Aku menghirup udara segar. Sungguh nyaman sekali. Serasa hilang segala beban dan lelah sepanjang bulan ini. Dengan tekanan minggu perperiksaan akhir bakal bermula 2 minggu lagi aku rasa masa yang dibekalkan sangat suntuk. Ikutkan hati aku tidak mahu menyertai lawatan tidak rasmi ini namun mungkin aku perlukan sedikit ketenangan untuk mempersiapkan mental ku menghadapi minggu2 mendatang. Lagipun rasanya sudah lama aku tidak menghabiskan masa bersamanya berdua. Kami sama sama sibuk. Aku dengan kuliahku, dia dengan perniagaannya.
Pandanganku menerawang jauh melihat lautan luas terbentang. Blouse biru lautku lembut terbuai buai ditiup angin laut. Aku menanti Leya di sini sementara kami meneruskan perancangan selanjutnya.
"jauh menung. Ingat dekat siapa?" dia menegur sambil senyum lebar. Tangannya menghulur jus tembikai untukku.
"mana ada ingat sape sape. I tengah tggu Leya ni. Eh, u sorang je? Mana Que?" soalku bila melihat hanya dia bersendirian di sisiku.
"Que dh kidnap Leya. Dia plan nak bawak Leya round2 area sini."
"La..kenapa x ajak kita sekali.. I pun nk join juga."
"u.. X privacy la kalau ikut diaorang. Lagipun i have a better plan. Untuk kita." Dia senyum meleret. Aku senyum lebar. Ada saja perancangannya untuk kami. Sungguh aku dapat rasakan ikhlasnya dia denganku.
Dia mengiringi aku ke satu kawasan pelabuhan. Terdapat beberapa kapal layar peranginan di sana. Dia membawa aku menuju sebuah kapal layar cantik bernama Paradise.
"Jom, we have the whole day to spent here."
"serius?i tak pernah bayangkn pun nk naik yatch mcm ni"
"kali ni u ikut i." dia senyum. Dia memegang lenganku untuk membantuku naik ke dalam. Menggigil sedikit tubuhku kerana antara kami jarang ada sentuhan begini.
"u ok? Sorry, i x nk u jatuh dalam air nanti"
"its ok.. I faham.." aku bersuara namun masih tidak mampu menyembunyikan wajahku yang merah menahan malu. Dari kerlingan mata aku nampak dia senyum lebar hingga memperlihatkan lesung pipitnya.
Entah mana silapnya aku salah berpijak hingga hilang imbangan. Lantas aku berpaut erat di bahunya.
"x pe.. I tak marah.." usiknya nakal. Pantas aku mencubit bahunya geram. Bukan dia x tahu aku sudah malu setengah mati dengan keadaan kami yang agak rapat begini. Dia mengaduh sambil ketawa senang.
Akhirnya selepas 5 minit kapal mula belayar. Salah satu impian aku kini termakbul. Entah dia tahu atau tidak. Aku berdiri di hujung dek kapal. Memejamkan mata sebentar. Perasaan ku seperti dalam filem Titanic. Aku sebagai Rose dan dia sebagai Jack. Bezanya aku tidak di perhatikan sesiapa di atas kapal ini. Tiada mata mata jahat yang membuatkan aku harus bersembunyi.
Tiba- tiba aku berasa aneh. Seperti ada gerakan di belakangku. Pantas aku buka mata dan melihat seutas rantai berloket di kalungkan ke leher ku. Aku berpaling melihat dia yang senyum senang . Memerhatikan aku memakai hadiah pemberiannya.
"U? Untuk apa ni?"
"Special for u. Thanks for being my girl atau lebih tepat let me be your man."
"Tak payahla..mahal kot ni.." ujarku sambil menyentuh kalung itu. Melihat loket yang berukir indah dalam dalam.
"Nak banding dengan u, rantai ni cuma biasa-biasa aja. Sejak 1st date kita, i tak pernah bagi something special for u."
"U ada bagi la.. Lupa la tu?"
"ye ke? Mana ada i bagi u apa2?"
"Cinderella's sandal." ujarku senyum. Dia ketawa besar.
"U, x kan la u punya hadiah sama level dengan sandal tu?"
