Aku bersiap seawal pagi. Terasa gembira kerana aku kini jarang keluar dari rumah. Keadaanku yang mudah keletihan di awal kehamilan dulu membuatkan Ashraff benar benar melarangku keluar tanpanya. Bimbang jika aku pengsan secara tiba tiba tanpa dia disisi.
"Awal siap?" tegur suamiku. Aku senyum riang. Wanita dan window shopping berpisah tiada.
"Lama dah i x keluar. Tu yang excited sikit bila u ajak semalam."
"Sakit lagi x?" dia menyoal sambil mengelus pipiku lembut. Aku cuma geleng. Adanya dia disisiku sudah cukup membuatkan hatiku terubat.
"sekarang i faham maksud u dulu. Benda ni yang u risaukan bukan? I tak terfikir langsung soal ni sebab pada i, u are mine and nobody could take u from me.tapi i lupa they couldnt take but they could hurt u and our innocent baby."
"I tau semua ni susah. Tapi at the end i tetap pilih u. Sebab susah yang i lalui 2 tahun tanpa u tu sangat menyakitkan.. Apa yang jadi semalam bukan apa2 pun. As long as u ada ada dengan i, i akan terus kuat."
Ashraff menatapku penuh tajam. Kucupan lembut dihadiahkan ke bibirku sambil tangannya memeluk erat tubuhku.
"i love u so much sayang. I wont leave u. I will make sure u deserve the best. Perasaan i sekarang masih sama seperti perasaan i masa mula mula i jumpa u. Malah lebih lagi. I pernah janji pada u yang i akan betulkan keadaan. I akan ada disisi u walau apapun terjadi." bisiknya lembut. Ubun ubunku di kucup lama. Terasa syahdu sekali. Sungguh aku juga menyayanginya.
Hari ini aku ditemani suamiku bertemu doktor untuk pemeriksaan kandungan. Dia berjanji selepas ini dia akan menemaniku membeli belah memandangkan aku tidak punya pakaian yang sesuai untuk ibu hamil. Kebanyakan bajuku sedikit ketat di bahagian perut. Walaupun baru masuk 5 bulan, namun saiznya agak besar.
"Puan Wardatul sila baring ya" sapa Dr. Aishah mesra. Ashraff setia disisiku dan sentiasa teruja untuk melihat bayi kami.
"ok, puan dengar ya denyutan jantung bayi. Nampak normal cuma..." ayat doktor termati di situ.
"Cuma apa doktor?" soalku risau. Kenapa dengan anakku??
"Doktor, ada apa masalah ke dengan anak kami?" soal Ashraff sedikit panik. Gengaman jari kami erat bertaut. Menyalurkan kekuatan antara satu sama lain.
"Jangan panik. Saya cuba untuk pastikan sesuatu." tangannya lincah memusing alat yang telah disapu gel ke perutku.
Aku mula berfikir aneh aneh. Adakah kerana peristiwa semalam anakku dilanda bahaya?
Seketika doktor menatap kami berdua sambil tersenyum.
"Tahniah. Puan hamil anak kembar."
"kembar?" Kami berdua menyoal serentak. Ini benar benar satu kejadian yang tidak dirancang.
"Are sure doc?" soal suamiku mohon kepastian.
"Based on this ultrasound, im pretty sure about that. Encik boleh tengok kan, ada dua jantung yang berdegup." tunjuk doktor kepada kami di dalam skrin. Aku terasa kebahagiaan yang berganda. Menitis air mata kesyukuran dengan berita yang tidak dijangkakan ini.
"we gonna have twin dear," aku dipeluk erat. Syukur yang teramat.
"we have to double our plan. Everything from the baby cot to mitten & booties"
Suamiku tertawa senang.
****************************************
Kereta dipandu memasuki perkarangan pejabat Ashraff. Aku hairan. Bukankah hari ini dia bercuti. Mengapa harus singgah di pejabat? Aku memandangnya dengan penuh tanda tanya. Dia cuma senyum kecil sambil mencuit hidungku.
Dia bergegas membuka pintu untukku. Aku keluar juga walaupun ragu ragu.
