak faham."
"Berapa kau tekan?"
"230" Ashraff angkat kening. Salah sendiri.
"padan muka!"
Share this novel