"Tapi its really meaningful to me. Sebab u bagi di saat i betul-betul perlukan. Sebab u tahu apa yang betul-betul i perlukan saat tu"
"Cuma i x kn bagi rantai pada semua orang. Only someone yang i nak hidup sampai tua je."
Aku senyum senang. Benar dia sungguh menyayangi aku. Bertuahnya aku memiliki dia yang punya pakej lengkap lelaki idaman wanita.
"why TZA?"
"My name. Always stay close to your heart." bisiknya romantis.
Tengku Zhariff Ashraff aka TZA.
"Thanks. I tak de hadiah pun nk bagi dekat u."
"U dah ada kat sini pun buat i happy sangat. Macam i cakap u are my sunshine. Kadang-kadang i stress ke, penat ke i open my computer and see ur smile terus i ada semangat baru tau."
"Patutla i selalu asik tersedak je..kadang tersedu pun ada. Ada orang tu selalu skodeng i ye?"
Dia ketawa lagi. Sungguh dia sangat senang. Seketika dia meminta diri untuk ke dalam kabin. Aku cuma angguk. Memerhatikan lagi kalung pemberiannya. Aku bukanlah peminat barang kemas. Namun pemberian darinya menjadikan ia sesuatu yang amat berharga. Hadiah darinya.
"Sayang, jom duduk sini." panggilnya. Aku dipanggilnya sayang. Sungguh berbunga hati ini. Aku menuju ke arah kawasan berbumbung yang terletak di tengah kapal. Kelihatan air buah dan stik tersedia dengan taburan kelopak mawar di sekeliling. Aku memandang dia. Romantisnya dia!
"Bila u prepare semua ni?"
"lepas u bg green light untuk join. I nk create special moments dengan u. I nk tunjuk pada u yang i betul-betul serius dengan u. Sayang u sepenuh hati. I bukan romeo. Habis taktik i tanya Rasya how to melt a girl especially yg cold hearted macam u."
"So ni Rasya punya idea. Bukan dari hati u" aku cuba menduganya.
"Rasya tak membantu pun. Cuma dia just bgtau i sekeras mana pun hati perempuan, dia akan cair bila dilayan dengan penuh ikhlas oleh orang yang dia sayang. Mahal tak semestinya gah, murah tak semestinya lekeh. Macam tadi, u lebih sayang selipar cinderella dari TZA i bagi tu kan."
Aku ketawa. Cemburu betul dia dengan selipar cinderella pemberiannya dulu. Aku mengambil tempat di hadapannya. Melihat dia mengambil sebuah gitar dan tali disandang ke bahunya.
"u pandai jamming?"
"x la pandai sangat. Dulu masa study i layan buskers juga. Kadang dengan member2 malaysian, buskers lagu malaysia dekat tengah jalan negara orang. Well music united us. Walaupun mereka tak faham, they enjoy our song well."
"ok.. Show me ur talent."
"ok.. Lagu ni i tak pernah nyanyi pada sapa2 pun. So dedicated this song special to you." ucapnya sambil mata di kenyit. Sungguh dia bijak untuk mencuri hatiku.
Lagu Rod Stewart berlagu dari bibirnya diringi petikan gitar.
Have I told you lately that I love you
Have I told you there's no one else above you
You fill my heart with gladness
Take away all my sadness
Ease my troubles, that's what you do
Ya..seringkali dia ucapkan padaku. Cuma aku yang masih malu untuk membalasnya. Aku tau dia memahaminya melalui bahasa tubuhku.
For the morning sun and all it's glory
Greets the day with hope and comfort, too
You fill my life with laughter
And somehow, you make it better
Ease my troubles, that's what you do
Merdu suaranya. Menyanyi sambil menatap aku tepat. Menyalurkan perasaannya padaku. Saat ini aku harap masa berhenti. Supaya aku punya momen indah ini lebih lama.
There's a love that's divine
And it's yours and it's mine
Like the sun
And at the end of the day
We should give thanks and pray
To the one, to the one
Benar. Terima kasih Allah kerana menemukan aku dengannya. Terima kasih kerana menyatukan hati kami. Mohon agar perjalanan kami ini dipermudahkan.
Have I told you lately that I love you
Have I told you there's no one else above you
You fill my heart with gladness
Take away all my sadness
Ease my troubles, that's what you do
Air mataku menitik. Syukur.
Share this novel