"jangan kerut dahi sangat..nanti cepat kedut seribu" tegurnya.
"what are we gonna do here? U cuti kan.."
"Ada benda sikit i nak buat. Temankan i ye."
"u ni kan, kalau pasal kerja memang tak boleh nak lupa. Janji jangan lama lama. I bg paling lama pun half an hour je. I nk shopping untuk our babies ni."
"Promise dear..tapi kalau u yang tak nak balik nanti u jangan marah pulak ye."
"Bila masa pulak..."
"Mana tau kot gosip dengan si Rasya lama sangat." dia mengusik sambil memaut bahuku mesra.
Langkah kami beriringan ke dalam lift. Seketika aku berasa aneh. Terasa sesuatu bakal terjadi sebentar lagi. Gengaman aku eratkan. Ashraff memandangku sedikit aneh namun tidak menegur.
Keluar dari lif aku melihat Rasya yang sedang tekun menaip sesuatu. Semakin kami menghampiri, Rasya menoleh dan tersenyum.
"waa..berserinya mommy to be ni." sapa Rasya sambil memelukku erat.
"Ala..i baru nk surprisekan u, tapi u tau je i sampai."
"sebab my boss ni ada aura membunuh. Tu pasal i blh detect dia ada dekat sini."
"Bila pulak i bunuh orang?" sampuk suamiku.
"Memang u tak bunuh. Tapi ur task and expectation might kill someone one day."
"Nanti lepas jadi daddy he might change his inners side." Aku dan Rasya ketawa.
"Girls..kalau dh bersatu buat pakatan Axis, apa la yang i boleh buat kan.. Btw, how about my special visitor today?"
"already waiting for u boss."
Aku angkat kening. Special visitor??
"Thanks Rasya. Jom sayang." ajaknya.
"Eh, x pe la..u all nk discuss pasal business buat apa nk angkut i. Kacau daun je nanti."
"No, your presence is the most important today."
Aku hairan. Seram sejuk tubuhku. Namun aku gagahi juga kaki ini melangkah ke ruang pejabat suamiku. Terlihat seseorang sudah sedia ada di dalam bilik, duduk membelakangi kami, menghadap jendela.
Aku melangkah perlahan. Dadaku berdebar kencang. Ashraff di sisi mengeratkan genggaman kami. Menyalurkan kekuatan padaku.
Semakin aku menghampiri, raut wajah yang sudah lama tidak aku temui muncul di hadapanku. Terasa lemah longlai lututku. Aku tak sedia untuk kejutan seperti ini. Tidak mampu bersuara. Tidak mampu melangkah. Aku terpaku di situ sambil mataku beranak air mata.
Ashraff melepaskan genggaman kami. Melangkah penuh yakin menghampiri tetamu istimewa ini. Tangan dihulur, tunduk menyalami dan mengucup lembut tangan tetamu itu.
"Assalamualaikum pa, sorry Ash lambat sikit. Buat papa tertunggu tunggu pulak."
Lelaki tua itu cuma angguk faham. Matanya memandangku tepat.
Ashraff kembali menghampiriku yang terkaku di situ.
"Salam papa sayang. He come to meet u. His precious daughter." bisik suamiku.
Aku memandang Ashraff dengan pandangan tidak percaya. Air mata sudah membanjiri pipiku.
"Are u sure?? Maybe he try to part us. Again??"
"Im sure sayang. I janji dengan u i akan betulkan keadaan. And this is a part of my promise to you."
Aku sedikit ragu. Lebih 2 tahun aku tidak bertemu papa. Kali terakhir adalah di lapangan terbang sewaktu menghantarku ke australia. Memisahkan aku dengan Ashraff. Selepas itu aku tidak pernah pulang. Aku hanya pulang selepas sah menjadi seorang isteri.
"Assalamualaikum pa." mengigil tanganku cuba menghulur salam. Namun salamku tidak disambut malah aku diraih ke dalam dakapan papa erat. Airmataku semakin laju menitis. Pertama kali dalam hidupku papa memelukku!!
Sorry for a long break from writing. quite busy with daily work and need a booster to start writing again..
Share this novel